Tuesday 10 January 2023

Pengalaman Test JPJ

 


Assalamualaikum. Hari ini akan aku ceritakan bagaimana aku mengambil test JPJ setelah sekian lama. Saja nak share, mana tahu orang akan baca blog aku ni sebagai panduan. Sebenarnya, aku ambil test JPJ ni sebanyak dua kali. Aku sempat test yang versi lama punya, tapi sebab kekangan masa dan aku pun fail masa dekat litar, aku pun tak sempat nak ambil test baru. Masa tu tahun 2014. Aku masuk Matrikulasi pulak, jadi memang terkuburlah. 

Aku tunggu 2 tahun pulak lepas tu baru aku sambung ambik test semula. Masa tu aku dah masuk Universiti. Ah! Jem, aku pun tak tahulah aku masih ingat ke tak lagi haha.. 

Ayah aku cakap, sebenarnya diorang dah tukar test ni, test ni dah tak sama macam dulu. Kiranya ada tambahan parking S dan Z. Masa dulu tak ada. Check kereta luar dalam pun ada tau. Masa dulu, panggil nama je terus jalan, kau tak payah nak check cermin lah, tali pingganglah, tayar and so on. 

Jadi, ayah aku bagi aku pilihan, sama ada aku nak teruskan ke tak. Aku ni fikir punya fikir, terus aku setuju. Tapi, ayah aku cakap nak test kereta manual ke auto? Sebab masa ni kereta auto dah ada dekat tempat belajar memandu aku tu. Aku pun tanpa fikir panjang, aku teruskan je nak test kereta manual, sebab aku dah pandai sikit dah. Kalau kereta auto, aku kena start dari zero balik. 

Lagi pun, kereta auto ni lain sikit cara test dia. Ada palang-palang kena letak di tempat yang betul. Aku takut aku tak sempat nak catch up sebab aku memang memerlukan masa yang cepat. Susah jugak kalau tak ada lesen ni, nak bergerak pergi mana-mana payah. 

Jadi, nak dipendekkan cerita, aku amik masa 2 minggu untuk belajar balik dekat litar dan jalan raya, lepas tu terus test. Pada hari kejadian, aku bersama-sama calon yang lain tu kena beratur tau, kau kena preparelah IC dan lesen L tu, letak dekat kaunter. Nanti dia akan panggil nama kau untuk tentukan kau naik kereta yang mana untuk buat check up segala komponen yang ada dekat situ. 




Aku kena check kereta dulu, ada dua jenis. Satu kita check luar kereta, tengok lah bumper depan tu kita bukak dan kita sebut minyak hitam ke, air wiper ke, segala pintu kau kena bukak dan tutup. Check angin tayar, bukak bonet dan semuanya lah. 

Kali kedua, kau kena masuk kereta bersama-sama pegawai yang nak test tu. Masa tu kau kena pakai tali pinggang, check cermin, wiper, lampu segala buttonlah supaya berfungsi. Yang penting, kau kena tengok partner sebelah kau tu pakai tali pinggang ke tak. Biarlah pegawai tu nak cakap apa, at least dekat sini korang dah dapat markah untuk keselamatan tu. 

Bila pegawai tu cakap dah siap, ha, masa tu korang turunlah dari kereta dan tunggu sekejap untuk sesi litar dulu ke atau jalan raya dulu. Masa ni aku dah start cuak dah sebab ye lah kan, kepala otak aku fikir nak lulus saja haha. 

Bila nama aku dipanggil, aku pun terus pergi dekat kereta tu. Kereta Viva manual dan sangat sedap tau bawak. Sebab macam kereta baru. Aku pun bawa lah pegawai tu di jalan raya. Walaupun masa nak keluar dari kawasan tempat memandu tu banyak kali dah enjin kereta mati. Aku ni berharap lah tak fail. Nasiblah pegawai tu faham. Masa tu aku check semua benda, walaupun ada yang aku terlupa, tapi nasib markah tu tak menjadikan aku fail. Aku diminta untuk membawa ke jalan 2. Nasiblah aku ingat walaupun pergi sekali je. 

Aku cuba untuk tidak rasa nervous dan kepala otak aku masa tu memang menari-nari lah kiranya. Aku tak nak dibawa balik. Biarlah dari awal sampai habis aku bawak pegawai tu. Alhamdulillah berjaya. Kali ni aku tau dah, aku mesti lulus jalan raya sebab pegawai tu tak mintak aku suruh turun tukar driver. 

Selepas tu, aku diminta untuk tunggu lagi. Tunggu test untuk litar pulak. Berdebar-debar weh! Sebab aku masih takut dengan test yang lepas. Aku fail dekat bukit kot. Kali ni, aku nak buktikan aku boleh. Aku harap kereta yang aku dapat tu senang nak masuk gear. Sebelum ni agak susah dan keras. Sebab tu boleh terundur. Alhamdulillah kali ni aku dapat kereta kancil, kami beratur tau mengikut nombor. Macam dalam setiap sesi tu ada dalam 5-6 kereta sekali jalan. 



Aku sebelum naik bukit, aku cuba test dulu hand brake dia. Kalau dia tak terundur maka aku boleh harungi bukit tu dengan aman. Haha..

Aku akhirnya berjaya tau. Sebelum aku lepaskan handbrake tu, aku pastikan kereta tu betul-betul berhenti sama line dengan palang. Masa tarik handrake tu, aku pastikan kereta tak terundur. Aku terpaksa guna dua tangan tau nak turunkan handbrake tu balik haha. Akhirnya bila bukit dah lepas, terus aku buat parking S dan Z, serta parking-parking yang lain. Alhamdulillah okay saja. 

Aku menarik nafas lega tau. Markah aku memang sipi-sipi saja. Tapi, mengingatkan aku tak nak lagi test buat kali yang ketiga, aku dah rasa gembira. Akhirnya aku lulus test JPJ! Dalam masa seminggu, aku pergi ke JPJ untuk uruskan kad lesen memandu. Dan sekarang ini, aku pun dah ada lesen P dah. Sudah ada lesen yang biasa jugak. Sekali renew 5 tahun sekali. Malas nak renew setahun-setahun nanti rumit pulak. 

Nasihat aku, kepada yang nak ambil lesen tu, jangan takut! Korang redah je! Pastikan korang ingat semula apa yang diajar dan jangan nervous. Inshallah, korang boleh buat. 

Baiklah, sampai sini sahaja, bye!

5 comments:

  1. Saya pun redah je masa test. Tahu-tahu lulus terus. Alhamdulillah syukur. Betullah tu, ikut je apa yang cikgu memandu ajar. InshaAllah Allah permudahkan.
    Tahniah dah lulus. Lepas ni boleh jalan jauh sendiri :)

    ReplyDelete
  2. Akak ambik test jpj ni thn 2004 dulu... hahaha... lama giler dah... masa tu mmg semua keta manual je ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa betul. last 2015 macam tu kot tak silap ada manual saja. lepas tu ada auto dah

      Delete

Popular Posts