Rabu, Jun 22, 2016

Review: Sensual Serum & Toner & Facial Spray Eh Skinz

Hai! Dah lama kan aku tak update blog. Musim segala assignment dah nak mula. Lecturer dah banyak bagi kitaorang segala tugasan. Okey, lupakan hal itu. Haa, nak tahu tak kenapa aku rasa macam nak review satu produk yang aku pakai sekarang ni? Sebab aku rasa produk ni sangat berkesan kepada yang mempunyai masalah kulit. Memandangkan serum Ephyra Skin Nano aku tu dah nak habis, (actually sample je tu. Aku redeem tahun lepas). 

Aku pun godek-godek salah satu insta yang aku pernah order serum dengan dia dulu. Ada 12 jenis serum. Korang boleh pilih nak pakai yang mana, ikut kesesuaian muka korang lah. Aku jenis yang berkulit gelap, sebenarnya tak gelap sangat. Sebabnya, aku kuat kawad masa di sekolah menengah, jadi kulit mudah sunburn. Haha! Semua perempuan kan mesti rasa tak puas hati kalau duduk sekejap je kat cuaca panas, sunburn nya, lahaaaii, sangat lah tak suka.

Sebab tu, kalau kawad aku kena pakai sunblock. Nanti tak adalah melanin dalam kulit banyak yang keluar untuk melindungi kulit kita. Sebab tu kalau melanin keluar berlebihan, kulit kita akan timbulnya jeragat. Seriusly, aku ingatkan jeragat untuk wanita yang berusia saja. Rupanya aku ada check balik kulit aku, ada sikit jeragat.  Tak apa. Serum yang aku order daripada kak Eyqa-orang Kelantan, tahun lepas, masih ada 2 botol kecik lagi yang tak dibukak iaitu regenerating dengan soothing. Soothing ni untuk kulit yang ada jerawat yang ada nanah, kiranya jerawat yang teruk lah sangat. Sebab tahun lepas aku ada jerawat yang teruk, merah-merah. (Gambar tak dapat disertakan di sini kerana hilang. Sorry.)

So, aku contact kak Eyqa. Kak Eyqa ni sangat ramah tau. Dia yang suggestkan kat aku macam mana cara pakai, jenis serum yang sesuai dengan masalah kulit. Sebab tu tahun lepas aku borong 10 botol serum. Kecuali serum eye care sahaja sebab masa tu mata aku tak jadi panda lagi macam sekarang, haha! Kuat studi sangat lah tu. Sekarang, aku contact lagi dengan dia. Aku mintak serum Oxygenating, Whitening dan Tightening bagi yang kulit berminyak serta gelap. Sebenarnya kulit aku dah putih sikit, cuma aku nak jaga kulit betul-betul. Sebab nanti senang, tak payah gi buat rawatan kat tempat yang mahal-mahal kan?






Dan lepas serum, aku grab facial spray 30 ml dan juga toner 30 ml. Semuanya RM80 termasuk postage. Facial spray ni dia dapat melembapkan kulit, menyeimbangkan pH kulit dan membuatkan kulit kita lebih bersinar. Tambah-tambah kita kan sedang berpuasa, kulit kita cepat kering. Selain makan kurma, kita jugak perlukan segala skincare ni. Supaya kulit kita akan lebih terjaga. Ha! Sebenarnya kita tak digalakkan makan makanan berminyak, minuman yang manis (aku dah bedal makanan macam ni, huhu). Kulit boleh timbul jerawat dan gatal-gatal.

Haa, nanti aku sertakan gambar aku sebelum dan selepas. Kak Eyqa cakap, serum dan facial spray dan sabun memang laku keras lah. Kepada yang nak jadi agent dan stokis sangat dialu-alukan. Tak ada masalah.

Kepada yang berminat untuk membeli skincare ni, korang boleh contact nombor telefon dan insta kak Eyqa di bawah:

Instagram:@eyqahellokitty
Whatsapp: 019-9312799