Friday 30 December 2022

Perlukah blog tukar baru sempena 2023?

 


Assalamualaikum. Tahun 2022 bakal melabuhkan tirai. Aku sebenarnya mempunyai target untuk tahun 2023 ni, walaupun aku pun belum pasti aku dapat tunaikan ataupun tak. 

Aku tadi godek-godek template blog dekat Etsy. Aku masih berfikir, perlukah aku tukar template untuk blog untuk tahun 2023 nanti? Ataupun aku kekalkan saja template putih ni untuk tempoh satu tahun ni je. 

Haih, dilemanya. Pada masa yang sama aku menulis satu cerpen pendek dekat Wattpad. Kalau ada masa, korang jenguklah Wattpad aku. Jangan lupa vote story aku tau hehe. Search je nama Nazfea Solehah. Aku ada update 2 story dekat situ. 

Korang ada cadangan tak untuk aku? Perlu ke aku ubah template? Aku rasa macam nak beli dekat Etsy sebab banyak template dia cantik-cantik. Tapi sebenarnya aku buntu sebab nanti aku takut aku menyesal sebab main beli je. Jadi aku nak kalau boleh korang suggest dekat aku template yang mana sesuai dan tulisan cantik macam blog Atiqah Najihah. Aku suka pergi blog dia sebab blog dia simple, tulisan pun mudah nak baca. 

Okeylah, setakat ini sahaja coretan hari ni. Selamat membaca! 

Tuesday 27 December 2022

Tak mampu pergi Kieda Crepe, boleh pilih Atin Crepe.


Assalamualaikum. Lama dah rasanya tak publish post dekat blog ni ha. Bukan apa, masa cuti ni kalau boleh tak nak update apa-apa dekat media sosial. Biar menyepi sekejap, tapi nanti pembaca tertanya-tanya pulak. Masih aktif berblog ke tak.. serba salah pulak. 

Jadi, aku pun update lah sikit walaupun agak terlambat. Sementara aku tunggu nak makan malam, aku pun terfikir nak buat post ni. 

Aku berhajat nak pergi kedai Kieda dekat Penang. Tengok dekat Tiktok, ramai yang beratur panjang semata-mata nak rasa crepe dia. Murah dan inti pun banyak. Makanan vendor pun sedap-sedap. Tapi Kieda ada tetapkan peraturan untuk dapatkan crepe dia tau. Jadi akan jadi win-win situation. Makanan vendor pun habis, crepe dia pun habis. 

Aku dari Sunway Carnival terus pergi kedai Kieda. Tapi aku lupa nak tengok Tiktok dia. Aku langsung tak teringat, kedai dia tutup rupa-rupanya. Jadi tak kesampaianlah hajat aku nak merasa crepe dia tu. Sedihlah jugak. 

Tak apa, tak ada rezeki. Jadi esoknya, aku pun berhenti pergi ke Kampung Huma, Sg Petani. Sebab aku nak beli kerepek dekat atok aku. Aku pun sambil-sambil tu tengok la chiller dalam kedai tu ada apa. Adalah crepe perisa Oreo, Nutella, Oreo Nutella dengan Durian. Aku dah pernah beli Oreo Nutella. Rasa dia sedap macam aiskrim. Kali ni, aku beli perisa durian dengan Nutella. 

Aku dah pernah rasa berbagai-bagai crepe. Aku rasa Atin Crepe paling sedap. Sebab inti dia tak terlalu manis. Sesuai dengan citarasa aku yang tak minat manis. Kalau korang tak mampu nak pergi kedai Kieda, korang boleh pilih Atin Crepe. Kalau area Sg Petani, Atin Crepe boleh didapati di Butik Eika Ishak dengan Kampung Huma (dekat Amanjaya Mall). 

Nah aku kongsikan sepupu aku makan crepe. Diorang pun cakap sedap. 



Setakat ni saja post aku. Kalau korang berminat, korang search je Atin Crepe dekat Tiktok. Aku ada suggest perisa lain seperti Strawberry dengan Blueberry. Sebab sebelum ni perisa ni tak ada lagi. Perisa Biscoff pun ada, tapi dalam chiller tu tak ada pulak. Jadi tak berkesempatan nak rasa.

Bye! Selamat membaca .

Tuesday 6 December 2022

Pertama Kali Handle Covid!

 



Assalamualaikum, maaf gambar ni aku letak sebab aku ada cerita yang dah lama aku simpan. Sebenarnya aku nak cerita dengan lebih awal lagi, tapi aku memang sibuk kebelakangan ni, aku tak sempat pun nak update entri dekat blog kesayangan ni, giveaway entah sempat entah tidak aku nak join lagi. Semoga ada lagi giveaway untuk aku join. Harap masih adalah. Boleh komen tau dekat entri ni kalau nak aku join. Kadang-kadang aku ni lupa nak join, haha. 

Alkisahnya, cerita ni bermula masa dua minggu sebelum mengundi. Aku balik rumah. Aku memang dah rasa tak sedap badan, sebab aku jangkit dengan sepupu aku yang kecik sekali. Dia kalau batuk selsema, memang kuat virus dia. Aku yang tak pernah sakit ni boleh jadi dua minggu tau batuk sahaja. Tak termasuk lagi dengan selsema demam bagai tu. Aku tahun ni dah tiga kali sakit tekak, batuk selsema. Check covid, negatif! Alhamdulillah, masih covid virgin. Aku pun tak nak kena covid weh. Seksa yang amat. 

Aku dah perasan mak aku kurang sihat, biasalah musim influenza kan. Nak ambik vaksin dia agak mahal, jadi aku rasa eloklah didahulukan untuk budak kecik dulu. Antibodi diorang masih belum kuat macam mana orang dewasa. 

Aku pun kalau balik rumah saja mesti tidur, rehat sebab keletihan drive ulang alik setiap minggu. Dari Perak ke Kedah, bukannya 10 minit perjalanan. 2 jam setengah. Tu tak termasuk jem lagi tu. Aku pun sebenarnya dah rasa pelik dengan diri aku ni, apasal rasa letih semacam ni? Ke atas faktor usia? Entahlah..

Aku pun buat kerja macam biasa, tak keluar rumah pun tau. Memang sepanjang hari tu aku betul-betul rest. Aku pun tak expect la covid ke apa, sebab sebelum ni memang aku akan check setiap kali rasa tak sedap badan. Memang negatif, alhamdulillah. 

Malam tu, ayah aku check status covid famili kami. Nah! Mak aku positif weh! Nasib aku tak duduk dekat dengan mak aku dari hari aku balik sampailah hari test tu. Aku makan pun sorang-sorang dekat dapur. Aku tengok test tu, dua line weh! Terang! Aku bagitau ayah aku, ni memang betul positif ni. 

Tangan aku shaking, aku dah macam orang tak betul. Segala anxiety panic attack semua datang. Aku rasa nak pitam. Aku pun terus update status mak aku dekat Mysejahtera dan aku terus mandi bagi badan bersih-bersih walaupun aku dah mandi dah sebelum tu. Satu jam dalam bilik air. Esoknya aku terus keluar beli Dettol dan aku buat self test. Aku self quarantine jugak. Memang tak pergi mana pun lepas aku balik tu. 



Aku rasa macam terpaksa untuk keluar sedangkan aku kontak rapat. Nasib jugak aku dah buat test dan memang negatif. Aku pun lepas kejadian tu memang sanitize semua tak kisah la dalam kereta ke dalam bilik ke, walaupun mak aku kata macam membazir tapi dah nak buat macam mana, aku cuba jaga diri sendiri dan tak nak orang lain pulak berjangkit. Aku tak balik seminggu lebih sebab aku nak pastikan virus tu benar-benar hilang. 

