Rabu, Oktober 07, 2020

Drama Roy Leh Marnya (2020)


Hai semua. Baru semalam aku tengok dekat laman web Lakorn Galaxy cerita baru yang ongoing. Tajuk dia Roy Leh Marnya. Boleh tahan best jugak bila baca sinopsis. Cerita ni diadaptasikan dari novel tajuk yang sama jugak. Aku baru tengok episod 1, itupun belum habis lagi hehe sebab aku tak larat nak bukak mata untuk habiskan satu episod. Hari ini aku nak sambung balik cerita tu. Okeylah gais, jom kita tengok serba sedikit info mengenai cerita ni. 


              • Drama: Roy Leh Marnya
              • Country: Thailand
              • Episodes: 17
              • Aired: Oct 5, 2020 - Nov 30, 2020
              • Aired On: Monday, Tuesday
              • Original Network: Channel 3
              • Duration: 1 hr. 30 min.
              • Content Rating: Not Yet Rated.


  • Pelakon utama



  • Pope Thanawat (Ramin)



  • Ranee Campen (Pitcha/Aim)


  • Pelakon tambahan

  • Phet Thakrit Tawanpong as Nat
  • Louis Scott as Mack
  • Chokprajakchat Nichari as Tatiya
  • Bua Nalinthip Sakulongumpai as Mintra
  • Tai Penpak Sirikul as Pornpan
  • Duangta Toongkamanee as Runya
  • Jacqueline Muench as Bell
  • Duangjai Hathaikarn as Nom
  • Nok Jariya Anfone as Siri
  • Nong Thanongsak Suphakan as Poom

  • Berikut adalah sinopsis bagi cerita ni ya. Jom kita baca! Yang pasti, mesti korang akan rasa geram, sedih, marah dan macam-macam lagi emosi yang keluar bila tengok cerita ni. 

Pitcha atau nama panggilannya Aim (Bella Ranee) merupakan seorang CEO yang rajin, yakin dengan diri sendiri malah seorang yang moden. Dia sudah berkahwin dengan suaminya Mark (Louis Scott) selama lima tahun dan ingin merancang untuk menambah cahaya mata setelah sekian lama hidup berdua. Pada ulangtahun kelima perkahwinannya, Pitcha menerima sejambak bunga dari suaminya. Namun, malang tidak berbau, skandal suaminya iaitu Pankaew (Mint Nawiddda) menelefonnya untuk memberitahu suaminya sedang curang padanya dan akan membuang Pitcha selama-lamanya kerana Mark akan memilihnya sebagai seorang isteri. 

Pitcha tergamam dan bergegas ke restoran di mana tempat suaminya dan Pankaew menikmati makan malam. Akhirnya berlaku pergaduhan dan masing-masing tidak berusaha untuk meleraikan pergaduhan melainkan suami Pitcha, Mark. Pitcha ingin melukakan Pankaew kerana berjaya membuat hatinya terluka, namun kehadiran Ramin (Pope Thanawat) yang berusaha menghalang Pitcha daripada terus membunuh orang lain. Pitcha secara tidak sengaja melukakan Ramin dan mereka bergegas ke hospital. Pada masa yang sama, dia meminta Ramin mengendalikan kes perceraian antara dia dan suaminya. Ramin berusaha untuk menolong Pitcha meskipun telah terbit bunga-bunga cinta pada perempuan itu. Mampukah Ramin dan Pitcha hidup bahagia?