Wednesday, 19 August 2026

Dah terima keputusan manuskrip. Hasilnya?

 Assalamualaikum semua. Sudah lama aku tak update posting baru mengenai progress manuskrip aku. Hari tu, aku ada ceritakan pada posting sebelum ni yang mengatakan aku ada hantar satu manuskrip ni ke publisher. Aku sebenarnya berharap manuskrip aku tu diterima sebab aku mengambil masa yang lama untuk menyiapkan dan refine sebelum hantar semula. 

Aku siap upah beberapa orang beta reader untuk membaca manuskrip aku tu. Aku sebenarnya, tak nak fikir soal lulus ke tak, tapi dah kita hantar kan, tipulah kalau kita tak berharap manuskrip kita tu lulus. Nak dijadikan cerita, semalam aku dah terima emel balasan diaorang mengenai manuskrip aku. So, keputusannya...

DUKACITA

Aku sedih? Sejujurnya, aku tak berasa sedih sikit pun. Sebab reason utama diaorang reject manuskrip aku, bukan sebab struktur dan jalan cerita aku tak bagus, cerita aku menarik. Tetapi, publisher tu ada satu tema yang mana dalam masa terdekat ni, manuskrip aku tak menepati genre yang diaorang nak. 

Aku reda sebenarnya. Ini bukan pertama kali. Walaupun aku dah tanya diorang, diorang terima semua genre tak, tetapi iyalah. Mungkin belum sampai rezeki aku. Itu jelah yang aku boleh cakap. Aku pun move on dan terus hantar manuskrip aku ke tempat lain. Aku harap, kali ni jika ada rezeki aku, adalah. Sekiranya tiada, tak mengapa. Aku sudah serahkan segala-galanya kepada Allah SWT.

Nanti, jika aku ada masa, aku share contoh cover yang aku guna untuk promosikan cerita aku tu. Setakat ni, aku tak berani nak share sebab dalam tempoh penilaian dan jugak aku tak nak cerita aku orang tiru. Aku perasan, aku pernah terjumpa satu cerita dekat Wattpad, dia punya genre musical drama tu sama dengan aku, iaitu piano, tetapi genre thriller. 

Aku jadi takut, sebab penulis tu famous jugak di Wattpad. Jadi, aku terus stop share apa-apa sahaja bab ke penulisan ke teaser ke...semuanya. Biar je lah tunggu buku terbit baru aku berani share. Aku tak nak nanti aku pulak yang dituduh ciplak karya orang. Tak ke gila!

Okeylah, setakat itu sahaja. Sekian. 

Post a Comment

Popular Posts