Tuesday 31 January 2023

Skincare: Cleanser untuk oily skin

 



Assalamualaikum. Pada hari ni, aku nak kongsikan pencuci muka bagi aku sangat best untuk oily skin atau pun kulit muka yang berminyak. Kadang-kadang aku rasa rimas sebab belum sampai tengah hari pun kulit muka dah berkilat, sudah lah berkilat, jerawat pun tak payah cakap lah, memang akan naik on off sebab pori muka tersumbat. Tak suka tau. Berikut aku kongsikan rating cleanser yang bagi aku sangat best untuk kulit berminyak. 

1. Cosmoderm Salicylic Acid & Niacinamide 

Untuk kulit muka berminyak, aku sarankan korang amik ingredient yang ada 2 bahan ni. Sebab pada masa yang kulit korang akan kuranglah berkilat sebab 2 bahan ni cuci muka korang dengan bersih. Pori pun tak akan tersumbat sebab salicylic acid membantu untuk bersihkan pori muka dengan mendalam. Dengan ini, kulit korang akan kurang untuk naik jerawat. 

Review: Kulit muka aku kurang minyak. Pencuci muka dia tekstur cream ya, tapi bila basuh tu muka korang tak ada rasa ketat sebab dia free from SLS, SLES, paraben. Ada rasa berangin sikit. Bau dia bau menthol. Rasa sejuk saja muka. 


2. Cosmoderm Tea Tree Oil


Untuk korang yang acne prone skin, aku sarankan korang amik yang ini sebab ada tea tree oil yang bagus untuk merawat jerawat. Dia tak ada rasa berangin pun yang ni. Tekstur dia cream. Tapi macam biasa, tak ada rasa ketat pun. Ada bau tea tree. 

Review: Aku pakai pencuci muka yang ni bila muka aku naik jerawat. Jerawat cepat kecut ya. Bagi aku sangat best. 


3. Cetaphil Gentle Cleanser



Aku pakai cleanser Cetaphil ni masa kulit muka aku mula-mula breakout dulu. Agak lama jugak aku pakai. Sebelum Cetaphil keluarkan yang warna pink tu, aku pakai yang ni versi lama punya. Yang biru muda ni dah versi baru. Dia pun dah upgrade niacinamide dalam ni. Oh ya, cleanser ni tak ada buih ya. Warna putih jernih. Korang tekan lah banyak kali pun, memang tak ada buih. Sesuai untuk kulit yang sensitif dengan buih. 

Review: Aku guna untuk remove make up. Memang berkesan masa kulit tengah meragam. Lepas ni mungkin aku akan guna balik untuk guna yang ni pengganti cleansing oil. 


4. Cetaphil Oil Cleanser


Pencuci muka ni aku pakai on off. Sebab aku tukar-tukar dengan cleanser cetaphil yang dekat atas tu. So far, bagi aku okay saja. Kesan dia agak lambat, tapi memang membuatkan kulit aku yang breakout tu okay balik. Hampir 2 tahun aku pakai Cetaphil weh. Sabun mandi pun aku guna Cetaphil masa aku sakit kulit dulu. Sangat seksa ya. Alhamdulillah, kulit aku sudah makin okay dan aku pun sudah boleh guna sabun mandi yang lain. 

Review: Pencuci muka ni ada buih walaupun sikit. So far, sepanjang aku guna memang tak ketat pun muka selepas cuci. Dapat kurangkan jugak jerawat dekat muka. 


5. Cetaphil Bright Healthy Radiance



Aku rasa inilah pencuci muka yang aku pakai agak lama jugak. Dah berapa tiub dah aku pakai. Tekstur dia cream. Bagi aku, untuk kulit kering better jangan pakai. Ada rasa ketat sikit. Tapi untuk kulit berminyak memang aku sukalah sebab dia hilangkan segala minyak dekat kulit muka aku haha. 

Review: Guna cleanser ni memang best. Jerawat naik seketul dua saja. Tapi tak lah sebest Cosmoderm Tea Tree Oil tu. Aku pakai ni masa kulit tengah breakout. Sangat membantu. Brand Cetaphil sangat bagus untuk rawat kulit aku masa kulit aku sangatlah tak okey masa tu. Dari jerawat penuh sampai lah sekarang tak ada jerawat sangat dah. Kulit pun makin smooth. 


6. Healez Ultra Defensive Calming Cleanser


Sekarang ini, aku pakai cleanser Healez ni. Tu pun aku terpengaruh dekat tiktok haha. Masa tu ada promo, aku beli satu set dengan serum dia. Kita pam cleanser ni terus keluar buih. Tekstur dia berair dan dia bukannya gel. Dalam tu nampak je air, tapi bila pam tak keluar air tu pun, keluar buih. Dia ada 9 ingredient yang power untuk rawat kulit yang tengah breakout, jerawat, jeragat, tiny bumps. 

Review: So far, aku mula pakai pada 10 haribulan. Seriously, aku rasa buih dia sangatlah gentle dan dia cuci muka aku bersih. Dah tak ada pori tersumbat pun tau. Sebab dia ada 2 bahan yang sama dengan Cosmoderm yang tiub biru. Aku dah fall in love sangat. Ni pun aku beli lagi buat stok. Oh ya, untuk jerawat badan pun boleh guna. Sebab cleanser ni ada HOCL yang boleh bunuh kuman penyebab jerawat. Aku pakai ni kulit minyak aku sudah kurang, tiny bumps memang hilang. Pori dekat muka pun makin smooth. Seriously, aku recommend korang untuk beli cleanser ni! Berbaloi. 

Baiklah, setakat ini sahaja entri aku. Lepas ni aku akan cuba buat entri yang lain pulak. Bye!

Thursday 26 January 2023

Senarai Tempat Makan Menarik di Sungai Petani, Kedah

Assalamualaikum, kali ini aku nak share beberapa tempat makan menarik di Sungai Petani Kedah. Kalau korang berkunjung ke Kedah, aku sarankan korang pergilah ke tempat ni. Memang sedap pada tekak akulah. 


1. Pallet Cafe

Pallet Cafe ni dia tingkat atas tau, dekat kedai bawah tu kedai cina, jangan salah masuk pulak. Landmark dia dekat dengan Village Mall. Makanan dia sedap dan banyak yang western. Nasi goreng pun ada kalau korang berminat nak makan. Harga dia not bad. Sesuai dengan portion. Special signature dia salted egg pasta. Aku bagi 5 bintang. Aku harap diorang tak ubah resepi. 




2. Overstepped Cafe

Cafe yang ni aku repeat order banyak kali. Sebab sedap dan portion dia pun banyak. Menu yang paling popular dekat sini Chicken Parmigiana dan Fish and Chip. Air dia pulak special sebab ada nama-nama macam kartun Disney sikit. Tapi aku tak order lah sebab aku tak minum manis haha. 




3. Big Mouth Republic

Portion dia besar sangat weh! Air korang jangan beli banyak. Cukup beli satu pastu share 2-3 orang. Satu jag dia bagi nanti haha. Jangan tertipu ya kalau dia nak bagi gelas, gelas tu gelas jag tau haha. Aku pernah makan set western. Bapak besar dan banyak. Kami makan 4 orang, tu pun tak habis tapau bawak balik. Nak pergi ramai-ramai, aku suggest dekat sini. Aku makan dekat Taman Sejati. Berhadapan dengan Parkson. 



4. Atin Crepe

Crepe Atin ni kalau nak makan, korang boleh pergi ke Bahulu Kampung Huma dan Eika Ishak. Aku dah berapa kali repeat dah crepe dia. Sedap rasa macam aiskrim. Bahulu Kampung Huma ni bukan ada desert saja, kerepek-kerepek pun ada tau. Atok aku sukalah pergi sini, sebab dia peminat kerepek haha. Kuih raya pun ada. 


5. Udang Celup Tepung, Bandar Puteri Jaya

Dekat sini udang dia besar-besar, dan harganya pun murah. Sejujurnya, kedai dia depan rumah aku je haha. Ramai yang datang jauh-jauh sebab nak rasa udang dia. Korang boleh pilih nak saiz udang yang mana. Panas-panas dia goreng. 




Baiklah, setakat ini sahaja post aku. Nanti, aku akan share pulak kedai makan yang aku pergi sedap pada tekak aku. Bye!

 

Wednesday 25 January 2023

Giveaway 23 Anniversary CikNur dan Husband


Assalamualaikum. Kali ini aku nak sertai Giveaway Cik Nur. Kiranya Giveaway ni adalah yang pertama bagi tahun 2023. Alhamdulillah, baiklah aku nak sertakan sedikit ucapan untuk tuan penganjur ni. Kepada yang nak join, boleh saja. Ada masa lagi tau.

Tahniah Cik Nur dan husband sebab dah genap 23 tahun melayari bahtera perkahwinan. Lama tu..semoga terus dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dilimpahkan kasih sayang. Kita doakan semoga perkahwinan ini berkekalan sampai syurga. Amin..

Baiklah, setakat ini sahaja post aku pada kali ini. Bye!

