Wednesday 30 March 2022

Pertama Kali Dapat 0.05 USD Google Adsense!


Assalamualaikum semua dan selamat malam. Sejak kebelakangan ini, aku cuba untuk mencari topik yang menarik untuk letak dalam blog ini, tapi itulah, kepala otak aku masih belum dapat cari topik tu. Selalunya aku akan berkongsi tentang apa yang terjadi dekat dalam hidup aku saja haha. 

Baiklah, sebenarnya, aku saja buka dashboard Google Adsense hari ni. Nampak poyo je kan haha. Aku sebenarnya dah boleh mengagak tau earning setiap hari aku dapat berapa. Taraf sen-sen je. Nak dapat 1 USD pun kemain payah. Selalunya aku akan dapat 0.01 USD saja. Walaupun tak adalah setiap hari, tapi kira ok lah tu kan? Dari tak dapat apa langsung.

Tapi hari ni, hati aku sedikit gembira sebab aku tak menjangkakan aku akan dapat 0.05 USD. Ini salah satu pencapaian terbaik untuk blog aku tau. Biarlah orang nak cakap apa, eleh dia tu dapat 5 sen pun dah poyo, ingat dapat 10 USD, boleh lah nak riak. 

Sebenarnya kan, aku ni benda sekecik-kecik alam biji sawi tu pun aku akan hargai tau. Ingat senang ke nak kumpul duit dari Google Adsense ni? Sudahlah nak apply dia pun kemain strict nak mati. Jadi, bagi aku, aku dah bersyukur akhirnya dapat juga merasai earning yang tinggi sikit untuk hari ni walaupun pageviews sikit. 

Aku sangat berterima kasih pada yang selalu singgah baca dekat blog aku, tinggalkan komen. Aku baca tau komen korang, cuma ada waktu aku tak sempat nak balas. Aku jugak selalu singgah blog korang. Tapi itulah, kadang-kadang lupa nak balas. Jadi, jangan pulak kecik hati kalau aku tak bagi komen. Aku sebenarnya tak sempat nak letakkan komen. 

Kadang-kadang tu boleh tertidur dengan phone terbukak data. Punya letih. Masuk penggal baru ni letih dia lain macam. Aku harap, aku dapat harunginya dengan tenang dan tabah. 

P/S: Dah naik 1 sen. Jadi total 0.06 sen hari ini. Waaaa, wanna cry. 

Sekian sahaja untuk kali ini. 

Tuesday 29 March 2022

Food Review: KFC Ayam Percik

 


Assalamualaikum dan selamat malam semua. Hari ini aku berkesempatan untuk review satu menu baru dari KFC. Jarang-jarang sekali kan aku buat review tentang restoran fast food ni, selalunya aku suka review tempat ataupun cafe yang viral dekat socmed. 

Aku pun rasa tertarik jugak dengan menu baru daripada KFC ni. Rupanya, KFC ada buat menu ayam percik, aku rasakan mesti nak sambut bulan Ramadan, sebab itulah dia pun nak buat menu baru. 

Macam mana aku tahu KFC buat menu baru? Nak jadikan cerita, semalam aku pun scroll Facebook, aku pun tertengok eh, KFC ada buat menu baru lah, macam menarik saja ayam percik ni. Macam mana pulak rasanya kan. Rasanya ini pertama kali KFC buat menu ni. Selalunya KFC buat menu yang biasa, cuma modified balik je kan. 

Aku pun decide nak try, mana tahu sedap. Sebab dekat tempat aku ni susah sikit nak ada Mcdonalds ke, Texas apatah lagi. Burger King pun kena pergi bandar, jauh pulak tu. Jadi aku malas nak pergi. Haha. 

Set ini didatangkan dengan nasi, dua ketul ayam, coleslaw dan air Pepsi. Aku tukarkan air Pepsi tu kepada air Milo. Aku kurang sikit air gas ni. Set ini harga RM16.99 tak salah. 

P/S: Burger Cheezila ada promo tau RM14.99 ala carte. Untuk masa terhad je. 

Jadi, total yang aku bayar RM17++ sebab aku tukar air kan. Kalau korang tak nak tukar pun tak apa, dapat murah sikit haha. 

Jadi, beginilah rupanya. Aku snap gambar bagi nampak lagi jelas. 


Begini box dia kalau korang take away. Bau dia dah semerbak tau bila aku letak dalam kereta. 


Gambar air Milo aku lupa pulak nak amik haha.


Ha, korang dapat dua ketul ayam. Macam aku, aku tak request pun nak ayam bahagian mana, dia bagi sendiri je. Nasib lah dapat drumstick. Aku suka part drumstick ni. 

REVIEW:

Ayam dia letak serbuk je tau. Bau dia kan aku rasa bukan sama dengan ayam percik tu. Ni bagi aku lah. 

Kalau korang pernah ambik vitamin 21st Century khas untuk rambut, ha, bau dia sebijik sama macam tu. 

Bagi aku, rasa dia sedap jugak, ada sedikit manis dan masin. Nak kata manis sangat pun tak jugak, nak kata masin jugak pun taklah sangat. Sedang-sedang. Tekak aku boleh diterima. 

Rasa dia macam ala-ala tomyam pun ada. Tau tak serbuk perasa Tomyam Seri Aji? Ha, gitulah rasa dia.

Rating aku bagi 7/10. Nak suruh aku repeat lagi? Mungkin tak kot. Sebab harga dia boleh tahan haha. Botak kepala aku kalau makan hari-hari. Lagipun tak sihat sangat. So kena kurangkan. Aku buat review ni sebab aku tertarik dengan menu dia. Jadi nak rasa.

Oh ya, kalau korang dah try menu ni, korang cubalah. Mana tahu sedap di tekak korang. 

Sekian sahaja untuk entry kali ini.



Giveaway 2022: Happy 1st Anniversary CCL & Husband


 

Assalamualaikum korang, kali ini aku kongsikan syarat-syarat untuk join giveaway ini ya. Jemput join semua. 

Syarat penyertaan:

1.Perlu follow blog CCL dan juga,akaun instagram CCL 

➡ cikcappuccinolatte
➡ @ya_naaacr

2.Buatkan satu entri bertajuk "Giveaway 2022: Happy 1st Anniversary CCL & husband . Masukkan banner Giveaway di atas dan backlink banner tu ke entri ini .

3.Di dalam entri tersebut selitkan sedikit ucapan untuk CCL dan suami . 

4. Tinggalkan link penyertaan korang di kotak komen entri di bawah ini 

5. Giveaway ini akan berlangsung pada 10 Mac 2022 sehingga 4 April 2022

Mudahkan syarat-syarat penyertaan  ? CCL nak,cari 3 orang pemenang melalui Giveaway tersebut dan hadiah akan ditambah jika Giveaway tersebut mendapat sambutan tinggi .  

