Ahad, Jun 28, 2020

Kehidupan Pasca PKP


Setelah sekian lama tak update blog ini, akhirnya baru mempunyai kekuatan nak update. Sebelum ni sibuk dengan online class yang tak kan habis. Pagi sampai petang cari bahan pdp untuk my students. Kalau tak sesuai, cari lagi sampai jumpak. Ye lah, nanti kalau tak cari, macam mana diorang nak buat kan?

Actually, bila KPM dah umum 24 Jun 2020 semua guru dah kena datang ke sekolah, aku still lagi rasa takut, pada masa yang sama tak sabar-sabar nak bersihkan kelas. Ya lah, dah berhabuk tinggal lama waktu PKP hari tu. Virus tu masih ada, normallah untuk aku rasa takut kan. Walaupun kita dah hidup dalam norma baru. 

Lega jugak bila dah bersihkan bilik darjah. Sekarang tunggu my kids masuk je.Gambar sebelum dan selepas lupa pulak nak framekan. Ada gambar sebelum je. Hehe, maaflah korang. Lupa hari tu nak snap. Rindu betul dengan diorang. Sehari kalau tak gaduh memang tak sah! Asyik nak kena berleter je kan. My kids ni senang nak pujuk. Tak payah cakap banyak, sekali cakap je dah buat. Sebab kena denda baca satu surah kalau degil. Rasa berkesan dengan denda ni, tak perlu jerit anak tekak pun suruh duduk diam-diam. Baca surah je dah dia dapat pahala kan?

Sekarang ni masih lagi tengah tunggu my kids submit kerja sekolah diorang. Kekangan masa dan line tak stabil memang betul-betul menguji kesabaran mereka nak jawab soalan. Tak lupa juga aku nak ucap terima kasih pada parents yang tak putus-putus memberikan galakan untuk anak-anak mereka terus belajar. Tahniah! Walaupun sudah muncul takwim baru, aku harap aku dapat harungi tahun 2020 ini dengan jayanya. Ameen. 

3 comments

2 Julai 2020 6:26 PTG

abe kie dah start mengajar form 5 sejak 24 jun lps. rileks la sikit bila x ramai budak2 d sek.

6 Julai 2020 7:42 PTG

oh ye ke. semoga dipermudahkan urusan abe kie. semoga anak2 murid dapat adapt dengan norma baru ni

11 Julai 2020 5:18 PTG

Saya pun apply denda anak dengan baca surah. memang berkesan. heheh

Catat Komen