 

Sunday 22 January 2023

Movie Review: M3GAN (2022)







M3GAN is a 2022 American science fiction horror film directed by Gerard Johnstone, written by Akela Cooper from a story by Cooper and James Wan (who also produced with Jason Blum), and starring Allison Williams and Violet McGraw, with Amie Donald physically portraying M3GAN and Jenna Davis voicing the character. Its plot follows the eponymous artificially intelligent doll who develops self-awareness and becomes hostile towards anyone who comes between her and her human companion.

Synopsis

A young girl named Cady and her parents are involved in a car accident, leaving Cady an orphan. Cady is sent to live with her aunt Gemma, a roboticist at the high-tech Seattle toy company Funki. Gemma is developing M3GAN (Model 3 Generative Android); a life-sized humanoid robot doll powered by artificial intelligence, designed to assist in caretaking duties and being a loyal companion to the child to whom it is assigned. After a faulty test before her boss David, Gemma is ordered to drop the project.

Gemma and Cady struggle to adapt to their new living situation, as Gemma is a workaholic by nature and doesn’t have time to bond with Cady. When Cady discovers Bruce, a motion capture robot that Gemma created, she expresses a wish for a similarly complex toy, which propels Gemma to complete the M3GAN project. The finished model is formally paired with Cady, and David becomes convinced of the project's potential for success after observing the pair. M3GAN exceeds expectations as a friend and largely takes over for parenthood duties and emotional support, to the point that Gemma's colleagues, and Cady's therapist Lydia, in particular, become concerned about Cady creating an extremely strong emotional attachment to M3GAN. In addition, being designed to self-improve and adapt, M3GAN starts operating more independently and targets anything that she deems a threat to Cady. She kills the dog of Gemma's neighbor Celia after it bites Cady. Later, she tears off the ear of Cady's bully Brandon and chases him before he trips and falls in the path of an oncoming car, which fatally runs him over.

After Celia aggressively confronts Gemma, Cady, and M3GAN, blaming them for her missing dog, M3GAN kills Celia by spraying her with garden chemicals and shooting her with a nail gun. Gemma becomes suspicious of M3GAN and attempts to check her video logs to see if she was involved in the deaths. When she finds the files corrupted or erased, Gemma turns M3GAN off and takes her to her colleagues Tess and Cole to fix her. Cady responds violently, lashing out due to her attachment to M3GAN. Gemma tries to apologize for her absence as a parent and tells Cady that M3GAN is a distraction from coping with the difficult loss of her parents, not a solution.

While M3GAN wins over Funki's investors and convinces them to release a worldwide campaign in advance of her release, Gemma, Tess and Cole decide to try to terminate M3GAN due to her volatile and violent tendencies. Tess and Cole attempt to shut down M3GAN while Gemma takes Cady home, but M3GAN attacks Cole by hanging him with a chain. While Tess frees Cole, M3GAN causes an explosion in their lab and then shuts off the alarm. On her way out of the building, M3GAN kills David and his assistant Kurt with the blade of a guillotine paper cutter in an elevator, staging it as a murder-suicide. She then steals a car and drives back to Gemma's house.

M3GAN confronts Gemma, adamant about taking over as Cady's sole parental figure. Gemma attempts to shut M3GAN down again, but M3GAN overpowers her and threatens to paralyze her so she will be unable to care for Cady. Watching the fight unfold, a horrified Cady uses Bruce to tear M3GAN apart.

However, M3GAN's head and arms remain active, and she attempts to kill Cady for the betrayal. Gemma exposes a processing chip in M3GAN's head, which Cady stabs with a screwdriver, rendering M3GAN's body lifeless.

With M3GAN seemingly destroyed, Gemma and Cady go outside as the police arrive with Tess and Cole. As they leave the house, M3GAN, having taken over Elsie, Gemma's virtual assistant and smart home operator, turns a camera to watch them.

Cast

Allison Williams as Gemma
Violet McGraw as Cady
Amie Donald as M3GAN
Jenna Davis as the voice of M3GAN
Jen Van Epps as Tess
Brian Jordan Alvarez as Cole
Jack Cassidy as Brandon
Ronny Chieng as David Lin
Amy Usherwood as Lydia
Lori Dungey as Celia
Stephane Garneau-Monten as Kurt
Arlo Green as Ryan
Kira Josephson as Ava

Review

Aku sebenarnya tak tahu nak pilih cerita apa semalam nak tengok dekat wayang. Jadi aku pilih cerita ni. Sebab aku tengok dia macam ala-ala cerita Chucky. 

Cerita dia best jugak, tak adalah menakutkan macam cerita Chucky. Scene darah-darah pun tak adalah banyak sangat. Jadi aku boleh tengok tanpa rasa bersalah haha. Cuma ada scene keganasan sikit, macam pukul-pukul, tarik rambut macam tu lah. Sebab tu cerita ni aku rasa sepatutnya kena P18. Bukan P13. 

Tapi mungkin sebab cerita ni tak ada unsur mencarut yang keterlaluan, aku rasa macam tak ada langsung, mungkin sebab itulah diorang letak cerita ni sebagai P13. 




Ada sikit jumpscare, nasib baiklah tak terlalu kuat haha. Kalau tak, memang sakit jantung dah aku. Kesimpulannya, cerita ni aku bagi 7/10. Boleh lah untuk raso-raso. Aku faham perasaan Cady yang kehilangan mak ayah dan perlukan kawan. Kalau aku jadi Cady pun aku perlukan seseorang yang nak dengarkan kisah aku. 

Jadi M3GAN dekat sini ambil peranan sebagai sahabat yang baik. Terharu sebab berjaya pujuk Cady daripada terus bersedih. Part ni, aku rasa sedih sikit. Terharu sebak pun ada. Cuma, M3GAN selama-lamanya tak boleh ambil peranan sebagai seorang manusia, sebab dia hanya robot. Dia tak ada perasaan. 




Kalau korang nak tengok cerita ni, aku sarankan korang pergilah. Tak rugi pun. Hehe. Okeylah setakat ini saja post aku kali ni. Bye!

Thursday 19 January 2023

Pengalaman Mengundi Kali Pertama.

Assalamualaikum dan selamat malam. Aku baru saja sampai Kedah dari Perak tadi. Memang minggu ni sangatlah busy sampai aku makan petang sebagai ganti makan tengah hari. Sempat menjamah sepotong kek je sebagai alas perut drive tadi. 

Dekat jalan sudah banyak kereta ya, pakat berpusu-pusu nak balik kampung sempena CNY. Yang kereta laju tu satu hal. Lori pun satu hal, asyik nak berhimpit je. Tengoklah keadaan sekeliling, bahaya tau. Sebab tu senang jadi kemalangan. Jangan pentingkan diri sendiri. Tau nak cepat, orang lain pun nak cepat sebab ada urusan, tapi mesti patuh pada peraturan jalan raya. Bahaya kalau ikut diri sendiri saja. Nyawa ada satu saja dik..tak boleh nak cari ganti. 

Baiklah, kali ni aku nak kongsikan pengalaman aku mengundi kali pertama. Sebenarnya nak post entry ni lepas entry mak aku kena covid hari tu. Tapi tak terpost-post haha. Aku pun dah peram lama sangat entry ni sampai dah tahun 2023 baru kalut nak post. 

Alkisahnya, lepas seminggu mak aku habis kuarantin dari Covid-19, kita pun dah boleh mengundi masa tu. Bekas PM kita, Dato Ismail Sabri Yaakob pun dah bagi tol percuma untuk balik mengundi. Aku ni sebenarnya terfikir-fikir, nak balik ke tak..kalau tak balik macam rugi sebab cuti. Balik pun macam was-was nak undi apa. Jadi dalam tempoh seminggu tu aku fikir lah nak balik ke tak. 

Masa tu banyak dah bendera dan kempen di merata-rata tempat. Tengok orang post sana sini berdasarkan parti masing-masing. Semangat lain macam ya PRU15 ni. Aku pun ambil keputusan untuk turun mengundi. Sebab aku pun pertama kali. Jadi tak salah untuk ambil pengalaman. 

Pagi tu, aku dan adik aku pergi pusat mengundi naik motor je. Ramai gila woiii haha. Macam semut. Aku dah naik semput dah bila tengok aku kena saluran 8 tingkat 3. Sebab pusat mengundi kami berdua dekat sekolah 4 tingkat. Jadi kami kena berjalan kaki agak jauh jugak untuk sampai ke tempat mengundi tu. Aku bawak IC original dan aku pergi mintak tolong pegawai SPR tu untuk check kan no giliran aku berapa, sebab aku tak ingat. Aku ingat saluran saja haha. 

Masa kita masuk ke saluran tu, pastikan kita tunjukkan IC dan check nama kita betul ke tak, lepas tu baru celupkan jari dekat dakwat kekal. Diorang yang tolong aku macam mana nak buat. Tunggu dakwat kering, korang akan dapat satu kertas untuk undi. Pastikan kertas tu okey dan tak koyak. Pen digalakkan untuk bawak sendiri. Tapi dekat sana pun disediakan pen dah. Tak mengapa. 

