Ahad, Julai 31, 2016

Samyang Fire Noodle-Tak Halal?

Hai semua. Kali ni aku nak share satu benda yang mungkin ada yang terlepas pandang. Ya lah, aku tak pernah lagi makan Samyang noodle ni. Lagi-lagi, Samyang ni selalu orang buat video cara makan, sampai meleleh air mata sebab pedas sangat. Kepada yang masih belum tahu, Samyang ni sampai jadi viral tau sebab ada yang cakap tak halal. Ada jugak ig yang sanggup menipu yang dia jual Samyang ni halal, sedangkan tak halal.

Korang, benda yang halal haram ni kena ambik berat jugak tau, lebih-lebih ni kita orang Islam. Sekali makan benda haram, aku susah lah nak cakap. Tanda-tandanya mungkin hati kita akan menjadi gelap dan sukar menerima nasihat orang. Berdosa tau ambik benda haram. Kang tak pasal-pasal masuk api neraka. Ada jugak orang bagi teguran kat satu ig ni sebab dia tak peka, dia siap block lagi tau! Ish..ada ke patut. Sanggup ke kau tanggung dosa kepada yang kau menipu tuh. Memang sakit hati. kalau dah jual benda tak halal, at least bagitahu saja lah. Tak payah nak block orang bagai. Dah kantoi, tapi masih tak ambik tindakan.

Nasib laa aku jenis teliti dulu. aku siap tanya kak Meera, dia ni orang Sabah, tapi dia kahwin dengan orang Korea sejak tahun 2013 lagi. Banyak jugak dia tolong kami yang teringin nak makan Samyang tu. Dia cakap pek Samyang yang halal dan tak halal adalah beza. Memang pun. Aku tengok betul-betul dekat pek tu, yang tak halal ada gambar macam anak ayam warna kuning. Aku teliti je tengok. Perkara first sekali adalah tanda halal. Tanda halal ni membuatkan aku yakin lah nak beli. Kepada pek Samyang yang tak halal, memang dia tak tulis tanda halal. Korang cari lah kat merata-rata plastik tu, tak akan ada punya. Yang pek Samyang halal pulak, dia ada tanda halal dan tak ada ayam kuning tu. Yang halal selalu je habis cepat, jadi aku tak berkesempatan nak makan lagi.

Pastikan ada logo halal ya :)


Aku nak konfem kan lagi, aku ada pergi satu supermarket ni, sebab kawan aku dok cerita yang member-member dia asyik tergila-gilakan Samyang ni, sampai dia dok cakap Samyang tak halal. Aku bagi tahu dia, Samyang ada ja yang halal. Cuma berbeza pada bungkusan. Aku siap masuk lagi di ruangan non-halal kat supermarket tu. Tepat jangkaan aku! Yang tak halal adalah Samyang yang tak dak tanda halal pada bungkusannya dan ada ayam kuning kartun. Ada jugak orang yang non-muslim tengok aku pelik sebab aku sorang ja yang masuk kat ruangan tu. Aku buat biasa je. Pasal makanan, tak kan nak biarkan orang makan yang tak halal kan? 

So, aku harap korang ambiklah pengajaran daripada kisah aku ni. Kalau ada info yang mengatakan Samyang tak halal, cepat-cepat bagi tahu aku tau. Bahaya kalau kita termakan benda yang tak halal. Okey, sekian sahaja. Terima kasih. J

Selasa, Julai 05, 2016

Review: Who Are You School 2015

Hai! Dah lama tak update blog. Sebenarnya tak adalah lama manapun. Cuma hari ni nak share satu drama Korea yang aku minat tahap gaban ni. Sebenarnya aku tengok sinopsis cerita ni kat fb. Masa tu terdetik lah nak tengok. Hari ni baru habis tengok. Cerita ni habis ditayangkan pada pertengahan Jun 2016. Maknanya cerita ni masih baru lagi lah. 


Cerita ni dibintangi oleh pelakon genit Kim So Hyun (tengah) sebagai heroin dalam cerita ni. Dia berperanan sebagai 2 watak iaitu Lee Eun Bi, seorang yang lemah lembut, sopan tetapi sering dibuli. Dan lagi satu Gong Eun Byul, seorang yang kasar, biadap dan pemarah. Aku paling suka watak dia jadi Eun Byul sebab dia ada prinsip yang tersendiri berbanding Eun Bi yang sedikit lemah. 