Jemput join ya . 

P/s : senarai penyertaan akan diupdate dari semasa ke semasa.


Ucapan untuk CCL:

Assalamualaikum CCL, happy 1st Anniversary! Barakallahu lakuma :) Sudah tak terasa dah setahun kan? Selamat pengantin lama hehe. Nurin doakan CCL serta suami bersabar dalam melayari bahtera perkahwinan, hehe dan juga CCL dan suami menjadi suami dan isteri yang solehah. Bergaduh sikit-sikit itu biasalah. Diharapkan CCL dan suami dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta dapat bertemu kembali di syurga kelak. Amin...

Monday 28 March 2022

DIY Permainan Bowling Untuk Anak-Anak

 


Sumber gambar: ziggityzoom.com

Selamat malam, aku harap korang sihat hendaknya. Aku nak berkongsi sedikit tentang permainan yang ibu bapa boleh buat di rumah. Setidak-tidaknya ibu bapa boleh create persekitaran yang menarik untuk anak-anak. Permainan ini bukan sahaja dapat menjimatkan kos. Korang jugak dah tak payah beli permainan bowling dekat DIY. 

Macam mana aku boleh terfikir nak buat bowling ini? Semasa aku praktikum, aku nak buat satu permainan bagi murid seronok belajar. Jadi, idea untuk mewujudkan permainan ini automatik terkeluar tau. 

Baiklah, sebenarnya bahan-bahan untuk permainan bowling ini amat mudah didapati. Korang pun tak pening-pening nak cari permainan bowling. Nah aku kongsikan senarai peralatan yang diperlukan. 

Peralatan:
Botol kosong (Ikutlah nak berapa pun, aku ambik 3 botol sahaja)
Kertas yang tak digunakan (Gumpal menjadi bola)
Selotape


Langkah:

Langkah pertama, korang kena cari botol kosong seperti dalam gambar ini ya. Ikutlah brand apa pun, asalkan botol. 



Langkah kedua, korang ambiklah beberapa helai kertas yang tak diguna dan gunakan selotape untuk membuat gumpalan menjadi bola. Nak jadikan bola daripada kertas tu kukuhlah. Nanti kertas tu asyik terkeluar saja. 



Tadaaa!! Dah siap, korang dah boleh susun botol-botol itu menjadi pin bowling. Sangat mudah bukan. Aku harap, korang gunakanlah idea ini untuk bermain sambil belajar untuk anak-anak. Mereka juga akan lebih aktif untuk belajar. 




Sekian sahaja entry untuk kali ini.

 

Sunday 27 March 2022

Movie Review: Don't Breathe 2


Directed by: Rodo Sayagues
Written by: Fede Álvarez, Rodo Sayagues
Based on Characters by: Fede Álvarez, Rodo Sayagues
Produced by: Fede Álvarez, Sam Raimi, Rob Tapert

Starring:
Stephen Lang
Brendan Sexton III
Madelyn Grace

Cinematography: Pedro Luque
Edited by: Jan Kovac
Music by: Roque Baños
Production companies: Screen Gems, Stage 6 Films, Ghost House Pictures, Bad Hombre
Distributed by: Sony Pictures Releasing

Release date: August 13, 2021
Running time: 99 minutes
Country: United States
Language: English
Budget: $15 million[1]
Box office: $47.3 million

Sinopsis

Mengisahkan seorang lelaki tua yang buta tinggal bersama anak angkatnya, Phoenix yang berumur 11 tahun. Lelaki tua itu menjaga Phoenix dengan penuh kasih sayang, namun hakikatnya Phoenix tidak tahu bahawa ayahnya sekarang itu membelanya atas sebab menyelamatkannya daripada cengkaman ayah kandungnya itu yang mahu membunuhnya. 

Nama asal Phoenix adalah Tara. Phoenix terselamat daripada kebakaran rumahnya 8 tahun lalu. Lelaki buta itu membela Phoenix dan menukar namanya untuk mengelakkan daripada nyawa budak itu diambil. Phoenix belajar ilmu mempertahankan diri daripada ayah angkatnya. Hal ini kerana untuk memudahkan dirinya untuk menyelamatkan diri daripada orang jahat. Kehidupan Phoenix tidak seperti kanak-kanak lain. Dirinya selalu rasa terkongkong akibat sikap protective ayahnya. Jadi, Phoenix memutuskan untuk tinggal di sekolah berasrama, namun ayahnya tidak membenarkan dia pergi atas alasan di luar itu tidak selamat. 

Pada malam kejadian, beberapa orang jahat datang ke rumah mereka dan ingin mengambil Phoenix. Phoenix berjaya diambil dan ayahnya berusaha untuk menyelamatkannya. Namun begitu, Phoenix hendaklah mengorbankan nyawanya dengan memberikan jantung kepada ibu kandungnya supaya ibunya boleh hidup kembali. Ibu kandungnya menderita akibat terhidu bahan kimia daripada asap kebakaran 8 tahun lalu. 

Phoenix menjerit dan dia berharap ayahnya dapat menyelamatkannya. Kedua-dua ibu bapa kandungnya mati dan Phoenix terselamat daripada cengkaman orang jahat tersebut. Phoenix berhasil menyelamatkan ayah angkatnya daripada dibunuh oleh orang tua kandungnya sendiri. 

REVIEW: 


Aku baru sahaja tengok movie ini semalam. Bagi aku, movie ini not bad, memang best. Part terkejut itu pun ada jugak ya. Movie ini bagus sebenarnya bagi orang yang ingin belajar untuk menyelamatkan diri daripada orang jahat. 

Namun aku ingatkan korang, movie ini sedikit ada unsur thriller ya, so part yang ada potong tangan, muka terbakar, berdarah-darah itu pun ada. Jadi, aku nasihatkan kalau korang nak tengok, pastikan korang sudah makan ya. Takut nanti terkeluar pulak nasi. Rating aku bagi 8/10. 




Sejujurnya, aku rasa kesian dengan pak cik tua yang buta itu. Anak dia dah mati, jadi dia ambik Phoenix sebagai anak angkatnya. Walaupun dia buta, dia boleh jaga Phoenix dengan penuh kasih sayang tau. Jarang nak tengok peranan bapa sebegini. Part ni aku sebak sikitlah. 

Sanggup dia gadaikan nyawa dia untuk Phoenix. Aku tak boleh brainlah orang yang datang ke rumah diorang ni. Kot ye pun, boleh saja kot berunding dengan pak cik ni elok-elok, tak perlu sampai nak bunuh-bunuh bagai. Trauma budak tu nanti. 


