Thursday 24 February 2022

Food Review: Chocolate Oddesey oleh Family Bakery


Selamat malam korang. Semoga korang sentiasa dimurahkan rezeki selalu. Hari ini, aku pergi ke Family Bakery. Sebenarnya dekat Kedah aku rasa masih belum nampak lagi Family Bakery ni. Inilah pertama kali aku masuk. 

Secara jujurnya, harga Family Bakery ini sedikit mahal berbanding Fairy. Tapi itulah, terdapat roti-roti dan kek-kek yang tak pernah aku tengok pun selama ini. Contohnya kek yogurt. Ha, macam pelik kan, tapi dekat sini ada tau. Dan memang sedap. 

Aku grab satu Chocolate Oddesey, iaitu kek coklat dengan kacang walnut. Rasanya not bad. Sedap jugak. Kurang manis dan sedikit pahit. Ha, yang ni aku suka. Aku tak berapa suka sangat coklat yang milk punya. Aku suka dark chocolate. Haha. 

Beginilah rupanya. Sangat comel dan diletakkan dalam peti sejuk. Makan sejuk-sejuk baru nikmat. Aku haraplah tak kena potong kaki lepas ni, sebab aku ni bukanlah peminat dessert tegar. 



Ini plastiknya. Cantikkan. Abaikan sedikit terlipat tu.




Rating aku bagi 8.5/10. Sedap dengan tekak aku. Cuma kalau nak repeat selalu mungkin taklah kot. Kang kena diabetes pulak haha. 

Baiklah, kalau korang pernah pergi bakeri ni, korang boleh share dengan aku menu apa yang korang selalu beli. Sekian sahaja entri kali ini.


Tuesday 22 February 2022

Food Review: Pallet Cafe Sungai Petani, Kedah


Hai korang. Hari ni aku share satu kedai makan yang agak famous kalau singgah di Sungai Petani. Memandangkan aku memang tinggal di Sungai Petani, jadi aku akan set masa bila nak makan di sini. Bagi aku, makanan di sini sangat sedap dan kena dengan tekak aku. Baiklah, kepada korang yang ingin jalan-jalan di Sungai Petani, aku recommend korang pergi dekat Pallet Cafe. Kafe ini menyediakan menu western. Jangan risau, menu nasi goreng pun ada untuk yang tak makan western.



Korang jangan terkejut pulak nampak kedai cina di tingkat bawah tu. Pallet Cafe ni kedainya di tingkat atas. Jadi kena naik tangga. Masa mula-mula aku pergi pun aku ingatkan kedai cina haha. Oh ya, landmark untuk pergi ke kedai ni adalah dekat dengan Village Mall di sebelah kiri dan juga Maybank di hadapan. 

Baiklah, aku akan share satu menu yang paling istimewa dekat sini. Korang boleh tengok menu-menu di bawah ya.








Menu yang ada banyak bintang tu maksudnya memang paling best seller lah dekat sini. Aku kalau datang sini tak sah order Salted Egg Pasta dengan air Peppermint. Salted egg pasta dia sangat sedap, berasa sangat Lagi satu, portion dia banyak dan tak kedekut. Aku memang akan repeat setiap kali makan dekat sini menu yang sama. Rasa puas makan. Harga pun boleh tahan. Makanan western kan? 


Makanan signature di sini adalah salted egg pasta. Sangat menyelerakan. Kepada yang tak makan salted egg, for sure korang akan suka. Sebab dia tak muak dan sedikit pedas. Rasa daun kari, bau cili tu memang membuatkan korang akan repeat. Percayalah. Aku ni bukan peminat sangat makanan western, mesti akan cari nasi punya haha. Tapi, kalau singgah di sini,menu tak lain tak bukan mesti pasta salted egg. Pasta ni memang orang kasi rating 5 bintang. Kalau tanya aku, aku tak kasi 5 bintang, aku kasi je 10 bintang. Memang sedap pada tekak aku. 

Kepada yang nak pergi kafe ini, di sini aku kongsikan waktu operasi kafe. 

Isnin-Ahad
12:00PM - 11:00PM
.
For delivery click WhatsApp link belowπŸ‘‡πŸ»

Email: palletcafe2018@gmail.com

Alamat: 
162, Tingkat 1, Jalan Lagenda 6, Lagenda Heights, Sungai Petani 08000 Sungai Petani, Kedah

* oh ya, sekarang ini harganya telah berubah tau, jadi korang kena pergi kedai untuk tahu harganya yang latest. 

Sumber gambar : Facebook Pallet Cafe & Sedapnya Makan.Com 

Sunday 20 February 2022

Food Review: Salted Egg Popcorn Chicken Bento di Family Mart


Hari ini aku singgah di Family Mart Sg Juru. Sebenarnya aku jarang singgah di RNR Juru ni. Tapi disebabkan saja nak singgah tengok macam mana rupa dia, jadi aku pun singgah sekejap. Di sini ada banyak kedai ya, berbanding RNR yang lain aku rasa. Cuma nak lawan Restoran Jejantas Sg Buloh tu taklah kan. Aku rasa kalau area utara ini ada restoran jejantas, mesti berduyun-duyun orang datang. 