Dalam satu masa, dua orang saja boleh masuk. Aku siap pangkah, terus lipat kertas tu masuk dekat tempat kertas undi tu. Dah selesai. Sekejap saja. Nak beratur tu yang lama. Haha. Adik aku sampai 2 jam sebab terlalu ramai yang turun mengundi. Lepas dah selesai mengundi, kami pun terus pulang ke rumah. 

Senang saja rupanya mengundi ni. Jadi teruskan jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia 5 tahun sekali sahaja. Inilah demokrasi berparlimen. Aku harap yang pertama kali nak mengundi nanti, boleh lah rujuk blog ni sebagai rujukan okey! 

Baiklah, setakat ini sahaja post aku pada malam ini. Bye! 

Wednesday 18 January 2023

Macam Mana Nak Tahu Nombor Akaun Paypal Kita?

 


Assalamualaikum dan selamat malam. Sebelum ini aku ada mention kan aku ada dapat payment dari post collaboration dari emel tu. Ha, tapi selalunya post-post collaboration datang nya dari luar negara. Sebab tak semua website yang buat collaboration dekat blog aku datang nya dari Malaysia. Tak silap, ada satu saja yang dari Malaysia. Kebanyakkannya semua luar negara. 

Jadi, akaun Paypal ini sangat berguna tau kalau korang nak transfer atau receive duit dari luar negara. Tak semua negara sama bank macam kita kan, jadi akaun Paypal ini merupakan akaun orang tengah lah katakan. Kena transfer ke Paypal dulu baru boleh masuk akaun bank kita. Selalunya ambil dalam masa 2-3 hari baru dapat. 

Okey, persoalannya dekat sini macam mana kita nak tahu nombor akaun Paypal kita? Ada nombor ke? Ha, sebenarnya akaun Paypal ni pelik sikit. Dia tak sama macam nombor akaun bank biasa. Bagi nombor saja terus bank in, terus transfer. Sebenarnya akaun Paypal ini hanya perlukan alamat emel kita sahaja. Itulah nombor akaun Paypal kita. 

Kesimpulannya, kalau orang tanya, apa nombor akaun Paypal kita? Kita bagi sahaja alamat emel kita. Itulah dia. Tak payah pening-pening pergi cari nombor dekat Paypal. Tak kan ada. Jadi, sebab itulah kita kena berhati-hati bagi emel. Takut tersalah bagi emel orang lain pulak. Dah tak dapat duit. Rugi tau. Pastikan check betul-betul sebelum bagi. 

Okeylah! Setakat ini sahaja perkongsian aku. Bye!

Alhamdulillah, dapat payment!!



Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Alhamdullilah, baru sempat nak bukak emel pagi ni. Hati berbunga-bunga tau. Walaupun hakikatnya macam malas nak aktif balik blog ni, tapi nak berazam jugak untuk share pengalaman aku, review dan lain-lain. 

Kadang-kadang terdetik, ada ke tak eh orang baca blog aku, rasa macam syok sendiri pulak, tapi aku percaya, walaupun dia tak komen, tapi mungkin dia jadi silent reader haha. 

Oh ya, payment katanya dia akan apply besok hari. Nampaknya kena tunggu lagi lah. Sebab dah musim perayaan kan? Mestilah akan lambat sikit. Aku pun bagi lah peluang sikit nak bercuti dengan tenang. 

Kepada yang baru lagi dalam dunia blog ini, aku nasihatkan korang jangan putus asa. Walaupun trafik tak tinggi, tapi korang share saja apa yang korang minat. Macam blog aku, trafik taklah tinggi mana, tapi memandangkan ada yang mencari info dan tutorial dalam blog ini lah membuatkan aku bersemangat nak update. Hakikatnya, aku pun mati akal nak update pasal apa haha.

Baiklah, setakat ini saja entri kali ini. Bye!

Tuesday 17 January 2023

Fiqh Solat Jamak dan Qasar


Assalamualaikum. Kali ini aku nak kongsikan tentang fiqh mengenai Solat Jamak dan Qasar. 

Bila dibolehkan Jamak & Qasar?

Solat Qasar dan Jamak dilakukan apabila bermulanya perjalanan dengan sekira-kira melepasi rumah-rumah terakhir dalam kampung yang didiaminya. Dalilnya ialah firman Allah Taala.


وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِي الأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَقْصُرُواْ مِنَ الصَّلاَةِ 

"Dan apabila kamu bermusafir di muka bumi maka tiada kesalahan ke atas kamu untuk menqasarkan solat". 

(Surah al-Nisa': 101)


Dalam ayat ini Allah jadikan keharusan "qasar" (memendekkan) solat dengan syarat bermula perjalanan.

Maka, tidak boleh mengerjakan solat jamak dan qasar ketika masih lagi berada di rumah walaupun telah berazam dan bertekad untuk bermusafir.


Berapakah jarak perjalanan yang dibolehkan Qasar Solat?


1. Para Fuqaha berbeza pendapat dalam masalah ini. Majoriti Fuqaha berpandangan jaraknya ialah 4 "burud" ( kata jamak bagi "barid ) bersamaan dengan 16 "farsakh" bersamaan 48 "mil". 1 barid bersamaan 4 farsakh, 1 farsakh bersamaan 3 "mil". 


2. Dalilnya ialah Athar Sahih riwayat Baihaqi dan disebut sebagai ulasan dalam Sahih Bukhari

أَنَّ عَبْدَ اللهِ بْنَ عُمَرَ، وَعَبْدَ اللهِ بْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ كَانَا يُصَلِّيَانِ رَكْعَتَيْنِ رَكْعَتَيْنِ وَيُفْطِرَانِ فِي أَرْبَعَةِ بُرُدٍ فَمَا فَوْقَ ذَلِكَ

"Bahawa Abdullah bin Umar dan Abdullah bin Abbas (r.a) kedua-duanya mengerjakan solat 2 rakaat, 2 rakaat dan berbuka puasa pada jarak 4 burud ke atas"


3. Begitu juga Athar yang Dhaif daripada Abdullah bin Abbas (r.a) katanya; 

يا أهلَ مَكَّةَ، لا تَقْصُروا في أقلَّ مِن أربعةِ بُرُد

"Wahai penduduk Mekah. Jangan qasarkan solat pada kurang daripada 4 burud"


4. Fuqaha kontemporari berbeza pula dalam pengiraan kadar "mil" (mile atau batu). Kebanyakannya berpegang pada kadar 1.848 meter menurut kadar "mil hasyimi". Maka 48 "mil" bersamaan 88.7 km. Jabatan Fatwa Mesir pula berpegang 48 mil hasyimi pada kadar 83.5 km.


5. Kebanyakan ulamak terkemudian mazhab Syafie berpegang pada kadar 1 mil bersamaan 3500 hasta. Kajian terkini oleh Dr Muhammad Najmuddin al-Kurdi dalam karya beliau "Ukuran-Ukuran Syar'ie" bahawa 1 hasta bersamaan 48 cm. Justeru, 48 mil x 3500 hasta x 48 cm bersamaan 80.64 km. Kiraan ini dipegang oleh Jabatan Fatwa Jordan. 


6. Semua kiraan jarak yang menjadi khilaf Ulamak ini bersifat jarak anggaran sahaja bukan jarak yang tepat. Maka kita boleh mengambil anggaran jarak untuk Qasar Solat antara kadar 81 km hingga 88 km.


7. Sebahagian kecil Fuqaha pula tidak meletakkan jarak untuk Qasar. Mereka berpegang pada Uruf setempat kadar jarak yang dianggap sebagai musafir dan berjalan. 


8. Antara yang berpegang dengan pendapat ini sebahagian Ulamak Hambali seperti Ibnu Qudamah, Ibnu Taymiyah, Ibnu Qayyim dan juga Syaukani. Di kalangan ulamak kontemporari pula ialah Syanqiti dan Albaani.


9. Dalilnya ialah Hadis Abdullah bin Umar (r.a) katanya:

إنِّي لأُسافِرُ الساعةَ من النَّهارِ فأَقْصُر

"Sesungguhnya saya pasti bermusafir suatu ketika daripada siang lalu saya qasarkan (solat). 

(Hadis riwayat Ibnu Abi Syaibah dan disahihkan isnadnya oleh Ibnu Hajar al-Asqalani). 


Sekian.


Kredit: Dr Khairuddin Takiri

Ahad 8.1.2023


3 Reasons Why You Should Buy Your Shapewear Dress on Popilush.com





Assalamualaikum and hi! Before this, I bought a dress at mall. But it's been a long time since I didn't wear it and I didn't even go dinner, finally the dress is no longer used.

If you want to wear a dress, you have to be very careful because if you choose the wrong dress, it will be weird and not pretty enough.

I came across a website that sells shapewear and this dress has a body shaping effect. At Popilush.com there is currently a sale in conjunction with the new year. Sale that reaches 10% to 15% off if you buy 3 pieces of clothes here. Well, I will tell you why you should buy clothes at Popilush.com.