Di pengakhiran cerita, Phoenix memeluk ayah angkatnya. Dia sendiri tak menyangka bahawa ayah dan ibu kandungnya bisa sejahat itu. Sanggup gadaikan nyawa anak sendiri demi kepentingan diri. Kot ye pun, boleh kan guna cara lain, tak kan tak sayang anak kot. 

Selebihnya, aku sarankan korang tengok sendiri movie ini dan nilailah sendiri okey. Setakat ini sahaja entri hari ini. 

Food Review: KFC Potato & Cauliflower Poppers

Assalamualaikum. Sebenarnya aku sudah lama nak buat entry yang aku makan menu terbaru dari KFC. 

Sebenarnya, aku kan sudah lama tak pergi KFC haha. Sampaikan entah bila KFC keluarkan menu baru. Nak katanya keluar dekat iklan TV, tak pernah nampak pulak. Ke aku sorang saja yang tak nampak😂.

Nak jadikan cerita, masa balik sekolah, siap segala kerja semua, memang aku akan cari satu hari untuk reward diri tau. Tapi bukanlah setiap hari nak reward diri. Setakat makan cucur dengan takoyaki tepi jalan tu biasalah. 

Aku pun bertolak lah pergi KFC. Sesampai sahaja di KFC, tak nampak pulak tau poster menu baru dekat pintu depan tu. Yang aku masih ingat, menu baru setakat ni pun Zinger Chop saja. 

Aku memang akan order nasi. Perut Melayu kan, haha. Nak makan benda yang merapu tanpa nasik, memang siaplah malam karang. Lapar memang tak boleh bawak bincang. 

Aku belek punya belek, eh ada menu baru lah! Potato & cauliflower poppers. Macam sedap saja. Nak trylah! Aku pun orderlah satu set. Ada 5 biji. RM5.99 tak salah. Kira okey lah tu kan. 


Nampak sedap kan. Rupanya not bad. Comel saja kan. 


Review: Bagi aku rasa dia sedap. Macam makan karipap kentang tu haa. Ada rasa kari sikit. Kalau yang suka makan inti karipap tu, beginilah rupanya. Untuk aku repeat lagi, mestilah. Cuma tak akan lah nak pergi KFC hari-hari, botak kepala aku haha.

Rating aku bagi 8/10. Sebab sedap pada tekak aku tau. Hehe. Jadi kalau korang nak pergi dapatkan menu terbaru ini, aku sarankan korang pergi tau. Manalah tahu nanti menu ni dah habis, haa, menangis tak berlagu. 

Sekian sahaja untuk entry kali ini. 

Friday 25 March 2022

90 Klik Dalam Masa 28 Hari!


Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ni aku sebenarnya tak tahu nak tulis entry apa, sebab semalam baru saja perah otak tulis dekat blog yang satu lagi, khas untuk newbie atau oldie yang nak bertukar pada template responsive. 

Jadi, untuk konten blog ini, aku masih lagi cari tajuk yang nak aku tulis. Orang kata writer's block. 

Baiklah, setiap kali aku bangun, aku akan bukak performance blog aku tau. Iyalah, blog ini sahajalah tempat aku untuk meluahkan pendapat, mana tak seronoknya bila aku dapat emel dari Google. 

Blog aku menunjukkan peningkatan yang baik. Kali ini blog aku berjaya mendapat 90 klik dalam masa 28 hari! Yeah.. rasa tak tahu nak cakap apa. Sebak, bangga dan entahlah. 

Aku rasa macam aku ni hanyalah blogger picisan saja. Tak adalah blog yang famous pun. Ada jugak pembaca datang menjenguk blog aku yang sederhana ini. 

Aku berazam akan terus menulis lagi, walaupun setiap bulan aku rasa aku susah nak tulis entry banyak-banyak, namun tak apa. Apa salahnya kalau tulis sedikit entry berbanding berhabuk tak ada tulis langsung kan? Betul tak?

Kiranya tahun ini nak mencapai 50 entry setiap bulan masih belum aku capai sebab aku ada kekangan masa. Dah bekerja kan, mana nak sempat update entry. Semuanya masih simpan dalam draf, tak edit pun lagi. Huhu. 

Aku cuma mahu menaikkan lagi pageviews. Sebab paling tinggi setakat ini pun 300++ sahaja. Jika pageviews meningkat, inshallah earning Google Adsense aku pun meningkat juga.

Jadi, aku haraplah aku boleh menulis dengan konsisten. Keyword untuk blog pun aku masih memilih lagi nak tulis yang mana satu. Sebabnya, terlampau banyak huhu. 

Korang doakanlah aku mampu menulis lagi. Setakat ini, aku rasa nak berehat kejap. Waktu cuti, selalunya aku jarang buat entry. Nak rehatkan mata. Nanti rosak pulak mata tengok phone lama-lama. 

Setakat ini dulu. Terima kasih sebab sudi baca.

Tuesday 22 March 2022

Segmen 24 Jam Bloglist #43 Mialiana.com

 

Segmen 24 Jam Bloglist #43 MiaLiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2022 di MiaLiana.com bermula pada 9.30 petang 22/3/2022 sehingga 9.30 pagi 23/3/2022. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog MiaLiana.com / Like Fanpage MiaLiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #43 MiaLiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog MiaLiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada  31 Mac 2022.

** jom support Mia Liana....

Monday 21 March 2022

DIY Permainan Dam Ular Semudah 1,2,3 -Menggalakkan Anak Bermain Sambil Belajar

Assalamualaikum. Semoga korang dimurahkan rezeki dan sentiasa berbahagia selalu. Baiklah, kali ini aku nak berkongsi cara-cara membuat Permainan Snake & Ladder ataupun Permainan Dam Ular secara DIY saja tau. Korang dah tak perlu lagi beli dam yang besar, lepas tu mahal pulak. Kali ini, dam DIY ini dapat menjimatkan kos. 

Ibu bapa yang mempunyai anak kecil juga boleh buat dam ini. Secara tak langsung, mereka akan dapat mengembangkan psikomotor mereka.

Aku sebenarnya tercetus idea ini sebabnya aku mengajar murid-murid yang umurnya dalam lingkungan 7-11 tahun. Mereka sebenarnya lebih suka aktiviti yang merangsang saraf melalui sentuhan. Persekitaran dan pembelajaran jugak lebih seronok. 

Sebenarnya bahan-bahan yang aku guna mudah untuk didapati. Aku rasa, setiap ibu bapa inginkan perkembangan anak-anak yang sihat kan? Betul kan? Kita kalau boleh tak naklah anak membesar dalam suasana yang rebel, kekurangan kasih sayang dan juga keruntuhan institusi kekeluargaan. Ini menyebabkan mental anak-anak akan terjejas. Seboleh-bolehnya kita sebagai ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi anak. 

