Jumaat, Ogos 11, 2017

Movie Review : Annabelle Creation

Hai! Dah lama kan aku tak update blog ni. Sebenarnya, aku dah memasuki semester 5, yang mana aku ada praktikal di sekolah. Setiap pelajar yang merupakan guru pelatih akan menghadapi praktikal, tak terkecuali. Sebab tu, rasanya habuk di blog ni dah boleh sapu dah. Haha. 
Semalam, baru aku dapat tengok cerita Annabelle, yang orang kata seram sangat tu. Aku sebenarnya keliru  waktu nak beli cerita kat cinema tu, sebab semua cerita review best-best. Jadi, sebab dari dulu lagi memang aku nak tengok cerita anak patung, aku pilih Annabelle. Mulanya takut jugak sebab tak pernah tengok cerita hantu, selalunya cerita fantasi, kartun. Aksi susah sikit sebab aku tak suka drama, filem yang keganasan.    
                                  Image result for annabelle
Cerita Annabelle ni lebih kurang je dari yang pertama. Isi dia sama : ada roh jahat rasuk anak patung. Dia jugak ada bagi flashback dan boleh relate sebab apa terjadinya pembunuhan Mr dan Mrs Muggins waktu dalam Annabelle yang pertama. 

Yang menariknya, Annabelle versi 2 ni dia mempunyai banyak scene yang boleh membuatkan aku terkejut. Dalam tengah mengantuk pun boleh terlepas kasut sebab sound effect dia yang kuat dan membuatkan jantung aku macam nak tercabut. Tapi, bagi aku, versi ni lebih best dan menyeramkan dari pertama. Paling yang aku takut sekali, bila ada satu scene Linda tembak bola kena muka patung tu, dan patung tu toleh ke arah dia! Sumpah seram!! Aku nasib baik laa tengok waktu petang. Kalau malam, memang tak tidur laa jawabnya.  Okey, kita bergerak ke sinopsis dia. 
Sepasang suami isteri, Sam Mullins (pembuat anak patung) dan isterinya mempunyai anak iaitu Bee. Bee merupakan anak yang baik dan suka bermain sorok sorok dengan ayah dia. Satu hari, semasa pulang dari majlis di sekolah Bee, kereta yang dipandu oleh Sam rosak dan apabila sedang menukar tayar, Bee mengambil salah satu skru yang terjatuh. Tapi, Bee dilanggar kereta dan mati pada hari berkenaan. Setelah 12 tahun berlalu, Sam telah menjadikan rumahnya sebagai rumah anak yatim dan menjemput anak-anak yatim perumahan tersebut. Berbagai-bagai kejadian pelik berlaku apabila salah seorang anak yatim tersebut membuka bilik kepunyaan Bee. Dan anak patung itu dibebaskan, roh jahat telah menghantui mereka.

Aku bagi rate 5/5 lah untuk cerita ni. Walaupun banyak review yang cakap cliche, bagi aku tak. Sebab banyak persoalan yang timbul sepanjang aku tengok cerita ni. Kalau korang nak tengok apa yang akan terjadi pada patung tu, pergilah ke pawagam sekarang :)

1 comment

13 Ogos 2017 4:03 PG

Teringin nak tengok ! Hope ada masaaa

Catat Ulasan