Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan

Isnin, November 21, 2016

Tips kurus versi aku :)

Assalamualaikum semua. Ha! Kali ini aku sengaja nak tulis pasal kurus. Korang pernah kan naik berat badan? Ke ada yang tak naik langsung? Seriously, aku dulu bukanlah seorang yang cepat naik berat badan. Masa aku darjah 6, aku Cuma 17 kg je. Aku tak tahu lah kalau budak-budak sekarang ni macam mana berat dia. Ke ada yang berat lagi daripada aku. Haha..yang tu depends lah kepada pemakanan ya. Sekarang ni, banyak gila restoran fast food. Ada je berlambak di tepi jalan. Tu memang aku tak nafikan. Aku pun selalu jugak singgah beli pisang goreng. Makanan berminyak tu. Kalau ikutkan, tak baik untuk kesihatan.

Sejak masuk IPT ni, aku tak pastilah sejak bila badan aku ni naik mendadak. Bahagia kot, makan banyak! Dulu dalam 32 kg je. Sekarang 41.5 kg. Aku sekarang ni dalam proses nak kuruskan balik badan aku. Berat aku normal dalam 34 kg. Bagi aku, lagi kurus daripada tu lagi okey. Actually, tak sihat sebenarnya kalau overweight. Nak jalan, naik tangga tu cepat sangat rasa penat. Kalau korang tak percaya, korang boleh tengok gambar di bawah ni. cuba bezakan antara sebelum dan selepas. Lepas raya haji, aku memang aim nak kurus. Sebelum ni tak kisah pun. Janji makan je kan. 

Aku boleh jelaskan apa yang aku makan dan senaman apa yang aku selalu buat untuk turunkan kalori.
Aku dah ambik Herbalife Formula 1 perisa coklat. Rendah kalori. Lemak pun sikit. Nak sedap, aku shake dengan oat.  Kenyang tu tak payah cakaplah. Dari pukul 7.30 pagi aku minum, pukul 2.30 petang pulak aku lunch. Berbaloi kan? Tapi sebenarnya ambik breakfast ni penting tau. Kang ada pulak yang pengsan sebab tak breakfast. Kita kan nak mulakan pagi dengan belajar, kerja dan sebagainya. Tak kan tak sempat ambik breakfast? At least minum air masak ke, makan sekeping roti ke, dah okey tu.

Untuk lunch pulak, kalau betul-betul korang nak kurus, korang kena banyakkan makan ikan. Bukan goreng ye, tapi sup. Sup ni kan kurang sikit pakai minyak. Ada yang nak request tak nak minyak. Its up to you. Janji ikan. Kalau jenis minat makan ayam macam aku ni, aku prefer ayam dada atau isi. Cepat kenyang. Nasi ambik dalam satu senduk je. Atau mangkuk kecik. Kadang-kadang aku bedal je nasi tu, tapi sebelah petang nya aku exercise. Keluarkan peluh. Barulah kalori tadi dibakar. Badan pun ringan je kan?  Betul tak?

Air. Air kena pastikan minum 2 liter atau lebih. Aku ni susah nak minum air 3 liter sehari. Dalam 2.5 liter pun gagah-gagah jugak. Tu pun aku paksa. Air kurang dalam badan korang yang menyebabkan korang akan menjadi gemuk sebenarnya. Tak susah pun. Aim sikit-sikit. Macam mana nak tahu badan korang cukup air ke tak? Haa, kena tengok warna air kencing. Kalau putih, bermakna badan korang cukup air. Kalau warna kuning, bermakna badan korang tak cukup air tau. Cuba okey.
Yang akhir sekali, pasal senaman. Mesti korang nak tahu kan apa senaman aku buat. Kalau rajin, aku senaman dalam 4 kali seminggu. Kalau malas, dalam 2 kali seminggu je. Janji badan berpeluh la. 