Antara bahan-bahan untuk membuat DIY Permainan Dam Ular ialah: 

1. Google images (boleh search Snake and Ladder Template Game). Cari yang ada format PNG, gambar tak adalah pecah. 

2.Printer

3. Split Images (boleh search di Google), korang preferlah korang nak split gambar macam mana. Macam aku, aku lebih suka pakai 4x3. Jadi, dia lebih besar dan taklah pecah-pecah sangat. 

4. Selotape 

5. Gunting

6.Kertas A4


Langkah yang pertama, korang carilah gambar mana yang korang berkenan. Macam aku, aku ambil gambar ini, 


Gambar ini juga boleh digunapakai. 


Dah siap, korang boleh download mana template yang korang berkenan. Jadi korang kena splitkan dahulu gambar tersebut. Korang boleh ke link ini untuk splitkan gambar. 




Jadi, gambar korang akan menjadi split dan korang cantumkanlah gambar korang itu menjadi susunan gambar yang asal. Pakai selotape atau apa-apa sahaja. macam aku, gambar yang sudah di split itu akan menjadi kecil, jadi aku edit di Microsoft Word dulu, lepas itu baru print. Inilah hasilnya, 


Cantik kan? Jadi,selamat mencuba. Korang boleh berikan feedback pada aku jika korang sudah buat dam ini. Semudah 1,2,3 sahaja.

Sunday 20 March 2022

Honeygain- Aplikasi buat duit dengan aktifkan internet.



Hai korang, lama dah aku tak share aplikasi yang memudahkan kerja harian kita kan, betul tak? Jadi hari ini, aku nak kongsikan satu aplikasi mudah untuk kita dapat duit. Sekarang ni, nak harapkan duit gaji saja tidak cukup, mesti ada duit tambahan.

Ada yang buat dropship, meniaga dan jugak buat trading, simpan emas. Bagi aku semuanya okay saja asalkan korang jangan pulak pergi korek tabung simpanan tu, simpanan tu kan untuk masa depan. Sekarang ni kan dah heboh pengeluaran KWSP dah tak boleh melainkan untuk urusan penting sahaja. Jadi, apa kata kita ambil inisiatif untuk cari duit lebih.

Baiklah, aku nak kongsikan aplikasi ini, Honeygain. Aplikasi ini hanya perlu aktifkan internet sahaja. Korang nak letak 2 sambungan pun boleh, macam laptop dan handphone. Macam aku, aku buat 1 sharing saja pakai handphone. Macam mana nak install aplikasi ni? Cuba korang ikuti langkah-langkah di bawah. Amat mudah.

1.Korang pergi ke link ini ya. https://r.honeygain.me/MIANADAF83

2. Korang akan diberi pilihan sama ada nak connect device pakai laptop atau install je pakai handphone. Korang tekan download/install icon untuk android.

3.Lepas selesai download, tekan open.

4. Dia akan bawak korang ke paparan utama. Klik Sign Up. Kalau Sign Up pakai facebook lagi mudah.
5.Selepas selesai sign up, korang akan dapat FREE 5USD DOLLAR. Sebab korang pakai kod yang aku bagi. Kalau korang tak guna, korang tak akan dapat.

6. Hanya perlu aktifkan internet, dan done! Tunggu cukup 20USD DOLLAR baru boleh cashout. Cashout pakai Paypal ya. Lagi mudah. Kalau korang belum ada akaun Paypal, korang kena buat dulu.

Ini paparan utama Honeygain aku.
7. Pastikan setting korang macam ini ya, kalau tak, earning tak akan naik.

Macam ini ya. Klik di bahagian more, lepas tu klik setting.

8. Korang jugak boleh setkan berapa GB internet kalau korang pakai handphone. Macam aku, aku setkan 20 GB sahaja.

Tips macam mana nak cepatkan earning Honeygain.
Untuk yang tak nak promote link atau invite orang, korang kena tunggu sehari sekali untuk open Jackpot. Jackpot ni akan bagi korang kredit. Macam aku pagi ni dapat 10 kredit. Jadi dapatlah naik sikit.

Oh ya, sukacita diingatkan, 1000 Honeygain Credit bersamaan dengan 1 USD DOLLAR ya. Jadi korang kena sabarlah menunggu sementara nak cashout.

Okaylah, setakat ini sahaja perkongsian untuk kali ini. Kalau korang nak lebih faham, nah aku kongsikan video cara-cara nak daftar. Dan aplikasi ini legit ya, terbukti membayar.




Terima kasih singgah di blog aku. Akan aku share lagi aplikasi dan tips yang menarik untuk korang okay.

Saturday 19 March 2022

Performance Google Search Console

Assalamualaikum, hai korang. Aku bukan nak share tentang earning Google Adsense hari ni, tapi aku nak share tentang Performance Google Console pada minggu ini. 

Pihak Google telah menghantar satu notifikasi dekat emel aku yang mengatakan bahawa blog aku dapat 10 click dalam masa 28 hari. 



Perasaan aku? Rasa blur kejap, betul ke performance blog aku ni? Aku berterima kasih pada Sii Nurul sebab bertungkus lumus tolong blog aku setup kan Google Search Console ni. Btw, aku pernah baca yang Google Search Console ini membantu untuk kita tulis artikel dalam blog.

Setakat seminggu ini, banyak carian tentang cerita Roy Leh Marnya ataupun Deceitful Love. Memang cerita ni orang suka tengok. Aku pun tengok, cerita ni boleh tahan jugak haha. Kalau bergaduh tu, tak sah kalau tak tarik rambut. 

Aku jugak dapat tahu pembaca ada search berkenaan review Movie Makmum 2. Aku tak tengok Makmum 1 jadi aku tak dapat nak review movie tu. Inshallah soon okey. 

Pembaca jugak ada search pasal menu dekat Family Mart. Inshallah soon aku akan share lagi menu yang aku makan dekat Family Mart tapi aku akan share menu makanan yang aku suka makan dan berbaloi untuk korang beli. Sayang kalau aku share, tapi menu makanan tu kurang sedap dan tak berbaloi. 

Okeylah  setakat ini sahaja performance blog aku sepanjang pakai Google Search Console, so akan tunggu full performance nanti untuk bulan Mac. Aku harap ada peningkatan. Amin..

Kulat Susu Pada Bayi dan Cara Untuk Membersihkannya




Kadangkala kita sebagai ibu seringkali terlepas pandang mengenai membersihkan lidah anak selepas selesai menyusu. Jadi, apabila lidah bayi tidak dibersihkan, bayi mungkin berasa tidak selesa dan lidah mereka akan terasa sakit. Sebab itulah, bayi mungkin tidak mahu menyusu kerana lidah mereka berasa pedih. 

