Jumaat, Disember 14, 2018

KTM ke Padang Besar

Hai! Hari ni aku bersama mak cik aku pergi Padang Besar naik kereta api. Rasa berbaloi sebab tak perlu cari parking kereta, pastu minyak pun tak payah isi. Jimat. Kami bertolak pergi sana dalam pukul 8 pagi. Kereta api bertolak dari Sg Petani ke Padang Besar pukul 8.50 pagi. Tapi dia lambat sikit lah. Nak tunggu amik penumpang dari stesen-stesen lain. Oh ya! Tiket pergi balik macam murah jugak. Dewasa dalam RM18.90. Kanak-kanak dalam RM9.40. Sengaja aku book pergi balik terus, senang tak payah beli tiket dah nanti waktu nak balik.

Masa mula-mula naik tu memang terkejut jugak lah sebab ramai penumpang. Mostly diorang dari Butterworth. Kami ni masuk terus tak dapat duduk. Bagi orang tua dulu duduk. Best sebab dalam dia ada aircond. Tak macam train dulu. Masa aku balik dari Arau, train dia tak selesa sangat macam sekarang. Syukur diorang dah upgrade servis untuk penumpang.

Kami sampai dalam pukul 10 pagi. Dalam sejam jugaklah nak sampai. Motif aku ni makan je. Sebab dekat arked niaga tu, baru bukak kedai makan. Kedai Makan Chempaka nama dia. Kami order set B yang ada 3 set nasi, 3 gelas jus buah, lauk ayam goreng kunyit, sayur kailan, telur dadar dan tomyam campur. Sedap walaupun masin sikit. Hehe. 

Lepas makan, kami pun bergerak ke arked niaga di situ. Aku sempat grab 4 biji kerongsang. Dalam sekitar RM10 jugaklah. Nak beli baju pun, aku bukannya kaki shopping baju, beg pun tak. Haha. So, just tengoklah gelagat orang membeli belah kat situ. Sepupu aku kerja dia memang nak beli Lego kecik yang harga RM6.90 satu tu. Sempat lagi dia kumpul Lego. Haha. Kami bertolak balik dalam pkl 1.15 petang. Train bertolak dalam 1.30 petang. Nasib sempat. Pengalaman ni memang tak akan aku lupakan sampai bila-bila. 

Nah aku kongsikan gambar-gambar sewaktu di sana.
Ni stesen dari Sungai Petani. Sabar je aku menunggu train yang masih belum kunjung tiba.

Suasana dalam train. Aku tak nak ambik gambar orang dalam tu. Kang diorang marah pulak kan amik gambar walaupun kita mintak izin. Rasa tak selesa. Amik gambar pintu pun jadi lah.

Pemandangan atas. Cantik kan. Waktu tu baru lepas hujan.

Ramai orang kat sini.

Salah satu kedai baju. Aku tengok je. Tak beli pun. Haha. Tunggu sepupu aku sambung Lego yang dia tak siap lagi.

Perjalanan balik. Memasing muka macam zombie. Letih. Haha.