Emosi aku memang tak stabil, aku rasa macam nak marah orang bila orang tu dah tahu sakit tapi masih lagi tak dapat nak jaga diri sendiri, sekurang-kurangnya ingatlah orang lain juga. Tambah-tambah orang tua, budak kecik, janganlah pentingkan diri sendiri. Ni tak, banyak saja orang positif tapi dia tak buat precaution. Kalau keluar atas nasihat doktor aku masih boleh terima, berbanding keluar untuk enjoykan diri. Tu memang maki makan dia. 

Okeylah, setakat ini sahaja post aku untuk hari ni. Satu saja aku pesan, jagalah diri korang. Covid masih ada ya, hati-hati. Sekarang ni pun satu family aku pun sudah bebas dari virus jahat ni. Aku harap ianya tak kan kembali lagi. 

Tuesday 8 November 2022

Food Review: Creme Brulee Sofuto Family Mart


Assalamualaikum. Sebenarnya semalam aku baru berkesempatan nak pergi Family Mart. Itu pun kebetulan saja nak singgah. Family Mart ni baru sahaja bukak dekat bandar ni, apa lagi, orang pun berpusu-pusu lah masuk. Dekat dengan stesen minyak pulak, semestinya orang alang-alang nak isi minyak, diorang pergi makan sekali. 

Yang aku terujanya, Family Mart ni agak luas, dia letak banyak kerusi meja untuk makan di situ. Memang selesa berbanding Family Mart yang aku pergi dekat Penang hari tu. Kalau singgah dekat Sg Dua, ruangan dia agak sempit dan tak boleh nak dine in pun. Diorang tak sediakan meja. Jadi, selalunya aku take away saja. Aku malas dah nak berhenti sebab menu yang aku nak selalu habis haha. Jadi, tak nak berharap untuk kali kedua ketiga. Cewah..

Aku pergi ni pun alang-alang nak rasa menu baru Family Mart. Sofuto Creme Brulee, orang kata sedap. Aku pun excited nak cuba. Sebenarnya aku masih berharap Mediterranean Sea Salt Sofuto yang Doraemon tu diorang buat comeback. Sofuto memang sedap gila, aku tak sempat nak buat post huhu. Tengok-tengok dah habis. Agak kecewa jugaklah haha. Tapi tak apa, aku harap diorang keluarkan semula, lepas tu aku boleh letak review tu dekat sini. 




Gambar aiskrim ni diambil oleh kawan aku, nampak cacat sikit sebab aku dah cedok pakai sudu haha. Masa ni tak teringat pun suruh snapkan gambar, tu yang jadi tak berapa cantik bentuk dia. Tapi, tak apalah, janji rasa dia sedap. 

Baiklah, secara jujurnya, sofuto ni memang sedap. Sebijik rasa macam creme brulee atau orang kata gula hangus tu. Manis dia pun just nice saja, tapi sebab aku ni kurang dah makan manis, aku pun rasa agak manis haha. Tapi, untuk orang yang pencinta dessert, mesti dia kata sedap dan tak berapa manis. Tekak orang masing-masing kan. 

Untuk repeat? Bagi aku, yes! Sebab dia sedap. Tak rugi pun untuk repeat. Lagipun, aku pun tak tahu sampai bila promo sofuto ni ada. Takut dia buat macam limited edition gituh. Tengok-tengok, dah tak ada. Aku masih tak dapat terima Sea Salt Sofuto tu dah habis sob sob. Sebab sangat sedap dan berlemak, bagi aku better dari Mcd punya seasalt tu sebelum ni. Ni pandangan aku je lah. 

Okey, untuk yang korang pertama kali nak beli, aku sarankan korang beli yang kon punya. Takut nanti tak habis membazir pulak. Ada kak tu aku tengok dia beli versi pint punya yang dalam bekas tu. Memang sedap sangatlah kot sampai beli dalam bekas besar. 😂

Setakat ini sahaja post untuk kali ini. Stay tuned untuk post blog kedua. Tak sabar aku nak post gambar yang aku dah dapat hadiah giveaway yang lepas. Siap aku buat profile picture dekat IG lagi. Thanks Cuya!

Wednesday 2 November 2022

Blog kedua menang Giveaway!

 



Assalamualaikum, maaf dah hampir sebulan tak update apa-apa di blog ni. Huhu. Sebenarnya aku agak sibuk dengan kerja hakiki, sampaikan nak cari topik untuk blog pun tak tahu nak tulis apa. Aku menulis hari ini nak umumkan bahawa blog aku menang giveaway yang dianjurkan oleh Cuya. Tapi tu blog kedualah. Korang boleh jenguk blog kedua aku di sini. 


Blog Kedua


Jangan malu-malu, jangan segan. Tinggalkanlah komen di situ, inshallah aku akan cuba balas tau. Aku terkejut jugak bila diumumkan blog aku menjadi pemenang pertama. Sebab aku rasa peserta lain semuanya hebat-hebat. Dan tak lupa jugak tahniah untuk para pemenang yang lain. Semoga beroleh lagi kejayaan pada masa hadapan. 


Inshallah, kalau dah siap gambarnya, aku akan cuba post di blog kedua aku, korang boleh tengok di sana ya. Terima kasih banyak-banyak pada penganjur sebab sudi buat giveaway. Kalau ada sesiapa yang nak anjurkan giveaway dan nak minta jadi sponsor, inshallah aku sudi untuk bantu :) Sekian.


Thursday 6 October 2022

Giveaway Contengan Cuya

 


Assalamualaikum semua. Cuya ada buat giveaway tau. Jadi kalau korang nak join, korang boleh tekan banner ni ya. 

Syarat-syaratnya:

1) Wajib Follow blog ni.
2)Copy banner, tajuk dan backlink ke blog ni.
3) Copy mana- mana gambar yang Cuya lukis korang rasa korang suka dan paste dekat entri korang.
4) Beritahu sebab kenapa nak menang giveaway ni?
5) Paste link korang di ruang komen entri ni

Hadiah Lukisan Digital  

Pemenang pertama 
Dapat dua lukisan ( Boleh pilih mana2 jenis lukisan yang diminati)

Pemenang kedua & ketiga
Dapat satu lukisan ( Boleh pilih mana2 jenis lukisan yang diminati)

Saguhati x 2
Dapat satu lukisan garisan

Hadiah di atas ni korang boleh bagi gambar korang untuk dilukis.
Lepastu korang boleh print sendiri dan framekan..


Pemenang akan ditentukan oleh cabutan parents Cuya.

Tarikh tamat giveaway :

5 OKTOBER HINGGA  19 OKTOBER 2022


Okeylah, aku suka gambar yang ini, 


Sebab apa aku suka gambar yang ni? Sebab aku rasa gambar ni banyak membawa makna dalam hidup kita. Aku rasa semua orang pernah mengalaminya kan? Sebab apa aku nak menang giveaway ni? Sebab aku nak jugak dapat merasa orang lukis potret aku dalam versi kartun, bolehlah aku letak sebagai wallpaper dalam phone haha. 


Hehe, okeylah setakat ini sahaja post aku. Jangan lupa join giveaway ya!




Friday 30 September 2022

Giveaway Birthday October Aini

 


Assalamualaikum, hari ni nak bagitahu korang yang kak Aini sedang buat giveaway sempena birthday dua. Selamat hari lahir aku ucapkan, semoga sentiasa murah rezeki, bahagia di samping keluarga dan panjang umur. Wah, katanya dia dah memasuki usia 40 an. Jauh jugak jarak umur kita yang di pertengahan 20 an ni hehe. 

Masih sempat lagi korang nak join giveaway ini tau. Tarikh tutup 10 Oktober 2022. Syarat dia pun simple saja, tak susah pun. Hadiah katanya tak tetapkan lagi, so stay tuned! Jom bersama-sama memeriahkan giveawaynya. 

Sekian!


Tuesday 27 September 2022

Drama Review: The Untamed (2019)

 




Assalamualaikum. Hari ni baru berkesempatan aku nak menulis entri blog setelah sekian lama aku tak update kan? Minggu ni minggu yang paling pack buat aku, siang keja, petang pula meeting. Nak kena cari masa untuk berehat dan siapkan mana-mana kerja yang tertangguh. Setakat ni alhamdulillah aku masih lagi bernyawa dan boleh buat kerja tanpa rasa tertekan. 