Selalu kita tertanya-tanya, kenapa lidah bayi akan berwarna putih selepas minum susu, jika tidak dibersihkan malah makin tebal pula warnanya. Inilah yang dinamakan kerak susu atau dalam bahasa perubatannya oral thrush. Ada orang dia dikenali dengan kulat susu. Kulat susu ini boleh dikenalpasti dengan tompokan putih kecil di dalam lidah bayi. 

Bagaimana kulat susu ini terjadi?


Kulat susu ini terjadi apabila disebabkan oleh kulat candida. Kulat candida ini merupakan sejenis yis. Kulat ini adalah sering berlaku di mulut kerana ia merupakan kulat mulut dan boleh menjangkiti anggota tubuh badan yang lain. Jadi, ibu bapa perlulah cakna dengan keadaan lidah anak. Umumnya, kulat ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja, terutama bayi, kanak-kanak, orang tua serta individu yang mempunyai imuniti badan yang rendah. 

Mengapa mulut dan lidah bayi boleh berubah menjadi putih?


Mulut dan lidah bayi menjadi putih akibat daripada kulat candida yang terjadi secara berlebihan. Ada kalanya sistem imuniti badan kita menjadi lemah menjadikan kulat membiak di luar kawalan. Sebab itulah jangkitan kulat ini terjadi. Tahap daya tahan tubuh bayi juga masih fragile, jadi tidak pelik jika bayi sering dijangkiti penyakit kulit ini. 




Bagaimana untuk mengenal samada kulat susu atau sisa susu dan cara membersihkannya?


Cuba ambil kain yang bersih dan dibasahkan dengan sedikit air masak. Sekiranya sisa ini sangat mudah dibersihkan, lidah menjadi warna jambu maka ianya tidak perlu rawatan susulan. Itu hanyalah sisa susu sahaja. Namun, sekiranya lidah bayi ini susah untuk dibersihkan, maka mereka perlu rawatan lanjut. Segeralah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan. Doktor akan memberikan ubat oral Nystatin selama seminggu

Bayangkan, kita yang dewasa ini pun rajin berkumur dan berus gigi  dan lidah sebelum tidur bukan? Mulut bayi begitulah juga. Kena bersihkan. Apabila kes kulat susu ini menjadi serius, bayi confirm dah tak nak menyusu lagi sebab rasa tak selesa. 


Jangkitan ini satu keadaan yang biasa


Usah risau para ibu-ibu sekalian. Jangkitan kulat ini tidaklah berbahaya namun sekiranya ianya tidak dirawat, mungkin bayi akan berasa trauma. Jadi, sudah tentulah kita akan berasa risau bukan? Momen penyusuan juga akan menjadi tidak seindah seperti hari-hari sebelumnya. Oleh itu, segeralah berjumpa dengan doktor jika perkara ini terjadi pada anak anda. 

Moga bermanfaat. Sumber: Hello Doktor & Dr Redza Zainol

Friday 18 March 2022

Tips Tambah Duit dengan Aplikasi Cash Em All


Hai korang. Semoga korang menanamkan azam yang kuat untuk tahun 2022 ni. Doakan aku dapat transfer untuk tahun hadapan, sebab cadangnya aku nak mohon tukar akhir tahun ni. Aku nak settledown terus.

Okey baiklah, aku nak share dengan korang satu aplikasi ni yang aku masih guna sampai sekarang dan ianya legit ya. Maksudnya aplikasi ini membayar duit dalam akaun paypal. Bukan scam tau.. Bagi yang ada akaun paypal, so korang boleh proceed. Yang tak ada, korang kena buat dulu ya. 

Macam mana nak dapatkan duit dengan aplikasi Cash Em All ni? Ha, sangat mudah, mari sini aku kongsikan cara-caranya.

1.Download aplikasi Cash Em All di Playstore. Untuk ios pun boleh tak ada masalah.


Cari icon ini ya. Jangan salah download pulak.

2.Sign up. Kalau sign up pakai Facebook lagi cepat. Aku pakai facebook saja.

3.Dia akan mintak Face Verification, korang kena pastikan muka korang tu masuk dalam frame yang disediakan. Dah masuk, dia akan tulis success!

4.Dia akan mintak emel untuk akaun paypal korang. Sebab payment akan masuk ke dalam akaun Paypal tau. Bukan Bitcoin, Wire Transfer etc. Korang isikanlah emel korang tu.

5.Check pulak emel korang kalau dia suruh verify kan akaun korang. Kalau dia tak mintak, tak perlu ya.

6.Korang akan dibawa ke paparan utama ni. Macam gambar di bawah.


Ini adalah game yang korang kena download. Pilih game yang banyak coins per min. Kalau lagi banyak coin, lagi cepat korang redeem duit korang.


Ini adalah contoh game yang telah aku download. Kalau korang nak duit masuk, korang kena masuk dalam aplikasi ini dulu baru boleh open game korang. Kalau tak, korang tak akan dapat redeem duit dan coins pun tak naik.


Kalau dia dah keluar tanda hijau tu maknanya korang boleh redeem duit korang. Paling sikit RM0.83. Paling banyak dalam RM33.28.

7. Nak redeem, tekan button hijau tu, nanti dia akan bagi notification dekat korang yang payment korang dalam proses. 

8.Korang akan dapat emel dalam 24 jam mengatakan korang dah dapat payment.



Contoh emel yang diorang hantar dekat aku.

9.Check paypal korang dan it's done!

Ini bukti dalam paypal aku.


REVIEW: Aku dah banyak kali redeem dah dengan aplikasi ini. Memang legit dan masih membayar. Kalau korang nak dapat coin lebih, korang kena tekan link ini, 

Tekan sini untuk download


Kalau korang nak lebih faham, nah aku kongsikan video ya cara nak daftar.


Setakat ini sahaja entry kali ini. Jumpa lagi pada entry akan datang.

Tips Cantik Cara Bajet Dengan Vaseline



Hai korang. Gaji dah masuk kan? Mesti korang akan serbu drugstore Watsons dengan Guardian. Ha, akan aku kongsikan tips cantik cara bajet dengan Vaseline. Pakai satu produk ni saja, jimat. Cantik pun cantik, murah pulak tu. Semalam aku ada pergi Watsons, saiz yang sederhana itu adalah dalam RM5.50. Hajatnya aku nak beli Lip balm brand yang sama. Sekali tengok, RM14++ jugaklah. Jadi, mengapa aku pilih yang mahal sedangkan ada lagi yang murah? Ha, aku pun ambiklah yang bentuk macam dalam gambar ni. 

Sebenarnya dalam beberapa hari ini, bibir aku kering. Sampai berdarah. Anak murid pun tegur, kenapa merekah. Sedangkan dah minum air bergelen-gelen kan. Faktor cuaca jugak mainkan peranan, jadi aku pun terfikir lebih baik aku beli balm yang boleh kurangkan bibir kering. Dan akhirnya, aku pun grab lah satu Vaseline ini. Ramai yang cakap bagus. 


