Assalamualaikum. Hari ni baru berkesempatan aku nak menulis entri blog setelah sekian lama aku tak update kan? Minggu ni minggu yang paling pack buat aku, siang keja, petang pula meeting. Nak kena cari masa untuk berehat dan siapkan mana-mana kerja yang tertangguh. Setakat ni alhamdulillah aku masih lagi bernyawa dan boleh buat kerja tanpa rasa tertekan.
Okey, sebenarnya tujuan post ni aku saja nak flashback kembali bagaimana rasanya mempunyai friendship atau kawan baik yang sentiasa tolong korang ketika susah dan senang. Aku mengakui, bukan senang nak cari kawan sejati macam tu kan? Betul tak? Aku sudah mengalami pengalaman yang memeritkan, di mana aku tak boleh nak bagitahu parents aku, jadi aku luahkan kepada kawan baik aku.
Dan, dialah ada di saat aku jatuh, saat aku berada dalam titik terendah, sebab masa tu pensyarah aku pun tak tahu aku ada masalah, dia dapat tahu pun sebab dia lihat sendiri dan dia pun tak percaya aku mampu diam selama tiga bulan. Sebab utamanya, aku malas nak cari gaduh dan aku tetap layan dengan cara yang baik. Orang psiko aku pun, aku jenis tak amik kisah. Nanti dia akan slow down sendiri.
Ini adalah salah satu contoh kisah sahaja ya, aku cuma ceritakan kembali.Tak ada kena mengena pun dengan kisah peribadi aku, aku cuma letakkan bagaimana kalau aku jadi macam pencerita ini, sesetengah orang dia tak boleh nak handle masalah dia, jadi dia akan cenderung ke arah depression, jadi masalah macam ni bagi orang lain mungkin nampak remeh, tapi bukan untuk semua orang. Jadi, dia perlu luahkan kepada orang yang dipercayai.
Sesetengah orang, kita nampak dia bahagia, namun sebelah sisinya yang lain, dia menangis. Dia cuma sembunyikan perasaan tu sebab tak nak kita tahu. Setelah air mata tu hilang, dia akan ceria kembali bagaikan tak ada masalah yang berlaku. Kawan-kawan dan ibu ayah perlu prihatin atas keadaan kawan dan anak masing-masing, jika mereka tersalah arah, tarik dia ke jalan yang betul.
Baiklah, drama ni aku dah tengok beberapa hari lepas. Secara jujurnya aku rasa sedih, marah, gembira, sebak dan macam-macam perasaan yang ada. Sebab kisah ni aku boleh relate dengan kehidupan aku sendiri. Bagaimana dua orang watak utama dalam cerita ini berkorban untuk orang yang mereka sayang.
Salah satu scene dalam cerita ini Wei Wuxian (pakaian hitam) berkorban untuk adik nya, meskipun tu bukan adik kandung dia pun, dia sanggup bagi golden core untuk adik dia berjuang kembali melawan puak-puak yang jahat. Sedangkan dia, sudah tak ada golden core lagi, terus beralih kepada bermain silap mata dan tak boleh main pedang. 16 tahun lepas tu, baru adik dia tahu abang dia korban kan semuanya.
Nak cabut golden core sakit ya, tambah-tambah bila nak berpindah tu, kau kena buat secara dalam sedar. 2 hari 1 malam dalam keadaan sedar, macam tak pakai ubat bius lah kalau operate. Adik dia tak percaya pengorbanan abang dia sampai macam tu sekali.
Kawan sejati abang dia, Lan Wangji (baju putih), masa ni pun tak tahu Wei Wuxian ni sanggup rahsiakan semuanya, dia rasa serba salah. Dia pernah cakap, dia menyesal sebab tak ada dekat kawan dia masa kawan dia jatuh gaung dulu. Dan bila kawan dia ni hidup balik, dia nak tebus semula kesalahan dia. Part ni aku sedih, sebab iyalah, kawan baik kot. Macam mana pun baik buruk dia, dia tetap kawan baik kita.
Ada scene kekeluargaan di sini, di mana kakak Wei Wuxian (bukan kakak kandung dia) terbunuh semata-mata nak selamatkan dia. Bukan itu saja, mak dan ayah angkat dia pun turut terbunuh. Masa nilah adik dia salahkan abang dia terus-terusan. Dalam sekelip mata mereka tak ada keluarga. Puak mereka hancur dan perlukan masa untuk naik semula.
Kita boleh relate mak ayah sanggup buat apa sahaja untuk anak diorang. Sampaikan sanggup fikir anak dulu barulah diorang sendiri. Aku tengok scene ni pun berair mata aku. Kalau dah sayang, apa-apa sahaja kita akan buat untuk anak kita terus hidup.
Cerita ni ada 50 episod, The Untamed. Korang boleh tengok dekat apps Wetv ataupun Kissasian. Bagi aku, 50 episod pun tak cukup, ada lagi Special Edition 20 episod, di mana ada scene tambahan yang tak ada dalam 50 episod tu. Korang boleh tengok. Sebenarnya cerita ni diambil dari tajuk novel, dah ada versi kartun, cuma dalam novel dia amat berbeza dengan cerita, tapi penyampaian cerita ini adalah sama. Bagi aku, persahabatan dalam cerita ni amat masterpiece!
Kalau korang dah tengok, korang boleh buat review ya. Sekian.