Katanya Family Mart akan bukak cawangan dia dekat Sg Petani dan jugak Kulim. Ha, masin mulut aku. Akhirnya tak payah nak pergi Sg Dua semata-mata nak rasa sofuto dia. 

Cari punya cari, aku pun ambiklah Salted Egg Popcorn Chicken Bento. Rasa salted egg tu memang sedap. Tak kedekut. Rasa pedas-pedas sikit bila gigit cili merah tu, jadi korang tak akan rasa muak. Harga dia pun boleh tahan, RM11.90 satu. Selalu kalau aku singgah di Family Mart, menu yang sering aku order adalah sofuto, lasagna, spicy macaroni and cheese dan jugak salted egg chicken popcorn bento inilah. Susah nak order oden ke ramen ke, sebab jarang nak makan haha. 



Dessert yang menjadi pilihan aku chocolate mousse. Yang lain aku tak minat sangat. Baiklah, kenapa aku selalu order menu ni? Sebab aku pernah order menu lain, tapi rasa dia sedikit masin, kalau korang order Thai Basil Chicken tu. Jadi aku makan sikit saja. Aku jugak pernah order Nasi Telur Bungkus dengan Sos Lada Hitam. Sosnya tak berasa sangat pun lada hitam huhu. Sayang beribu kali sayang. Mungkin tak kena pada tekak aku. Kena pada tekak orang lain. 


Beginilah rupanya bila sudah dipanaskan. Sekarang ni, Family Mart akan cas RM1 kalau korang nak amik plastik. So, kalau nak jimat, boleh amik plastik sendiri bawak dari rumah. Aku akan mintak diorang panaskan selama 7 minit. Barulah cair elok. Sesetengah outlet dah panaskan pun bawah masih sejuk. Jadi hilang rasa salted egg tu. Macam makan ais pulak haha. 

Korang boleh kongsikan apa menu favourite korang di Family Mart di komen ya. Aku akan baca, boleh lah aku try menu yang aku tak pernah try lagi. Sekian sahaja entri untuk kali ini. 

Sumber gambar: Google Images

Saturday 19 February 2022

Redeem Duit Paypal Melalui Aplikasi Cash Em All


Hai korang. Aku rasa sangat gembira hari ini. Dah berapa bulan aku kumpul coin dan akhirnya aku dapat jugak redeem coin tersebut untuk ditukarkan kepada duit melalui akaun Paypal. 

Kalau korang nak tahu macam mana aku buat, korang boleh tengok di entri Tips Tambah Duit Melalui Aplikasi Cash Em All.

Aplikasi ini masih lagi legit membayar ya. Aku redeem dalam pukul 10 pagi. Selalunya proses payout akan amik masa dalam sehari. Tapi, tadi aku tengok dia tak sampai 24 jam, dah bagi notification cakap payout tengah diproses.



Bila dah bagi notification macam ni, jangan lupa check akaun Paypal korang. Hehe. Aku menjadikan aplikasi ini sebagai platform aku cari duit lebih. Bukannya jadi scammer sana sini, makan duit orang dengan cara tak betul. Selain jadi dropship, buat kolaborasi, jadi aku main game sahajalah pakai aplikasi ini untuk buat duit lebih. 

Bila dah cukup nanti, aku nak cashout. Semoga tercapai lah hasrat aku nanti. Ameen.



Friday 18 February 2022

Cara Tambah Followers di Blog Cara Aku



Selamat malam semua. Hari ini aku nak share beberapa cara yang aku selalu buat untuk tingkatkan followers dekat blog aku. Kebanyakannya meningkat sekitar tahun 2012-2013 macam tu. Sebab masa tu, aku baru berjinak-jinak nak berblog kan haha. 

Aku mula menjinakkan diri dalam blog ni bila maksu aku suruh aku buat. Masa tu baru Tingkatan 4, masih noob lagi lah kan dalam dunia blog ni haha. Ayat pun masih berterabur lagi. Banyak yang aku buat draf saja. Macam malu ayat aku masa dulu-dulu. Okey, baiklah. Akan aku kongsikan tips macam mana nak tambahkan followers dalam blog. Ini cara aku tau. 

1. Banyak join Giveaway.


Yang ini sedia maklumlah, aku dulu banyak join giveaway. Bukan senang nak mula dari kosong sampailah followers aku angka cantik macam ni haha. 444! Korang join saja Giveaway yang penganjur buat. Lagi mudah, senang. Trafik blog pun akan meningkat dengan sendiri nya. 