Kebaikan Vaseline Petroleum Jelly


1. Kaki


Jika kaki korang kering, sapukan Vaseline dan pakaikan stokin sebelum tidur tiap-tiap hari. Inshallah, bangun keesokkan harinya kulit akan lembut macam kulit bayi. Ini aku dah cuba. Memang berkesan. 

2. Siku


Jika siku korang kering dan hitam, cuba sapukan Vaseline dekat tempat yang kering itu. Inshallah lama-lama siku korang dah tak kering dah. 

3. Kuku


Nak cantikkan kuku, boleh letakkan Vaseline pada kutikel kuku setiap hari. Lama-kelamaan, kuku korang akan bersinar dan cantik. 

4. Bibir


Untuk yang ada masalah bibir kering dan merekah macam aku, pakai Vaseline ini dan sapukan tiap-tiap hari sebelum tidur. Macam aku selalu pakai setiap pagi dan setiap malam. Memang menjadi, korang bangun pada keesokkan harinya pun bibir masih lembap. Nak pakai lipstick ke liptint ke lipmatte ke semua cantik saja. 

5. Lip Gloss


Kepada yang tak ada lip gloss, apa lagi korang bedal sahaja Vaseline ni. Jimat pun jimat. Tahan lama pulak tu. Vaseline ini ada pelbagai jenis juga. Bukannya yang original sahaja. Ada jenis cocoa butter dengan yang rosy lips punya tu. Korang boleh pilih nak yang mana satu. 




6. Pelembap muka


Ha, untuk yang mengalami kulit kering, korang boleh sapukan Vaseline ini dekat muka. Khas yang kulit kering sahaja tau. Jangan pulak kulit berminyak pun sapu, berjerawat pulak nanti. 

7. Pelembap Jerawat


Kepada yang mempunyai masalah jerawat, letakkan sahaja Vaseline di tempat yang berjerawat. Inshaallah jerawat akan kecut. Tapi, yang ini aku tak gunalah sebab muka aku jenis berminyak Nanti tak pasal-pasal pori kulit akan tersumbat. 

Sebenarnya banyak lagi kebaikan Vaseline ini. Tapi aku hanya senaraikan 7 sahaja. Jika korang ada tips lain guna Vaseline, korang boleh letakkan komen ya. Terima kasih. 

Moga bermanfaat.


Thursday 17 March 2022

Tabung MAE Hilang? Macam Mana Nak Buat?

 


Selamat malam korang. Semoga korang sihat-sihat hendaknya. Aku saja-saja godek Google Search Console untuk blog aku. Aku nak tengok ada tak yang rajin search dekat blog aku ni ha. Kebanyakannya yang cari dekat blog aku cerita Thailand, Roy Leh Marnya. Famous agaknya cerita tu sampaikan banyak yang cari. Nanti aku update semula review dalam cerita tu okey. 

Baiklah, ramai yang search blog aku dengan keyword Tabung MAE Hilang. Setakat ini yang aku tahu, MAE tak pernah lagilah buat hal. Selama ini duit yang aku simpan (aku buat tabung untuk insurans kereta) RM1k jugaklah huhu. Kalau tak simpan, naya oi. Mana nak cekau duit sebanyak tu. Tambah-tambah hidup zaman Covid ni. Kalau tak ada duit nak menyimpan, memang nayalah. Nak hidup untuk satu hari pun tak dapat. 

Korang jangan risau, setakat ini duit yang aku simpan memang tak pernah hilang. Duit tu ada saja. Cuma kalau korang nak keluarkan duit, incase korang terdesak nak pakai, korang boleh buang (remove) tabung tu. Duit tu automatik akan dapat balik. Korang boleh baca entri aku macam mana nak keluarkan duit dengan guna Tabung MAE ini. 

Baca juga : Keluarkan Duit Dengan Mudah Melalui MAE oleh Maybank2u

Oh ya, bagi korang yang masih belum menabung lagi tu, tapi gian sangat nak pergi travel, apa kata korang cuba buat tabung dengan MAE ni? Free of charge je kot, janji ada apps dia. Tak tahu macam mana nak mula? Nah, aku kongsikan link dekat bawah ya.

Baca juga: Buat Saving Dengan Mudah Dengan Aplikasi MAE

Jadi kesimpulannya, jika korang ada mengalami masalah seperti ini, aku sarankan korang pergi ke cawangan Maybank terdekat. Kalau nak tunggu panggilan telefon aku rasa memang lambat. Nanti takut habis pulak duit korang kena sedut. Aku yakin, staff Maybank akan cuba bantu korang. Jadi, jangan cepat risau dan takut ya. Segala masalah korang akan dapat diselesai. Okeylah, setakat ini sahaja entri untuk kali ini. Selamat membaca!

Cara Mengelakkan Kucing Datang Membuang Najis Di Luar Rumah




Seperti yang kita sedia maklum, kucing adalah haiwan peliharaan yang sangat comel dan jinak jika mereka dibelai dan dijaga dengan sebaik mungkin. Namun, kebanyakan kucing kadang-kadang mereka tidak dilatih untuk membuang najis di dalam bekas yang disediakan. Mereka dilepaskan untuk bebas membuang najis di tempat yang dirasakan sesuai. Jika tempat tersebut mempunyai tanah, sesuai untuk menimbus najis mereka jadi kucing-kucing ini akan terus berada di situ untuk kesekian kalinya. 

Namun, tidak semua perumahan yang mempunyai pasir untuk kucing-kucing ini melepaskan hajat. Terdapat sesetengah perumahan hanya mempunyai jalan tar sahaja. Jadi, apabila kucing-kucing ini membuang najis, amatlah berbau sehingga mengganggu persekitaran jiran-jiran yang tinggal di situ. Oleh itu, setiap pemilik kucing perlulah mengambil berat akan persekitaran perumahan mereka supaya kucing-kucing ini tidak dibiarkan untuk membuang najis merata-rata tempat. 

Terkini, melalui satu perkongsian di Facebook Persatuan Penggunan Islam Malaysia (PPIM), tuan punya haiwan terlibat boleh didenda sebanyak RM1,000 sekiranya berbuat demikian.

Jelas perkongsian itu, kucing membuang najis merata-rata tempat itu boleh dianggap sebagai satu ‘kacau ganggu’.

“Dalam Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976, Seksyen 80 menyebut sekiranya pihak berkuasa tempatan (PBT) mendapati ada gangguan di kawasan awam atau kawasan persendirian, PBT boleh menghapuskan, menghentikan kacau ganggu ini dengan menghantar notis, mengambil tindakan undang-undang serta ganti rugi-Akhbar Kosmo!

