Drama: The Love Proposal

Country: Thailand

Episodes: 15

Aired: Mar 23, 2022 - May 18, 2022

Aired On: Wednesday, Thursday

Original Network: GMM One

Duration: 1 hr. 30 min.

Content Rating: 13+ - Teens 13 or older

Native Title: เวลากามเทพ

Also Known As: Cupid Time , Wayla Kammathep , Wela Kammathep

Director: Jariwat Uppakharnchaiyaphat

Screenwriter: Auangarun Smithsuwan, Kate Pimmada Pattana-alongkorn, Nonthaphorn Praphaphorn, Pimsirin Pongwanichsuk

Genres: Romance, Drama, Family


Synopsis: 

Treenut got to know Time because of an accident that happened to Treenut’s student. This impressed Time and he came to see her more often. However, Time was afraid to tell Treenut that he loved her because he still couldn’t forget his former love with Marisa. Instead, Treenut decided to marry Touch, who happens to be gay. Touch urgently needed to get married and have children for his grandfather, Patthana; it was the only way for Touch to keep his position as president of “Methee Group”. Time met Treenut again as Touch's bride-to-be. He was in agony but needed to kept Touch’s secret from Orachun who could expose Touch and take his position. Chane, Touch’s ex-boyfriend, began scheming for reputation and Touch’s money. This chaos began to endanger Touch and Treenut. 

 

REVIEW

Baiklah, di sini aku ceritakan drama yang famous masa bulan puasa hari tu. Aku baru saja habis tengok. Nak fokus bulan puasa kan. Drama-drama yang best ni boleh hold dulu. Aku tengok cerita ni pun sebab cerita ni asyik lalu timeline dekat ig. Aku pun belek-belek lah sikit gambar poster dia, nampak menarik. 

Aku pun tengoklah. Tapi, aku nasihatkan pada yang ada anak kecik dilarang ya tengok cerita ni. Sebab drama ni ada unsur LGBT, nama pun Thailand kan, so korang dah boleh agak dah diorang promote benda ni. Ada jugak adegan-adegan yang tak sepatutnya. Maksudnya drama ni kategori P18 lah. Aku pun terus skip je bila ada part-part yang tak sesuai. Sebab kalau tak tengok pun, korang dah boleh faham jalan cerita dia. 

Sebenarnya aku lebih sedih bila Treenuch dengan abang Time iaitu Touch tak bersama pun akhirnya, walaupun diorang dah kahwin. Stress jugak haha. Sebab Touch menghormati dan sayang pada Treenuch, walaupun orang lain mengata dia, ye lah kan. Orang miskin, macam mana boleh kahwin dengan orang kaya, CEO pulak tu. 

Namun, part yang paling aku tersentuh adalah, part persaudaraan Time dan Touch. Diorang sangat support each other walaupun masing-masing ada masalah tau. Aku geram dengan sepupu diorang, Orachun, dia punya jahat tu tak boleh bincang, Stress aku haha. 


Tapi akhirnya, Orachun dah dapat balasannya sebab asyik buat jahat je kan. Puas hati aku. Bukan dia saja yang jahat, mak dia pun jahat. Semuanya sebab wasiat. Kalau tak, diorang pun tak kan jadi sejahat tu. Aku pun kesian dengan isteri Orachun, kena hadap perangai laki dia hari-hari. 



Korang tengoklah muka Orachun, macam mintak maki je kan haha. Ending dia agak sedih jugak bagi aku Sebab aku rasa Touch berhak bahagia dengan cara dia tersendiri, dan aku mengharapkan dia berubah. Tapi tulah, tak kesampaian pulak. Aku tak nak bagi spoiler, nanti korang tak best pulak tengok kan? Korang boleh tengok drama ni di Ohsweethaven tau. 

Baiklah, setakat ini sahaja post aku hari ni.