2. Banyak komen dekat blog orang.


Yang ni amik masa sikitlah. Proses dia agak lama jugak tau. Sebab korang kena baca entri-entri dan lepas tu kena komen. Sebab nak bagi owner blog tu tahu bahawa korang ni wujud gituh. Lagi best kalau owner tu komen balik. Boleh kenal-kenal. Secara tak langsung, korang boleh tambah kawan.

3. Banyak blogwalking. 


Blogwalking ni memang kena rajin. Pergi terjah blog orang, tinggalkan jejak dekat chatbox. Dekat blog aku ni tak ada chatbox. So iyah, nanti aku akan usahakan untuk letak chatbox di blog ini semula. Boleh aku tahu siapa yang rajin stalk aku. Wakakakakak. :)


4. Jadi sponsor giveaway.


Yang ni cara yang paling berkesan. Aku dulu pernah jadi salah satu sponsor di blog Syira Lokman. Berpusu-pusu followers masuk. Macam pisang goreng panas tau. Followers aku dalam 200++ naik jugak 300++. Banyak kan. Jadi berbaloi. 

Okeylah, sekian sahaja tips dari aku. Jika korang nak tanya apa-apa, drop saja komen dekat bawah okey.  

Thursday 17 February 2022

Mini Giveaway SS 2022



SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

πŸ’š FOLLOW blog SYEEDA SANIEY 
πŸ’š Beralamat di MALAYSIA
πŸ’š buat satu entry dengan tajuk "MINI GIVEAWAY SS 2022"
πŸ’šJangan lupa tampal sekali banner di atas dalam entry tersebut dan back link ke entry giveaway ini
πŸ’š Dan lepas dah siap buat entry, sila tinggalkan link entry korang tu di ruangan komen entry giveaway ini.

TARIKH TUTUP :
11 MAC 2022, jam 11.59 malam

SENARAI HADIAH :
πŸ‘‰ 1x produk Shaklee
πŸ‘‰ 2x Suprise Box 
πŸ‘‰ 2x tudung bawal

Jemput join semua. Terima Kasih


Wednesday 16 February 2022

Tips Menulis Resume Yang Bagus



Apabila melangkah ke alam pekerjaan, sudah semestinya kita akan menghantar resume yang bagus untuk ditunjukkan kepada bakal majikan kita. Tahukah anda ciri-ciri resume yang bagus? Berikut adalah tips bagaimana untuk menulis resume yang baik. 

1. Pemilihan tulisan. 


Gunakan font Cambria. Calibri atau Helvetica sahaja. Ini penting tau. Jangan pulak korang gunakan tulisan berangkai, tulisan yang fancy-fancy. Benda ini tak perlu pun dalam penulisan resume. Ramai jobseekers gunakan font yang pelik-pelik. Macam manalah HR tak pening nak baca betul tak? Jadi korang kena elakkan okay. 

2. Margin.


Margin mestilah 1 inci di 4 penjuru resume. Bukan apa, margin seperti ini membuatkan resume korang nampak kemas lah. Tidaklah sakit hati HR tengok iya tak? Banyak resume yang HR kena tengok. Jadi, korang janganlah bagi dia serabut kepala pulak tengok resume korang yang tak teratur. 

3. Heading.


Heading korang pada resume mestilah jelas. Boleh besarkan font untuk heading atau gunakan sahaja huruf besar. Selain daripada jenis font, saiz tulisan pun agak penting. Contohlah kalau korang nak highlight apa-apa sahaja pada resume, jadi korang boleh besarkan sedikit font itu. Senang HR nak fokuskan apa kelebihan korang dalam resume tersebut. Kita mudahkan urusan orang, inshallah Allah mudahkan urusan kita. 

4. Jangan terlampau padat. 


Kita faham, korang kalau boleh semua benda nak letak dalam satu resume. Ingat! Resume yang terlampau padat tidak bagus ya. Cukuplah sekadar satu muka surat sahaja. Kalau banyak sangat, nanti HR pun boleh hilang mood nak baca sebab dia tak ada masa nak ringkaskan resume korang tu. Kalau korang nak apply kerja, pastikan resume korang tu cukup sekadar satu hingga dua pages sahaja. HR selalunya tak akan baca pun kalau resume pun sampai lima pages. Tak ada masalah dia nak tengok satu-satu. 



Contoh resume


Contoh resume


Okey baiklah, setakat ini sahaja perkongsian aku untuk kali ini. Semoga bermanfaat. 


Monday 14 February 2022

Rawa Rontek I Ilmu Badan Putus Bersambung Kembali





Selamat malam korang. Aku harap korang sihat-sihat sentiasa hendaknya. Baiklah, aku ingin berkongsi salah satu ilmu kebal yang sebenarnya syirik dalam Islam. Aku selalu follow seorang Youtuber ini di Youtube. Perkongsiannya yang menarik membuatkan aku untuk berkongsilah dengan korang ilmu-ilmu yang digunapakai oleh zaman datuk nenek kita dahulu. Sungguhpun begitu, ilmu sebegini tidak wajar diamalkan sebab bercanggah dengan agama Islam. 

