Friday, 6 January 2023

Tips Mudah Untuk Makan Buah

 


Assalamualaikum dan selamat malam. Semoga hari-hari mendatang akan lebih tenang dan bahagia selalu. Minggu depan dah mula sibuk dengan mesyuarat dan segala data akan diambil, jadi minggu ni kita rehatlah cukup-cukup. 


Aku selalunya akan tertidur kejap pada waktu petang bila drive selama 2 jam setengah. Letih mat.. tapi itulah, dia rasa puas tau sebab mata pun akan rasa segar. 


Baiklah, akan aku kongsikan tips aku yang kurang sikit makan buah ni. Aku jenis yang semua makanan aku makan, tapi bila sampai kepada buah ni aku kurang, sayur aku makan jugak semua. Kecuali ada certain sayur yang aku tak makan. 


Buah ni memang aku sangat selective. Haha. Sampaikan kena buat cucur dululah apa lah baru makan. Macam mengada pulak kan. Tapi itulah, untuk versi aku kali ini, aku rasa sesuai untuk korang yang nak mula-mula makan buah. 


1. Cuba mulakan dengan makan dengan aiskrim . Yang ini cara paling mudah aku rasa. Aku selalu jugak singgah Llaollao kalau nak makan buah kiwi dengan buah naga. Selama 27 tahun ni, sumpah kalau dia letak buah macam tu je, memang aku tak akan ambik haha. Bila ada aiskrim yogurt tu, aku beranikan diri cuba dengan buah. Eh, sedap jugak rasanya. Not bad. Korang boleh try. 


2. Buat jus. Yang ni paling senang. Korang blend saja apa jenis buah untuk jadikan jus. Macam aku, aku suka tembikai. Kalau buat jus, tak payah suruh minum pun aku pergi sendiri habiskan. Sampaikan buah tembikai tu dah macam buah favourite! Dah boleh belajar makan sendiri tak payah blend buat jus. 


3. Cuba masukkan dalam masakan. Macam buah tomato, cuba masukkan dalam sup ke, asam pedas ke, apa-apa saja masakan. Supaya nanti pada masa yang sama korang akan cuba jugak rasa buah itu dimasak. Sesetengah orang tak suka makan buah tomato yang mentah kan? Ha..jadi cuba buat cara ini. Macam aku, kalau pisang buat goreng pisang, cekodok laju je makan. Cempedak pun sama. Tak payah paksa. Memang sendiri akan makan. Kalau tunggu tak buat cucur, memang tak sentuh lah buah tu haha. 


Okeylah, aku rasa setakat ini saja tips dari aku. Korang bolehlah apply tips dekat sini sekiranya bersesuaian. Bye! 





4 comments:

  1. Kalau buah2an, lebih suka makan segar

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, tapi dah sejenis susah nak makan buah, sebab tu terpaksa guna cara lain huhu

      Delete
  2. Jenis tak makan buah boleh dipelbagaikan dalam bentuk makanan lain atau minuman. Selain aiskrim, masakan, boleh juga masukkan buah dalam kek, puding, kuih muih. Buat jus tu paling mudah lah

    ReplyDelete

Popular Posts