First of all, this dress is a built in shapewear dress for those who want to look decent, I suggest you buy this one only, because it covers from top to bottom. This dresses have long sleeve maxi dress, long sleeve midi dress and slip sleeve dress. For those who are Muslim, I think you should wear this dress in a place that is closed from the public, better private only. Because this dress is not suitable for you to wear in public. You can add it with other clothes to not show the shape of the body.





Second, tummy control leggings for those with a bulging stomach, you should buy a dress near here. You know, your stomach will automatic become slim haha. I understand that most of her clothes don't even cover the stomach. That's why our stomach looks bloated. Don't worry, the clothes on Popilush.com are very good for those of you who want to look slim and beautiful. Confirm no regrets.






Finally, shapewear full bodysuit in here the clothes are very comfortable and covered from top to bottom. Some people are embarrassed to wear clothes that look revealing, so she can choose clothes like this to look less sexy. In conclusion, all the shirts here are beautiful and available in a variety of colors.

Well, that's all for my entry this time. Bye!




Monday 16 January 2023

Template Dam Ular

 Assalamualaikum dan selamat malam. Disebabkan ramai yang search dekat blog aku ni template dam ular yang aku pernah buat sebelum ni, ha korang boleh baca dekat DIY Dam Ular Semudah 1,2,3

Jadi malam ini aku nak share beberapa gambar untuk korang buat dam ular versi DIY. Sangat mudah sahaja. Semua gambar-gambar ni aku ambik dekat Google Images saja, aku tak pandai nak buat sendiri haha. Melainkan kalau aku rajin untuk lukis dan warna. Masalahnya aku nak lukis pun tak reti, lukis orang lidi boleh lah. 

Nah aku kongsikan. Korang boleh ambiklah yang mana korang nak.













Banyak kan koleksi template dam ular ni kan? Korang boleh pilih mana yang korang berkenan. Kalau korang tak nak yang ini pun tak apa, cari je dekat Google Images, ada banyak pilihan. Selamat mencuba.

Bye!

Kedudukan Solat Berjemaah di Rumah



 "SAYA KELIRU DENGAN KEDUDUKAN IMAM DAN MAKMUM KETIKA SOLAT DI RUMAH, BOLEH USTAZAH JELASKAN?"


Semalam ketika di masjid, ada seorang sahabat perempuan menanyakan soalan “Ustazah, haritu saya mengimami solat anak-anak perempuan saya kerana suami saya tiada di rumah, cuma saya masih keliru sebenarnya tentang susunan saf yang betul, adakah dibaris yang sama atau seperti jemaah lelaki seperti biasa?” 


Baik, saya faham kadang-kadang kita sendiri terkeliru dengan kedudukan imam dan makmum yang sebenar, lagi-lagi kalau melibatkan wanita atau jemaah dalam jumlah yang kecil sebab sudah jadi kebiasaan bagi kita apabila solat di masjid, akan ada langsir pemisah antara lelaki dan perempuan, hanya tinggal solat . Berkaitan dengan persoalan ini, insyaAllah saya cuba jelaskan sebaiknya.


Jawapan kepada soalan tersebut ialah jika jemaah  yang diimami oleh perempuan, jemaah perempuan hendaklah berdiri di belakang imam pada kadar setapak dan imam wanita itu perlu berada di tengah-tengah jemaah.


SUSUNAN SAF MENGIKUT KEUTAMAAN


🔶 Imam

🔶 Makmum Lelaki Dewasa

🔶 Kanak-kanak Lelaki

🔶 Perempuan Dewasa

🔶 Kanak-kanak Perempuan


Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: 


خَيْرُ صُفُوفِ الرِّجَالِ أَوَّلُهَا، وَشَرُّهَا آخِرُهَا، وَخَيْرُ صُفُوفِ النِّسَاءِ آخِرُهَا، وَشَرُّهَا أَوَّلُهَا


Maksudnya:“Sebaik-baiknya barisan saf lelaki-lelaki adalah awalnya dan seburuk-buruknya adalah yang terakhir. Sebaik-baik barisan saf perempuan adalah di akhir dan seburuk-buruknya adalah diawalnya."

(HR Muslim, hadis sahih)


Di dalam hadis ini, ia menjelaskan bahawa kedudukan yang paling baik untuk lelaki ketika solat jemaah adalah di saf hadapan dan yang paling buruk adalah pada saf terakhir. Bagi wanita pula, saf terbaik bagi mereka adalah yang terakhir jika tiada tabir pembatas antara mereka dengan bahagian solat lelaki bagi mengelakkan fitnah. Namun  jika terdapat tabir pembatas antara saf lelaki dan wanita, maka saf terbaik bagi wanita adalah saf pertama seperti saf lelaki kerana tabir pembatas itu dapat menghilangkan kekhuatiran terjadinya fitnah.


KEDUDUKAN IMAM DAN MAKMUM LELAKI 


1. Sekiranya hanya SEORANG makmum lelaki, makmum perlulah berdiri di SEBELAH KANAN dan ke BELAKANG SEDIKIT dari kedudukan imam.


2. Sekiranya ada makmum yang baru datang, makmum yang bersebelahan imam perlulah undur setapak ke belakang dan merapatkan saf sesama mereka, imam tetap di tempatnya.


Daripada Jabir Bin Abdullah al-ansari RA: 


قَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِيُصَلِّيَ فَجِئْتُ حَتَّى قُمْتُ عَنْ يَسَارِهِ فَأَخَذَ بِيَدِي فَأَدَارَنِي حَتَّى أَقَامَنِي عَن يَمِينه ثُمَّ جَاءَ جَبَّارُ بْنُ صَخْرٍ فَقَامَ عَنْ يَسَارِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخَذَ بيدينا جَمِيعًا فدفعنا حَتَّى أَقَمْنَا خَلفه


Maksudnya: "Rasulullah SAW berdiri untuk mengerjakan solat kemudian aku pun datang dan berdiri di samping kiri Baginda. Rasulullah SAW meraih tanganku lalu memindahkanku ke sebelah kanan. Kemudian datang pula Jabbar bin Shakhr, dia berdiri di sebelah kiri Baginda.Rasulullah SAW meraih tangan kami berdua lalu memindahkan kami ke belakang baginda."

(HR Muslim, hadis sahih)


 3. Jika makmum ramai berdiri di belakang imam, maka PERLULAH diseimbangkan bilangan kanan dan kiri dengan MENGUTAMAKAN BAHAGIAN KANAN TERLEBIH DAHULU. Jika imam dan makmum berada di satu bahagian contohnya di kiri sahaja maka hukumnya adalah MAKRUH.


KEDUDUKAN SAF KANAK-KANAK LELAKI 


Hakikatnya para ulama’ tidak memisahkan kedudukan saf bagi kanak-kanak lelaki dengan saf lelaki dewasa sebagaimana yang difahami masyarakat kini, pandangan yang mengatakan bahawa kanak-kanak telah memutuskan saf dan mengurangkan pahala jemaah adalah tidak benar. Walau bagaimanapun, dalam situasi ini, keutamaan hendaklah diberikan kepada orang yang lebih dewasa berbanding kanak-kanak, ini berdasarkan hadis daripada Nabi SAW iaitu:


Dari Abdullah bin Mas’ud Nabi SAW bersabda:


لِيَلِنِي مِنْكُمْ أُولُو الأَحْلاَمِ وَالنُّهَى ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ


Maksudnya: "Hendaklah yang tepat di belakangku orang yang dewasa yang memiliki kecerdasan dan orang yang sudah berakal di antara kalian, kemudian orang yang sesudah mereka kemudian orang yang sesudah mereka."

(HR Muslim, hadis sahih)


Malahan ada riwayat lain dari Abu Malik al-Ash‘ari: 


 أَلَا أُحَدِّثُكُمْ بِصَلَاةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ قَالَ: أَقَامَ الصَّلَاةَ وَصَفَّ الرِّجَالَ وَصَفَّ خَلْفَهُمُ الْغِلْمَانَ ثُمَّ صَلَّى بِهِمْ


Maksudnya: "Mahukah aku ceritakan kepada kalian tentang solat Nabi SAW? Dia melanjutkan; Baginda SAW mendirikan solat dan Baginda  membariskan saf lelaki dewasa dan di belakang mereka kanak-kanak, lalu Baginda solat bersama mereka."

(HR Abu Daud, hadis hasan)


Syeikh Zakariyya Al- Ansari menukilkan dalam kitab beliau Asna al-Matalib fi Syarh Raudhu at-Talib menyatakan bahawa disunatkan atau mustahab untuk meletakkan kanak-kanak lelaki di belakang saf lelaki dewasa apabila saf dewasa tidak muat untuk mereka. Sekiranya masih boleh dimuatkan, kanak-kanak tersebut perlulah memenuhkan saf di saf makmum dewasa.