Okey, sebenarnya tujuan post ni aku saja nak flashback kembali bagaimana rasanya mempunyai friendship atau kawan baik yang sentiasa tolong korang ketika susah dan senang. Aku mengakui, bukan senang nak cari kawan sejati macam tu kan? Betul tak? Aku sudah mengalami pengalaman yang memeritkan, di mana aku tak boleh nak bagitahu parents aku, jadi aku luahkan kepada kawan baik aku. 

Dan, dialah ada di saat aku jatuh, saat aku berada dalam titik terendah, sebab masa tu pensyarah aku pun tak tahu aku ada masalah, dia dapat tahu pun sebab dia lihat sendiri dan dia pun tak percaya aku mampu diam selama tiga bulan. Sebab utamanya, aku malas nak cari gaduh dan aku tetap layan dengan cara yang baik. Orang psiko aku pun, aku jenis tak amik kisah. Nanti dia akan slow down sendiri. 

Ini adalah salah satu contoh kisah sahaja ya, aku cuma ceritakan kembali.Tak ada kena mengena pun dengan kisah peribadi aku, aku cuma letakkan bagaimana kalau aku jadi macam pencerita ini, sesetengah orang dia tak boleh nak handle masalah dia, jadi dia akan cenderung ke arah depression, jadi masalah macam ni bagi orang lain mungkin nampak remeh, tapi bukan untuk semua orang. Jadi, dia perlu luahkan kepada orang yang dipercayai. 

Sesetengah orang, kita nampak dia bahagia, namun sebelah sisinya yang lain, dia menangis. Dia cuma sembunyikan perasaan tu sebab tak nak kita tahu. Setelah air mata tu hilang, dia akan ceria kembali bagaikan tak ada masalah yang berlaku. Kawan-kawan dan ibu ayah perlu prihatin atas keadaan kawan dan anak masing-masing, jika mereka tersalah arah, tarik dia ke jalan yang betul. 



Baiklah, drama ni aku dah tengok beberapa hari lepas. Secara jujurnya aku rasa sedih, marah, gembira, sebak dan macam-macam perasaan yang ada. Sebab kisah ni aku boleh relate dengan kehidupan aku sendiri. Bagaimana dua orang watak utama dalam cerita ini berkorban untuk orang yang mereka sayang. 

Salah satu scene dalam cerita ini Wei Wuxian (pakaian hitam) berkorban untuk adik nya, meskipun tu bukan adik kandung dia pun, dia sanggup bagi golden core untuk adik dia berjuang kembali melawan puak-puak yang jahat. Sedangkan dia, sudah tak ada golden core lagi, terus beralih kepada bermain silap mata dan tak boleh main pedang. 16 tahun lepas tu, baru adik dia tahu abang dia korban kan semuanya. 

Nak cabut golden core sakit ya, tambah-tambah bila nak berpindah tu, kau kena buat secara dalam sedar. 2 hari 1 malam dalam keadaan sedar, macam tak pakai ubat bius lah kalau operate. Adik dia tak percaya pengorbanan abang dia sampai macam tu sekali. 

Kawan sejati abang dia, Lan Wangji (baju putih), masa ni pun tak tahu Wei Wuxian ni sanggup rahsiakan semuanya, dia rasa serba salah. Dia pernah cakap, dia menyesal sebab tak ada dekat kawan dia masa kawan dia jatuh gaung dulu. Dan bila kawan dia ni hidup balik, dia nak tebus semula kesalahan dia. Part ni aku sedih, sebab iyalah, kawan baik kot. Macam mana pun baik buruk dia, dia tetap kawan baik kita. 

Ada scene kekeluargaan di sini, di mana kakak Wei Wuxian (bukan kakak kandung dia) terbunuh semata-mata nak selamatkan dia. Bukan itu saja, mak dan ayah angkat dia pun turut terbunuh. Masa nilah adik dia salahkan abang dia terus-terusan. Dalam sekelip mata mereka tak ada keluarga. Puak mereka hancur dan perlukan masa untuk naik semula. 




Kita boleh relate mak ayah sanggup buat apa sahaja untuk anak diorang. Sampaikan sanggup fikir anak dulu barulah diorang sendiri. Aku tengok scene ni pun berair mata aku. Kalau dah sayang, apa-apa sahaja kita akan buat untuk anak kita terus hidup. 

Cerita ni ada 50 episod, The Untamed. Korang boleh tengok dekat apps Wetv ataupun Kissasian. Bagi aku, 50 episod pun tak cukup, ada lagi Special Edition 20 episod, di mana ada scene tambahan yang tak ada dalam 50 episod tu. Korang boleh tengok. Sebenarnya cerita ni diambil dari tajuk novel, dah ada versi kartun, cuma dalam novel dia amat berbeza dengan cerita, tapi penyampaian cerita ini adalah sama. Bagi aku, persahabatan dalam cerita ni amat masterpiece!

Kalau korang dah tengok, korang boleh buat review ya. Sekian. 

Friday 23 September 2022

Giveaway Suka Suki Mamapipie


Assalamualaikum, maaf dah lama tak update post kan, sebab aku sekarang fokus dekat blog kedua, baru saja aku post tentang cerita yang aku dah tengok. Kalau korang free, korang jemputlah follow blog kedua aku ya. Korang boleh follow di SINI

Baiklah, kali ni aku nak join satu giveaway daripada Mamapipie setelah sekian lama menyepi. Antara post yang menarik minat aku adalah post berkaitan dengan Trip ke Legoland

Sebab aku tak pernah pergi ke Legoland, jadi aku harap dengan entri ni aku boleh jadikan panduan bila aku merancang ke Legoland nanti. Thanks Mamapipie buatkan entri pasal ni, sekurang-kurangnya aku boleh merancang apa yang patut aku bawak dan jugak boleh tengok bajet berapa yang diperlukan. 

Oh ya, kalau korang berkesempatan nak join giveaway ni, korang joinlah. Mana tahu boleh tambah kenalan lagi kan. 

Baiklah, sampai sini sahaja entri kali ini. 


Wednesday 3 August 2022

Cara Dapatkan Sijil SPM Yang Hilang

 




Assalamualaikum, hari ini aku nak kongsikan bagaimana kalau korang nak dapatkan balik sijil SPM ke PMR ke yang hilang. Aku harap entri ini membantu koranglah, Aku ambil cara-cara ini di laman web KPM sendiri tau. Harap dapat membantu korang. 

1. Bagaimana untuk memohon salinan keputusan peperiksaan?

Permohonan salinan sijil boleh melalui tiga (3) kaedah iaitu:-

Secara terus ke Lembaga Peperiksaan (LP)

Pemohon boleh hadir sendiri ke kaunter sijil yang terletak di Lobi Utama, Aras Bawah, Blok E11, Lembaga Peperiksaan, Putrajaya dengan membawa bersama  kad pengenalan diri dan salinan keputusan (jika ada).

Mewakili pihak ketiga (ibu bapa/suami/ isteri/anak)

Sekiranya pemohon tidak dapat hadir, pemohon boleh melantik wakil secara bertulis yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat. Wakil yang dilantik perlu membawa bersama Surat Pelantikan Wakil yang ditandatangani oleh pemohon berserta salinan kad pengenalan pemohon yang telah disahkan. Permohonan melalui orang perseorangan, agen atau syarikat tertentu tanpa Surat . Pelantikan Wakil tidak dibenarkan.


Permohonan melalui pos

Pemohon boleh membuat pemohonan melalui pos dengan cara menghantar Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1.06.

Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan Kad Pengenalan hendaklah dipos ke alamat yang tertera di dalam laman web LP. Pemohon digalakkan menyertakan sampul pos ekspress beralamat sendiri bagi tujuan penghantaran salinan pernyataan keputusan peperiksaan.

2. Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1/06 boleh didapati di kaunter sijil. LP Putrajaya atau boleh dimuat turun dari laman web LP di lp.moe.gov.my.

3. Setiap permohonan salinan keputusan, bayaran proses sebanyak RM30.00 dikenakan. Bayaran boleh dibuat secara tunai atau menggunakan Wang Pos (Postal Order) atau Kiriman Wang Money (Money Order) atas nama "AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA". Cek persendirian tidak diterima.

4. Tempoh pengeluaran salinan pernyataan keputusan peperiksaan bagi permohonan di kaunter LP adalah seperti berikut:

4.1 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994 - satu (1) jam

4.2 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993 - tujuh (7) hari bekerja

4.3 Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998 - satu (1) jam

4.4 Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997 - tujuh (7) hari bekerja

4.5 Lain-lain peperiksaan tujuh (7) hari bekerja


Dekat Tiktok aku ada ternampak ada orang kongsikan bagaimana dia dapat balik sijil dia yang hilang. Dia buat dengan cara macam ni ya. 

1. Buka Google
2. Search Lembaga Peperiksaan Malaysia. Buka link ini ya : lp.moe.gov.my.
3. Cari di bahagian perkhidmatan : Salinan keputusan
4. Tekan di permohonan salinan pernyataan keputusan peperiksaan
5. Korang akan direct masuk ke laman web e-lembaga peperiksaan ( warna hijau).
6. Daftar akaun dan log in 
7.  Tekan salinan keputusan selepas log in semula
8. Tekan butang + untuk permohonan baru. Isikan butiran yang ada dekat situ
9.Kalau no angka giliran tak ingat, letak je N/A
10. Lengkapkan borang dan tekan mohon, kemudian buat bayaran.

Done! 

Semoga perkongsian ini bermanfaat. 

Tuesday 2 August 2022

PV Blog Jatuh Teruk!


Assalamualaikum semua. Pejam celik pejam celik cepatnya waktu berlalu kan? Aku sebenarnya otak masih buntu nak update apa dekat blog ini, tapi aku tak naklah nampak berhabuk sangat, nanti orang ingat aku dah tak aktif berblogging. Sayang tau. Aku sebenarnya mula berblogging ni sudah lama. Dari tingkatan 4 lagi, banyak post aku buat draf sahaja, ada yang aku delete, sebab nampak macam main-main sahaja haha. 

Korang perasan tak, tahun 2022 ini cepat sahaja berlalu kan? Aku pun rasa begitu. Sempena masuknya bulan Ogos ini, aku mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja yang bercadang nak buat giveaway ke, review ke, bolehlah mesej aku. Tak pun, korang berikan lah komen. Tapi aku tak janji nak balas dengan cepat sebab aku masih sibuk dengan kerja hakiki. Aku akan cuba laksanakan demi korang, inshallah. 

PV aku bulan lepas agak jatuh teruk jugak. Aku kadang-kadang sumpah cemburu dengan blog lain yang PV dia ada sampai satu jutalah, 50k lah, sedangkan PV blog aku agak sendu. Walaupun aku kadang-kadang tak miss pun update, masih sendu. Aku nak jugak merasa PV tinggi macam orang lain huhu. Mungkin orang dah tak nak baca blog aku gamaknya...Google Adsense ada jugak waktu dia naik, ada jugak waktu dia kosong terus haha. Aku pun redha saja.

Apa pendapat korang? Aku jujur nak tanya korang ni, kalau aku update post, korang rajin tak bukak blog aku? Sejujurnya aku rajin jugak bukak blog orang, tapi entah kenapa kalau nak komen pakai phone dia tak dapat, sebab itu aku ambik masa yang lama untuk komen, sebab aku pakai laptop, sedangkan post tu aku dah baca punyalah lama. Baru boleh komen. Entahlah kenapa Google ni. Nak block ke apa entahlah..

Okeylah, ini sekadar luahan hati aku sempena masuk bulan Ogos ni kan. Aku sangat berharap PV aku bulan ini meningkat semula. Kalau ikutkan hati aku, aku dah malas nak menulis blog lagi. Merajuk kejap haha! Sebab aku bukannya fulltime blogger, nak menulis kena curi-curi ambil masa. Aku rasa macam nak giveup pada mulanya. Macam nak berhiatus seketika. Tapi, nanti mesti pembaca akan rindu post-post aku, mesti diorang akan cari, sebab itulah aku kuatkan juga diri nak menulis. Target untuk menulis buku tahun ini cukuplah sebuah. Tahun depan inshallah akan aku usahakan lagi untuk menulis lagi sebuah. Doakan ya..

Sekian sahaja entry untuk kali ini. 

Thursday 28 July 2022

Giveaway BZ Satu 2022

 



SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

💝 FOLLOW blog ZARIDA
💝 Beralamat di MALAYSIA
💝 Buat satu posting dengan tajuk GIVEAWAY BZ SATU 2022 dan masukkan sekali banner di atas dalam entry tersebut dan back link ke entry giveaway ini
 💝 Sila tinggalkan link entry korang tu di ruangan komen entry giveaway ini.


TARIKH TUTUP:
13 OGOS 2022, jam 11.59 malam


SENARAI HADIAH:
👉 1x set Inai Republic (Pilihan Leopard Edition atau Chocolate Edition)
👉 1x Inai Mommy (Pilihan warna:  Red, Maroon, Pink, Brown, Black)
👉 2x Inai Baby (Pilihan warna:  Red, Maroon, Pink, Brown, Black)
👉 Saguhati Penyertaan - akan dimaklumkan kemudian.


Jemput join semua. Terima Kasih






Friday 22 July 2022

Food Review: Mcdonalds Creamy Butter Chicken Nasi Lemak

Assalamualaikum semua. Dah lama aku tak buat post kan. Last aku review Sofuto Matcha Family Mart tu. Aku ada saja nak review, tapi aku masih belum rajin untuk buat post haha. Tapi hari ni, aku tengok ramai sangat yang tertarik dengan menu baru daripada Mcdonalds kan, aku pun apa lagi, cepat je gi serbu. Siapa yang tak nak menu viral kan? Betul tak?

Aku sebenarnya waktu pukul 5.30 petang tu, aku masih belum dapat makan nasik lagi, jadi aku pun cuba order nasik lemak dia dengan ayam butter. Ayam tu korang boleh pilih sama ada nak 1 atau 2 ketul, original atau pedas. Aku pilih 1 set dengan 1 ketul ayam pedas. Air amik air mineral je. 



Ayam aku dapat ayam paha. Salutan butter pun nice saja. Tak adalah macam ayam tu nampak banjir macam dekat kedai biasa yang kita selalu order tu. Bagi aku, portion macam ni puas hati. 

REVIEW 

Apa yang menariknya, rasa butter dia just nice. Ada daun kari, cuma aku tak rasa pedas lah butter tu sebab ayam aku amik dah pedas. Jadi memang just nice. Cuma aku harap lah, diorang boleh asingkan kot kuah dengan ayam, sebab nanti ayam jadi soggy. Sesetengah orang dia tak suka makan ayam soggy. Jadi hilang rasa rangup ayam tu. 

Tapi, seriyes sedap! Aku pun mungkin kalaulah diorang buat menu ni sebagai menu tetap, aku akan beli. Bagi tekak aku, rasa dia sedap! Aku tak beli lah burger dia sebab aku nak makan nasik. Mungkin lain kali aku akan beli tau. 

Kalau korang nak pertama kali cuba, korang boleh cuba rasa burger dia dulu. Kalau tak nanti taklah membazir. 

Okey baiklah. Kalau korang dah rasa, korang boleh komen dekat post aku tau. Selamat membaca.