Aku selalu jogging dan push up. Senaman yang basic tu pun aku buat ( macam warming up tu). Dan aku suka buat lompat bintang. Dalam 15 minit, skipping 15 minit. Lari-lari anak dalam 10 minit sebelum berhenti rehat. Lepas bersenam, pastikan air minum okey. Nak gantikan peluh dan detox balik badan kita yang penuh dengan toksin tu.
Aku rasa setakat ini dulu tips kurus aku. Nanti aku share pulak apa produk aku pakai untuk menjaga kesihatan aku. J

Ahad, Ogos 21, 2016

Review : Mung Bean Mud Mask

Assalamualaikum dan selamat malam (ketika entry ini ditulis), kepada semua pembaca. Alhamdulillah, 3 minggu yang cukup tough bagi aku, yang mana selama 4 hari bermula 8-11 Ogos, batch aku mengadakan aktiviti perkhemahan mengikut unit beruniform. Aku mewakili Bulan Sabit Merah Malaysia. Tak dinafikan, mendirikan khemah dan gajet di tengah panas tu membuatkan aku tak selesa. Kulit aku cepat terkena sunburn. Pakai la produk sunburn SPF 50 ke, 100 ke atau 150++ ke, kulit aku ni memang tak tahan sangat, lagi hitam je. Haha.

Nak dijadikan cerita, lepas elaun masuk, geng budak perempuan kelas aku pergi ke shopping mall, semata-mata nak pulihkan kembali kulit kami yang hitam macam arang. Aku lagi lah, ada orang tegur aku, kulit aku sangat berbeza daripada yang dulu. Sebelum ni memang kulit aku gelap, tapi ada lah sedikit putih. Aku tak kisah pun sebab daripada sekolah menengah lagi kulit aku memang dah gelap. Jadi, aku pilih set Nano White yang ada extra whitening. Cepat lah sikit hilang sunburn, dan aku tekap muka aku dengan air sejuk, bagi hilang sikit sunburn. Aku tak lupa jugak letak aloe vera. Orang cakap bila nak rawat sunburn, letak aloe vera saja.

Tapi, aku perlukan mask. Sebab tu, aku godek-godek Instagram semata-mata nak cari mask yang sesuai dengan muka aku. Selalunya produk daripada Korea sangat bagus dengan kulit aku sebab bahan-bahannya semula jadi, tiada bahan kimia. At last, aku jumpa! Satu insta ni jual Mung Bean Mud Mask. Mask lumpur kacang hijau. Kata owner tu, produk ni dia pun pakai, dan boleh tahan 3-4 bulan dalam satu bekas. Memang betul pun. Guna sikit ja. Terus rata di muka. Jimatlah. Lagipun, tengah sale masa tu. RM60 termasuk postage. Harga asal RM89.  Jadi, aku pun terus beli.
Mask ni berbau wangi, macam coklat gitu. Sapuannya lembut, tak kasar, dan kulit aku selesa. Sapukan selama 20 minit, lepas tu bilas dengan air bersih. Selalunya, lepas aku pakai mask, aku cuci muka, sapu toner dengan krim whitening sekali. 

                                     


                           
Kepada yang ingin membeli mask ini, bolehlah order di sini :
Whatsapp : 013-2524872 (Slow response  10 am-5 pm)
                     Quick response (6pm-10 pm)

Ahad, Jun 26, 2016

Rutin kecantikan muka

Hai semua! Baru rasa nak share tentang rutin kecantikan muka dan diri aku. Selama ni kan, orang ada mencari satu tips macam mana nak jaga kulit. Tapi, aku ada tips tersendiri macam mana aku nak jaga kulit aku. Most important sekali, jangan malas! Kalau korang malas dengan tak konsisten, hmm aku tak boleh lah nak tolong korang lagi. Haha! Sebab nak cantik kena konsisten, bukan sekejap pakai, sekejap tak. Okey, jom tengok apa rutin harian aku jaga kulit muka.

