Wednesday 29 April 2020

Akhirnya, dapat terbit buku lagi!


Alhamdulillah, entri kali ni akan aku ceritakan bagaimana aku dapat terbitkan buku Antologi Magisnya 02022020. Sebenarnya, aku selalu masuk group penulisan di facebook. Sambil meluangkan masa lapang, aku pun join setiap pertandingan yang ada. Ada lagi pertandingan yang aku belum tahu keputusannya. Berdebar-debar pulak. Aku sebenarnya tak mengharap untuk menang. Cukuplah sekadar memenuhi hobi aku sahaja. 
Nak dijadikan cerita, aku pun join satu contest ni, katanya jika kita submit penyertaan, kita akan dapat lima buah buku sekiranya karya kita terpilih. Aku pun mencuba nasib. Manalah tahu kan.. 
Aku gigih mencari puisi yang sesuai, dan aku cuba cipta sendiri. Mana boleh plagiat hasil karya orang punya, tak baik tau!
Akhirnya setelah lama menunggu, aku berasa gembira kerana karya aku telah terpilih untuk antologi puisi tersebut bersama beberapa penulis hebat lain. Dapatlah aku menempa nama lagi dalam persada penulisan ini. Alhamdulillah. 


 
Alhamdulillah. Akhirnya, aku dapat pegang buku baru lagi. Katanya akan terbit Jun 2020. Tapi, kilang kan ditutup sebab PKP, so aku tak pasti bila buku ini akan release pada pembaca. Diharap korang akan sabar menunggu tau buku aku yang terbaru. Bila ada open order nanti, aku akan bagitahu ya!

7 comments:

Popular Posts