Isnin, Disember 10, 2018

Tropical Village

Hai semua. Baru berkesempatan nak update blog ni. Sebenarnya nak tutup blog ni. Ye lah, sebab dah lama tak guna. Macam rugi pulak kalau bukak pun sekadar nak tengok komen-komen readers yang aku sayang ni kan? Eceh!

Actually aku baru saja sampai rumah. Balik dari kampung. Oh ya, kampung aku dekat Johor, area Batu Pahat. Kami satu family jarang-jarang balik sana. Sebab jauh. Tapi, kalau raya ke memang akan balik sana. Dah selalu balik kampung kat Kedah ni ha, dekat je. Ada la dalam setengah jam dari rumah. Sebab tu tak kisah sangat.

Bila balik kampung tu, mustahil lah tak pergi tempat-tempat menarik kan?Aku pergi Tropical Village. Tempat ni tak jauh dari Batu Pahat, area Ayer Hitam. Family aku decide nak pergi sebab kakak aku study dekat sini. Bosan pergi mall, diorang pergi tempat ni. Bagi aku sangat okey kalau nak ajak budak-budak kecik ke, sebab tempat dia cantik sangat. Cuma kesian lah, pekerja Indonesia hanya ada 2 orang saja bak jaga tempat yang punya lah besar tu.

Tenpat ni ada 3 bahagian. Dunia, Malaysia dan juga Kanak-kanak. Kalau bahagian dunia ada pelbagai bangunan yang menjadi kebanggan.Contohnya di Paris ada Menara Eiffel. Kalau kat Malaysia ada KLCC. Ha, tiket masuk RM12. Korang nak pergi park kereta bahagian bawah, pastu jalan kaki pun okey, nak naik dengan kereta pun boleh. Kalau nak bersenam, jalan je dengan kaki, apa salah nya. Nah aku kongsikan gambar sepanjang di sana :)



Gambar tak masuk full pulak. Sedih betul ;(

Sesuai untuk ada anak kecik ke, sebab banyak watak Disney. 

Menara Condong Pisa

Kat sini disediakan train kecik jugak. Bayar RM2. Sesuai untuk anak kecik yang nak tengok dinosaur
Cantik kan?

KLCC dia nampak macam lama sikit. Sedihnya.

Yang paling best, gambar naga ni. Cantik.

Korang patut pergi tau. Rugi kalau tak pergi. Hehe.





Khamis, November 29, 2018

Segmen Blog Review 2018

Tengok ramai blogger join giveaway. Kita pun apa lagi, nak join jugak. Sambil-sambil nak cari blogger yang pandai edit blog kita ni. Rasa macam nak tukar baju pulak. Ye lah, dah lama tak tukar baju kan? Masing-masing busy. Eceh!

Blog Shu ni mula-mula kita tekan sited not found pulak. Line internet kita yang slow. Bila refresh lagi sekali, cepat pulak dia naik. Haha, apa-apa pun, Shu punya blog ni kemas. Suka sangat. Tapi kalau Shu buat konsep warna-warni lagi suka (sebab kita suka konsep fairytale). Apa-apa pun, semoga Shu berjaya ya. :)