1.       Ephyra Collagen Drink
Yang ni aku start makan setahun yang lepas. Aku konsisten makan selama 9 bulan saja, sebab aku ada digestion problem waktu tu. Jadi aku makan selang-selang. Ada lagi 3 sachet yang masih aku simpan. In case kalau aku nak minum, aku bancuh. Ephyra ni bukan saja untuk kulit ja tau, dia ada merawat jika kita ada gatal-gatal ke, demam ke memang elok la kalau minum. Korang cuba tengok ig akak Memey kita. Hari-hari dia minum tanpa skip. Wah! Aku tabik la dengan dia. Sebelum ni kulit dia gelap, tengok je sekarang, comel je kan. Ephyra ni bagus untuk ibu menyusu jugak tau. Banyak feedback yang kata bagus. Rasa? Haa, rasa dia macam minum jus oren je. Tambah-tambah lagi kalau bancuh dengan air sejuk. Memang lega tekak rasa. Tapi kalau nak lagi better, cuba bancuh dengan suam not air panas okey. Nanti segala protein dia khasiat semua hilang. Jangan terkejut, Ephyra dapat merawat kanser jugak tau.  Sekali sehari dah cukup. Dalam aku menaip ni aku minum lagi Ephyra. Sebab rasa dia sedap dan merawat jerawat tau! Aku ni ada jerawat yang teruk start darjah 2 lagi. Mungkin semua orang rasa pelik, tapi memang betul. Aku naik form 1 baru kurang. Harga dia cuma RM197 untuk SM dan RM207 untuk SS untuk 30 sachet. Nak harga promosi? Cuba korang cari dealer sah Ephyra. Korang bakal dapat free gift lagi. Boleh lawat di laman web di http://www.oceanlife2u.com

2.       Facial Spray & Tonner Eh Skinz
Ha, yang ni aku dah review dalam entry aku yang lepas. Fungsi facial spray ni adalah khas untuk mengecutkan jerawat dan juga untuk menyeimbangkan PH kulit kita. Kulit kita kan akan jadi kering lepas cuci muka, sebab tu disarankan memakai toner. Toner ni warna pink. Bau dia macam strawberi. Hehe. Nasib je aku tak minum. Kang tak pasal-pasal batal puasa aku. Ada orang tanya aku, macam mana nak pakai? Spray dulu kea tau toner dulu? Nah, ini jawapannya-cc kak Eyqa.

-Pakai toner dulu baru spray
-Spray 10 cm jarak dari muka kalau tak pakai make up. Yang pakai make up 20 cm.
-Lepas tu boleh la apply serum. Ikut la serum apa pun. Cuma tak boleh campur 2 serum dalam satu masa.

3.       Serum
Haa, aku start apply serum ni dari tahun lepas lagi. Sebab aku selalu tengok orang Korea jaga kulit diaorang. Kulit pun perlu jaga jugak tau. Yang ni boleh tengok entry aku yang lepas. Ada 12 jenis serum yang boleh korang pilih. Tapi aku pilih lightening, tightening dan juga oxygenating untuk kulit yang ada pori dan juga berminyak. Kadang-kadang tu malas juga nak apply serum. Aku pakai krim je. Serum letak dalam suhu bilik okey. Ataupun dalam peti sejuk. Tapi sekarang, tak boleh malas. Haha! Barulah kulit glowing gituh..

Isnin, Jun 06, 2016

4 Tips To Wear Flare Dress

Flare Dress
Apa itu flare dress? Flare dress ini sebenarnya telah mendapat tempat dalam kalangan orang ramai iaitu wanita. Nak tahu? Dress ini sangat mudah mudah digayakan kerana ia bukan sahaja memakan masa yang singkat malah dress ini mempunyai banyak corak yang cantik. Tak kiralah sama ada wanita itu bertubuh gempal atau kurus, flare dress ini sesuai untuk dipakai. Jadi, anda tidak perlulah risau jika anda mempunyai tubuh yang gempal. Anda tetap akan kelihatan cantik dan bertubuh gempal bukanlah satu penghalang buat anda untuk berfesyen.











So, kepada semua ladies yang suka bergaya, ini merupakan contoh padanan pakaian atau tips yang anda boleh lakukan. Barulah anda sentiasa bergaya.

Tips untuk memakai flare dress.
1.    1.    Memadankan dengan heels.
Ini merupakan best combination untuk menampakkan gaya anda lebih menyerlah dan anggun. Anda juga kelihatan tinggi bagi yang sedikit rendah.




