Pitcha atau nama panggilannya Aim (Bella Ranee) merupakan seorang CEO yang rajin, yakin dengan diri sendiri malah seorang yang moden. Dia sudah berkahwin dengan suaminya Mark (Louis Scott) selama lima tahun dan ingin merancang untuk menambah cahaya mata setelah sekian lama hidup berdua. Pada ulangtahun kelima perkahwinannya, Pitcha menerima sejambak bunga dari suaminya. Namun, malang tidak berbau, skandal suaminya iaitu Pankaew (Mint Nawiddda) menelefonnya untuk memberitahu suaminya sedang curang padanya dan akan membuang Pitcha selama-lamanya kerana Mark akan memilihnya sebagai seorang isteri.
Pitcha tergamam dan bergegas ke restoran di mana tempat suaminya dan Pankaew menikmati makan malam. Akhirnya berlaku pergaduhan dan masing-masing tidak berusaha untuk meleraikan pergaduhan melainkan suami Pitcha, Mark. Pitcha ingin melukakan Pankaew kerana berjaya membuat hatinya terluka, namun kehadiran Ramin (Pope Thanawat) yang berusaha menghalang Pitcha daripada terus membunuh orang lain. Pitcha secara tidak sengaja melukakan Ramin dan mereka bergegas ke hospital. Pada masa yang sama, dia meminta Ramin mengendalikan kes perceraian antara dia dan suaminya. Ramin berusaha untuk menolong Pitcha meskipun telah terbit bunga-bunga cinta pada perempuan itu. Mampukah Ramin dan Pitcha hidup bahagia?