Ilmu silat di Nusantara ini sangatlah popular ketika dahulu. Nak katanya ilmu silat ini boleh kebal dan kekal hidup selama-lamanya. Ilmu ini dikenali sebagai Rawa Rontek atau Panca Pesona. Sedap jugak nama Panca Pesona ni kan? Haha. 

Cabang silat


Cabang silat terbahagi kepada dua, iaitu cabang ilmu putih dan cabang ilmu hitam. Cabang putih menggunakan ayat suci al-quran. Sebelum nak silat tu, diorang akan berzikir dahulu. Macam aku dulu, pernah masuk sekejap kem silat gayung. Tapi iyalah, orang dah kurang pengalaman, seminggu sahajalah. Cabang hitam pulak menggunakan ilmu hitam. Maksudnya menggunakan jin dan syaitan untuk mendapatkan kekebalan. Rawa Rontek ini tergolong kepada cabang ilmu hitam. 

Apa itu Rawa Rontek?


Rawa Rontek ini merupakan ilmu persilatan lama, yang datang dari Jawa Nusantara dan juga Tanah Melayu. Asalnya, silat ini datang dari Jawa, namun berkembangnya ilmu persilatan ini membuatkan ilmu silat ini datang ke Tanah Melayu. 

Dikatakan Rawa Rontek ini kekal abadi dan kebal seumur hidup. Maksudnya kalau hunus pisau pun tak lut. Rilek saja. Paling powerlah orang cakap silat ini waktu tu. Sebab apa, iyalah dah guna jin dan syaitan memanglah power. Hebat semacam. Ilmu  Rawa Rontek ini dikatakan paling sukar untuk diamalkan kerana bukan semua orang mampu untuk menghadapinya. Mesti kena pass Level 1 sampai Level 8. Eh, dah macam game pulak ye. 

Bagaimana untuk berguru?


Mestilah kena cari guru yang betul. Masa ini sampai satu tahap kena bertapa selama 80 hari. Masa tu, kena berzikirlah. Tapi, kena lah berzikir tu bukan zikir ayat suci al-Quran. Dia berzikir jampi serapah gais. Entahlah zikir pemuja syaitan kot. Selama 80 hari tu mulut tak berhenti untuk berjampi serapah itu lah. 

Keistimewaan Rawa Rontek


Kelebihannya ada banyak. Ilmu ini dikatakan dapat menyambung kembali anggota badan yang putus. Umpamanya, jika bersilat lepastu kalau badan putus, dia boleh menyambung kembali tau.Macam biasa elok sahaja. Tak ada kecederaan. Ada juga anggota badan tersebut terbang sebelum mencantum kembali ke badan pemilik asal. Walaupun kena penggal kepala sekalipun. Seram tak seram?

Sebab itulah ilmu ini amat digeruni sebab susah sangat nak bunuh. Tapi tahukah korang, ilmu ini susah nak bunuh sebab kena menjaga satu benda, atau senang cakap orang panggil jenglot. Ha, benda inilah pengamal ilmu Rawa Rontek amalkan. Contohlah kalau termiss bagi makan, benda ini kemungkinan akan makan tuan dia balik. 




Macam mana nak bunuh pengamal Rawa Rontek?


Setiap pengamal ilmu pasti ada kekurangannya. Namun terdapat beberapa cara untuk musnahkan ilmu Rawa Rontek ini. Cara yang pertama, korang kena curi patung jenglot ini dan membakarnya. Jadi, si pemilik ilmu ini akan berubah menjadi manusia biasa, tidak akan menjadi kebal lagi. Cara yang kedua adalah ilmu ini dikatakan berasal daripada tanah, jadi pemilik ilmu ini hendaklah diikat dan pastikan kakinya tidak jejak tanah. Setelah itu, kita boleh membunuhnya.

Sebagai kesimpulannya, ilmu ini merupakan satu ilmu yang susah sangat untuk kita dapat sebab ilmu ini berat. Tak semua orang mampu amalkannya. Dah nama pun ilmu kebal, bayangkan dah umur 80 tahun pun muda remaja sahaja. Melainkan dia mewariskan ilmu tersebut kepada orang lain, barulah dia kembali kepada wajah dan rupa asal. 

Entahlah, nak hidup lama-lama pun buat apa. Allah dah tentukan ajal kita.Yang penting, kepada pengamal ilmu ini segeralah bertaubat kepada Allah selagi hayat masih ada. 

Baiklah, setakat ini sahaja entri aku untuk kali ini. 



Kenali Anak Anda Jika Mereka Alami Masalah Pembelajaran



Anak-anak lemah dalam pelajaran? Jangan cepat marah-marah. Mungkin mereka ada masalah pembelajaran. 

