Assalamualaikum semua. Hari ini aku nak ceritakan pengalaman aku dengan poslaju tempat aku ni ha. Sebenarnya aku dah lama nak cerita, tapi aku nak tunggu betul-betul sahih dulu baru aku akan tulis. Sekarang ni, apa yang kita tulis, kita kena berhati-hati. Mana taknya, zaman sekarang zaman viral. Korang nak pergi jamban pun tak pelik kalau tak viral.
Sebab itulah, aku amat berhati-hati kalau nak tulis sesuatu benda. Kadang-kadang, pengalaman macam inilah orang akan cari betul tak? Baiklah, aku pendekkan cerita, aku beli tudung untuk mak aku tiga helai macam tu dari Hijab Galeria. Aku beli pakai web dia tau. Memang tak pakai shopee pun. Sebab nak tengok banyak pilihan design, so better pergi ke web dia.
Sebenarnya aku beli tudung ni dah lama tau. Sebelum raya lagi. Jadi aku akan expect tudung mak aku ni sampai selepas raya lah. Sebab dia punya jangka masa nak sampai masa tu poslaju dah tak buat penghantaran dah. So, aku pun rilek-rilek lah sambil tunggu barang sampai. Aku ni jenis jarang nak check tracking no kalau beli dekat web. So, aku biar je. Sampaikan mak aku berleter suruh check haha.
Aku pun dah start pelik sebab apa, eh dah lebih seminggu dari lepas raya kenapa parcel tak sampai-sampai lagi? Aku siap check lagi dekat laman web poslaju, katanya masih di centre. Aku pun rasa tak sedap hati, terus lah pergi poslaju. Nak pergi poslaju ni jalan berliku ye, sebab poslaju yang lama diorang dah tutup. Aku sampai pergi centre yang bukan poslaju punya sebab aku ingatkan tu centre dia. Tak pasal-pasal kena pergi lagi. Orang dekat kaunter tu cakap, cuba pergi dekat sekian-sekian, tu memang centre dia.
Aku pun pergi lah semula. Dekat rupanya dengan tempat aku selalu servis kereta, aku ingatkan dekat manalah..haha. Aku pun tunggu, amik giliran dan aku pun tanyalah dekat diorang. Diorang cakap, eh adik, parcel ni dah sampai dekat pemilik rumah dah. Aku pun dah start cuak. Eh bila masa pulak sampai ni? Aduh..Rasanya memang tak ada. Aku kan suka tengok parcel apa yang dah sampai dekat rumah.
Aku cakaplah, eh tak ada. Saya tunggu dari hari tu lagi. Memang tak ada. Jadinya, diorang mintak details aku dan diorang suruh aku balik dulu. Diorang cuba contact posmen yang hantar parcel aku hari tu. So, aku pun berdoa lah dalam hati supaya parcel aku pun cepat ditemui.
Dalam pukul 2 petang macam tu, posmen tu pun contact aku dan dia hantar gambar yang dia dah hantar parcel dekat rumah aku. Patutlah tak sampai, tersilap rumah rupanya. Posmen tu mintak maaf dekat aku dan dia pun pulangkan balik parcel aku yang tertukar tu. Yang aku peliknya, orang yang dapat parcel aku tu pun tak telefon-telefon. Buat senyap je. Nasib dia tak bukak parcel tu. Bukan apa, tak salah kalau nak telefon ke kata parcel ada dekat dia. Ihh laa. Kesian posmen tu.
Akhirnya, parcel aku tu dah dapat balik. Thanks sangat pada team poslaju yang sudah menyelesaikan masalah aku ni. So, aku harap kalau korang ada pengalaman macam aku, korang boleh share di sini. Okeylah, setakat ini sahaja entry untuk kali ini.
W'salam Nurin.. Alhamdulillah masih ada rezeki dapat semula barang yang dibeli..
ReplyDeleteItulah. Dah la tudung mak. Mahal jugak laa huhu
DeleteNasib baik orang tu tak buka parcel dan simpan terus tudung.
ReplyDeleteSaya tak pernah pula alami benda camni. Sebab memang selalu track parcel di mana, bila dah beli barang. Poslaju pun cekap sekarang. Sehari, dah dapat barang. Barang dari JB, saya di Perak, sehari je dah sampai.
Ni pertama kali jadi. Huhu. Tak pernah terfikir pun nak jadi macam ni
DeleteSyukurlah parcel tersebut selamat sampai ke tangan Salina... takut jugak la kalau hilang.
ReplyDeleteItulah abam huhu
DeleteEeee geramnya dengan orang/jiran yg tak care nak call kita tu 😂
ReplyDeleteKan haha. Boleh dia buat senyap je. Geram pun ada
DeleteBagus jugak orang tu tak bukak. Masih amanah walaupun tak contact. Mungkin dia ada sebab tertentu tak contact. 🤔
ReplyDeletePengalaman sama macam saya tapi posmen bagi barang milik orang lain kat saya. Terus saya contact posmen sebab pernah call posmen tu sebelum ni.
Itulah. katanya rumah tu rumah chinese. Mungkin diorang takut nak contact ke apa kan haha. Sangka baik je la
Deletesaya lebih suka kalau membeli secara online tidak ada isu tertunggu-tunggu atau hilang dan sebagainya
ReplyDeletebeli online tu, tapi tulah, parcel dia hantar salah rumah
DeleteAlhamdulillah dpt jgk
ReplyDeletetulah, alhamdulillah
Deleteahahaha..agak lucu pulak, pergi Poslaju pun jalan berliku..
ReplyDeleteitulah pasal huhu
DeleteWa'alaikumussalam. terima kasih atas perkongsiannya. boleh jadi reference nanti ni.
ReplyDeletesama2
Deleteperkongsian yang baik..
ReplyDeleterezeki awak dapat balik barang tu. kisah saya kan, return items shopee tp pos laju lambat proceed jadi shopee tercancel return items tp seller dapat balik items tu tp xrefund balik. sedih betul
ReplyDeleteitulah..kalau beli dekat shoppee memang courier dia agak masalah sikit. tambah2 shopee express. harap diorang cepat selesaikanlah isu ni
Deletegood post 😊 would you like to follow each other? if the answer is yes, please follow me on my blog & i'll follow you back. https://camdandusler.blogspot.com
ReplyDeletesyukur dah dapat balik, patut dia kol lah kan.
ReplyDeleteitulah huhu. buat risau je parcel hilang
Deleteoh ya please hubungi saya juga pasal menang giveaway tu ya, melalui phone..kalau boleh
ReplyDeletekadang org yg dpt tulah kena call inform dpt brg kita bkn dok diam. kadang shopee express pun hampeh. brg2 tak dpt2 nasib boleh dpt duit balik
ReplyDeleteitulah huhu
Delete
ReplyDeleteBeautiful article written in very easy way that every one can understand
This beutiful article has provide useful information
This website will provide useful knowledge about health
online medicine
vitamin d deficiency
symptoms of blocked arteries
is atherosclerosis reversible