Wednesday 29 June 2022

Food Review: Matcha Sofuto Family Mart

 



Assalamualaikum. Maaf ya gambar tak cantik. Masa ni dah lama sangat tunggu salted egg chicken bento kita dipanaskan, sebab tulah sofuto ni dah cair waktu sampai dekat kereta.

Akhirnya dapat jugak merasai balik salted egg chicken bento tu. Dah lama aku cari sebab selalu habis je. Dari waktu raya hari tu sampai sekarang baru dapat. Aku rasa orang pun suka makan benda yang berlemak ni kan haha. Sehab apa yang aku perasan, pembaca dekat blog aku ni suka cari jugak menu ni.

Nak dijadikan cerita, aku nak cari Black Cocoa Sofuto tu, tapi staff dia cakap tak ready lagi sebab masih keras. Diorang tak letak lagi dalam mesin, jadi aku pun order lah Matcha Sofuto ni. Dah tak ada pilihan lain kan. Sebelum ni aku pernah order sofuto yang warna pink tu. Tak ingat nama apa, sedap jugak. Cuma aku tak sempat nak buat post. 

Oh ya, maaf tau pada pembaca blog aku yang nak sangat aku review harga oden, bukan aku nak buat tau, sebab aku kurang sangat nak makan oden. Jadi, aku tak beli lah. Jadi, korang jangan kecewa pulak kalau aku tak order oden Family Mart ni huhu. 

REVIEW

Baiklah, apa yang aku suka mengenai Matcha Sofuto ni adalah sebab dia punya bau dan rasa matcha dia tak kuat tau. Pahit pun tak. Just nice. Sesuai lah untuk korang yang nak try matcha tapi takut kalau rasa dia pahit ke apa ke kan..sebenarnya tak pahit pun tau.

Rasa dia pun memang tak berapa manis. Ni yang aku suka. Aku bukanlah peminat manis. Jadi untuk korang yang peminat green tea Thai tu aku sebenarnya tak lah recommend korang untuk beli sebab dia tak rasa kaw  pun tau huhu. Apa-apa pun, terpulanglah pada korang kalau korang nak try. Tak ada masalah. 

Baiklah, terima kasih kerana singgah. Inshallah aku akan rajin buat post makanan sushi pilihan aku pulak setiap kali pergi Empire Sushi. Stay tuned!


Tuesday 28 June 2022

Movie Review: Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022)

 



Synopsis

Mat Kilau

Mat Kilau, Tok Gajah and other Malay warriors rose up to fight against the British colonisers who occupied Pahang in the 1880s. The British had raked the lands of its riches for their own gain and interfered with the religion and customs of the Malays. Watch the bravery and sacrifices of the warriors in defending their beloved land and people.


Language: Malay

Subtitle: English / Malay

Classification: P13

Release Date: 23 Jun 2022

Genre: Action / Biography / Drama

Running Time: 1 Hour 58 Minutes

Distributor: Skop Production

Cast: Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As'ari

Director: Syamsul Yusof

Format: 2D


REVIEW

Aku sebenarnya nak cuba tengok filem lain dulu dekat wayang. Tapi dah maksu aku ajak nak tengok Mat Kilau, aku pun tak sampai hati pulak nak tolak kan, haha. Aku pun iyakan sajalah. Kami tengok berenam. Dengan anak maksu sekali. Budak kecik boleh tengok ya. Janji kena ada spare makanan dengan air. Takut meragam pulak. 

Sepanjang filem ni berlangsung, memang aku rasa tak cukup tau dua jam tu. Lebih-lebih lagi bila part berlawan-lawan tu. Fuh! Walaupun bagi aku agak rushing sikit, tapi dia punya shot tu cantik sangat. Aku suka dengan gaya penceritaan dia. Ada part sedih jugak gais. Aku tak boleh nak tengok anak-anak, orang tua mati kena bunuh macam tu je. Sebab nak mempertahankan negara daripada penguasaan British waktu tu. 

Korang bayangkanlah orang zaman dulu nak mempertahankan tanah yang diorang pijak. Jangankan kita sampai dijajah semula. Ni lah semangat patriotisme yang kita nak. 

Aku sangat suka dengan watak Awang dalam cerita ni, mula-mula aku terfikir adakah dia yang jahat, rupanya dia ada sebab buat macam tu. Macam ada plot twist sedikitlah dalam cerita ni. Korang pun tak terfikir akan ada gunting dalam lipatan dalam filem ni. Aku pun agak terkejut jugaklah. 


Part yang paling aku suka adalah, diorang berlawan dengan silat tau. Zaman dulu terkenal dengan silat. Aku suka ketangkasan diorang menentang musuh dengan silat ni. Walaupun diorang tak banyak senjata hebat, namun keyakinan pada Allah lah yang diorang pegang, diorang dapat mengusir Inggeris keluar dari tanah diorang. 

Aku tak nak bagi spoiler banyak tau, kalau korang nak tengok, korang boleh tengok dekat pawagam yang berdekatan dengan korang sekarang. Pengarah cakap, filem ni tak kan keluar di Astro First, so sila pergi pawagam ya. Sokong filem lokal kita. Kalau berkualiti, apa salahnya kan?

Sekian sahaja entri aku kali ini

Tuesday 21 June 2022

Movie Review: KKN Di Desa Penari (2022)

 



KKN di Desa Penari adalah filem seram Indonesia tahun 2022 yang diarahkan oleh Awi Suryadi berdasarkan cerita viral berjudul sama karya SimpleMan. Film produksi MD Pictures serta Pichouse Films ini dibintangi oleh Tissa Biani, Adinda Thomas, dan Achmad Megantara. KKN di Desa Penari tayang perdana di bioskop Indonesia pada 30 April 2022. Film ini sempat dijadualkan akan tayang pada 19 Mac 2020 dan 24 Februari 2022. Namun, keduanya dibatalkan kerana pandemik Covid-19.

Sinopsis 

Nur (Tissa Biani), Widya (Adinda Thomas), Ayu (Aghniny Haque), Bima (Achmad Megantara), Anton (Calvin Jeremy), dan Wahyu (Fajar Nugraha) melaksanakan KKN di sebuah desa terpencil. Namun, mereka sama sekali tidak menyangka bahwa desa yang mereka pilih bukanlah desa biasa. Encik Prabu (Kiki Narendra), ketua kampung telah memperingatkan mereka untuk tidak melewati batas gapura terlarang. Beberapa hari di desa tersebut, mereka mulai merasakan keanehan. Bima mengalami perubahan sikap dan program KKN mereka akhirnya berantakan.

Mereka pun mendapatkan teror sosok penari misterius menyeramkan. Mereka meminta bantuan Mbah Buyut, dukun setempat. Sayangnya, mereka terancam tidak bisa pulang dengan selamat dari desa yang dikenal dengan sebutan desa penari tersebut. 

Pelakon

Tissa Biani sebagai Nur
Adinda Thomas sebagai Widya
Achmad Megantara sebagai Bima
Aghniny Haque sebagai Ayu
Calvin Jeremy sebagai Anton
M Fajar Nugraha sebagai Wahyu
Kiki Narendra sebagai Pak Prabu
Aulia Sarah sebagai Badarawuhi
Aty Cancer sebagai Bu Sundari
Diding “Boneng” Zeta sebagai Mbah Buyut
Dewi Sri sebagai Mbah Dok
Andri Mashadi sebagai Ilham

REVIEW

Filem ni aku tengok masa nak dekat-dekat habis waktu tayangan dah. Aku malas nak tengok awal-awal, mesti wayang tu dah penuh. Jadi, lebih baik aku tengok bila orang pun dah makin sikit. Aku pun bukan jenis berebut nak tengok awal-awal, haha. 

Oh ya, cerita ini untuk yang peminat seram seperti filem Munafik tu aku rasa mesti korang tak akan feel seram tu, sebab cerita ni bukanlah cerita yang macam tu. Still ada jumpscare, tapi tulah, dia tak banyak. Ada part lawak jugak. So, korang kalau nak tengok, taklah rasa hambar. Cuma aku rasa kecewalah sebab part yang Nur jumpa pak cik tua tu diorang cut. Sedangkan bagi aku, tak menjadi kesalahan pun kalau cut part tu. 