وَهَذَا كُلُّهُ (مُسْتَحَبٌّ لَا شَرْطٌ) فَلَوْ خَالَفُوا صَحَّتْ صَلَاتُهُمْ مَعَ الْكَرَاهَةِ


Maksudnya: "Semuanya ini adalah mustahab(digalakkan), bukannya syarat. Sekiranya mereka menyalahi susunan saf ini, sah solat mereka itu tetapi makruh."


a. Kanak-kanak lelaki bersama seorang lelaki dewasa


Jika seorang lelaki dewasa bersama seorang kanak-kanak lelaki, kanak-kanak itu hendaklah berada bersebelahan makmum lelaki dewasa di belakang imam.


Dari Anas Bin Malik Nabi SAW bersabda:


 دَعَتْ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم لِطَعَامٍ صَنَعَتْهُ، فَأَكَلَ مِنْهُ فَقَالَ ‏ "‏ قُومُوا فَلأُصَلِّيَ بِكُمْ ‏"‏‏.‏ فَقُمْتُ إِلَى حَصِيرٍ لَنَا قَدِ اسْوَدَّ مِنْ طُولِ مَا لُبِسَ، فَنَضَحْتُهُ بِمَاءٍ فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَالْيَتِيمُ مَعِي، وَالْعَجُوزُ مِنْ وَرَائِنَا، فَصَلَّى بِنَا رَكْعَتَيْنِ


Maksudnya: "Nenek Anas bin Malik mengajak Rasulullah SAW untuk menikmati makanan yang disediakannya. Lalu Rasulullah SAW menjamah hidangan tersebut kemudian bersabda: Bangunlah, saya akan mengimamkan solat kalian. Lalu saya mendapatkan sekeping tikar kami yang berwarna hitam kerana sudah lama digunakan, kemudian saya merenjiskan air ke atasnya. Rasulullah SAW berdiri, diikuti seorang anak yatim berdiri bersama saya dan nenek berada di belakang kami. Baginda bersembahyang mengimami kami sebanyak dua rakaat."

(HR Bukhari, hadis sahih)


Imam an-Nawawi menyebut bahawa hadis ini merupakan dalil yang menunjukkan bahawa kanak-kanak lelaki mempunyai kedudukan di dalam saf. Jumhur ulama’ mazhab Syafiee berpegang kepada pandangan ini.


b.  Kanak-kanak lelaki berada dalam saf makmum lelaki dewasa yang ramai.


Kedudukan kanak-kanak lelaki di dalam saf dewasa yang ramai pula ialah dibolehkan untuk berada di mana-mana bahagian di saf pertama dan yang dibelakang imam hendaklah diberikan keutamaan kepada orang yang lebih dewasa kerana berperanan menegur imam jika imam lupa sedangkan tiada orang lain menyedarinya.


KEDUDUKAN IMAM DAN MAKMUM WANITA


Posisi paling tepat jika seorang sahaja makmum wanita ialah dia perlu berada betul-betul di belakang imam, namun DIBOLEHKAN juga untuk berada di bahagian kiri imam. (Jarak tiga hasta)


Sekiranya jemaah makmum perempuan yang ramai, maka mereka perlu berdiri jauh dari imam sekurang-kurangnya tiga hasta.


KEDUDUKAN IMAM WANITA DAN MAKMUM WANITA


Untuk jemaah yang diimami oleh perempuan, kedudukan imam itu hendaklah berada di tengah-tengah jemaah perempuan pada kadar setapak di belakang imam. Imam an-Nawawi menyebut dalam kitab beliau al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab berkenaan isu ini:


السُّنَّةُ أَنْ تَقِفَ إمَامَةُ النِّسَاءِ وَسْطَهُنَّ لِمَا رُوِيَ أَنَّ عَائِشَةَ وَأُمَّ سَلَمَةَ أَمَّتَا نِسَاءً فَقَامَتَا وَسْطَهُنَّ


Maksudnya: "Sunnahnya berdiri imam perempuan di tengah jemaah wanita seperti mana diriwayatkan bahawa Saidatina Aisyah dan Saidatina Ummu Salamah mengimamkan jemaah wanita dan beliau berdua berdiri di tengah- tengah jemaah."


Hikmah imam wanita berada di posisi tengah ialah kedudukan tersebut lebih tertutup ini disebut oleh Imam al-Mawardi di dalam Al-Hawi Kabir : 


فَالْأَوْلَى لِمَنْ أَمَّ مِنْهُنَّ أَنْ تَقِفَ وَسَطَهُنَّ، لِأَنَّ ذَلِكَ أَسْتَرُ لَهَا


Maksudnya: "Diutamakan bagi sesiapa menjadi imam daripada kalangan perempuan, untuk imam tersebut berada di tengah-tengah jemaah perempuan kerana ia lebih tertutup baginya."


Syeikh Sulaiman al Jamal di dalam kitab beliau Hasyiyah al-Jamal juga menyebut:


Dimaksudkan dengan berdiri di tengah-tengah makmum perempuan ialah agar imam tidak taqaddum iaitu berdiri di hadapan (seperti mana imam lelaki) dan bukan juga untuk berdiri selari  dengan makmum perempuan di kanan dan kirinya. Tetapi hendaklah imam ke hadapan sedikit supaya dapat membezakan antara imam dan makmum yang lain.


KESIMPULAN 


1. Susunan saf mengikut keutamaan : 


 a. Imam 

 b. Makmum lelaki dewasa

 c. Kanak-kanak lelaki

 d. Perempuan dewasa

 e. Kanak-kanak perempuan


2. Kedudukan imam lelaki dan makmum lelaki : 

Makmum seorang sahaja

🔶 Berdiri di sebelah kanan dan ke belakang sedikit dari imam


Makmum ramai 

🔶 Berdiri di belakang imam dan diseimbangkan kedudukan makmum kanan dahulu kemudian ke kiri, Makruh mengutamakan satu posisi sahaja (Contohnya berada di kiri/kanan sahaja)


3. Kedudukan kanak-kanak lelaki 

Ketika bersama seorang makmum lelaki dewasa

🔶 Berdiri di sebelah makmum dewasa secara bersebelahan di belakang imam


Ketika bersama makmum lelaki dewasa yang ramai

🔶Dibolehkan kanak-kanak berada di mana-mana bahagian di saf pertama kecuali betul-betul di belakang imam. Sekiranya di saf selain saf pertama, kanak-kanak lelaki itu boleh berdiri di mana-mana bahagian.


4.  Kedudukan imam lelaki dan makmum perempuan

     

 Makmum perempuan seorang sahaja, posisi paling tepat

 🔶 Berdiri betul-betul di belakang imam

  

Diharuskan 

 🔶 Berdiri di sebelah kiri imam


Makmum perempuan ramai 

 🔶 Makmum berdiri jauh di belakang imam (sekurang-kurangnya tiga hasta)


 5.   Kedudukan imam wanita dan makmum wanita : 


 🔶  Imam wanita berdiri di tengah-tengah manakala makmum berdiri di sebelah kanan dan dikiri imam di dalam saf yang sama, disunatkan bagi makmum perempuan untuk menzahirkan sedikit kedudukan imam di antara mereka dengan berdiri belakang sedikit daripada imam bagi tujuan membezakan antara keduanya.


Di kesempatan ini, suka saya kongsikan beberapa kelebihan solat secara berjemaah pada sahabat-sahabat.


1) Mendapat pahala 27 darjat


Daripada Abdullah bin 'Umar radhiyallahu ‘anhuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda:


صَلاَةُ الجَمَاعَةِ تَفْضُلُ صَلاَةَ الفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً


Maksudnya: “Solat berjemaah lebih utama daripada solat sendirian sebanyak dua puluh tujuh darjatt.”

(HR Bukhari, hadis sahih)


2) Dipelihara daripada gangguan syaitan


Daripada Abu Darda’, Nabi SAW bersabda: 


 مَا مِنْ ثَلاَثَةٍ فِي قَرْيَةٍ وَلاَ بَدْوٍ لاَ تُقَامُ فِيهِمُ الصَّلاَةُ إِلاَّ قَدِ اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَعَلَيْكَ بِالْجَمَاعَةِ فَإِنَّمَا يَأْكُلُ الذِّئْبُ الْقَاصِيَةَ ‏"


Maksudnya : "Tiga orang di dalam sebuah kampung atau penempatan yang tidak solat jemaah sesama mereka, mereka telah dikuasai syaitan. Oleh itu, engkau perlu sentiasa berjemaah kerana serigala memakan kambing yang bersendirian."


(HR Abu Daud, hadis hasan)


RUJUKAN:


1. Ensiklopedia Solat A-Z Tentang Solat, Dr Nik Yusri Musa.

2. Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-464: Kedudukan Imam Perempuan Dan Makmum Ketika Solat Jemaah.

3. Laman Web Rasmi Mufti Selangor Taudhih Al-Ahkam: Kedudukan Kanak-Kanak Lelaki Dalam Saf Solat Berjemaah.


Semoga bermanfaat buat semua. 


SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA.  


