Showing posts with label paypal. Show all posts
Showing posts with label paypal. Show all posts

Tuesday, 7 February 2023

Duit dalam Paypal pending?

 



Assalamualaikum, aku nak share satu cara macam mana aku buat apabila duit dalam Paypal kita on hold. Macam dia kira pending lah. Kan sebelum ni, aku ada share aku baru dapat duit selepas buat post collaboration. Dia ada hantar emel dan mengatakan payment on hold. Aku rasa pelik lah, kenapa tiba-tiba sahaja on hold. Sebab sebelum ni, aku main game Cash Em All pun dia masuk terus dalam akaun Paypal, tak adanya nak pending. 

Aku pun cuba check, kenapa status duit aku tu pending. Macam mana kalau duit tu aku tak dapat balik? Ah jem kepala haha. Aku ada jugak buat research, apakah punca akaun Paypal kita jadi macam tu. Rupanya ini adalah sebabnya. 


1. Akaun Paypal dah lama tak masuk duit. 

Ha, yang ini aku mengaku. Last aku guna Paypal ni pun penghujung 2021. Lepas tu, phone aku rosak dan aku beli baru. Jadi, memang berhabuklah akaun Paypal aku ni tak masuk-masuk duit. Aku dah lama tak redeem coins. Jadi, tak peliklah akaun aku pending. Aku baru nak start balik aktif main game dekat Appstation. Dan aku baru saja redeem duit dalam dua minggu lepas. Ini pun sebagai syarat untuk akaun aku kekal aktif. 


2. Sender tu pertama kali hantar duit.

Sebelum ni kan, aku guna apps game tu hanyalah sender yang sama sahaja. Tak ada sender nama lain pun. Jadi pihak Paypal akan kenal satu pihak saja. Tengok-tengok, sender kali ni orang yang berbeza. Jadi tak pelik pun kalau diorang nak on hold dulu payment tu. Risau nanti kita kena scam ke apa. Diorang mintak aku review dulu akaun sender tu betul ke tak. Baru aku boleh proceed. 


Jadi, untuk dapatkan duit tu balik, aku guna cara ini supaya lebih cepat. Sebenarnya, boleh saja kalau korang nak duit tu tanpa berbuat apa-apa. Tapi korang kena tunggu sampai 28 hari atau pun ikut tarikh yang dia bagi. Tapi akan jadi lama lah pulak. Tambah-tambah kalau kita nak pakai duit tu secara urgent. 




Aku bukak akaun Paypal aku balik, dia akan jadi macam dalam gambar ni. Jadi aku tekan Add tracking info dan masukkan nombor rujukan yang dia bagi seperti dalam emel. Status tulis cakap dah delivered. Courier pilih other. Kalau kena isi jugak nama courier tu, korang kosong kan no tracking. Lepas tu dah siap. 



Dan alhamdulillah, duit dah selamat masuk dalam akaun Paypal aku dalam masa 2 hari sahaja tanpa tunggu lama. Kalau korang ada pengalaman macam aku ni, korang cubalah buat macam aku punya. 

Baiklah, setakat ini sahaja perkongsian aku. Bye!

Sumber gambar: Google Images

Monday, 6 February 2023

7 Aplikasi main game dapat duit di Paypal


Assalamualaikum. Hari ini akan aku kongsikan bagaimana aku main game dan dapat buat duit menggunakan Paypal. Selain aku amik paid review, collaboration dengan blog lain untuk dapatkan duit, aku jugak main game untuk kumpulkan point. Dengan point tersebutlah aku dapat redeem duit. Caranya mudah sahaja. Pertama sekali, korang mestilah ada akaun Paypal. Kalau tak ada akaun, agak susah sikit untuk buat. Kepada yang masih tak percaya, korang tengok post aku dekat sini macam mana aku redeem dan jugak bukti aku duit tu masuk dalam akaun Paypal aku. 

Tips tambah duit dengan aplikasi Cash Em All

Redeem duit Paypal dengan aplikasi Cash Em All

Berikut adalah aplikasi yang lebih kurang sama dengan Cash Em All. Aku akan compilekan semua sekali ya. Korang boleh pilih nak yang mana. Sekarang ni, aku dah tak boleh bukak aplikasi Cash Em All aku. Entahlah ada problem sikit. Agak sedih jugak sebab dah lah aku stay lama dengan aplikasi ni. Tup tup dah tak boleh bukak pulak. Jadi, aku terpaksa guna aplikasi yang lain. Search saja di Play Store. Untuk iOS aku tak pasti sebab aku pengguna android. Korang boleh cuba sesuai tak dengan phone korang okey! Cari logo sama dalam gambar ni tau. Sekarang ni, aku guna aplikasi Appstation. 


1. Cash Em All


2. Appstation



3. Coin Pop



4. Cashyy



5. Money well


6. Cash alarm



7. The Lucky Miner



Aku dah cuba semua aplikasi ni tau. Tapi, buat masa sekarang, aku setia dengan Appstation sahaja. Kalau nak install semua nanti tak cukup storage. Jangan risau, aplikasi ini masih legit dan membayar, Walaupun duitnya tak banyak, namun cukuplah untuk menampung kehidupan. Yang pasti, kita kena rajin, itu sahaja. 