Aku tak kisah pun kalau diorang cut mantera ke, adegan yang tak sepatutnya ke sebab kategori filem ni P13, tapi aku masih tak faham kenapa perlu cut part Nur jumpa orang tua tu? Patutlah aku rasa pelik, dekat fyp Tiktok banyak je ada, tapi bila dah sampai Malaysia, dia tak ada pulak. Aku jadi sedih kejap haha. Iyalah, sebab aku bayar kot. Tapi tak mengapalah, kalau nanti ada versi full, aku akan tengok balik. Cuma nanti aku tak tengoklah nanti part yang pelik-pelik tu. Kalau tak ada yang tu pun aku faham dah jalan cerita. 

Part yang aku rasa aku ada feel seram tu, bayangkan, korang masuk alam bunian, tapi korang tak dapat balik, ha begitulah. Sebab dunia diorang dengan dunia kita berbeza. Jadi sebab itulah kalau korang masuk ke dalam hutan, jangan celupar. Aku pernah je hiking masuk dalam hutan, ada banyak persoalan tapi aku banyak diam je. Nak cakap pun, biar dalam hati. 



Aku terkilan jugak sebenarnya kalau aku jadi Nur. Bayangkan kau nak fix semua benda, tapi dah terlambat. Kawan-kawan kau pun dah tak dapat balik dah. Menyesal pun tak berguna. Tapi, aku tak salahkan Nur 100%. Kawan-kawan Nur pun patut peka dan tahu tempat sebegitu ada pantang larang, tak boleh buat sesuka hati huhu. Nanti memakan diri sendiri. 

Aku masih menunggu cerita ni ada yang upload, sebab aku boleh tengok lagi. Rating aku bagi 7/10. Korang dah tengok? Korang boleh komen tau. Aku nak tahu jugak pendapat korang suka ke tak cerita ni. 

Terima kasih tau sudi singgah. 

Tuesday 17 May 2022

Cara Dapatkan Parcel Yang Tertukar Dari Courier

 



Assalamualaikum semua. Hari ini aku nak ceritakan pengalaman aku dengan poslaju tempat aku ni ha. Sebenarnya aku dah lama nak cerita, tapi aku nak tunggu betul-betul sahih dulu baru aku akan tulis. Sekarang ni, apa yang kita tulis, kita kena berhati-hati. Mana taknya, zaman sekarang zaman viral. Korang nak pergi jamban pun tak pelik kalau tak viral. 

Sebab itulah, aku amat berhati-hati kalau nak tulis sesuatu benda. Kadang-kadang, pengalaman macam inilah orang akan cari betul tak? Baiklah, aku pendekkan cerita, aku beli tudung untuk mak aku tiga helai macam tu dari Hijab Galeria. Aku beli pakai web dia tau. Memang tak pakai shopee pun. Sebab nak tengok banyak pilihan design, so better pergi ke web dia. 

Sebenarnya aku beli tudung ni dah lama tau. Sebelum raya lagi. Jadi aku akan expect tudung mak aku ni sampai selepas raya lah. Sebab dia punya jangka masa nak sampai masa tu poslaju dah tak buat penghantaran dah. So, aku pun rilek-rilek lah sambil tunggu barang sampai. Aku ni jenis jarang nak check tracking no kalau beli dekat web. So, aku biar je. Sampaikan mak aku berleter suruh check haha. 

Aku pun dah start pelik sebab apa, eh dah lebih seminggu dari lepas raya kenapa parcel tak sampai-sampai lagi? Aku siap check lagi dekat laman web poslaju, katanya masih di centre. Aku pun rasa tak sedap hati, terus lah pergi poslaju. Nak pergi poslaju ni jalan berliku ye, sebab poslaju yang lama diorang dah tutup. Aku sampai pergi centre yang bukan poslaju punya sebab aku ingatkan tu centre dia. Tak pasal-pasal kena pergi lagi. Orang dekat kaunter tu cakap, cuba pergi dekat sekian-sekian, tu memang centre dia.

Aku pun pergi lah semula. Dekat rupanya dengan tempat aku selalu servis kereta, aku ingatkan dekat manalah..haha. Aku pun tunggu, amik giliran dan aku pun tanyalah dekat diorang. Diorang cakap, eh adik, parcel ni dah sampai dekat pemilik rumah dah. Aku pun dah start cuak. Eh bila masa pulak sampai ni? Aduh..Rasanya memang tak ada. Aku kan suka tengok parcel apa yang dah sampai dekat rumah. 

Aku cakaplah, eh tak ada. Saya tunggu dari hari tu lagi. Memang tak ada. Jadinya, diorang mintak details aku dan diorang suruh aku balik dulu. Diorang cuba contact posmen yang hantar parcel aku hari tu. So, aku pun berdoa lah dalam hati supaya parcel aku pun cepat ditemui. 

Dalam pukul 2 petang macam tu, posmen tu pun contact aku dan dia hantar gambar yang dia dah hantar parcel dekat rumah aku. Patutlah tak sampai, tersilap rumah rupanya. Posmen tu mintak maaf dekat aku dan dia pun pulangkan balik parcel aku yang tertukar tu. Yang aku peliknya, orang yang dapat parcel aku tu pun tak telefon-telefon. Buat senyap je. Nasib dia tak bukak parcel tu. Bukan apa, tak salah kalau nak telefon ke kata parcel ada dekat dia. Ihh laa. Kesian posmen tu. 

Akhirnya, parcel aku tu dah dapat balik. Thanks sangat pada team poslaju yang sudah menyelesaikan masalah aku ni. So, aku harap kalau korang ada pengalaman macam aku, korang boleh share di sini. Okeylah, setakat ini sahaja entry untuk kali ini. 

Wednesday 11 May 2022

Food Review: Strawberry Shortcake Trifle CU Mart

 


Assalamualaikum dan selamat malam. Sudah lama aku tak update blog ini tentang lifestyle aku kan? Bukan apa, aku ada sahaja topik nak letak dekat blog ni, tapi kekangan masa menyukarkan aku nak taip dan publish post dekat sini. 

Makin lama, makin aku rasa tak sempat. Kerja dan keletihan bekerja agak menghalang sedikit aku nak tulis post dekat blog ini. Bila dah balik kerja, of course lah kan kita nak rehat. Bila dah habis rehat, kita akan settle kan semua kerja kita yang tertunggak. Jadi, post dekat blog ini agak berhabuk lah kiranya.

Aku sebenarnya ada memasang impian untuk jadi blogger sepenuh masa tapi apakan daya, kita hanya boleh jadikan blogger ini sebagai part time sahaja. Semoga impian aku untuk menjadi blogger yang terkenal akan berjaya.

Baiklah, dipendekkan cerita, hari ini aku pergilah bandar sebab aku nak cari hadiah untuk anak murid aku, aku pun amik keputusan untuk singgah sekejap dekat CU Mart. Selalu korang tengok aku review makanan dekat Family Mart kan, ha ini pertama kali aku nak makan makanan dekat CU Mart.

Kedai dia agak kecik jugak. Mungkin kawasan tak padat dengan penduduk. Jadi aku suka kedai dia yang agak kecik comel tu. Masa mula-mula aku masuk, aku cuba tengok pilihan makanan yang ada di sini. Salah satunya toppoki, corndog,gimbap dan pelbagai jenis dessert. Dekat sini dia tak jual frappe macam Family Mart punya. 

Aku perasan jugak, harga makanan dia agak mahal sikit berbanding Family Mart. Yang ni aku tak berani nak komen lebih-lebih, sebab kedai sebegini ada branding yang tersendiri. Mungkin harga dia mahal sebab bahan yang dia guna bahan premium.