Kredit: Ustazah Asma' Binti Harun  & Tim Penyelidikan

Senarai Menu dan Harga KFC

 



Assalamualaikum dan selamat malam. Sebenarnya aku saja godek-godek Google Search Console. Tak tahu pulak ramai yang sedang mencari harga ayam KFC sekarang. Aku pun sebenarnya tak lah selalu pergi KFC, tapi nak katanya tahu jugak menu baru. Aku semalam baru saja makan Snack Plate dengan Shrimp tu. Aku tukar air Milo. Total dan RM26++. Mahal jugak kan, tapi itulah, segala bekalan mentah semua mahal. Tengok saja harga telur dah berapa. Mengucap aku haha. 

Kali ini aku cuba kongsikan beberapa menu dan harga ayam KFC. Oh ya, sekarang ni KFC ada berikan kupon untuk korang beli dengan harga lebih murah, jadi cepat-cepatlah pergi serbu, buat raso-raso gitu. Bukan selalu kita reward kan hehe. 

1. Chicken Meals

MENU ISI HARGA

Sawadee Crunch Box Meal 1 piece of Sawadee Crunch, burger, whipped potato, coleslaw, wedges, drink. RM 21.90

2-pc Sawadee Crunch Combo 2 pieces of Sawadee Crunch, whipped potato, coleslaw, drink. RM 17.90

3-pc Sawadee Crunch Combo 3 pieces of Sawadee Crunch, whipped potato, coleslaw, drink. RM 21.90

Popcorn Chicken Combo Popcorn chicken, wedges, drink. RM 14.50

Popcorn Chicken À La Carte Popcorn chicken RM 9.90

2-pc Combo 2 pieces of chicken, coleslaw, whipped potato, drink. RM 16.90

3-pc Combo 3 pieces of chicken, coleslaw, whipped potato, drink. RM 20.20

1-pc Colonel Burger Combo 1 piece of chicken, burger, coleslaw, whipped potato, drink. RM 17.20

1-pc Rice Combo 1 piece of chicken, coleslaw, rice, drink. RM 12.50

6-pc Crispy Tenders Combo 6 pieces of Crispy Tenders, dip, potato wedges, drink. RM 17.80

6-pc Nuggets Combo 6 pieces of nuggets, dip, potato wedges, drink. RM 13.90

2-pc Chicken 2 pieces of chicken RM 10.60


2. Burger

MENU ISI HARGA

Zinger Burger Combo Burger, potato wedges, drink. RM 15.30

1-pc Colonel Burger Combo 1 piece of chicken, burger, coleslaw, whipped potato, drink. RM 17.20

Zinger Burger Zinger Burger RM 10.80

Colonel Burger Colonel Burger RM 5.90


3. Sides and Snacks

MENU ISI HARGA

Popcorn Chicken Combo Popcorn chicken, wedges, drink. RM 14.50

Popcorn Chicken À La Carte Popcorn chicken RM 9.90

6-pc Nuggets Combo 6 pieces of nuggets, dip, potato wedges, drink. RM 13.90

6-pc Crispy Tenders Combo 6 pieces of Crispy Tenders, dip, potato wedges, drink. RM 17.80

6-pc Nuggets 6 pieces of nuggets, dip. RM 9.20

9-pc Nuggets 9 pieces of nuggets, dip. RM 12.90

3-pc Crispy Tenders 3 pieces of Crispy Tenders, dip. RM 7.90

6-pc Crispy Tenders 6 pieces of Crispy Tenders, dip. RM 14.20

Cheezy Wedges (L) Cheezy Wedges RM 6.50

Wedges (L) Wedges RM 5.70

Whipped Potato (R) Whipped Potato RM 3.00

Whipped Potato (L) Whipped Potato RM 6.90

Coleslaw (R) Coleslaw RM 3.00

Coleslaw (L) Coleslaw RM 6.90

Colonel Rice Colonel Rice RM 3.20

Jalapeño Cheese Sauce Jalapeño Cheese Sauce RM 1.80

Whipped Potato Gravy Whipped Potato Gravy RM 1.80

Sour Cream & Onion Sauce Sour Cream & Onion Sauce RM 1.80


4. Drinks

MENU ISI HARGA

Pepsi Black (Can) Pepsi Black (Can) RM 3.70

Pepsi (Can) Pepsi (Can) RM 3.70

7 Up (Can) 7 Up (Can) RM 3.70

Pepsi Black (1.5L Bottle) Pepsi Black (1.5L Bottle) RM 5.90


5. Meals For Sharing

MENU ISI HARGA

6-pc Sawadee Crunch Combo 6 pieces of Sawadee Crunch, whipped potato, coleslaw, wedges, drink. RM 49.50

9-pc Sawadee Crunch Combo 9 pieces of Sawadee Crunch, whipped potato, coleslaw, wedges, drink. RM 68.50

15-pc Sawadee Crunch Combo 15 pieces of Sawadee Crunch, whipped potato, coleslaw, wedges, drink. RM 105.50

Mega Variety Box 6 pieces of chicken, 12 pieces of nuggets, potato wedges, dip, whipped potato, drink. RM 59.90

6-pc Combo 6 pieces of chicken, potato wedges, whipped potato, coleslaw, drink. RM 48.90

9-pc Combo 9 pieces of chicken, potato wedges, whipped potato, coleslaw, drink. RM 67.90

15-pc Combo 15 pieces of chicken, potato wedges, whipped potato, coleslaw, drink. RM 104.80

5-pc Chicken 5 pieces of chicken RM 26.50

9-pc Chicken 9 pieces of chicken RM 45.90

12-pc Chicken 12 pieces of chicken RM 45.90

7 Up (1.5L Bottle) 7 Up (1.5L Bottle) RM 5.90


6. Deals

MENU HARGA ISI

Sawadee Crunch Box Meal 1 piece of Sawadee Crunch, burger, whipped potato, coleslaw, wedges, drink. RM 21.90

3-pc Sawadee Crunch Combo 3 pieces of Sawadee Crunch, whipped potato, coleslaw, drink. RM 21.90

2-pc Sawadee Crunch Combo 2 pieces of Sawadee Crunch, whipped potato, coleslaw, drink. RM 17.90

6-pc Sawadee Crunch Combo 6 pieces of Sawadee Crunch, whipped potato, coleslaw, wedges, drink. RM 49.50

9-pc Sawadee Crunch Combo 9 pieces of Sawadee Crunch, whipped potato, coleslaw, wedges, drink. RM 68.50

15-pc Sawadee Crunch Combo 15 pieces of Sawadee Crunch, whipped potato, coleslaw, wedges, drink. RM 105.50

Popcorn Chicken Combo Popcorn chicken, wedges, drink. RM 14.50

Popcorn Chicken À La Carte Popcorn chicken RM 9.90

Mega Variety Box 6 pieces of chicken, 12 pieces of nuggets, potato wedges, dip, whipped potato, drink. RM 59.90


Inilah sebahagian menu dan harga dari KFC, kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut, korang boleh pergi ke KFC sendiri tau. 

Menu dan Harga kredit : Semakanharga.com

Alhamdulillah, dapat rezeki untuk collaboration!

 



Assalamualaikum dan selamat pagi! Hati aku sedikit berbunga-bunga pagi ni sebab aku ada terima satu emel baru-baru ni. Last aku dapat emel untuk collaboration adalah dalam tahun 2016 ke 2015 tak silap aku. Sebab blog aku tak lah sefamous blog yang lain. Masih sendu gitu haha. Tapi, jika ada rezeki adalah, rezeki kan tak pernah salah alamat. 

Kali ini aku kena buat artikel semua dalam Bahasa Inggeris. Aku harap taklah salah banyak sangat dalam bidang Grammar tu. Iyalah, ini kan bukanlah bahasa yang kita guna untuk tulis hari-hari, aku pun mengaku aku tak pandai sangat. Setakat nak baca dan faham tu adalah. Sebab dekat sekolah pun kita ada belajar, walaupun basic sahaja dah memadai. 

Aku sebenarnya amat selektif nak ambik mana-mana blog ke website ke untuk review. Aku akan tengok dulu kalau info tu berguna pada orang, aku akan share. Tapi kalau blog tu asyik menabur fitnah je tak habis-habis, aku tak akan pilih. Sebab bagi pendapat aku, better aku collab dengan blog yang menjual barang-barang macam pakaian ke, skincare ke, ada jugak faedah aku membantu orang untuk menjadi manusia yang yakin diri. 

Daripada aku memilih untuk mengejar trafik, tapi hakikatnya semuanya fitnah..tak ke aku nak tanggung dosa? Aku pun pahala taklah banyak mana. Huhu. Baiklah, berbalik pada cerita tadi, aku kena siapkan artikel tu dalam masa 3 hari. Aku harap aku sempatlah berbuat demikian. Doakan aku tau semoga urusan dipermudahkan. Amin..

Bye!