Minggu lepas, aku buat revision tajuk Kira Menurun untuk tahun 1. Kali ni guna buku tulis. Setelah mengajar dan memberi penerangan, murid diminta salin nota dan latihan dalam buku tulis.

20 minit masa berlalu, majoriti murid semua dah siap dan hantar hasil kerja. Aku pusing kelas dan dapati seorang murid masih terkial-kial nak salin.

Salin je pun. Tapi dia tak mampu.

Setelah aku perhati hasil kerja dia, ternyata dia tak mampu nak tiru pun apa yang aku tulis. Aku bimbing secara one by one. Pun sangat lemah dalam menulis dan meniru. 15 minit masa berlalu, cuma mampu tulis hari, subjek dan tarikh sahaja.

Murid ni mungkin ada masalah pembelajaran. Mungkin disleksia, mungkin diskalkulia, mungkin disgrafia, mungkin dispraksia.

Nak kata jelas, aku pun bukan pakar. Perlu buat ujian lanjut lagi dan disahkan doktor pakar.

Apa nak kena buat jika jumpa murid begini?

1st step :


Minta guru kelas kumpulkan data dari guru subjek teras mengenai keupayaan murid tersebut di dalam kelas.

Contoh :

a) kemahiran menulis
b) tumpuan dia dalam kelas
c) hasil kerja murid
d) pergaulan murid dengan rakan sekelas.
e) eye contact murid ni.
f) ada tantrum tak


Laporan tadi + hasil kerja murid serahkan pada guru pemulihan untuk 2nd steps

2nd steps :


Rujuk murid ni ke guru pemulihan khas.
Guru pemulihan khas akan jalankan dua saringan kepada murid ni 
* Nama instrumen Saringan 
1) ISD (Disleksia)
2) IPMBDP (Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Pembelajaran).

Jika skor rendah (perlu ke steps 3)

3rd steps :


Guru pemulihan akan bawa maklumat ini kepada guru kaunseling.

Guru kaunseling akan maklumkan pada HEM sekolah dan surat akan dikeluarkan untuk parent rujuk ke hospital. Hasil laporan guru tu kepilkan untuk semakan doktor. Orang sekitar Gombak, Selayang terus ke Unit Mekar, Hospital Selayang. 

Di PPUM dan beberapa hospital lain pun ada doktor pakar yang boleh sahkan keadaan anak-anak kita ni.

Sebaik dapat pengesahan doktor, baru layak untuk mohon kelas pendidikan khas.

Step sini sangat ramai ibubapa tak nak mengaku.

Mereka takut orang kata anak mereka cacat, anak mereka istimewa. Memang ramai yang tak nak akui seterusnya anak-anak tu yang jadi mangsa.

Apa yang best kat kelas pendidikan khas?


1. Silibus mereka lebih ringan. Hanya basic ditekan.
2. Seorang guru hanya ajar 7 murid sahaja. So cikgu boleh bagi fokus penuh secara one by one. Sebab tu murid cepat pandai di kelas pendidikan khas.
3. Ada Pembantu Pengurusan Murid (PPM) membantu dalam kelas. Anak-anak kita diberi perhatian penuh!
4. Ada elaun untuk pendidikan khas ini.

Ada ramai je murid pendidikan khas dapat result power dalam SPM tau.

Sebenarnya banyak lagi boleh aku kupas bab ni dan detailkan setiap bahagian. Cuma untuk kali ni cukup dulu setakat ini.

Harap input ini memberi manfaat pada kalian. Dan kepada kawan-kawan yang ada anak pendidikan khas, yang mahir bab ni, bantu komen juga ya. Aku pasti ramai yang ingin tahu lagi.

 
Sumber: Mohd Fadhli Salleh

Thursday 10 February 2022

Movie Review: Snow White and The Red Shoes



Directed by : Sung-ho Hong
Written by :Sung-ho Hong

Produced by:
SuJin Hwang
HyungSoon Kim

Starring:
ChloΓ« Grace Moretz
Sam Claflin
Gina Gershon
Patrick Warburton
Jim Rash

Music by:Geoff Zanelli
Production company :Locus Corporation
Distributed by: Next Entertainment World
Release date: July 25, 2019
Running time: 93 minutes
Country: South Korea
Language: English
Box office: $9.7 million

Sinopsis

Putera ini sebenarnya ingin menyelamatkan puteri daripada serangan naga, apabila mereka bertemu puteri, mereka menyangkakan puteri adalah seorang ahli sihir yang jahat kerana puteri tersebut berbadan hijau. Akibatnya, mereka disumpah menjadi pemuda kerdil berbadan hijau. Orang kerdil ingin mencari puteri yang memakai kasut merah untuk memecahkan sumpahan ke atas diri mereka. Sumpahan hanya boleh dipecahkan apabila mereka dapat bertemu seorang puteri yang mencintai mereka dengan tulus. Mereka bertemu dengan Snow White yang ketika itu sangat gemuk dan apabila dia memakai kasut merah itu, dia menjadi puteri yang sangat cantik dan kurus. 




