Tuesday 3 January 2023

Movie Review: Mechamato (2022)

 



Mechamato Movie ialah sebuah filem komedi aksi animasi komputer Malaysia 2022 dan prekuel kepada siri animasi Mechamato: The Animated Series. Dihasilkan oleh Animonsta Studios dan diedarkan oleh Astro Shaw, filem ini diarahkan oleh Nizam Razak dan dibintangi oleh Armand Ezra, Adzlan Nazir, Fadhli Mohd Rawi, Ielham Iskandar, Marissa Balqis, Fazreen Mohd, Hazzley Abu Bakar, dan Feroz Faizal. Filem ini mengikuti pertemuan pertama Amato dengan MechaBot dalam kapal angkasa penjara yang terhempas di mana Amato akhirnya menjadi tuan baharu MechaBot, menyebabkan mereka dikejar oleh Grakakus, makhluk asing yang jahat.

Pada mulanya diumumkan untuk tayangan 2021, filem ini telah ditangguhkan beberapa kali disebabkan oleh pandemik COVID-19. Hal ini menyebabkan siri animasi dikeluarkan sebelum filem ini. Tayangan filem ini diumumkan secara rasmi pada September 2022.

Mechamato Movie mula ditayangkan di Malaysia dan Brunei pada 8 Disember 2022.


Sinopsis 

Seorang budak lelaki bernama Amato menemui robot berkuasa MechaBot selepas sebuah kapal angkasa misteri terhempas di Bumi. Amato kini boleh menggunakan keupayaan istimewa MechaBot untuk Mechanize objek biasa menjadi peranti berteknologi tinggi kerana kejayaannya mengakali robot tersebut dan menjadi tuannya. Tanpa diketahuinya, makhluk asing sibernetik Grakakus sedang mengejar MechaBot dan tidak akan berhenti untuk mendapatkannya untuk tujuan jahatnya sendiri.

Pelakon suara

Armand Ezra sebagai Amato / Mechamato

Adzlan Nazir sebagai MechaBot

Fadhli Mohd Rawi sebagai Grakakus

Ielham Iskandar sebagai Pian

Marissa Balqis sebagai Mara

Fazreen Mohd sebagai Tok Sah

Hazzley Abu Bakar sebagai Datuk Bandar Andy

Feroz Faizal sebagai Encik Aman dan Troket

Syabil Syamin sebagai Deep

Anas Abdul Aziz sebagai Aba

Siti Salwa Samsudin sebagai Umi

Nizam Razak sebagai Bago Go dan Bula

Azrul Fazlan Hamdan sebagai Bili


REVIEW


Secara keseluruhan, aku suka movie kali ini. Walaupun aku bukanlah peminat setia Boboiboy ke Mechamato ke ataupun Ejen Ali. Tapi setiap kali movie seperti ini ditayangkan dekat pawagam, mesti aku tak melepaskan peluang untuk tengok. Apa salahnya kan kita support karya tempatan. 

Aku suka dengan plot dia, ada lawak sikit, taklah bosan. Aku pergi dengan sepupu aku, rata-ratanya sangat seronok. Sebab bahasa dia amat mudah difahami, budak yang berumur 3 tahun pun tengok tau. Jadi, penggunaan bahasa yang baik boleh mereka adaptasi dalam kehidupan seharian. 

Elemen silat dalam cerita ni memang best lah. Jarang-jarang kita ketengahkan seni warisan budaya negara kita. Apa salahnya kali ini kita tonjolkan apa yang ada, bagi semua negara tahu bahawa negara Malaysia ini kaya dengan seni warisan Melayu. Part dia berlawan pakai silat tu aku kagumlah! Nak repeat lagi tau. 


Part paling kelakar, Amato ni benda yang tak jangka pun dia nak Mechanize. Bila dah dalam keadaan terdesak, batang penyapu ke batang mop pun kau boleh nak Mechanize haha. Tapi, pengakhiran movie ni bagi aku puas. Yang jahat dapat balasannya. 

Okeylah, kepada yang nak tengok cerita ni, korang boleh ke pawagam sekarang tau! Nanti dah tak tayang, rugi pulak. 

Bye!

3 comments:

Popular Posts