Qodrat ialah sebuah filem seram aksi keagamaan Indonesia pada 2022 yang diarahkan Charles Gozali. Filem yang dibintangi oleh Vino G. Bastian dan Marsha Timothy sebagai watak utama ini ditayangkan di pawagam Indonesia bermula 27 Oktober 2022.
Sinopsis
Berpuluh-puluh tahun lalu, Ustaz Qodrat (Vino G. Bastian) selaku pemilik ilmu ruqyah gagal merawat anaknya sendiri, Alif Al-Fatanah (Jason Bangun) yang dirasuki suatu syaitan bernama Assuala. Qodrat pun memutuskan untuk pulang ke pesantren asalnya. Namun, ketika sampai di sana, Qodrat jatuh kebingungan kerana pesantren tersebut diisi gangguan-gangguan yang tak dapat dijelaskan. Hal ini mengakibatkan Qodrat perlu meruqyah Alif Amri (Keanu Azka), anak bongsu Yasmin (Marsha Timothy), yang memiliki nama sama dengan arwah anaknya.
Pelakon
Vino G Bastian sebagai Ustaz Qodrat
Marsha Timothy sebagai Yasmin
Maudy Effrosina sebagai Asha
Randy Pangalila sebagai Zafar
Cecep Arif Rahman sebagai Rochim
Keanu Azka Briansyah sebagai Alif Amri
Jason Bangun sebagai Alif Al Fatanah
Pritt Timothy sebagai orang tua di sel
Whani Darmawan sebagai warden dirasuk
Agla Artalidia sebagai Tanti
Adelheid Bunga sebagai Jihan
Rezca Syam sebagai Ilham Amri
Eduwart Manalu sebagai Suami Tanti
Ricky Saldan sebagai Kobar
Yayu Unru
REVIEW
Secara jujurnya, ini merupakan movie yang best pernah aku tengok dekat wayang selain Munafik. Aku pun baru tahu bahawa terdapat jin yang bernama Assuala. Sebelum ni, aku tak pernah dengar pun. Aku beli tiket wayang ni pada waktu pagi. Dan dapatlah harga dalam RM12 macam tu. Aku pergi tengok bersama-sama dengan adik dan sepupu. Disebabkan sepupu aku tu masih bawah umur 12 tahun, kenalah pilih seat depan jugak. Dekat dengan speaker.
Pada permulaan cerita, diorang ada mention cerita ni guna ayat ruqyah yang betul tau. Aku ni berdebar-debar pulak incase nanti ada sesuatu yang terjadi dekat dalam wayang. Dah lah aku ni mana reti nak berubat orang. Agak ramai jugak yang tengok selain dari kami. Satu seat tu penuh sebaris penonton India. Aku pun tabiklah, diorang tengok jugak cerita-cerita macam ni.
Aku tak sempat langsung nak betulkan seat, dah datang jumpscare. Nasib tak luruh jantung tau haha. Yang paling aku tak boleh brain, kalau korang ada takut darah ke, jenis-jenis genre thriller ke, better korang tutup je mata. Sebab cerita ni ada scene darah-darah, potong tangan. Aku pun tahan je nafas jangan bagi rasa nak pitam. Banyak darah woiii haha.
Dan cerita ni, ada sedikit pengajaran dekat situ. Kau jangan fikir kawan baik kau tu seorang yang baik sampai mati. Aku dekat sini tak sangka, kawan baik Ustaz Qodrat tu sendiri yang puja Assuala. Sebab dia nak kan kekayaan. Dia ruqyah orang, tapi dia mintak duit, mintak jual apa sahaja. Kampung tu pulak dah jadi padang jarak padang tekukur dah. Akhirnya, aku puas sebab Ustaz Qodrat dapat tahu jugak kawan dia punya kerja.
Tengok dekat ending, katanya akan ada lagi season 2. Mesti dia nak cari siapa pembunuh isteri dia. Kali ni Ustaz Qodrat berjaya cari pembunuh anak dia. Kena tunggu season 2 lah, baru boleh tahu siapa dalangnya pulak. Bagi aku, cerita ni best. Kau tak kan sempat langsung nak pergi tandas ke apa, sebab plot dia okay. Tak slow.
Aku harap cerita ni diorang akan tayang dekat tv. Berbaloi untuk korang tengok. Cerita ni jugak ceritakan keindahan Islam dan jugak akidah kita sebagai orang Islam. Sentap jugak bila kawan Ustaz Qodrat ni bercakap,
"Kita sebut asma Allah, tapi sejauh mana kita pertahankannya?"
Menusuk kalbu weh!
Okeylah, setakat ini sahaja entri kali ini. Inshallah, akan aku post lagi tentang movie yang aku dah tengok masa dekat wayang tahun lepas. Sebenarnya banyak saja, tapi tulah, tak terpost lagi pun. Bye!
Post a Comment