Thursday, 28 July 2022
Giveaway BZ Satu 2022
Friday, 22 July 2022
Food Review: Mcdonalds Creamy Butter Chicken Nasi Lemak
Assalamualaikum semua. Dah lama aku tak buat post kan. Last aku review Sofuto Matcha Family Mart tu. Aku ada saja nak review, tapi aku masih belum rajin untuk buat post haha. Tapi hari ni, aku tengok ramai sangat yang tertarik dengan menu baru daripada Mcdonalds kan, aku pun apa lagi, cepat je gi serbu. Siapa yang tak nak menu viral kan? Betul tak?
Aku sebenarnya waktu pukul 5.30 petang tu, aku masih belum dapat makan nasik lagi, jadi aku pun cuba order nasik lemak dia dengan ayam butter. Ayam tu korang boleh pilih sama ada nak 1 atau 2 ketul, original atau pedas. Aku pilih 1 set dengan 1 ketul ayam pedas. Air amik air mineral je.
Ayam aku dapat ayam paha. Salutan butter pun nice saja. Tak adalah macam ayam tu nampak banjir macam dekat kedai biasa yang kita selalu order tu. Bagi aku, portion macam ni puas hati.
REVIEW
Apa yang menariknya, rasa butter dia just nice. Ada daun kari, cuma aku tak rasa pedas lah butter tu sebab ayam aku amik dah pedas. Jadi memang just nice. Cuma aku harap lah, diorang boleh asingkan kot kuah dengan ayam, sebab nanti ayam jadi soggy. Sesetengah orang dia tak suka makan ayam soggy. Jadi hilang rasa rangup ayam tu.
Tapi, seriyes sedap! Aku pun mungkin kalaulah diorang buat menu ni sebagai menu tetap, aku akan beli. Bagi tekak aku, rasa dia sedap! Aku tak beli lah burger dia sebab aku nak makan nasik. Mungkin lain kali aku akan beli tau.
Kalau korang nak pertama kali cuba, korang boleh cuba rasa burger dia dulu. Kalau tak nanti taklah membazir.
Okey baiklah. Kalau korang dah rasa, korang boleh komen dekat post aku tau. Selamat membaca.
Popular Posts
-
Alhamdulillah. Setelah sekian lama aku cuba mintak dan mintak lagi. Akhirnya diterima jugak oleh Google Adsense, seperti korang dapat lihat ...
-
Hai korang. Hari ini mesti korang check akaun bank korang kan? Betul tak? Yelah, dah masuk gaji semua kan, mesti korang pun dah plan betul-b...
-
Assalamualaikum semua, dah masuk bulan Ogos ni aku terfikir why not aku cuba tulis entri baru. Iya lah, beberapa bulan aku menyepi sebab aku...
-
Hai korang. Untuk entry kali ini, aku nak share sikitlah macam mana nak naikkan Google Adsense. Walaupun hakikatnya Adsense aku sendiri pun ...
-
Assalamualaikum semua dan selamat malam. Sejak kebelakangan ini, aku cuba untuk mencari topik yang menarik untuk letak dalam blog ini, tapi ...
-
Hari ini aku singgah di Family Mart Sg Juru. Sebenarnya aku jarang singgah di RNR Juru ni. Tapi disebabkan saja nak singgah tengok macam man...
-
Selamat pagi semua! Semoga anda dimurahkan rezeki selalu. Baiklah, hari ini aku nak kongsikan sedikit tips dan cara nak order coffee untuk c...
-
Hai korang. Aku dah lama simpan perkara ni, macam malas nak cerita, tapi tak ada benda nak share pulak dekat blog ni haa, aku pun ambik kepu...