2.     2.   Memadankan dengan flats or sneakers
Kepada yang suka memakai flats or sneakers, jangan khuatir kerana koleksi flare dress ini juga sesuai digayakan bersamanya. Anda juga akan berasa selesa di mana sahaja sepanjang hari.



3.    3.   Outerwear
Saya selalunya melihat rakan saya memakai outerwear seperti jacket dan juga cardigan. Jadi, saya mencadangkan anda boleh tampil berkeyakinan dengan memakai flare dress berserta cardigan. Oh! So cute. Jika anda lebih selesa memakai jacket, no problem. Anda tetap kelihatan bergaya.
      

   




4.     4.   Leggings/Jeans
Bagi yang tidak selesa memakai cardigan or jackets, dan anda masih keliru untuk memadankan flare dress ini, tidak salah jika anda mencuba flare dress ini dengan jeans. Cubalah, mana tahu anda akan kelihatan lebih cantik.

5.    5.    Aksesori.
Ya! Anda boleh memadankan dengan belt yang sesuai dengan pemakaian flare dress ini. Jika anda mempunyai rantai atau gelang tangan, amatlah menarik dan sangat sesuai dipadankan. Ini membuatkan gaya pemakaian anda lebih anggun. Anda juga akan kelihatan yakin untuk berinteraksi dengan rakan-rakan di luar. Selamat mencuba!

Rabu, November 25, 2015

Tips Untuk Penulis Baru-Part 2

Assalamualaikum..Ha! Semalam kan Fea update tentang persediaan bagi korang yang nak jadi novelist kan? Hari ini,  nak update tentang elemen2 yang perlu ada dalam tulisan korang. Stay tuned. Buat yang tak ada nota tu, cepat pergi salin kat notepad. Tak adalah nanti korang terkapai-kapai masa nak tulis novel korang tu. Bab syarikat penerbitan kita tolak ke tepi, takut nanti korang serabut pulak. Nanti, Fea akan update lagi dalam entry yang baru. Dont worry.

1. Genre

*Korang kena lah pandai pilih genre apa yang korang nak tulis. Macam sekarang, penuh dengan genre cinta. Bagi Fea, Fea kurang menggemari novel cinta sebab Fea tak pernah alami lagi bab2 cinta. Fea lebih suka genre seram, fantasi, islamik (ini novel Fea yang akan diterbitkan nnti.). Terpulang pada korang lah, asalkan korang minat genre tersebut.

2. Plot

*Plot korang kalau tajuk je best, tapi jalan ceritia tak best tak boleh jugak kan. Korang kena banyak membaca tau. Fea tak boleh nak tolong banyak. Korang ja kena push diri korang nak baca.

3. Watak

*Watak dalam novel ni mestilah jelas. Ada syarikat nak teliti tentang benda2 ni. Jadi, korang describe lah watak tu muka bulat ke, tinggi macam artis Korea ke, hentam ajelah! Asalkan ada matlamat yang jelas. Watak tu janganlah watak utama je. Bosan kan? Kena ada watak sampingan jugak tau. Nanti barulah cerita tu best. Dan, pastikan setiap watak sampingan tu tak mati tengah jalan. Kalau nak bg dia mati jugak, kata dia mati accident ke, sakit ke, kan senang.

4.Bahasa

*Yang ni Fea nak tekankan, ada syarikat yg nak korang buat bahasa baku, ada yang sempoi saja bahasa. Kawan Fea dia kurang menggemari novel yang mempunyai bahasa baku. Bosan katanya. Tapi, korang kena pandai tarik perhatian pembaca tau :)

Okey. Habis sudah tips2 simple ini. Kalau ada apa2 pertanyaan, boleh je tanya. Fea tak makan orang, hehe.

Lawrence Kesdan- Being a writer is like having homework every night for the rest of your life.

Sekian. Assalamualaikum.

