Thursday, 26 January 2023

Senarai Tempat Makan Menarik di Sungai Petani, Kedah

Assalamualaikum, kali ini aku nak share beberapa tempat makan menarik di Sungai Petani Kedah. Kalau korang berkunjung ke Kedah, aku sarankan korang pergilah ke tempat ni. Memang sedap pada tekak akulah. 


1. Pallet Cafe

Pallet Cafe ni dia tingkat atas tau, dekat kedai bawah tu kedai cina, jangan salah masuk pulak. Landmark dia dekat dengan Village Mall. Makanan dia sedap dan banyak yang western. Nasi goreng pun ada kalau korang berminat nak makan. Harga dia not bad. Sesuai dengan portion. Special signature dia salted egg pasta. Aku bagi 5 bintang. Aku harap diorang tak ubah resepi. 




2. Overstepped Cafe

Cafe yang ni aku repeat order banyak kali. Sebab sedap dan portion dia pun banyak. Menu yang paling popular dekat sini Chicken Parmigiana dan Fish and Chip. Air dia pulak special sebab ada nama-nama macam kartun Disney sikit. Tapi aku tak order lah sebab aku tak minum manis haha. 






3. Big Mouth Republic

Portion dia besar sangat weh! Air korang jangan beli banyak. Cukup beli satu pastu share 2-3 orang. Satu jag dia bagi nanti haha. Jangan tertipu ya kalau dia nak bagi gelas, gelas tu gelas jag tau haha. Aku pernah makan set western. Bapak besar dan banyak. Kami makan 4 orang, tu pun tak habis tapau bawak balik. Nak pergi ramai-ramai, aku suggest dekat sini. Aku makan dekat Taman Sejati. Berhadapan dengan Parkson. 



4. Atin Crepe

Crepe Atin ni kalau nak makan, korang boleh pergi ke Bahulu Kampung Huma dan Eika Ishak. Aku dah berapa kali repeat dah crepe dia. Sedap rasa macam aiskrim. Bahulu Kampung Huma ni bukan ada desert saja, kerepek-kerepek pun ada tau. Atok aku sukalah pergi sini, sebab dia peminat kerepek haha. Kuih raya pun ada. 


5. Udang Celup Tepung, Bandar Puteri Jaya

Dekat sini udang dia besar-besar, dan harganya pun murah. Sejujurnya, kedai dia depan rumah aku je haha. Ramai yang datang jauh-jauh sebab nak rasa udang dia. Korang boleh pilih nak saiz udang yang mana. Panas-panas dia goreng. 




Baiklah, setakat ini sahaja post aku. Nanti, aku akan share pulak kedai makan yang aku pergi sedap pada tekak aku. Bye!

 

12 comments:

  1. Kedah pun akak x sempat explore lagi...tapi kalau sempat explore nanti boleh la pi terjah mana- mana yang berkaitan...

    ReplyDelete
  2. Bestnyaaaa.. Mcm mcm ada.. Entah bila nak Mai lagi..

    Pernah singgah Changloon ja dulu.. sebab hantaq adik p belajaq..

    ReplyDelete
  3. Wowww menarik! Tak pernah sampai SP lagi. Kena pi jugak esok-esok ni. Hahahaa.

    ReplyDelete
  4. Boleh masuk list ni almaklumlah selalu ke kedah skrg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk list kak. pallet cafe selalu underated. makanan dia banyak yang sedap2

      Delete
  5. tq share walaupun jarang sgt nak naik ke utara... tp utara best mcm² menu best

    ReplyDelete
    Replies
    1. datanglah ke utara nanti. ada banyak kedai makan

      Delete

Popular Posts