Assalamualaikum dan selamat malam. Sebelum ini aku ada mention kan aku ada dapat payment dari post collaboration dari emel tu. Ha, tapi selalunya post-post collaboration datang nya dari luar negara. Sebab tak semua website yang buat collaboration dekat blog aku datang nya dari Malaysia. Tak silap, ada satu saja yang dari Malaysia. Kebanyakkannya semua luar negara.
Jadi, akaun Paypal ini sangat berguna tau kalau korang nak transfer atau receive duit dari luar negara. Tak semua negara sama bank macam kita kan, jadi akaun Paypal ini merupakan akaun orang tengah lah katakan. Kena transfer ke Paypal dulu baru boleh masuk akaun bank kita. Selalunya ambil dalam masa 2-3 hari baru dapat.
Okey, persoalannya dekat sini macam mana kita nak tahu nombor akaun Paypal kita? Ada nombor ke? Ha, sebenarnya akaun Paypal ni pelik sikit. Dia tak sama macam nombor akaun bank biasa. Bagi nombor saja terus bank in, terus transfer. Sebenarnya akaun Paypal ini hanya perlukan alamat emel kita sahaja. Itulah nombor akaun Paypal kita.
Kesimpulannya, kalau orang tanya, apa nombor akaun Paypal kita? Kita bagi sahaja alamat emel kita. Itulah dia. Tak payah pening-pening pergi cari nombor dekat Paypal. Tak kan ada. Jadi, sebab itulah kita kena berhati-hati bagi emel. Takut tersalah bagi emel orang lain pulak. Dah tak dapat duit. Rugi tau. Pastikan check betul-betul sebelum bagi.
Okeylah! Setakat ini sahaja perkongsian aku. Bye!
Hi there! A question, does our Paypal account has expiry date? Lama dah tak singgah akaun tu, jadi tak sure wujud ke tak lagi hahahaa
ReplyDeletehi awak. setakat ni akaun paypal tak ada pulak expired date, melainkan dia suruh update emel. betul ke tak kita masih guna emel tu.
Deletebtw, blog awak tak boleh nak komen huhu.. baru nak singgah komen. kita dah follow awak tau
DeleteBaru tahu. Hehe sebab belum ada akan PayPal.
ReplyDelete