Tips Untuk Penulis Baru-Part 1


Hi semua! Hari ini Fea nak bagi korang tips macam mana nak jadi penulis. Ye lah kan, dalam group whatsapp Fea penuh tau yang tanya macam mana akk  tulis novel dalam seminggu. Itu sebenarnya bergantung pada idea kitalah, kadang2 tu bila ada writers block, lagilah. Seminggu  tak tulis cerita. Haha. Okeylah,  nak bagi korang tips ni.

Sebelum Menulis

*Pastikan korang draf dulu apa korang nak buat. Misalnya watak utama , sampingan, tempat, plot, klimaks dan sebagainya.
*Korang kenalah banyak membaca. Kalau tak banyak membaca, macam mana korang nak kembangkan idea korang. Sebab tu nanti banyak kes plagiat. (Tak nak kupas lg isu ini)
*Mintak pendapat orang lain mengenai draf cerita korang tu. Klu okey, dah boleh start menulis.

Semasa menulis.
*NS selalunya baca balik bab sebelumnya. Sebab Fea memang tak buat draf. Takut lari dari cerita asal.
*Untuk menyedapkan cerita, selalunya banyak kata2 hikmah, sebab selalunya kata2 hikmah ni banyak berikan Fea semangat tau. Klu korang, ikutlah korang nak tulis apa pun. Asalkan korang selesa dengan cerita korang.

Oh. Selesai sudah tips Fea ni. Sorry kalau banyak kekurangan. Fea mintak maaf tau. Okey, semoga berjaya. Fea akan ceritakan macam mana nak memilih syarikat penerbitan novel dalam part 2 pulak eh. Bye. Assalamualaikum.

Yang benar,


Khamis, Jun 18, 2015

Advertorial-Menulis dapat menjana pendapatan..


Hai semua. jom kita daftar advertorial :)

advertorial.MY adalah platform untuk blogger & penulis berkumpul bagi menawarkan khidmat menulis artikel kepada usahawan dan peniaga yang mahu memperkenalkan produk serta perkhidmatan mereka kepada umum melalui kaedah advertorial marketing.
  

Bagaimana Ia Berfungsi?

Untuk buat duit dengan laman ini ia cukup “Straight Forward” dan ringkas. Asalkan anda mempunyai laman blog sendiri serta aktif menulis, sudah cukup untuk anda menjana pendapatan lumayan dengan mengiklankan tawaran advertorial anda di laman ini.
  1. Anda iklankan blog anda di laman kami.
  2. Kami carikan pengiklan untuk anda.
  3. Anda dan pengiklan buat persetujuan & pembayaran.
  4. Tulis dan publish advertorial untuk pengiklan.
  

Apa Itu Advertorial?

Jika anda kali pertama mendengar perkataan advertorial, ini adalah sedikit penerangan tentang maksud advertorial dan kegunaan. Advertorial adalah daripada perkataan Advertising dan Editorial. Ia adalah kombinasi pengiklanan dalam bentuk editorial.
Kebanyakan advertorial di internet adalah melalui laman blog, di mana pemilik atau penulis blog akan menulis ulasan untuk produk, perkhidmatan, laman web atau apa sahaja yang di minta oleh pengiklan.
Sebagai balasan pengiklan akan membayar sejumlah wang sebagai pertukaran bagi khidmat menulis ulasan tentang mereka. Blogger yang berjaya, menjana ribuan ringgit setiap bulan dengan hanya menulis ulasan untuk pengiklan di laman blog mereka sendiri.
Teknik pengiklanan begini telah lama wujud dan amat berkesan kepada pengiklan. Sama ada anda sedar atau tidak, setiap hari anda di hidangkan dengan advertorial melalui kaca TV, akhbar, majalah, blog dan lain – lain saluran media.
  

Bagaimana Nak Buat Duit?

Melalui laman advertorial.MY anda boleh buat duit dengan mengiklankan blog anda di sini dan tawarkan khidmat advertorial kepada pengiklan yang berminat.
Setiap advertorial anda boleh kenakan harga bergantung kepada permintaan pengiklan. Kebiasaan advertorial di letakan harga mengikut jumlah patah perkataan dan populariti blog. Harga terpulang untuk anda tentukan sendiri sebab ia khidmat anda, blog anda dan anda punya suka apa harga yang hendak di kenakan kepada pengiklan.
  

