Rabu, Ogos 05, 2020

Semoga syurga buatmu - Al-Fatihah.



Setelah lama menyepi, hari ini aku nak cerita sikit mengenai kawan satu IPG, sama batch. Batch 2015. Entah macam mana aku nak start. Dalam hati aku ni, rasa sebak, rasa hiba, rasa sesak dada semua ada. Sebelum aku mula, aku nak tanya korang dengan jujur. Korang ada ke kawan rapat? Ada ke roomate yang istimewa? Kawan gila-gila? Mesti ada kan? Tipu lah kalau tak ada. Aku memang ada. Tapi tak semua aku rapat. Aku kawan saja dengan semua orang. Tak perlu lah sampai nak pilih-pilih. 

Kalau jawapan korang adalah ya, aku ucapkan tahniah. Sebab korang boleh bersosial dengan baik. Tak kanlah hidup ni nak jadi kera sumbang saja kan? Tak eloklah. Baiklah, aku sambung cerita. Semalam, semasa aku menjaga budak-budak makan waktu rehat, aku saja-saja scroll phone. Budak pun makan tertib saja, sementara aku nak tunggu guru lepas rehat tu masuk, aku beleklah phone kejap. 

Masa aku scroll tu, aku peliklah, banyak mesej masuk dalam group batch aku. Dalam hati, aku terdetik, mesti ada kawan batch aku ni nak kahwin, sebab tulah mesej banyak masuk. Tapi aku pelik, pakat ramai tulis salam takziah. Hati aku dah tak sedap. Siapa yang meninggal? Ibu bapa? Waris? Adik beradik? Lecturer? Aku kuatkan hati untuk bukak jugak Whatsapp tu. Bila aku baca..aku terdiam. Ya Allah, rakan satu batch aku dah meninggal akibat kemalangan. 

Kemalangan tu terjadi sewaktu dia dan 3 orang rakannya dalam perjalanan ke sekolah. Ada kata jalan tu licin. Mungkin tak sempat nak tekan brek. Kereta tu melanggar tiang sebelum jatuh terbabas. Allahu..Aku tak dapat bayangkan bagaimana sakitnya arwah ketika tu. Arwah meninggal sewaktu di hospital. Aku cuba tenangkan diri. Aku cuba menahan tangis. Aku tahu, setiap yang bernyawa pasti merasai mati. 

Bila aku balik sekolah, perasaan sebak tu tetap ada. Aku tak boleh nak makan. Rasa tak lalu. Aku...entahlah. Walaupun aku kurang rapat dengan arwah, namun detik-detik kami berjalan ke mall bersama-sama, pinjam barang, bincang esaimen, masih lagi segar di ingatan. Malam itu, aku sedekahkan Yasin padanya. Aku tidur dengan tak lena malam tadi. Aku masih teringatkan arwah. Pemergiannya sangat mengejutkan satu batch kami. Sungguh, aku tak sangka dia akan pergi secepat ini. 

Semua orang sayangkan arwah. Pengakhirannya yang baik. Aku tahu, dia akan dijanjikan Syurga. Semoga Engkau tenang di sana sahabat. Al-Fatihah.

DALAM KENANGAN..NURIZYANI BINTI KAFLI @ MASRI


5 comments

6 Ogos 2020 1:47 PG

Semoga roh mereka ditempatkan bersama roh org2 yg beriman. Aamiin...

21 Ogos 2020 11:16 PTG

Al-Fatihah. Semoga beliau di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan sangat di cintai Allah.

2 September 2020 5:46 PTG

Al-Fatihah

3 September 2020 2:57 PG

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Aaminn
AL fatihah

3 September 2020 5:03 PG

takziah , al-fatihah . semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman amin .

Catat Komen