Sunday 15 January 2023

Pengalaman Renew Kad Bank CIMB Yang Dah Expired




Assalamualaikum dan selamat malam. Kali ini aku nak ceritakan sedikit pengalaman aku yang tak seberapa untuk dijadikan rujukan orang lain pada masa yang akan datang. Aku dengar, ramai jugak yang mengalami bad experience kalau renew kad di bank. Aku harap diorang akan perbaiki servis masing-masing, sebab itulah setiap manusia pasti melakukan kesilapan. 

Baiklah, aku terdetik nak pergi renew kad CIMB sebab kakak aku mesej kad dia dah expired. Aku ni main cucuk je kad ATM tu, tak perasan langsung kata kad tu dah expired. Oh ya, kad aku sama tarikh dengan kad kakak aku. Jadi, kami rancang nak pergi sama-sama masa cuti bulan 12 tahun lepas. 

Kami pergi hari Selasa, rupa-rupanya ingat tak ada orang. Punyalah awal aku pergi haha. Tapi, sangkaan kami berdua meleset. Ramai gila woiii, beratur macam tak ada hari esok. Kebanyakannya semua kad expired macam kami haha. Aku mintak adik aku tunggu saja dalam kereta, sebab tak lama pun nak renew kad tu. 

Dia jadi lama sebab kena beratur di luar. Dalam 5 orang sekali masuk saja. Aku tunggu adalah dalam setengah jam, lepas tu kami kena bawak keluar IC dan isi borang yang diorang bagi. Isi nama, alamat, dan yang penting sekali, no kad bank yang dah expired tu. Siap sign, bagi borang tu balik dekat kaunter dan aku pun tunggu lah nombor giliran aku dipanggil. 




Bila dah panggil, kad lama tu diorang ambil dan diorang scan ibu jari. Lepas dah selesai, dia bagi kad baru dan aku dah pun boleh tukar no pin. Sangat mudah! Yang penting jangan lupa bawak IC, sebab dia nak IC yang ori ya. Kalau salinan IC aku takut diorang tak terima. 

Secara keseluruhannya, prosesnya tak lama dan diorang pun friendly. Lepas ni aku kena alertlah kad bank mana yang expired lagi. Aku ni kalau kakak aku tak bagitahu, nampaknya sampai kiamatlah aku tak tukar haha. Lepas ni, aku akan ceritakan pulak bagaimana aku nak tukar kad siswa aku tu jadi kad ATM semula. Stay tuned!

Semoga pengisian kali ni memberi manfaat. Bye!

Blog Bertukar Baju Baru

 


Assalamualaikum dan selamat pagi. Semoga korang sihat-sihat saja. Aku dekat sini sihat saja. Ha, buat yang pertama kali datang ke blog aku, aku ucapkan selamat datang. 

Kepada yang selalu blog aku, mesti korang tertanya-tanya kan, blog dah bertukar baju ke? Haah, dan aku masih mengambil orang yang sama iaitu Aisyhah. Walaupun dia dah kurang aktif blog, tapi dia masih lagi godek-godek blog dia tau. Korang boleh support dia, hadirkan komen dekat blog dia. Aku letak kan url blog dekat blog list aku. Senang korang nak singgah nanti. 

Azam tahun 2023 ni sudah tercapai satu, iaitu tukar baju blog. Pencapaian untuk post entri masih lagi aku takut nak letak harapan tinggi, nanti tak terbuat pun haha. Aku masih lagi berfikir nak letak entri apa untuk memenuhkan lagi feed dekat blog ni ha.. kepada yang komen dekat post-post aku yang sebelum ni, thanks tau. Aku masih belum dapat nak komen lagi, sebab tengah pakai phone. Inshallah kalau aku bukak pakai lappy, aku cuba balas satu persatu komen korang. 

Amacam? Okey tak baju blog kali ini? Aku bercadang nak pakai template ni lama. Jadi mungkin 2-3 tahun akan datang aku tukar pulak, mengikut mood aku lah nanti nak tukar ke tak. Sebelum ni template yang Aisyhah buat dia tak keluar gambar. Terpaksa tukar, dah lah cantik. Sedih kan..sebab tu la aku request dekat Aisyhah supaya buat semula. 

Template yang sebelum-sebelum ni jangan risau, aku masih simpan tau untuk aku gunakan nanti. Jangan kecil hati. Haha. Nanti korang kecil hati pulak sampai boikot tak nak datang blog aku dah...alaa..tak naklah macam tu okey. 

Doakan aku supaya sentiasa maju jaya dalam berblogging ni. Amin!

Friday 13 January 2023

Ada Sebab Kenapa Aku Turun 10kg...


 

Assalamualaikum dan selamat pagi. Entah kenapa hari ini aku terfikir nak share satu pengalaman aku di mana aku hampir loss 10kg dalam masa 6 bulan, dan masa entry ini ditulis, berat badan aku masih maintain tau. Kalau makan banyak, akan naik sikit, pastu kalau aku makan sikit, dia akan turun balik. Alhamdulillah BMI aku masih normal sampai sekarang. Pejam celik pejam celik, aku dan berjaya maintain berat badan sudah hampir 4 tahun. 


Mengapa aku turun 10kg? 

Sebenarnya, aku masih belum sedar diri pun tau masa berat badan aku naik 10kg tu. Aku mula sedar masa zaman study. Ada student course sama batch aku tu diorang jalankan kajian. Jadi setiap orang dari kelas kami diorang akan ambik tinggi dan berat masing-masing. Aku terkejut jugak sebab sudah lama aku tak timbang berat. Naik hampir 10kg weh! Aku memang happy sebab berat aku naik, sebab dari zaman sekolah lagi berat badan aku susah nak naik. Nak naik 1kg pun cukup payah haha. 

Jadi, roomate aku pun ada tegur, memang berat badan aku naik sikit. Tapi kami tahu, menjadi student tu cukup payah nak jaga makan, tidur tak payah cakap lah, tidur lewat saja memanjang. Sembang pukul 2-3 pagi tu perkara biasa. Jadi, tak pelik kalau berat badan naik mendadak. Muka aku pun dah tak terjaga dah. Berbanding sudah kerja sekarang, dan tahu sikit-sikit soal skincare, memang lain gila dari zaman belajar. Muka pun dah bersih. Jerawat pun malu-malu nak naik. 

Sejak dari roomate aku tegur tu, aku terus cari jalan penyelesaian. Tak kanlah aku nak jadi macam ni buat selama-lamanya? Aku tahu, ada saja orang yang kutuk aku sebab berat badan, tapi tulah, tak kan diorang nak cakap kan? Mesti diorang senyap je. Aku tak kisah sangat pasal tu. Yang penting, aku nak sihat. Ni jalan pun termengah-mengah, naik tangga macam nak semput. Bahaya jugak weh!


Cara aku turun 10kg.



Aku tak ada tips sangat. Tapi masa mula-mula tu, aku hanya cut minuman manis dan lebihkan air masak. Selalunya bila dapat elaun, aku akan pergi Tealive. Sebab aku suka minum Hazelnut Choco sejuk.Tak kisah lah berapa kali pun, aku mesti repeat menu yang sama. Sebab kalau cuba menu lain takut tak sedap. 

Bila petang pulak, aku akan jogging, buat cardio dengan brisk walk kalau ada hari aku tak jogging. Aku rasa kalau dengan jogging tu, berat badan aku cepat turun. Mungkin sebab aku kawal gula juga. Soal makan, aku lebih banyak makan sup saja. Macam menu sup ayam, sup ikan. Nasi aku makan suku je. Selebihnya aku hirup sup. Aku bagi nasi yang lebih tu pada roomate aku. Oh ya! Kalau minggu tu aku banyak makan ayam, aku akan cari jugak satu hari tu untuk makan ikan dan sayur. Sayur tu memang ambil banyaklah. Sebelum ni ada jugak nak diet, tapi tak jadi. Kali ni, aku nak buat betul-betul.  Roomate aku menyokong usaha aku untuk kurus. 

Aku tak ada broken ke apa haha. Tapi cepat pulak berat badan aku turun. Pada masa yang sama, bulan puasa jugak. Jadi aku tak makan lewat malam dah. Masa berbuka, masa tulah aku makan. Lepas terawih, aku minum green tea saja. Dan aku tak makan sangat bila sahur sebab terlampau kenyang. Jadi aku minum air saja untuk ambil berkat sahur tu. 

Sekarang ni, kalau tengok air manis pun macam tak rasa nak minum pun tau. Pergi kedai nak air masak sejuk. Tu je. Sebab lagi nikmat minum air masak. Sebab itu, aku perasan kulit muka aku sudah kurang bermasalah, jadi cerah semula jadi. Sebabnya toksin dalam badan dah kurang. Jerawat pun naik seketul dua saja. 

Pesanan

Jadi, satu je pesanan aku untuk korang yang nak kurus. Jangan sesekali putus asa. Aku tahu ramai yang akan jadi lemah semangat bila nak turunkan berat. Aku faham perasaan tu sebab aku sendiri pun pernah berada di tempat tu. Cuma aku harap orang yang memang sejak azali tak gemuk-gemuk jangan sesekali menghina orang lain gemuk. Aku cukup pantang orang body shaming dan face shaming. Sebab fizikal kita boleh berubah. Cuma antara nak dengan tak je. 