Berapa Banyak Pendapatan Sebulan?

Tiada jumlah sebenar yang dapat di anggarkan di sini kerana pendapatan anda bergantung kepada berapa banyak advertorial job yang anda dapat setiap bulan. Ia juga bergantung kepada kualiti penulisan, ranking blog, populari blog dan jumlah trafik untuk menarik minat pengiklan.
Mulakan tawaran anda pada base price, kemudian tawarkan (upsale) addon untuk pengiklan buat tambahan. Pecahkan kepada beberapa addon dan cadangkan & terangkan kepada pengiklan kebaikan untuk upgrade.
Andaikan dalam sebulan anda cuma dapat 3 advertorial job dengan upah RM50.00 untuk satu job iaitu pada base price, pendapatan anda di anggarkan sebanyak RM150.00 tanpa addon. Kemudian upsale dengan addon sticky post dengan tambahan RM50.00 lagi setiap artikel, jumlah akhir anda akan dapat adalah RM100.00 setiap artikel. Jumlah keseluruhan untuk 3 artikel dari 3 pengiklan adalah RM300.00.
Anda boleh fikir apa yang boleh di tambah sebagai addon advertorial anda. Malah anda boleh tawarkan pada pengiklan untuk terbitkan artikel di beberapa blog milik anda dengan sedikit bayaran tambahan.
Tawaran dengan base price lebih menarik perhatian, berbanding pakej yang kadangkala ia tidak di perlukan oleh pengiklan. Tapi apabila anda upsale, tidak mustahil pengiklan akan membeli dan membayar pada harga pakej.
Yang penting dapatkan inquiry dan pegang pengiklan dulu, sebelum offer tambahan addon pakej. Tempoh 30 minit atau kurang untuk menulis satu artikel berkenaan produk pengiklan dan di bayar RM100.00, ia lebih dari berbaloi untuk kerja semudah itu.
Disclaimer: Nilai yang di anggarkan di atas hanya sebagai CONTOH untuk pemahaman anda sahaja, berapa caj yang anda kenakan adalah terpulang kepada anda sendiri.
  

Siapa Boleh & Patut Join?

Sesiapa sahaja yang mempunyai blog aktif dengan sekurang – kurang 1 entri seminggu. Blogger baru atau blogger lama yang berminat untuk menambah atau mengembangkan pendapatan mereka melalui khidmat advertorial.
Terutama sekali blogger yang tidak pernah menjana sebarang pendapatan melalui blog – blog yang di kendalikan sebelum ini. Apa jua topik blog anda akan di terima, kecuali blog yang berunsur lucah, politik dan perkauman atau topik sensitif yang tidak di terima umum.
Blog dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil & Bahasa Cina di terima. Namun keterangan tawaran khidmat advertorial di laman ini, mesti dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sahaja.
  

Bayaran Upah Advertorial

Setiap bayaran advertorial yang anda perolehi daripada pengiklan adalah 100% milik anda. Kami tidak akan ambil walau sesen pun upah yang akan di bayar oleh pengiklan kepada anda. Malahan, pengiklan akan hubungi anda terus untuk tempahan dan melakukan persetujuan berkaitan artikel.
Kami hanya sediakan platform untuk menghubungkan para – para blogger & pengiklan di satu tempat sahaja. Oleh kerana kepakaran kami adalah marketing & advertising, kami gunakan kemahiran ini untuk memudahkan anda sebagai seorang blogger mendapatkan pengiklan untuk khidmat advertorial di blog anda.
  

Syarat Penyertaan

Untuk sertai kami ada beberapa syarat yang perlu anda patuhi.

1: Isi Kandungan Artikel Asli

Blog anda mesti di isi dengan artikel asli iaitu yang di tulis sendiri oleh anda dan bukan artikel yang di copy & paste daripada artikel orang lain. Kami hanya mahu blog yang berkualiti dan asli, ia untuk menjaga kebajikan pengiklan yang mendaftar melalui kami.

