Monday 16 January 2023

Alhamdulillah, dapat rezeki untuk collaboration!

 



Assalamualaikum dan selamat pagi! Hati aku sedikit berbunga-bunga pagi ni sebab aku ada terima satu emel baru-baru ni. Last aku dapat emel untuk collaboration adalah dalam tahun 2016 ke 2015 tak silap aku. Sebab blog aku tak lah sefamous blog yang lain. Masih sendu gitu haha. Tapi, jika ada rezeki adalah, rezeki kan tak pernah salah alamat. 

Kali ini aku kena buat artikel semua dalam Bahasa Inggeris. Aku harap taklah salah banyak sangat dalam bidang Grammar tu. Iyalah, ini kan bukanlah bahasa yang kita guna untuk tulis hari-hari, aku pun mengaku aku tak pandai sangat. Setakat nak baca dan faham tu adalah. Sebab dekat sekolah pun kita ada belajar, walaupun basic sahaja dah memadai. 

Aku sebenarnya amat selektif nak ambik mana-mana blog ke website ke untuk review. Aku akan tengok dulu kalau info tu berguna pada orang, aku akan share. Tapi kalau blog tu asyik menabur fitnah je tak habis-habis, aku tak akan pilih. Sebab bagi pendapat aku, better aku collab dengan blog yang menjual barang-barang macam pakaian ke, skincare ke, ada jugak faedah aku membantu orang untuk menjadi manusia yang yakin diri. 

Daripada aku memilih untuk mengejar trafik, tapi hakikatnya semuanya fitnah..tak ke aku nak tanggung dosa? Aku pun pahala taklah banyak mana. Huhu. Baiklah, berbalik pada cerita tadi, aku kena siapkan artikel tu dalam masa 3 hari. Aku harap aku sempatlah berbuat demikian. Doakan aku tau semoga urusan dipermudahkan. Amin..

Bye!

3 comments:

Popular Posts