Baiklah, untuk mengelakkan kucing daripada terus datang membuang najis merata-rata, ada beberapa langkah yang sesuai untuk dilakukan sekiranya tempat tinggal anda dimasuki kucing. 


1. Membersihkan najis kucing dengan air dan sabun 

Cara ini dikatakan paling mudah dan senang untuk dilakukan. Seperti rumah aku yang dimasuki kucing jiran, mereka datang untuk melepaskan hajat. Jadi, aku cuba membersihkan najis tersebut dengan air dan sabun. Tak kiralah sabun apa yang aku guna. Aku guna sabun basuh baju, sabun mandi dan semuanya lah. Namun mungkin cara ini berkesan bagi sesetengah orang, bagi aku tidak. Kucing masih lagi datang untuk kencing di balkoni rumah aku. 


2. Menggunakan serai wangi



Sebaik sahaja aku menggunakan air sabun gagal, aku cuba membersihkan dan guna sedikit serai wangi. Hidung kucing agak sensitif, jadi apabila kucing ini berbau sesuatu bau yang kurang enak, ia akan pergi dari situ dan tak akan pernah datang lagi. Cara kedua ini pun masih belum sesuai juga buat aku. Mereka masih datang dan datang sehingga aku buntu bagaimana mahu bersihkan najis mereka setiap kali. 


3. Menggunakan klorox (peluntur)



Aku cuba menggunakan peluntur yang baunya agak kuat untuk menghalau kucing-kucing tersebut daripada kencing tempat yang sama. Namun, cara ini bertahan hanya untuk beberapa hari sahaja. Kucing ini kebal betul hidungnya, haha. Sampaikan letak febreeze pun masih datang ya. Tak serik-serik. Sampaikan aku sendiri pun tak tahu macam mana nak halau mereka ni sebab adalah dalam 4 ekor. Banyak betul geng dia. Korang cubalah dengan cara ini, mana tahu berkesan. 


4. Memberitahu jiran dengan menangkap gambar sebagai bukti

Oh ya, sekiranya korang masih buntu untuk menyelesaikan masalah ini, korang boleh menangkap gambar sebagai bukti yang kucing jiran ini membuang najis merata-rata. Cara ini terbukti berkesan untuk aku kerana jiran aku amat memahami. Mereka mahu menolong aku dengan meletakkan kucing-kucing ini ke tempat yang lain. Jika tidak, kucing-kucing ini berpesta sakanlah membuang najis di balkoni rumah aku. Tegur dengan cara yang baik okey. Jangan pulak korang maki jiran tu. Tak pasal-pasal pulak nanti jiran tak nak bertegur sapa dengan kita. 


5. Gunakan Bio-D Pawpal Cat & Dog Repellent Spray


Aku baru sahaja guna dalam waktu seminggu yang lalu. Setakat ini, alhamdulillah tiada lagi kucing yang datang membuang najis dekat balkoni rumah aku. Aku memang rasakan spray ini sangat sesuai untuk korang yang sudah buntu tak tahu apa lagi yang nak buat dengan kucing-kucing ini. Bau dia tengik dan tidaklah busuk sangat, masih boleh diterima. Korang beli dekat shopee ya. Sangat murah dan berbaloi sebab botol spray dia agak besar. Banyak review yang cakap produk ini berkesan. Cubalah.

Bukan kucing saja tau, anjing pun boleh guna kalau dia datang. Akak aku dah cuba guna, berkesan.

Setakat ini sahaja entry kali ini. Semoga bermanfaat.

Cara Aktifkan Tag RFID




Untuk yang telah beli tag RFID macam aku ini, korang kenalah pastikan tag tersebut telah diaktifkan terlebih dahulu. Sebenarnya, ceritanya begini macam mana aku boleh terdetik nak beli jugak dekat tag RFID ni. Sekarang kan dah ada ura-ura smart tag akan dibuang sampailah tahun 2025 nanti. Aku ni agak sedihlah sebab selama ni aku memang guna smart tag pun kalau lalu highway. Sepanjang aku kerja, memang hujung minggu saja aku guna highway. So duit minyak dengan duit Touch n Go tu tak payah cakap lah, peruntukan hampir RM300 untuk sebulan bagi benda ni saja. 

Jadi, aku pun belilah tag RFID ini dekat apps Touch n Go ewallet. Korang pergi bukak apps itu dan carilah icon toll. Akan ada perkataan RFID. Bila dah tekan akan ada dua option, sama ada korang nak beli ke atau nak aktifkan. Macam aku, diorang tak update pun bila sampai tag ni dekat rumah. Tengok-tengok dah ada dekat dalam peti surat. Nasiblah aku tak buang parcel tu haha. Jadi, aku rasa setiap parcel yang sampai mestilah diorang akan call. Macam kita selalu beli barang online tu. Agak dalam seminggu jugak lah aku tunggu, rupanya sampai diorang tak call, tak bagitahu apa. Update pun tak. Ke sistem masih busy eh? Aku pun tak pasti.


Bila korang nak aktifkan itu, korang akan nampak no dekat belakang kad. Maksudnya sebelum korang bukak tag itu akan ada satu nombor. Nombor itulah yang korang kena simpan dan isikan dekat apps tu nanti. Jangan risau, ada cara tau macam mana nak aktifkan dan pasang. Jadi tak adalah korang menangis tak berlagu untuk pasang tag ini. 


Bila korang isi no kenderaan, no tag RFID itu status akan jadi macam ini ya. 


Dia akan naik notification bila tag tersebut dah aktif. Status pun akan bertukar hijau. Macam gambar ini.

Kalau dia dah naik hijau tu maksudnya korang dah boleh lekatkanlah tag RFID korang. Semoga berjaya. 

Aku pun dah guna RFID ni untuk bayar tol. Pada pendapat aku, tag ini agak lambat sikit detect berbanding Smartag. Dan aku rasa mungkin sebab sistem yang lambat detect tag ni kot. Sebab bila korang dah masuk palang tu, korang kena slowkan sedikit kereta berbanding Smartag yang kereta jarak jauh sikit pun dia dah detect. 

Bila nak top up, pastikan ewallet Touch n Go korang mencukupi ya. Kalau tak, berhuhulah. Dia tak akan detect kalau baki tak cukup. Tak payah pakai internet pun semasa nak lalu tol. Cukup sekadar top up. 

Jadi, aku harap Smartag tidak akan dibuang. Pada korang yang nak guna RFID, dipersilakan. Gunalah mana yang mudah.

Sumber gambar: Google Images 

Mengapa Peniaga Letakkan Pelaris Di Kedai Makan?