2: Penyataan Ditaja

Pembaca blog juga harus di maklumkan bahawa artikel tersebut adalah artikel berbayar atau artikel yang di taja siaran. Ia bertujuan untuk mengelakan pembaca anda dari terkeliru antara iklan editorial dan editorial biasa.
Cara biasa yang di gunakan adalah dengan meletakan kenyataan sebelum tajuk artikel atau selepas tajuk artikel seperti contoh di bawah.
Advertorial – Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit?
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit. – Sponsored
Cara lain yang biasa di gunakan adalah meletakan artikel dalam kategori yang di labelkan atau khusus untuk artikel yang di taja.

3: Google Guideline

Advertorial yang akan anda tulis untuk pengiklan dan mempunyai back link ke laman web pengiklan mesti mematuhi syarat dan terma Google iaitu harus mengunakanrel=”nofollow” untuk hyperlink bagi artikel berbayar. Ia perlu di patuhi kerana ia adalah syarat yang di kenakan oleh Google bagi ulasan atau review yang berbayar.
Sama seperti syarat ke2, pembaca blog juga harus di maklumkan bahawa artikel tersebut adalah artikel berbayar atau artikel yang di taja siaran.
Quote dari Google guidelines untuk Advertorial:
(1) Search Engines: If links are paid for, i.e., money changes hands, then links should not pass PageRank. You should nofollow links in Advertorials.
(2) Users & Readers: It should be clear to your readers that this is a paid story by labeling it advertisement or sponsored story.
  

Siapa Golongan Pengiklan?

Usahawan sama ada yang menjalankan perniagaan dalam talian atau di luar talian yang memerlukan promosi untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan mereka kepada pelangan – pelangan baru.
Pengiklan tidak semestinya mempromosikan produk mereka sendiri, ada banyak juga pengiklan terdiri daripada affiliate, reseller, stokis atau agen kepada produk syarikat lain. Mereka mengunakan kaedah pemasaran melalui advertorial untuk menambah jumlah pelangan dan jualan bulanan mereka.
Pengiklan mendaftar dengan kami secara percuma, jadi jumlah pengiklan yang sudah sedar dan bersedia untuk memulakan kempen pemasaran mereka agak ramai. Mereka sudah sedia menunggu blog – blog anda untuk buat tempahan.
  

Lubuk Duit Advertorial Job

Lubuk duit untuk advertorial job adalah pengiklan kecil yang baru mula bisnes atau bisnes yang sederhana dan sedang meningkat naik. Mereka ini mencari peluang untuk berkembang dan sanggup mengeluarkan sedikit wang untuk promosi perniagaan mereka.
Tapi, perlu di ingat majoriti mereka mempunyai budget yang terhad. Jangan minta atau kenakan caj yang terlalu mahal dan melampau, ia hanya akan membunuh peluang anda untuk dapat job tersebut.
Walaupun job tu murah, ia tetap beri anda pendapatan dan tentu sahaja lebih banyak job yang akan anda dapat. Fikir secara logik, letakan diri anda pada tempat pengiklan, yang mana anda akan bayar. Harga berpatutan yang anda mampu bayar atau harga di luar kemampuan anda?
Jumlah pengiklan besar dan berduit tak seramai pengiklan kecil, memang ada pengiklan besar akan menempah advertorial, tapi di blog – blog glamer sahaja dan banyak demand yang mungkin blogger biasa tak mampu penuhi.
Kenapa nak kejar ikan di tengah laut, kalau dah ada ikan naik kedarat? Tinggal tunggu anda “sauk” sebanyak mungkin untuk penuhkan baldi sahaja.
  

Tentang advertorial.MY

Laman ini di bina dan di kendalikan oleh KLIKS SOLUTION untuk memudahkan para blogger dan usahawan serta perniaga berhubung di satu tempat. Usahawan dan perniaga yang mempunyai produk untuk di hebahkan kepada umum lebih mudah untuk mencari blog – blog yang boleh membantu memasarkan atau memperkenalkan produk mereka kepada golongan sasar.
Blogger pula akan lebih mudah mendapatkan pengiklan dan sumber pendapatan untuk blog mereka dengan hanya menghasilkan entri atau ulasan bagi pihak pengiklan dengan bayaran yang sangat lumayan.
  