REVIEW*

Cerita ni aku dah tengok masa PKP dulu. Sangat sesuailah untuk tontonan semua sebab ianya kartun kan? Jadi, untuk budak-budak mestilah ada pengawasan ibu bapa, risau jugak kalau ada aksi berperang, melawan-lawan tu. Nanti habis sepah rumah dia buat. Sebab terpengaruh dengan movie ini. Cerita ini bukanlah cerita yang cliche. Alah, macam cerita Snow White tu. Cerita ini ada plot twist. Itu yang membuatkan aku nak tengok. Plot dia not bad, boleh diterima. Aku suka watak-watak yang ada dalam cerita ini. Sangat comel, tambah-tambah putera kerdil hijau itu. Haha. 


Semua putera tersebut akan mencari jalan untuk memikat hati Snow. Tapi siapakah yang berjaya? Ha, korang kena tengok tau cerita ini. 


Rating aku bagi 8/10. Sebab apa, cerita ini agak kelakarlah bagi aku. Aku tengok pun aku tak berhenti gelak. Haha. Kalau korang nak cari cerita yang kelakar,yang tidak berat sangat plot cerita, aku suggestkan korang tengok cerita ini. Tak menyesal punya. 

Okeylah, setakat ini sahaja entry untuk kali ini. 



Monday 7 February 2022

5 Kata-kata hikmah Imam Syafie




5 π’Œπ’‚π’•π’‚-π’Œπ’‚π’•π’‚ π’‰π’Šπ’Œπ’Žπ’‚π’‰ π‘°π’Žπ’‚π’Ž π‘Ίπ’šπ’‚π’‡π’Šπ’† πŸŒŸπŸ˜‡πŸ€²

🌼Hati adalah Raja dalam diri. Jadi, luruskan dan perbetulkanlah ia agar mentadbir dirimu tegak di atas al-haq yang tiada unsur kebatilan.
.
🌼Marah adalah salah satu daripada panah-panah syaitan yang mengandung racun. Jadi hindari ia supaya kamu dapat mengalahkan syaitan dan bala tenteranya.
.
🌼Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat. Ia juga adalah amalan para Nabi, Rasul dan orang-orang soleh.
.
🌼Jika kamu tidak tahan terhadap penatnya belajar, maka kamu akan menanggung bahayanya kebodohan.
.
🌼Aku mampu berhujah dengan 10 orang berilmu, tapi aku akan kalah pada satu orang yang jahil (bodoh) karena ia tidak tahu akan landasan ilmu.
.
Semoga semua yang membaca mendapat manfaat. Ameen. 🀲❣️

Sunday 6 February 2022

4 Tanda Riyak Yang Mesti Dijauhi


Riyak ini berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud melihat. Riyak merupakan perbuatan yang amat dibenci oleh Rasulullah. Mengapa? Sebab hanya kerana satu sahaja, habis semua pahala dan amal ibadat yang kita lakukan selama ini. 

Bagaimana kita mahu mengenal seseorang itu bersifat riyak?


Hakikatnya, tiada sesiapapun yang tahu kerana riyak ini tergolong dalam syirik kecil iaitu syirik yang kita tak nampak. Umpama kita mahu melihat hati dan fikiran seseorang. Memang sampai kiamat pun kita tak akan tahu. Pada fikiran kita, seseorang itu melakukan amal ibadat ikhlas kerana Allah. 

Allah SWT telah menyebut di dalam al-Quran, 

"Dan (juga) orang-orang yang menafkahkan harta-harta mereka kerana riyak kepada manusia, dan orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan kepada hari kemudian. Barangsiapa yang mengambil syaitan sebagai temannya, maka syaitan itulah teman yang seburuk-buruknya."


4 Tanda Riyak


1. Malas ketika bersendirian

2. Rajin di hadapan orang

3. Semakin rajin beramal apabila dipuji

4. Semakin malas beramal apabila mendapat celaan

- Saidina Ali bin Abu Thalib


Kita jangan pernah berhenti berdoa kepada Allah supaya kita dapat menjauhkan diri daripada sifat riyak ini. Untuk mengelakkan daripada hati terus berasa riyak, kita hendaklah banyak berzikir dan memuji Allah SWT. Amalan yang kita lakukan di mata manusia belum tentu diterima di sisi Allah. Imam al-Ghazali menyatakan dalam kitab Ihya’ ‘Ulum al-Din;

 “Setiap manusia akan binasa kecuali orang yang berilmu, dan orang yang berilmu akan binasa kecuali yang beramal dengan ilmunya, dan orang yang beramal juga binasa kecuali yang ikhlas dalam amalannya.”

Biarlah kita melakukan setiap kerja dengan ikhlas. Rasulullah berkata, "Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada rupa dan harta kamu, tetapi Allah SWT melihat kepada hati dan amalan kamu."