Untuk mengelakkan aku rugi sahaja masuk CU, tapi tak beli apa pun, aku pun grab lah satu dessert ni ha. Strawberry Cheesecake Trifle. Baiklah ini gambarnya.







Review:

Satu mulut je aku makan, rasa dia boom! Memang sedap. Sesuailah untuk aku yang bukan sweet tooth ni. Dia manis light-light je. Rasa strawberry dia sebijik macam aiskrim Paddlepop Rainbow. Memang masuk dengan cheesecake tu.

Bagi aku memang berbaloilah dengan harga dia macam tu. Aku tak sangka dessert CU ni sedap juga rupanya. Jadi kalau korang nak try, korang boleh beli dessert ni tau. Sedap pada tekak aku. 

Baiklah, setakat ini sahaja post kali ini. 


Tuesday 3 May 2022

Food Review: Tealive Signature Smoothie with Kitkat Spread

 


Assalamualaikum semua. Tak terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya ya kepada semua pembaca blog aku. Baiklah, di sini aku ceritakan bagaimana aku nak terdetik untuk review menu baru dari Tealive ini.

Sebenarnya, kami sekeluarga dalam perjalanan pulang dari Johor ke Kedah. Jadi, kami singgah sekejap di RNR Sungai Buloh. Jadi, adik aku teringin sebenarnya nak order menu baru Tealive ni sejak dia tengok ig. 

Kata dia, rugilah kalau tak order sedangkan nanti entah bila pulak nak order kalau tiba-tiba menu ni habis kan. Dia mintak aku ajarkan dia order. 

Sebenarnya, ada bagusnya jugak aku ajar dia order sendiri, guna ewallet lagi, sebab aku nak ajar dia berdikari, buat semua sendiri. Tambah-tambah, kita semua benda dah boleh Google. Zaman aku dulu tak sempat nak google, haha. Explore sendiri tanya orang. 

Kesimpulannya, aku order Signature Smoothie with Kitkat Spread. Harga dia mahal RM1 berbanding Berry Smoothie tu. Takut tak lalu pulak. Kami order saiz L. Jadi total semua sekali RM12.90. 



Review:

Sebenarnya aku nak describe pun rasa serba salah jugak, sebab tekak masing-masing. Cuma air yang aku dapat ni kurang manis, sesuai dengan aku yang tak suka manis. 

Tapi, aku rasa sikitlah kecewa sebab overall rasa susu je. Haha. Susu brand Omega tu. Rasa jugak Kitkat tu, tapi tak banyak lah. Kalau orang recommend suruh aku beli lagi, rasanya tak kot. Mungkin aku akan stick dengan Hazelnut Coco je. Tak mengecewakan. 

Kalau korang nak order pun, tak ada masalah. Korang boleh cuba kan. Hehe. 

Baiklah, setakat ini sahaja entry kali ini. 

Friday 29 April 2022

Cara Tukar Duit Raya Buat Pertama Kali Di Bank

 

 

Kredit Gambar: Hijabista


Assalamualaikum semua. Tak terlambat untuk aku ucapkan selamat berpuasa pada hari-hari terakhir bulan Ramadan. Dan tak lupa untuk aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua pembaca setia di blog aku. Maafkan aku sebab aku ambil masa yang lama untuk masukkan korang di bloglist aku. Thanks yang sudah join giveaway. Inshallah, akan aku masukkan slow-slow nanti pada follower baru. 

Baiklah, kali ini aku mahu kongsikan pengalaman aku tukar duit raya yang pertama. Dulu tak berkesempatan nak tukar duit sebab PKP kan? Jadi memang tak bagilah duit raya. Untuk kali ini, setelah 2 tahun kita tak menyambut hari raya, kita balas dendam balik haha. Baju pun dah siap beli, cuma tinggal tudung je. Mungkin hari ni lah kot nak survey. Tudung tak apa beli last minute. Haha. 

Aku buat dekat Maybank ya. Sebenarnya tak kisah pun kalau korang nak buat mana-mana bank, asalkan bank tu ada lagi baki duit. Sesetengah bank diorang tolak sebab duit cepat habis. Untuk elakkan korang tak dapat tukar, aku sarankan korang pergi lebih awal. 

Walaupun gaji tak masuk lagi waktu tu, sebab orang sangat ramai. Tak mustahil macam pisang goreng panas je duit tu habis. Macam kawan aku, sampaikan dia kena cari bank yang jarang orang pergi sebab bank yang dekat tempat dia tu habis terus. 

Berbalik pada cerita, aku pergi Maybank dalam pukul 1.15-1.40 petang macam tu lah. Lingkungan begitulah masa dia. Kena beratur dulu baru dapat masuk, tak boleh main terjah je tau. Sebab diorang tak nak orang masuk ramai-ramai walaupun dalam tu kaunter punya luas. Covid kan, nak tak nak kena akur. 

Aku tunggu adalah dalam setengah jam sambil borak-borak dengan sorang akak ni. Kad dia jatuh. Sebab dia perasan masa nak bayar, tengok-tengok kad dia dah tak ada. Agak susah jugak nak beli barang sebab iyalah, sekarang ni kita kan cashless. Kurang sangat duit ada dalam dompet. Aku pernah je ada RM2 dalam dompet. Sebab aku tahu, kalau simpan duit banyak-banyak nanti akan terguna. 

Bila nama aku dipanggil, aku ditanya oleh akak dekat depan pintu masuk tu. Aku cakap la aku nak tukar duit. Dia cakap pergilah kaunter 4 tak silap. Di situ ada satu bilik tertulis Bulk Money. Ha, dekat sini sorang saja boleh masuk dalam satu masa. Jadi, bila sampai turn aku, aku bagi lah jumlah duit yang aku nak tukar. Kesimpulannya dekat sini korang kena amik duit dulu berapa yang nak ditukar. Senang urusniaga nanti. Macam aku, aku tukar RM200. 

Nasib aku baik hari tu, ada lagi duit. Dia tukar RM1 semua. Walaupun tak dapat duit baru, tak mengapalah. Janji dapat tukar kan? Setelah selesai, aku pun terus keluar. Sekejap saja sebenarnya dalam tu, tapi bila kena tunggu dekat luar tu yang lama sikit proses dia. Huhu. 

Baiklah, setakat ini sahaja entry kali ini. Kalau korang ada pengalaman tukar duit, korang boleh drop dekat komen ya. Terima kasih sebab baca di blog aku. 

Friday 22 April 2022

Food Review: Spicy Tomyam Seafood Onigiri & IF Coconut Sparkling Family Mart

Assalamualaikum dan selamat malam semuanya. Alhamdullilah, kita dah memasuki 10 malam terakhir untuk Bulan Ramadan yang mulia ini. Baiklah, kali ini aku nak buat food review mengenai makanan yang aku pilih untuk buat berbuka tadi. Maaf tau sebab menyepi tak update blog beberapa hari. Aku sangat busy sampaikan nak buat draf untuk blog pun memang tak sempat langsung.

Sebenarnya, aku nak beli dessert saja hajatnya bila singgah di Family Mart tadi. Tapi, bila tengok staf dekat situ dah mula agihkan barang dan makanan baru, aku pun terdetiklah nak tengok apa yang ada. Btw, Salted Egg Chicken Bento dah sold out tau dekat situ. Memang laku keras lah haha. 

Aku belek punya belek, aku terjumpalah onigiri tomyam seafood. Tapi dia spicy ye. Sebelum ini, aku dah pernah beli. Cuma taklah rasa pedas sangat pun. Kali ni, aku nak cuba beli lagi. Mana tahu pedas kan. Haha.

Untuk air pulak, aku grab IF Sparkling Coconut Water. Sebab yang membuatkan aku tertarik adalah, dia punya pure coconut water, no sugar added, gluten free dan vegan. Sesuailah untuk orang nak diet kan haha. Tapi diingatkan ya, air sparkling ni bukan air masak tau. Dia bergas sikit. Tak pasal-pasal berasap hidung.