Advertorial vs advertorial.MY

Okay, jangan keliru dengan dua perkataan ini.
Advertorial – adalah menulis pengiklanan dalam bentuk editorial atau dengan gaya kewartawanan atau blogging.
advertorial.MY - adalah nama domain atau alamat portal ini, di gunakan bagi tujuan memudahkan orang ingat serta menerangkan dengan jelas melalui nama tersebut bahawa portal ini menawarkan peluang pengiklanan advertorial kepada blogger dan usahawan.
  

Objektif advertorial.MY

Kami mendapati agak sukar untuk mencari blog – blog yang menawarkan khidmat advertorial dengan kadar harga berpatutan. Memang ada blog yang menawarkan advertorial, tetapi kadangkala harga yang di minta agak tidak masuk akal.
Setelah lebih 10 tahun dalam bidang perniagaan ini, kami ada banyak pelangan, affiliate & kenalan yang merupakan blogger. Sering kali terdengar rungutan mereka yang selama berblogging, pendapatan dari blog tidak memberangsangkan atau paling teruk apa bila tidak pernah menjana sebarang pendapatan walaupun traffik ke blog mereka tinggi.
Begitu juga dari rakan dari kalangan usahawan kecil yang tidak tahu bagaimana hendak menghebahkan produk atau produk syarikat mereka kepada umum dengan pantas & kos efektif. Tentu sahaja budget sebuah syarikat kecil tak banyak, oleh itu mereka perlukan platform yang berpatutan dan berkesan.
Pengiklan mempunyai budget tertentu dan kebanyakan adalah usahawan baru yang tidak mempunyai modal besar untuk di laburkan. Mereka perlu mendapatkan advertorial review dari sekurang – kurang 5 hingga 10 blog bagi meluaskan capaian golongan sasar mereka.
Ini adalah antara sebab kenapa kami bina platform advertorial.MY, ia untuk menghubungkan pengiklan & blogger di satu tempat bagi manfaat semua pihak. Blogger mendapat sumber pendapatan melalui minat penulisan mereka & pengiklan dapat menghebahkan produk dan perkhidmatan mereka kepada golongan sasar melalui blog – blog.
  

Produk & Perkhidmatan Kami

advertorial.MY menyediakan khidmat pengiklanan kepada blogger yang mahu menawarkan khidmat advertorial di laman – laman blog yang mereka miliki. Dengan menjadi ahli, anda sebagai pemilik blog dapat menyenaraikan satu atau semua blog di bawah kendalian anda.
Kami kemudian akan mengiklankan tawaran khidmat anda kepada pengiklan iaitu usahawan dan peniaga yang memerlukan khidmat advertorial bagi memperkenalkan sama ada produk, perkhidmatan, laman web, promosi atau apa sahaja kepada umum.
Pengiklan yang berminat untuk khidmat advertorial di blog, akan menghubungi anda bagi menempah, berbincang dan urusan lain berkenaan khidmat yang anda tawarkan.
  

Apa Yang Akan Anda Dapat?

Apabila anda menjadi ahli untuk mengiklankan tawaran advertorial di blog anda dengan kami, anda akan mendapat beberapa perkara berikut:
  1. Akses penuh ke laman ahli.
  2. Pendedahan kepada pengiklan berpotensi dari seluruh Malaysia.
  3. Tawaran anda akan di emel kepada pengiklan setiap kali anda iklankan atau memperbaharui iklan.
  4. Di perkenalkan kepada ribuan pengiklan berpotensi baru setiap bulan.
  5. Advertorial job berulang daripada pengiklan yang sama seumur hidup.
  6. Pendapatan yang sangat lumayan sebagai blogger sambilan atau sepenuh masa.
  7. Tip & saranan untuk meningkatkan jumlah pendapatan anda.
  8. Saranan kepada “Tools” untuk menambah baik & meningkatkan prestasi blog.
  9. Peluang dan idea untuk memaksimumkan pendapatan anda melalui blog.