Ikhlas menjadi keutamaan dan kunci ketaatan seorang mukmin kerana:


1. Ikhlas adalah perintah daripada Allah SWT. Firman-Nya dalam Surah az-Zumar, ayat 11 bermaksud: Katakanlah lagi wahai Muhammad: “Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah SWT dengan mengikhlaskan segala ibadat kepada-Nya.”

2. Ikhlas menjadi syarat ibadat diterima Allah SWT. Firman-Nya dalam Surah Ghafir, ayat 14 bermaksud: “Oleh itu, maka sembahlah Allah SWT dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, sekalipun orang kafir tidak menyukai amalan kamu itu.”

3. Ikhlas adalah tanda keimanan yang memberikan ketenangan. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Fath, ayat 18 bermaksud: “Demi sesungguhnya! Allah SWT reda akan orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (Wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahui-Nya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Dia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya.”

4. Ikhlas menjauhkan daripada sifat riyak (menunjuk-nunjuk). Hati orang yang ikhlas tidak menunjuk-nunjuk ketika melakukan kebaikan.

5. Ikhlas menjauhkan sifat munafik. Hati yang ikhlas melahirkan akhlak yang sebenar.

(Sumber: Harian Metro)


Bersama-samalah kita berdoa kepada Allah agar setiap amal kebajikan yang kita lakukan akan diterima oleh-Nya. Amin. Berikut adalah surah yang menekankan bahawa bahayanya kita bersifat riyak. 

Surah Al-Baqarah ayat 264:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu merosakan (pahala) sedekah-sedekah kamu dengan mengungkit dan menyakiti seperti (rosaknya pahala) orang yang membelanjakan hartanya kerana riak (menunjuk-nunjuk) kepada manusia, dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka perumpamaan orang itu adalah seperti batu licin yang tanah di atasnya kemudian batu itu ditimpa hujan yang lebat sehingga menjadikannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang kafir dan riak itu), mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun daripada yang mereka usahakan. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum kafir.”

(Sumber: Kementerian Hal Ehwal Agama Brunei Darulsalam)


Saturday 5 February 2022

Jenazah Covid-19 Menangis I Aku Kena Badi Mayat Ke?


Selamat malam semuanya. Semoga terus diberkati dan berbahagia selalu. Baiklah seperti korang nampak dekat tajuk post aku kali ini, aku nak sharelah satu kisah yang aku rasa agak seram tapi kisah ini terjadi dalam hidup aku. Aku tak tahulah kalau korang pernah alaminya atau tak. Kalau korang pernah alami, korang boleh drop komen dekat bawah okey. 

Kisah pertama ini aku ambil dari Youtube yang aku tonton. Kisah ini bukan kisah benar hidup aku tau. Cuma aku nak sharelah untuk korang supaya sentiasa berhati-hati dan amalkan doa di mana sahaja korang berada. Baiklah. Aku tengok satu channel dekat Youtube ini. Katanya dia ceritakan balik kisah seram ni daripada seorang subscriber dia.

Covid-19, nama virus yang tak asing lagi dah bagi seluruh dunia. Satu dunia terkesan dengan penyebaran wabak ini. Bukan setakat di Malaysia sahaja. Berjuta-juta orang mati setiap hari. Dari anak kecik, remaja, dewasa dan juga warga emas. Cubalah korang bilang. Memang kematian disebabkan Covid ini terlampau banyak. Wad ICU pun penuh. Sehinggakan pihak KKM pun lumpuh. Tenaga kerja kurang. Ada yang dijangkiti juga. 

Namun, setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya. Aku tak nafikan sejak kes ini meningkat, aku kerap kali rasa tertekan. Nak keluar pergi mana-mana pun rasa paranoid. Kalau kita tak berjaga-jaga, kita juga mungkin akan dijangkiti. Di samping kita menjaga kesihatan, kita juga digalakkan untuk mengambil vaksin. Kita ambil sebagai usaha dan ikhtiar. Semoga kita semua dijauhkan dari virus ini. Amin.

Okey berbalik pada cerita, salah seorang penggali kubur dan pembawa van jenazah ini kerap kali membantu untuk menguruskan jenazah yang terkorban akibat Covid-19. Dikatakan pada waktu itu tiada orang yang menggantikan Ali (bukan nama sebenar). Jadi Ali pun datang melaksanakan tugas seorang diri. 

Ali komited melaksanakan tugasnya. Di pertengahan jalan menuju ke kubur, Ali merasakan bahawa jenazah tersebut sedang menangis. Jenazah itu bersuara,

"Saya tak nak mati....abang tolonglah saya.." 

Tetapi, Ali mendiamkan diri dan menyedapkan hati. Mungkin hanya mainan perasaannya sahaja. Alhamdulillah, jenazah pun telah selamat dikebumikan. Setibanya Ali di rumah, Ali masih lagi terdengar suara-suara yang sayu itu. Ali cuba mengucap dan mengambil air wuduk untuk solat. 

