Owner



Nama diberi Nurin Najwa Irsalina. Boleh panggil Fea. Nak tahu sebab apa? Sebab Fea tu rasa nama yang cute! Eheh..sebab itulah tercetusnya Fea's Diary. Susah jugak nak cari identiti diri ni.

Lahir pada 25 April 1996. Umur 24. Tapi tak macam 24 tahun sebab Fea ini seorang yang kecil molek dan perangai macam budak-budak. (haha). Sekarang kerja di Perak. Jauh bebenor merantau. Semua kena guna duit.

Makanan kegemaran nasi ayam, chicken chop, ayam penyet, takoyaki dan juga cendawan goreng. Sebenarnya banyak lagi makanan, tapi yang ada di list ni sangat nak makan! (Dah gemok pun.) Minuman kegemaran suka air milo ais. Tapi bila minum air manis sangat-sangat ni, tak elok jugak untuk kesihatan.

Berblog dari tingkatan 4 lagi. Kebanyakan post waktu tu banyak yang didelete sebab merasakan post yang tak begitu sesuai. Haha! Merapu je lebih. Dapat buat blog ini sebab tujuannya nak share pengalaman dengan kawan-kawan blogger yang baru dan yang lama. Suka sangat dapat berkenalan dengan korang semua. (Love berterbangan).

Okeylah, kepada yang nak review boleh saja. Sentiasa online. Eheh. :) Okeylah, nak jugak dengar korang punya biodata. Sharing is caring right?