Rabu, November 25, 2015

Tips Untuk Penulis Baru-Part 2

Assalamualaikum..Ha! Semalam kan Fea update tentang persediaan bagi korang yang nak jadi novelist kan? Hari ini,  nak update tentang elemen2 yang perlu ada dalam tulisan korang. Stay tuned. Buat yang tak ada nota tu, cepat pergi salin kat notepad. Tak adalah nanti korang terkapai-kapai masa nak tulis novel korang tu. Bab syarikat penerbitan kita tolak ke tepi, takut nanti korang serabut pulak. Nanti, Fea akan update lagi dalam entry yang baru. Dont worry.

1. Genre

*Korang kena lah pandai pilih genre apa yang korang nak tulis. Macam sekarang, penuh dengan genre cinta. Bagi Fea, Fea kurang menggemari novel cinta sebab Fea tak pernah alami lagi bab2 cinta. Fea lebih suka genre seram, fantasi, islamik (ini novel Fea yang akan diterbitkan nnti.). Terpulang pada korang lah, asalkan korang minat genre tersebut.

2. Plot

*Plot korang kalau tajuk je best, tapi jalan ceritia tak best tak boleh jugak kan. Korang kena banyak membaca tau. Fea tak boleh nak tolong banyak. Korang ja kena push diri korang nak baca.

3. Watak

*Watak dalam novel ni mestilah jelas. Ada syarikat nak teliti tentang benda2 ni. Jadi, korang describe lah watak tu muka bulat ke, tinggi macam artis Korea ke, hentam ajelah! Asalkan ada matlamat yang jelas. Watak tu janganlah watak utama je. Bosan kan? Kena ada watak sampingan jugak tau. Nanti barulah cerita tu best. Dan, pastikan setiap watak sampingan tu tak mati tengah jalan. Kalau nak bg dia mati jugak, kata dia mati accident ke, sakit ke, kan senang.

4.Bahasa

*Yang ni Fea nak tekankan, ada syarikat yg nak korang buat bahasa baku, ada yang sempoi saja bahasa. Kawan Fea dia kurang menggemari novel yang mempunyai bahasa baku. Bosan katanya. Tapi, korang kena pandai tarik perhatian pembaca tau :)

Okey. Habis sudah tips2 simple ini. Kalau ada apa2 pertanyaan, boleh je tanya. Fea tak makan orang, hehe.

Lawrence Kesdan- Being a writer is like having homework every night for the rest of your life.

Sekian. Assalamualaikum.