Malam itu, Ali bermimpi bahawa jenazah yang telah disemadikannya itu telah datang dan merayu kepadanya supaya tidak mengebumikannya. Jenazah itu berkata,

"Abang, kenapa tanam saya? Saya tak nak mati lagi..."

Ali pun terkejut lalu terbangun. Pada hari itu, Ali pun mendapatkan rawatan perubatan Islam. Menurut ustaz yang merawat Ali, ustaz itu mengatakan bahawa Ali ini berkemungkinan terkena badi mayat. Jadi, ustaz tersebut merawat Ali sehingga Ali pulih.

Baiklah, berdasarkan kisah tadi, aku pun mahu share kisah yang terjadi dalam hidup aku 21 tahun yang lalu. Masa tu, aku dalam umur 5 tahun tak salah. Moyang lelaki aku meninggal. Aku tengok jenazah dia buat kali terakhir. Entah apa yang aku rasa masa tu. Menangis pun tidak. Biasalah budak kecik kan..

Bila jenazah moyang aku selamat dikebumikan, aku pun tidurlah macam biasa. Cuma yang aku peliknya sebelum nak tidur, aku rasa macam satu benda yang berpusing-pusing tau. Dan lepas itu, aku dibawa dekat rumah moyang aku tu. Setiap malam aku jadi macam tu. Siap mimpi moyang aku lagi. 

Boleh dikatakan, aku kerap menangis bila waktu malam. Aku tak tahu kenapa jadi macam tu. Bila waktu pagi, ada ayah aku tanya kenapa aku menangis waktu malam tu, sambil tangan aku tunjuk dekat tingkap rumah kami, aku pun jawab aku tak tahu. Malam keesokkannya, aku jadi lagi. Menangis tak tahu apa punca. Aku nak cuba ceritakan tentang benda yang berpusing tu. Tapi, biasalah budak kecik, mana reti nak cerita. 

Agak lama jugak lah aku alami benda ni. Jadi mungkinlah aku terkena badi mayat. Sebab itulah kot orang tua-tua pesan budak kecik tak boleh rapat sangat dan tengok jenazah. Takut terkenalah kot. Alhamdulillah, sekarang aku dah okey. Cuma aku simpan cerita ini untuk kenangan. Semoga arwah moyang aku dicucuri rahmat. Aminn...

Wednesday 2 February 2022

Cara Order Aiskrim Llao Llao


Hai korang. Kali ini aku nak kongsikan macam mana nak order aiskrim Llao Llao. Aku baru makan 2 kali saja selama aku hidup ni. Rupanya, jangan salah pandang sebelah mata ya, aiskrim ini sangat baik untuk kesihatan. Tak pelik pun jika harganya sedikit mahal berbanding makan aiskrim Mcdonalds tu.


Aiskrim ini mempunyai banyak kelebihan, aku lebih tertarik dengan probiotik tu. Jadi, kesihatan perut pun lebih baik. 


Cara nak order aiskrim ini senang sahaja ada pelbagai saiz tau. Dari saiz kecik sampailah saiz besar. Kalau saiz kecik, kena add on topping jadi tambahlah RM1.50. Kalau amik saiz Small, jadi boleh amik 1 topping. 

Macam aku, aku amik saiz Medium, jadi aku boleh amik 3 topping. Topping tu ikut sukalah nak amik topping apa pun. Saiz Large pun boleh amik 3 topping. Jadi kalau korang nak amik banyak topping, kalau boleh amik saiz yang paling besar sekali iaitu Sanum. Boleh amik topping buah sekali. 

Kalau korang tak nak order aiskrim, korang boleh order smoothies. Smoothies pun ada pelbagai jenis. Semuanya sedap. 

Topping dekat sini ada 3 jenis. Topping yang pertama ada coklat, biskut karamel yang bentuk macam crumbled tu, chocolate pop, oreo yang hancur (crumbled). Topping kedua, adalah semua topping buah. Macam hari tu aku order strawberi. Ada lagi buah lagi, macam buah kiwi, buah naga dan buah nanas.

Topping yang terakhir adalah topping sauce. Ada caramel sauce, dark chocolate sauce, pistachio sauce dan black forest sauce. Aku amik dark chocolate sauce. Sebab gabungan dia sangat sedap bagi aku. 

Kesimpulannya, aku amik Saiz Medium, topping caramelise biscuit, buah strawberi dan dark chocolate sauce. Bagi aku, topping dark chocolate dan caramelise biscuit tu adalah padanan yang sesuai. Korang cubalah.


Ini adalah contoh aiskrim yang boleh korang order. 


Ini contoh aiskrim yang aku order. Nampak sedap dan saiz dia pun besar. Berbaloi dengan harga.

Okeylah, setakat ini sahaja entri untuk kali ini. Moga bermanfaat.

Popular Posts