Cerita ini bermula apabila Lee Eun Bi sering dibuli dengan Kang So Yong dengan geng dia. Aku kesian la dekat Eun Bi sebab dia dibaling dengan telur, tepung dengan sos kicap yang baunya susah nak hilang pada hari jadi So Young. Memang tak guna betul lah So Young tu. Buli orang yang lemah saja. Sampaikan satu hari, Eun Bi tak tahan dengan buli tu, dia mengambil keputusan untuk bunuh diri dengan terjun ke dalam sungai. Aku memang ingatkan Eun Bi akan mati, tapi akhirnya dia diselamatkan oleh Eun Byul, kembarnya sendiri. 

Pada mulanya, Eun Bi hilang ingatan akibat kejadian tersebut dan memulakan hidup barunya di Sekang High School sebagai Eun Byul.So, aku memang percaya 100% yang Eun Byul dah mati semasa selamatkan Eun Bi. Hati aku sedih gila lah, sebab diaorang tak ada chance nak jumpa balik. Eun Bi berkawan baik dengan semua kawan Eun Byul. Sikap lemah lembutnya membuatkan semua kawan Eun Byul pelik dengan sikap Eun Byul yang sebelum ini. 

Diaorang sedih dengan kejadian yang menimpa Eun Byul waktu school trip. Eun Byul sebenarnya sering diganggu dengan hantu Soo In. Soo In dikatakan mati waktu 8.00 malam di dalam kelasnya sendiri akibat sakit. Waktu tu, Eun Byul rasa sangat tertekan dan menyalahkan dirinya yang mengakibatkan Soo In mati. Sampai di school trip pun, dia sering diganggu dengan mesej-mesej ancaman daripada hantu Soo In. Sampailah Eun Byul dikatakan hilang sehingga 10 hari kemudian barulah dia dijumpai (hakikatnya pada waktu tersebut Eun Bi yang dijumpai).


Ibu angkat kepada Eun Byul membawa Eun Bi balik ke rumah dan memulakan hidup baru dengan Eun Bi. Ibunya rasa lega kerana Eun Bi berjaya diselamatkan. Waktu tu, sedikit demi sedikit memori Eun Bi datang semula dan dia sedar dia telah menipu semua orang. Hakikatnya dia adalah Eun Bi, bukan Eun Byul. Dia tersedar sewaktu dia terjatuh dalam kolam renang. Pada waktu yang sama, Kang So Young telah datang ke Sekang High School sebagai pelajar baru dan dia dapat mengagak bahawa Lee Eun Bi masih hidup. Aku rasa macam nak cili saja mulut SoYoung tu. Cara dia mendapatkan kawan dengan cara yang salah. Sampaikan dia merenggangkan persahabatan Shi Jin dengan Cha Song Joo. Hanya kerana nak jadi model saja. Tak guna betul!

Macam-macam cara So Young ingin menjatuhkan Eun Bi. Dan aku rasa lega bila dapat tahu hantu Soo In itu mati pada waktu kelas, pukul 4.30 petang bila disiasat semula. Maksudnya, hantu Soo In yang sering mengganggu Eun Byul adalah kakaknya sendiri. Dan Eun Byul telah kembali ke pangkuan ibu angkatnya. Waktu tu aku rasa macam tak percaya. Eun Byul masih hidup dan memulakan hidup baru di sekolah tersebut. Dia tak akan berpindah! Dan dia marah sangat kepada Kang So young dan membuatkan So Young menangis dan tak dapat kawan akibat perbuatannya itu. Padan muka! Ayah kepada So Young berasa marah dengan anaknya sebab perlakuan tu menyebabkan dia susah nak masuk dalam politik. 

Ending dia sangat frust jugakla, sebab Eun Bi menjalinkan hubungan cinta dengan Han Yi An, kawan Eun Byul semasa kecil dan bukannya Tae Kwang, lelaki yang selalu ada dengan Eun Bi. Eun Byul pula melanjutkan studi di luar negara. 

Kesimpulannya, drama 16 episod ini banyak merungkaikan persoalan yang masih tidak terjawab dari episod ke episod. Aku bagi 9/10 bintang untuk drama ini. Aku suka dengan perwatakan kembar dalam cerita ini. Kepada yang belum menonton, jom tengok!

Sekian.