Hai korang. Aku harap korang sihat-sihatlah hendaknya. Aku pernah tonton video dekat Youtube kisah-kisah seram ni. Ada Youtuber tu dia akan sharelah beberapa kisah seram di setiap negeri. Maksudnya dari Negeri Perlis sampailah Singapura. Aku sebenarnya suka jugak tengok kisah seram, tapi video dia agak best berbanding Youtuber-Youtuber yang lain. Cara dia sampaikan kisah seram tu pun bersahaja. Ada part lawak sikit. Jumpscare pun taklah keterlaluan sangat.

Kisah yang menarik perhatian aku adalah kisah meletakkan pelaris di kedai makan. Menurut cerita, ada satu kedai di Terengganu telah mengamalkan pelaris ini. Nama dan tempat kedai itu dirahsiakan. Katanya, kedai itu tak adalah selalu orang datang sebabnya layanan dan masakan di kedai tersebut tak lah berapa memberangsangkan. Jadi, orang pun sudah trauma nak datang. 

Nak dijadikan cerita, tidak lama selepas itu, ramai pulak orang datang. Kedai itu dikatakan sangat sedap dan makanan yang dihidangkan menepati citarasa pelanggan. Jadinya ada segelintir penduduk amat curiouslah kenapa tiba-tiba sahaja ramai sangat orang datang. Macam tiba-tiba sahaja kedai tu menjadi viral. Ha, lebih kurang begitulah. 

Jadi ada yang bawa balik sedikit lauk pauk untuk di makan di rumah. Tapi, tidaklah sedap sangat. Rasanya biasa sahaja. Sebab itulah keluarga salah seorang pelanggan tersebut rasa pelik. Kenapa makan di kedai tak sama dengan bawak balik di rumah? Jadi ayah kepada salah seorang pelanggan kedai ini tadi teruslah berbincang dan akan datang semula ke kedai itu pada esok hari.

Esoknya, mereka anak beranak terus datang ke kedai viral tersebut. Macam biasa, kedai tu penuh dengan orang. Orang beratur lama pun tak kisah, asalkan dapat makan. Si ayah ini tadi terus meminta izin untuk ke tandas, sambil-sambil melihat persekitaran di kedai. Alangkah terkejutnya si ayah apabila melihat banyak azimat yang diletakkan di dinding kedai. Dekat dapur pun ada. Kalau ikutkan memang tulisan tu tak jelas. Sekali imbas macam ayat al-quran, rupanya tidak. 

Di dapur, si ayah melihat pocong menggoyangkan badannya ke atas dan ke bawah sambil meludah ke arah periuk. Rupanya kedai ini telah mengamalkan pelaris. Si ayah terus keluar dan meminta anaknya untuk tidak datang lagi ke kedai ini. Si ayah ini dapat melihat benda yang tidak dapat dilihat. Jadi sebab itulah beliau meminta anaknya terus keluar dari kedai tersebut. 

Sekarang, kedai tersebut tiada lagi dan dirobohkan kerana si ayah telah membuat laporan kepada pihak berwajib. Pemilik kedai itu pun telah dijatuhkan hukuman atas meletakkan benda-benda yang syirik ini. 

Kenapa peniaga meletakkan pelaris di kedai makan?

Mesti korang ada terfikir kan, kenapalah peniaga ini sanggup letakkan pelaris di kedai makan. Antara satu sebabnya adalah nak bagi kedai diorang laku. Nak orang datang. Biarlah balik modal ha gitu. Tapi itulah, letakkan pelaris ni amat ditegah oleh agama Islam. Syirik. 

Sebab apa? Sebab kita meminta dekat jin dan syaitan untuk melariskan perniagaan kita. Sumber wang yang kita dapat nanti itu pun akan jadi tak halal. Tak berkat. Sebab itulah lama-lama rezeki jadi sempit.

Jenis pelaris

Pelaris ini ada pelbagai jenis. Jika dekat dinding kedai ada tulisan-tulis ayat jawi yang berbentuk pocong, jadi makhluknya adalah pocong. Jika dekat tulisan tersebut ada bentuk harimau, jadi makhluk yang digunakan adalah harimau begitulah. Selalunya pelaris ini diletakkan di dinding, dan ditanam dekat penjuru kedai.


Bagaimana nak kenal kedai ada pelaris atau tidak?

Sebenarnya nak kenal kedai ini ada pakai pelaris, cuba korang tengok di sekitar dinding kedai, jika ada tulisan-tulisan yang mencurigakan, better korang keluar.

Lagi satu, kedai yang mengamalkan pelaris ini hanyalah makanan tu sedap makan dekat kedai saja, kalau bawa balik makanan tu rasa biasa saja. Tak pun tak sedap langsung. Berikut pengalaman yang aku baca, orang yang terkena ludahan pocong pelaris ini, kemungkinan badan dia akan naik gatal-gatal, dia akan sembuh, cuma lambat sikitlah. 

Jadi, aku harap korang berhati-hatilah kalau korang nak makan di kedai makan. Sebab orang sanggup buat apa sahaja untuk buat kedai diorang maju dan viral. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk korang. Terima kasih sebab singgah di blog aku ini.

Wednesday 16 March 2022

RPT KSSR Subjek Pendidikan Muzik Tahun 2022/2023


 

RPT KSSR 2022/2023 Pendidikan Muzik

Sumber: layanlah.blogspot.com

RPT KSSR Subjek Pendidikan Kesenian Tahun 2022/2023


 

RPT KSSR 2022/2023 Pendidikan Kesenian

RPT Pendidikan Kesenian Tahun 1 2022/2023 (KSSR Semakan 2017) ✅
RPT Pendidikan Kesenian Tahun 2 2022/2023 (KSSR Semakan 2017) ✅
RPT Pendidikan Kesenian Tahun 3 2022/2023 (KSSR Semakan 2017) ✅
RPT Pendidikan Kesenian Tahun 4 2022/2023 (KSSR Semakan 2017) ✅
RPT Pendidikan Kesenian Tahun 5 2022/2023 (KSSR Semakan 2017) ✅
RPT Pendidikan Kesenian Tahun 6 2022/2023 (KSSR Semakan 2017) ✅

Sumber: layanlah.blogspot.com

RPT KSSR Subjek Sains Tahun 2022/2023

 


RPT KSSR 2022/2023 Sains


RPT Sains Tahun 1 2022/2023 (KSSR Semakan 2017) ✅
RPT Sains Tahun 2 2022/2023 (KSSR Semakan 2017) ✅
RPT Sains Tahun 3 2022/2023 (KSSR Semakan 2017) ✅
RPT Sains Tahun 4 2022/2023 (KSSR Semakan 2017) ✅
RPT Sains Tahun 5 2022/2023 (KSSR Semakan 2017) ✅
RPT Sains Tahun 6 2022/2023 (KSSR Semakan 2017) ✅

Sumber: layanlah.blogspot.com

Popular Posts