Tuesday 31 January 2023

Skincare: Cleanser untuk oily skin

 



Assalamualaikum. Pada hari ni, aku nak kongsikan pencuci muka bagi aku sangat best untuk oily skin atau pun kulit muka yang berminyak. Kadang-kadang aku rasa rimas sebab belum sampai tengah hari pun kulit muka dah berkilat, sudah lah berkilat, jerawat pun tak payah cakap lah, memang akan naik on off sebab pori muka tersumbat. Tak suka tau. Berikut aku kongsikan rating cleanser yang bagi aku sangat best untuk kulit berminyak. 

1. Cosmoderm Salicylic Acid & Niacinamide 

Untuk kulit muka berminyak, aku sarankan korang amik ingredient yang ada 2 bahan ni. Sebab pada masa yang kulit korang akan kuranglah berkilat sebab 2 bahan ni cuci muka korang dengan bersih. Pori pun tak akan tersumbat sebab salicylic acid membantu untuk bersihkan pori muka dengan mendalam. Dengan ini, kulit korang akan kurang untuk naik jerawat. 

Review: Kulit muka aku kurang minyak. Pencuci muka dia tekstur cream ya, tapi bila basuh tu muka korang tak ada rasa ketat sebab dia free from SLS, SLES, paraben. Ada rasa berangin sikit. Bau dia bau menthol. Rasa sejuk saja muka. 


2. Cosmoderm Tea Tree Oil


Untuk korang yang acne prone skin, aku sarankan korang amik yang ini sebab ada tea tree oil yang bagus untuk merawat jerawat. Dia tak ada rasa berangin pun yang ni. Tekstur dia cream. Tapi macam biasa, tak ada rasa ketat pun. Ada bau tea tree. 

Review: Aku pakai pencuci muka yang ni bila muka aku naik jerawat. Jerawat cepat kecut ya. Bagi aku sangat best. 


3. Cetaphil Gentle Cleanser



Aku pakai cleanser Cetaphil ni masa kulit muka aku mula-mula breakout dulu. Agak lama jugak aku pakai. Sebelum Cetaphil keluarkan yang warna pink tu, aku pakai yang ni versi lama punya. Yang biru muda ni dah versi baru. Dia pun dah upgrade niacinamide dalam ni. Oh ya, cleanser ni tak ada buih ya. Warna putih jernih. Korang tekan lah banyak kali pun, memang tak ada buih. Sesuai untuk kulit yang sensitif dengan buih. 

Review: Aku guna untuk remove make up. Memang berkesan masa kulit tengah meragam. Lepas ni mungkin aku akan guna balik untuk guna yang ni pengganti cleansing oil. 


4. Cetaphil Oil Cleanser


Pencuci muka ni aku pakai on off. Sebab aku tukar-tukar dengan cleanser cetaphil yang dekat atas tu. So far, bagi aku okay saja. Kesan dia agak lambat, tapi memang membuatkan kulit aku yang breakout tu okay balik. Hampir 2 tahun aku pakai Cetaphil weh. Sabun mandi pun aku guna Cetaphil masa aku sakit kulit dulu. Sangat seksa ya. Alhamdulillah, kulit aku sudah makin okay dan aku pun sudah boleh guna sabun mandi yang lain. 

Review: Pencuci muka ni ada buih walaupun sikit. So far, sepanjang aku guna memang tak ketat pun muka selepas cuci. Dapat kurangkan jugak jerawat dekat muka. 


5. Cetaphil Bright Healthy Radiance



Aku rasa inilah pencuci muka yang aku pakai agak lama jugak. Dah berapa tiub dah aku pakai. Tekstur dia cream. Bagi aku, untuk kulit kering better jangan pakai. Ada rasa ketat sikit. Tapi untuk kulit berminyak memang aku sukalah sebab dia hilangkan segala minyak dekat kulit muka aku haha. 

Review: Guna cleanser ni memang best. Jerawat naik seketul dua saja. Tapi tak lah sebest Cosmoderm Tea Tree Oil tu. Aku pakai ni masa kulit tengah breakout. Sangat membantu. Brand Cetaphil sangat bagus untuk rawat kulit aku masa kulit aku sangatlah tak okey masa tu. Dari jerawat penuh sampai lah sekarang tak ada jerawat sangat dah. Kulit pun makin smooth. 


6. Healez Ultra Defensive Calming Cleanser


Sekarang ini, aku pakai cleanser Healez ni. Tu pun aku terpengaruh dekat tiktok haha. Masa tu ada promo, aku beli satu set dengan serum dia. Kita pam cleanser ni terus keluar buih. Tekstur dia berair dan dia bukannya gel. Dalam tu nampak je air, tapi bila pam tak keluar air tu pun, keluar buih. Dia ada 9 ingredient yang power untuk rawat kulit yang tengah breakout, jerawat, jeragat, tiny bumps. 

Review: So far, aku mula pakai pada 10 haribulan. Seriously, aku rasa buih dia sangatlah gentle dan dia cuci muka aku bersih. Dah tak ada pori tersumbat pun tau. Sebab dia ada 2 bahan yang sama dengan Cosmoderm yang tiub biru. Aku dah fall in love sangat. Ni pun aku beli lagi buat stok. Oh ya, untuk jerawat badan pun boleh guna. Sebab cleanser ni ada HOCL yang boleh bunuh kuman penyebab jerawat. Aku pakai ni kulit minyak aku sudah kurang, tiny bumps memang hilang. Pori dekat muka pun makin smooth. Seriously, aku recommend korang untuk beli cleanser ni! Berbaloi. 

Baiklah, setakat ini sahaja entri aku. Lepas ni aku akan cuba buat entri yang lain pulak. Bye!

6 comments:

  1. Dalam banyak2 cleanser di atas, Cuya cuma pernah try yg Cetaphil je..
    dalam beberapa tahun lepas Cuya dah start jumpa doktor pakar kulit, diorang ada bagi ubat khas nama centrimide. Alhamdulilah sekarang jerawat dah jarang tumbuh kt muka, cuma tinggal parut je. Hah yg tu kena tunggu berduit buat rawatan dermapen atau laser

    lama juga Cuya berkawan rapat dengan jerawat...HAHA

    Skrg Cuya dah tk jumpa pakar kulit dah, dah boleh tukar cleanser biasa yang mild pada kulit

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita tak jumpa pun lagi doktor pakar kulit. harap boleh elok sendiri lah huhu

      Delete
  2. Banyak tu pelbagai. Mrs. A sekarang ni sedang guna sabun sacha inci sebelum ni buih pencuci muka wardah. Make-up remover Anas

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, sebab bila breakout mmg kena cari yang gentle. susah jgk nak cari sesuai dgn kulit

      Delete
  3. oo..nak try la yang cosmoderm tu untuk anak bujang rumah ni. tengah byk jerawat

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je kak, pakai yang tea tree tu. adik kita pun berjerawat memang clear elok dah muka dia

      Delete

Popular Posts