Thursday 10 February 2022

Movie Review: Snow White and The Red Shoes



Directed by : Sung-ho Hong
Written by :Sung-ho Hong

Produced by:
SuJin Hwang
HyungSoon Kim

Starring:
Chloƫ Grace Moretz
Sam Claflin
Gina Gershon
Patrick Warburton
Jim Rash

Music by:Geoff Zanelli
Production company :Locus Corporation
Distributed by: Next Entertainment World
Release date: July 25, 2019
Running time: 93 minutes
Country: South Korea
Language: English
Box office: $9.7 million

Sinopsis

Putera ini sebenarnya ingin menyelamatkan puteri daripada serangan naga, apabila mereka bertemu puteri, mereka menyangkakan puteri adalah seorang ahli sihir yang jahat kerana puteri tersebut berbadan hijau. Akibatnya, mereka disumpah menjadi pemuda kerdil berbadan hijau. Orang kerdil ingin mencari puteri yang memakai kasut merah untuk memecahkan sumpahan ke atas diri mereka. Sumpahan hanya boleh dipecahkan apabila mereka dapat bertemu seorang puteri yang mencintai mereka dengan tulus. Mereka bertemu dengan Snow White yang ketika itu sangat gemuk dan apabila dia memakai kasut merah itu, dia menjadi puteri yang sangat cantik dan kurus. 




REVIEW*

Cerita ni aku dah tengok masa PKP dulu. Sangat sesuailah untuk tontonan semua sebab ianya kartun kan? Jadi, untuk budak-budak mestilah ada pengawasan ibu bapa, risau jugak kalau ada aksi berperang, melawan-lawan tu. Nanti habis sepah rumah dia buat. Sebab terpengaruh dengan movie ini. Cerita ini bukanlah cerita yang cliche. Alah, macam cerita Snow White tu. Cerita ini ada plot twist. Itu yang membuatkan aku nak tengok. Plot dia not bad, boleh diterima. Aku suka watak-watak yang ada dalam cerita ini. Sangat comel, tambah-tambah putera kerdil hijau itu. Haha. 


Semua putera tersebut akan mencari jalan untuk memikat hati Snow. Tapi siapakah yang berjaya? Ha, korang kena tengok tau cerita ini. 


Rating aku bagi 8/10. Sebab apa, cerita ini agak kelakarlah bagi aku. Aku tengok pun aku tak berhenti gelak. Haha. Kalau korang nak cari cerita yang kelakar,yang tidak berat sangat plot cerita, aku suggestkan korang tengok cerita ini. Tak menyesal punya. 

Okeylah, setakat ini sahaja entry untuk kali ini. 



8 comments:

  1. Oh menarik juga. Boleh cari nanti ni...!

    ReplyDelete
  2. Maca menarik lah, sebab suka juga tengok cerita kartun ini.

    ReplyDelete
  3. Tengok poster pun dah menarik. Nak tengoklah nanti. Cerita fairy tales ni tengok berkali kali pelbagai version pun tak membosankan. Cantik animasinya.

    ReplyDelete
  4. Tengok poster pun dah menarik. Nak tengoklah nanti. Cerita fairy tales ni tengok berkali kali pelbagai version pun tak membosankan. Cantik animasinya.

    ReplyDelete
  5. lamanya tak tengok animation! sam claflin sbg voice actor kahhhh waaaa

    ReplyDelete

Popular Posts