Selasa, Julai 05, 2016

Review: Who Are You School 2015

Hai! Dah lama tak update blog. Sebenarnya tak adalah lama manapun. Cuma hari ni nak share satu drama Korea yang aku minat tahap gaban ni. Sebenarnya aku tengok sinopsis cerita ni kat fb. Masa tu terdetik lah nak tengok. Hari ni baru habis tengok. Cerita ni habis ditayangkan pada pertengahan Jun 2016. Maknanya cerita ni masih baru lagi lah. 


Cerita ni dibintangi oleh pelakon genit Kim So Hyun (tengah) sebagai heroin dalam cerita ni. Dia berperanan sebagai 2 watak iaitu Lee Eun Bi, seorang yang lemah lembut, sopan tetapi sering dibuli. Dan lagi satu Gong Eun Byul, seorang yang kasar, biadap dan pemarah. Aku paling suka watak dia jadi Eun Byul sebab dia ada prinsip yang tersendiri berbanding Eun Bi yang sedikit lemah. 


Cerita ini bermula apabila Lee Eun Bi sering dibuli dengan Kang So Yong dengan geng dia. Aku kesian la dekat Eun Bi sebab dia dibaling dengan telur, tepung dengan sos kicap yang baunya susah nak hilang pada hari jadi So Young. Memang tak guna betul lah So Young tu. Buli orang yang lemah saja. Sampaikan satu hari, Eun Bi tak tahan dengan buli tu, dia mengambil keputusan untuk bunuh diri dengan terjun ke dalam sungai. Aku memang ingatkan Eun Bi akan mati, tapi akhirnya dia diselamatkan oleh Eun Byul, kembarnya sendiri. 

Pada mulanya, Eun Bi hilang ingatan akibat kejadian tersebut dan memulakan hidup barunya di Sekang High School sebagai Eun Byul.So, aku memang percaya 100% yang Eun Byul dah mati semasa selamatkan Eun Bi. Hati aku sedih gila lah, sebab diaorang tak ada chance nak jumpa balik. Eun Bi berkawan baik dengan semua kawan Eun Byul. Sikap lemah lembutnya membuatkan semua kawan Eun Byul pelik dengan sikap Eun Byul yang sebelum ini. 

Diaorang sedih dengan kejadian yang menimpa Eun Byul waktu school trip. Eun Byul sebenarnya sering diganggu dengan hantu Soo In. Soo In dikatakan mati waktu 8.00 malam di dalam kelasnya sendiri akibat sakit. Waktu tu, Eun Byul rasa sangat tertekan dan menyalahkan dirinya yang mengakibatkan Soo In mati. Sampai di school trip pun, dia sering diganggu dengan mesej-mesej ancaman daripada hantu Soo In. Sampailah Eun Byul dikatakan hilang sehingga 10 hari kemudian barulah dia dijumpai (hakikatnya pada waktu tersebut Eun Bi yang dijumpai).


Ibu angkat kepada Eun Byul membawa Eun Bi balik ke rumah dan memulakan hidup baru dengan Eun Bi. Ibunya rasa lega kerana Eun Bi berjaya diselamatkan. Waktu tu, sedikit demi sedikit memori Eun Bi datang semula dan dia sedar dia telah menipu semua orang. Hakikatnya dia adalah Eun Bi, bukan Eun Byul. Dia tersedar sewaktu dia terjatuh dalam kolam renang. Pada waktu yang sama, Kang So Young telah datang ke Sekang High School sebagai pelajar baru dan dia dapat mengagak bahawa Lee Eun Bi masih hidup. Aku rasa macam nak cili saja mulut SoYoung tu. Cara dia mendapatkan kawan dengan cara yang salah. Sampaikan dia merenggangkan persahabatan Shi Jin dengan Cha Song Joo. Hanya kerana nak jadi model saja. Tak guna betul!

Macam-macam cara So Young ingin menjatuhkan Eun Bi. Dan aku rasa lega bila dapat tahu hantu Soo In itu mati pada waktu kelas, pukul 4.30 petang bila disiasat semula. Maksudnya, hantu Soo In yang sering mengganggu Eun Byul adalah kakaknya sendiri. Dan Eun Byul telah kembali ke pangkuan ibu angkatnya. Waktu tu aku rasa macam tak percaya. Eun Byul masih hidup dan memulakan hidup baru di sekolah tersebut. Dia tak akan berpindah! Dan dia marah sangat kepada Kang So young dan membuatkan So Young menangis dan tak dapat kawan akibat perbuatannya itu. Padan muka! Ayah kepada So Young berasa marah dengan anaknya sebab perlakuan tu menyebabkan dia susah nak masuk dalam politik. 

Ending dia sangat frust jugakla, sebab Eun Bi menjalinkan hubungan cinta dengan Han Yi An, kawan Eun Byul semasa kecil dan bukannya Tae Kwang, lelaki yang selalu ada dengan Eun Bi. Eun Byul pula melanjutkan studi di luar negara. 

Kesimpulannya, drama 16 episod ini banyak merungkaikan persoalan yang masih tidak terjawab dari episod ke episod. Aku bagi 9/10 bintang untuk drama ini. Aku suka dengan perwatakan kembar dalam cerita ini. Kepada yang belum menonton, jom tengok!

Sekian. 

1 comment

14 Oktober 2016 11:46 PTG

aduhhhh.. tengok gambar cantiknya musim bungaaaaa :D Terus rasa berminat nak tengok drama ni. Suka dengan Kim SO Hyun. Baru jugak lepas tengok dia dalam Let's FIght Ghost :D

Catat Ulasan