Thursday, 19 January 2023

Pengalaman Mengundi Kali Pertama.

Assalamualaikum dan selamat malam. Aku baru saja sampai Kedah dari Perak tadi. Memang minggu ni sangatlah busy sampai aku makan petang sebagai ganti makan tengah hari. Sempat menjamah sepotong kek je sebagai alas perut drive tadi. 

Dekat jalan sudah banyak kereta ya, pakat berpusu-pusu nak balik kampung sempena CNY. Yang kereta laju tu satu hal. Lori pun satu hal, asyik nak berhimpit je. Tengoklah keadaan sekeliling, bahaya tau. Sebab tu senang jadi kemalangan. Jangan pentingkan diri sendiri. Tau nak cepat, orang lain pun nak cepat sebab ada urusan, tapi mesti patuh pada peraturan jalan raya. Bahaya kalau ikut diri sendiri saja. Nyawa ada satu saja dik..tak boleh nak cari ganti. 

Baiklah, kali ni aku nak kongsikan pengalaman aku mengundi kali pertama. Sebenarnya nak post entry ni lepas entry mak aku kena covid hari tu. Tapi tak terpost-post haha. Aku pun dah peram lama sangat entry ni sampai dah tahun 2023 baru kalut nak post. 

Alkisahnya, lepas seminggu mak aku habis kuarantin dari Covid-19, kita pun dah boleh mengundi masa tu. Bekas PM kita, Dato Ismail Sabri Yaakob pun dah bagi tol percuma untuk balik mengundi. Aku ni sebenarnya terfikir-fikir, nak balik ke tak..kalau tak balik macam rugi sebab cuti. Balik pun macam was-was nak undi apa. Jadi dalam tempoh seminggu tu aku fikir lah nak balik ke tak. 

Masa tu banyak dah bendera dan kempen di merata-rata tempat. Tengok orang post sana sini berdasarkan parti masing-masing. Semangat lain macam ya PRU15 ni. Aku pun ambil keputusan untuk turun mengundi. Sebab aku pun pertama kali. Jadi tak salah untuk ambil pengalaman. 

Pagi tu, aku dan adik aku pergi pusat mengundi naik motor je. Ramai gila woiii haha. Macam semut. Aku dah naik semput dah bila tengok aku kena saluran 8 tingkat 3. Sebab pusat mengundi kami berdua dekat sekolah 4 tingkat. Jadi kami kena berjalan kaki agak jauh jugak untuk sampai ke tempat mengundi tu. Aku bawak IC original dan aku pergi mintak tolong pegawai SPR tu untuk check kan no giliran aku berapa, sebab aku tak ingat. Aku ingat saluran saja haha. 

Masa kita masuk ke saluran tu, pastikan kita tunjukkan IC dan check nama kita betul ke tak, lepas tu baru celupkan jari dekat dakwat kekal. Diorang yang tolong aku macam mana nak buat. Tunggu dakwat kering, korang akan dapat satu kertas untuk undi. Pastikan kertas tu okey dan tak koyak. Pen digalakkan untuk bawak sendiri. Tapi dekat sana pun disediakan pen dah. Tak mengapa. 

Dalam satu masa, dua orang saja boleh masuk. Aku siap pangkah, terus lipat kertas tu masuk dekat tempat kertas undi tu. Dah selesai. Sekejap saja. Nak beratur tu yang lama. Haha. Adik aku sampai 2 jam sebab terlalu ramai yang turun mengundi. Lepas dah selesai mengundi, kami pun terus pulang ke rumah. 

Senang saja rupanya mengundi ni. Jadi teruskan jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia 5 tahun sekali sahaja. Inilah demokrasi berparlimen. Aku harap yang pertama kali nak mengundi nanti, boleh lah rujuk blog ni sebagai rujukan okey! 

Baiklah, setakat ini sahaja post aku pada malam ini. Bye! 

2 comments:

  1. tahniah kerana telah menunaikan tanggungjawab sbg pemilih buat kali pertama....

    ReplyDelete
  2. Saya dengan adik pergi dah petang. Takyah menunggu dah. Laju je.. Alhamdulillah. Hehe

    ReplyDelete

Popular Posts