Beginilah hasil pencarian aku di Family Mart. Nak beli corndog nanti cepat sejuk pulak sebab aku datang pun pukul 3 lebih. 



Maaflah gambar kurang cantik sebab ambik pun dalam keadaan kalut-kalut sikit sebab nak bergegas balik rumah. Jadi, ini sahajalah yang sempat tangkap. Baiklah, aku pun dah rasa makanan ni, ini adalah review aku. 


REVIEW:

Untuk spicy tomyam seafood onigiri tu, memang tak tipu dia punya pedas. Makan semulut pun pijar bibir aku weh haha. Rasa dia sedap. Kalau orang pernah makan Maggi Pedas Giler perisa Tomyam, ha lebih kurang gitulah rasa dia. Cukup rasa. Tak ada yang tawar ke masin sangat ke. Semua perfect. Cuma aku ingatkan, bagi yang tak makan pedas tu jangan gatal-gatal nak makan. Sakit perut nanti. 

Untuk air pulak, rasa dia memang macam air kelapa ya. Cuma air kelapa yang bergas. Tepat dengan tagline dia, no sugar added. Sedap dan tak manis. Aku suka. Kalau ada yang versi tak bergas pun aku sanggup beli. Rating aku bagi dua-dua makanan ni 7/10. Memang sedap bagi tekak aku. 

Korang kalau nak singgah Family Mart, korang boleh dapatkan ya makanan-makanan ni. Memang sedap. 

Sekian sahaja entry kali ini. 


Thanks Akak CCL Bagi Hadiah Giveaway

 


Assalamualaikum semua. Lama tak update blog ni kan? Bukan apa, sebab aku terlampau busy dan kadang-kadang tak sempat nak bukak blog pun. Huhu. Balik saja sekolah terus rehat. Kalau ada meeting, balik rumah dah sampai pukul berapa. Rasanya jadual memang pack sebelum raya ni. Budak-budak pun sekarang sibuk nak ulangkaji sebelum diorang exam minggu depan. Makin bertambah busy lah cikgu-cikgunya. 

Baiklah, aku nak bagitahu hadiah giveaway aku sampai minggu lepas. Sebenarnya mask tu aku tak bukak lagi pun tau. Sayang pulak nak bukak haha. Bukan mask biasa-biasa tau kak CCL kita ni bagi. Sekali mask Jovian tu. Tambah-tambah collab dengan Dato CT. Alahai, memang sayanglah nak bukak. Design mask dia pun cantik je tau. Ada dua jenis, satu earloop, satu lagi headloop yang aku tahu. Akak kita ni bagi headloop. Senang kan untuk kita yang pakai tudung ni. Tak perlu extender ke apa. 

Aku tengok kotak mask tu pun aku dah jatuh cinta. Sayang sungguh nak bukak. Sebab sangat eksklusif kan. Dah lah nak beli mask pun kita dah kena simpan duit lain. Mana nak beli test kit lagi. Virus covid yang makin mengganas ini buatkan aku akan simpan duit lebih semata-mata nak beli mask yang berkualiti dan jugak test kit. Kalau boleh, aku memang akan test seminggu sekali. Biar yakin nak ke sekolah kan. 

Baiklah, akhir kata thanks akak bagi hadiah mask ni. Gambar ni secara jujurnya aku amik dari Google tau sebab aku tak bukak pun lagi bungkusan mask yang ada dalam tu. Aku nak habiskan mask yang ada dulu. Kang rugi pulak bukak mask banyak-banyak, tapi nanti tak guna. 

Sekian sahaja entry untuk kali ini. 

Wednesday 13 April 2022

Cara Transfer Ewallet Touch n Go Ke Akaun Bank

 



Assalamualaikum semua. Tidak terlambat untuk aku ucapkan selamat berpuasa kepada umat Islam yang menunaikannya. Semoga Ramadan kali ini memberi barakah kepada kita untuk terus mengejar melakukan amalam kebaikan. 

Baiklah, aku terdetik untuk membuat post ini adalah sebabnya aku ingin tahu apakah fungsi touch n go ewallet kalau tak boleh transfer ke dalam akaun bank betul tak? Macam rugi sahaja kalau top up boleh, tapi nak transfer ke dalam akaun bank tak boleh.Sebab sebenarnya, ramai orang memerlukan duit cash berbanding bayar pakai apps. 

Kalau orang muda dan celik IT baginya amatlah memudahkan tetapi cuba korang bayangkan kalau orang tua nak pakai apps. Nak cucuk duit dekat ATM pun kena mintak orang tolong amikkan. Jadi, sebenarnya pemakaian cashless ini bawak kesan baik dan juga sebaliknya. Aku tak nafikan pembayaran secara cashless amat memudahkan. Tapi itulah, kang nak pergi beli pisang goreng cheese tepi jalan masalah pulak, sebab tak ada cash haha. Inilah masalahnya. Suka bayar pakai kad, Wave saja, lepastu nak pergi beli makanan tepi jalan, gelabah cari duit RM1 banyak-banyak. 

Alkisahnya, adik aku tanya boleh ke tak transfer ewallet Touch n Go ini ke dalam akaun bank. Punya banyak baki duit dalam tu, tapi dia nak pakai cash. Dia tak nak bayar pakai apps sebab banyak dia nak kena bayar guna cash. Jadinya, aku pun cuba bukak apps Touch n Go. Dan akhirnya, aku baru tahu sebenarnya boleh transfer. Sebab sebelum ini, setahu aku hanya boleh top up sahaja, nak transfer tak boleh. 

Baiklah, korang cuba ikuti langkah ini. 

1. Buka apps Touch n Go ewallet
2. Tekan icon Transfer. Ada dua pilihan sama ada ewallet transfer atau Duitnow.
3. Pilih Duitnow
4. Select one. Pilih bank/ewallet account. Masukkan bank mana dan no akaun yang nak korang transfer kan. 
5. Transfer type, pilih fund transfer. Pastikan korang ada baki dalam ewallet tu. Kalau tak cukup, tak boleh transfer. 


Korang boleh merujuk gambar di bawah ya. 








Done!

Baiklah, aku harap post ini membantu korang ya. Sekian. 


Tuesday 5 April 2022

Giveaway SR X Mitch Memoir Kampung Boy


 Syarat-syarat GIVE AWAY SR X MITCH MEMOIR KAMPUNG BOY adalah seperti berikut:


1. Buat satu post entri bertajuk : GIVE AWAY SR X MITCH MEMOIR KAMPUNG BOY

2. Follow Blog Syazni Rahim.

3. Letak banner giveaway di atas dan backlink kan ke entri giveaway ini. 

4. Copy blurb ini (wajib):

Blurb Memoir Kampung Boy - Ia mengisahkan tentang cerita kanak-kanak di zaman 1970 dan 1980-an di mana watak aku (Kenit) memaparkan aktiviti serta apa yang dialaminya ketika itu. Ketika zaman tiada gajet yang canggih, ‘aku’ dan rakan-rakannya bermain apa sahaja yang dapat menghiburkan hati mereka. Kisah ini bermula perpindahan dari Pekan, Pahang ke Johor Bahru (JB). Di JB, ‘aku’ mendapat sahabat karibnya bernama Rais dan Kajid yang memperkenalkan banyak permainan sewaktu zaman dulu, seperti main ‘gundu’, baling selipar, tarik upih pinang, permainan ‘cakar ayam’ dan sebagainya. Namun masa amat mencemburui persahabatan mereka.

4. Copy ayat beserta link pada dua kenyataan di bawah:

Kenali Mitch! 

Shopee Menara Seni

5. Letak link penyertaan di ruangan komen pada entri ini.

(Jika tak dapat copy direct, boleh copy link ini -  https://catatanseorangmitch.blogspot.com/ untuk 'Kenali Mitch' dan https://shopee.com.my/menaraseni untuk 'Shopee Menara Seni'.

Itu sahaja syaratnya!

Popular Posts