Assalamualaikum! Amacam, cantik tak baju baru aku? Baju ni nanti aku akan pakai minggu depan. Baju T-shirt saja. Aku geram betul dengan rabbit dekat baju tu. Sangat comel haha.
Baju ni aku beli tau. Ada orang ambik order hari tu, jadi aku pun bayar dalam RM24 macam tu. Siap ambik saiz. Kena check sendiri saiz mana yang aku nak. Aku sebenarnya nak ambik saiz S memandangkan T-shirt akan kecik sikit kan dari saiz asal, tapi aku takut terlebih labuh pulak.
Akhirnya aku memilih ambik saiz XS. Baju ni aku tak try pun lagi. Aku haraplah muat haha. Macam pelik je kan, aku dah lah kurus je tak kan tak muat.
Doakan supaya program minggu depan berjalan dengan lancar, dan aku pun dapat bercuti dengan gembira. Amin!
wah siap beli baju CNY... semangatt...hehhe
ReplyDeletewah, semangat Malaysia ni.
ReplyDeleteterbaik. siap ada baju :)
saiz XS tu adalah saiz izzat, anak bongsu aida sekarang.
lain maciam semangat dia
ReplyDelete