Okeylah, setakat ini sahaja post aku. Semoga terinspirasi. Bye!


Movie Review: Orphan First Kill (2022)




Orphan: First Kill adalah film horror/thriller Amerika Serikat tahun 2022 yang disutradarai William Brent Bell dari naskhah yang ditulis David Coggeshall. Film ini adalah prekuel dari Orphan (2009). Produser Alex Mace dan produser eksekutif David Leslie Johnson-McGoldrick masing-masing menjadi penulis cerita dan penulis naskah dari film aslinya. Isabelle Fuhrman kembali melakonkan Esther serta Julia Stiles dan Morgan Giraudet turut membintangi film ini. Film ini diproduksi oleh Paramount Players, Dark Castle Entertainment, Entertainment One, dan Sierra/Affinity.

Pelakon

Isabelle Fuhrman sebagai Leena Klammer / Esther

Morgan Giraudet sebagai James Klammer

Rossif Sutherland

Matthew Finlan sebagai Gunnar

Hiro Kanagawa sebagai Donnan

Julia Stiles


Sinopsis

Pada 26 Januari 2007, pesakit psikiatri Estonia Leena Klammer, seorang wanita berusia 31 tahun dengan gangguan hormon jarang dipanggil hypopituitarism yang memberikannya rupa seorang kanak-kanak berusia 9 tahun, mengatur pelarian dari Institut Saarne dengan menggoda dan membunuh seorang pengawal dan bersembunyi di dalam kereta Anna, seorang ahli terapi seni. Selepas memecah masuk ke rumah Anna dan membunuhnya, Leena mencari gadis Amerika yang hilang dan mendapati bahawa dia mempunyai persamaan dengan seorang gadis bernama Esther Albright, yang hilang pada tahun 2003. Kemudian, menyamar sebagai seorang gadis yang hilang, Leena didatangi oleh seorang pegawai polis Rusia dan memperkenalkan dirinya sebagai "Esther", mendakwa bahawa ibu bapanya berada di Amerika Syarikat.

Di Darien, Connecticut, artis kaya Allen Albright dan isterinya, dermawan Tricia, yang sejak itu bersetuju dengan kehilangan anak perempuan mereka, dimaklumkan oleh Detektif Donnan bahawa "Esther" telah ditemui. Tricia pergi ke kedutaan A.S. di Moscow di mana dia bertemu semula dengan Esther. Tricia membawa Esther pulang dan serta-merta mula berasa ragu-ragu apabila dia menyedari bahawa Esther telah melupakan kematian neneknya atau kemahiran melukisnya telah meningkat dengan pesat berbanding sebelum dia menghilang. Leena semakin menyayangi Allen selepas mereka berdua mula terikat dengan kemahiran melukis mereka dan cuba memisahkannya daripada Tricia.

Semasa Tricia dan Allen menghadiri gala amal yang dihoskan oleh Tricia, Donnan tiba di rumah dan mencuri rekod vinil dari bilik Esther yang mempunyai cap jari Leena di atasnya. Dia membawanya pulang ke rumahnya, tidak menyedari bahawa Leena telah mengikutinya, dan menganalisis cap jari untuk mendapati ia bukan padanan. Leena menyerang Donnan sebelum Tricia tiba, setelah mengikut Leena. Yang mengejutkan, Tricia menembaknya mati. Tricia mendedahkan bahawa dia tahu Leena bukan Esther, yang meninggal dunia empat tahun sebelumnya semasa pertengkaran dengan anak lelaki Tricia, Gunnar, yang Tricia tutup tanpa pengetahuan Allen. Leena mendedahkan identiti sebenar kepada Tricia, dan kedua-duanya kemudian membuang mayat Donnan ke dalam bilik bawah tanah tempat Esther dikebumikan dan membingkai kehilangannya sebagai perjalanan bercuti dengan memalsukan e-mel ke balai polis.

Mengetahui bahawa ia akan menjadi terlalu mencurigakan jika "Esther" hilang semula, Tricia bersetuju untuk meneruskan tindakan Leena demi Allen, dan Leena dan Tricia tetap berjaga-jaga antara satu sama lain. Tricia akhirnya cuba meracuni Leena semasa makan malam, tetapi Leena enggan makan makanan itu dan meminta maaf. Leena menyuapkan makanan kepada tikus yang tinggal di dalam biliknya dan kemudian mendapati tikus itu mati akibat termakan makanan beracun. Leena membalas dengan membuat smoothie hijau yang dicampur dengan bangkai tikus untuk Tricia. Allen mendedahkan dia akan pergi ke bandar untuk bertemu tentang galeri seni yang berpotensi. Di stesen kereta api, Leena cuba membunuh Tricia dan Gunnar dengan menolak mereka di hadapan kereta api, tetapi percubaannya diganggu secara tidak sengaja oleh penumpang yang lalu lalang. Dengan Allen pergi, Leena cuba melarikan diri dengan mencuri kereta Tricia, tetapi dia segera ditemui oleh seorang pegawai polis.

Malam itu, Leena dibawa pulang ke rumah Albright dan Tricia dan Gunnar akhirnya memutuskan untuk membunuh Leena. Tricia cuba untuk membunuh diri, tetapi Leena melawan dan melarikan diri sebelum Gunnar melemparkannya ke bawah tangga. Terganggu dengan panggilan telefon daripada Allen, yang akan pulang ke rumah, Tricia dan Gunnar mencari Leena apabila dia hilang. Leena menembak Gunnar dengan panahan silang, kemudian menikamnya hingga mati dengan pedang pagarnya. Tricia dan Leena yang marah bergaduh di dapur, secara tidak sengaja menyebabkan rumah itu terbakar dalam proses dan pasangan itu melarikan diri ke bumbung apabila Allen pulang ke rumah.

Tricia dan Leena kedua-duanya tergelincir dan akhirnya berpaut pada bumbung, memohon Allen untuk menyelamatkan mereka, dengan Leena mendakwa Tricia menyerangnya, dan Tricia cuba mendedahkan kebenaran tentang Leena. Tidak dapat menyelamatkan mereka berdua, Allen memilih untuk membantu "Esther", menyebabkan Tricia kehilangan cengkamannya dan terjatuh sehingga mati. Allen kemudian memeriksa wajah Leena, yang menyebabkan gigi palsunya gugur. Menyedari dia bukan Esther, Leena cuba mempertahankan dirinya dengan mengatakan "dia melakukannya untuk mereka" dan bahawa dia "mencintai Allen", hanya untuk Allen memanggilnya "raksasa". Marah, dia menolaknya dari bumbung hingga mati. Leena kemudian berpakaian sebagai "Esther" dan meninggalkan rumah yang terbakar selepas membersihkan darah di mukanya.

Kemudian, "Esther" dipindahkan ke rumah anak yatim di mana dia menunggu keluarga baru untuk mengambilnya sebagai anak angkat.


Review

Cerita ni aku dah tengok tahun lepas. Aku ada tengok Orphan (2009) masa PKP dulu. Serious mind blowing dan aku tak terfikir pun bagaimana seorang budak yang begitu genius menyusun plot pembunuhan. Rupa-rupanya dia bukanlah seorang budak biasa. 

Sebab Esther dalam cerita tu tersangatlah comel. Jadi, aku tak terfikir pun dialah yang punca segala kematian tersebut. 


Kepada yang baru pertama kali nak tonton cerita ni, aku sarankan korang tengok cerita Orphan: First Kill dulu, lepas tu korang boleh proceed tengok Orphan pulak. Sebab cerita Orphan First Kill ini dia lebih kepada awal-awal bagaimana Lenna tu tukar nama dia sebagai Esther. 

Kalau korang tengok cerita Orphan saja, korang tak akan faham sikit sebab cerita tu dia ada flashback. Tapi tak banyak. Muka Esther dalam cerita ni tak banyak berubah. Cute saja. 


Kepada yang takut tengok darah, korang boleh skip saja part tu, sebab memang ada scene darah-darah. Aku mula-mula tengok pun aku rasa pening. Haha. Over all, cerita ni sangat best, dan pengajaran dia dekat sini, kita tak boleh percayakan sangat orang luar datang masuk keluarga kita. Sebab kita tak tahu apa agenda dia nak buat. 

Mak kepada Esther tu punyalah rindu anak dia, tapi yang dia dapat bukanlah Esther, sebaliknya Lenna. Sebenarnya ada plot twist di sini kerana mak Esther tulah yang bunuh anaknya sendiri. Dan dia mengharapkan Esther tu tak kan hidup balik. Tapi, memandangkan ayah Esther tu terlalu sayang pada Esther, dia sanggup mencari sampailah terjumpa Lenna yang menyamar menjadi Esther. Gila kan dia punya twist! Aku pun sampai tak boleh brain kenapa mak Esther tu tergamak bunuh anak dia sendiri weh!

Okeylah, sekian saja entri kali, korang cubalah tengok cerita ni. Best!

Popular Posts