Baiklah, setakat ini sahaja perkongsian aku pada hari ini, bye!

Wednesday, 18 January 2023

Macam Mana Nak Tahu Nombor Akaun Paypal Kita?

 


Assalamualaikum dan selamat malam. Sebelum ini aku ada mention kan aku ada dapat payment dari post collaboration dari emel tu. Ha, tapi selalunya post-post collaboration datang nya dari luar negara. Sebab tak semua website yang buat collaboration dekat blog aku datang nya dari Malaysia. Tak silap, ada satu saja yang dari Malaysia. Kebanyakkannya semua luar negara. 

Jadi, akaun Paypal ini sangat berguna tau kalau korang nak transfer atau receive duit dari luar negara. Tak semua negara sama bank macam kita kan, jadi akaun Paypal ini merupakan akaun orang tengah lah katakan. Kena transfer ke Paypal dulu baru boleh masuk akaun bank kita. Selalunya ambil dalam masa 2-3 hari baru dapat. 

Okey, persoalannya dekat sini macam mana kita nak tahu nombor akaun Paypal kita? Ada nombor ke? Ha, sebenarnya akaun Paypal ni pelik sikit. Dia tak sama macam nombor akaun bank biasa. Bagi nombor saja terus bank in, terus transfer. Sebenarnya akaun Paypal ini hanya perlukan alamat emel kita sahaja. Itulah nombor akaun Paypal kita. 

Kesimpulannya, kalau orang tanya, apa nombor akaun Paypal kita? Kita bagi sahaja alamat emel kita. Itulah dia. Tak payah pening-pening pergi cari nombor dekat Paypal. Tak kan ada. Jadi, sebab itulah kita kena berhati-hati bagi emel. Takut tersalah bagi emel orang lain pulak. Dah tak dapat duit. Rugi tau. Pastikan check betul-betul sebelum bagi. 

Okeylah! Setakat ini sahaja perkongsian aku. Bye!

Friday, 18 March 2022

Tips Tambah Duit dengan Aplikasi Cash Em All


Hai korang. Semoga korang menanamkan azam yang kuat untuk tahun 2022 ni. Doakan aku dapat transfer untuk tahun hadapan, sebab cadangnya aku nak mohon tukar akhir tahun ni. Aku nak settledown terus.

Okey baiklah, aku nak share dengan korang satu aplikasi ni yang aku masih guna sampai sekarang dan ianya legit ya. Maksudnya aplikasi ini membayar duit dalam akaun paypal. Bukan scam tau.. Bagi yang ada akaun paypal, so korang boleh proceed. Yang tak ada, korang kena buat dulu ya. 

Macam mana nak dapatkan duit dengan aplikasi Cash Em All ni? Ha, sangat mudah, mari sini aku kongsikan cara-caranya.

1.Download aplikasi Cash Em All di Playstore. Untuk ios pun boleh tak ada masalah.


Cari icon ini ya. Jangan salah download pulak.

2.Sign up. Kalau sign up pakai Facebook lagi cepat. Aku pakai facebook saja.

3.Dia akan mintak Face Verification, korang kena pastikan muka korang tu masuk dalam frame yang disediakan. Dah masuk, dia akan tulis success!

4.Dia akan mintak emel untuk akaun paypal korang. Sebab payment akan masuk ke dalam akaun Paypal tau. Bukan Bitcoin, Wire Transfer etc. Korang isikanlah emel korang tu.

5.Check pulak emel korang kalau dia suruh verify kan akaun korang. Kalau dia tak mintak, tak perlu ya.

6.Korang akan dibawa ke paparan utama ni. Macam gambar di bawah.


Ini adalah game yang korang kena download. Pilih game yang banyak coins per min. Kalau lagi banyak coin, lagi cepat korang redeem duit korang.


Ini adalah contoh game yang telah aku download. Kalau korang nak duit masuk, korang kena masuk dalam aplikasi ini dulu baru boleh open game korang. Kalau tak, korang tak akan dapat redeem duit dan coins pun tak naik.


Kalau dia dah keluar tanda hijau tu maknanya korang boleh redeem duit korang. Paling sikit RM0.83. Paling banyak dalam RM33.28.

7. Nak redeem, tekan button hijau tu, nanti dia akan bagi notification dekat korang yang payment korang dalam proses. 

8.Korang akan dapat emel dalam 24 jam mengatakan korang dah dapat payment.



Contoh emel yang diorang hantar dekat aku.

9.Check paypal korang dan it's done!

Ini bukti dalam paypal aku.


REVIEW: Aku dah banyak kali redeem dah dengan aplikasi ini. Memang legit dan masih membayar. Kalau korang nak dapat coin lebih, korang kena tekan link ini, 

Tekan sini untuk download


Kalau korang nak lebih faham, nah aku kongsikan video ya cara nak daftar.


Setakat ini sahaja entry kali ini. Jumpa lagi pada entry akan datang.

Saturday, 19 February 2022

Redeem Duit Paypal Melalui Aplikasi Cash Em All


Hai korang. Aku rasa sangat gembira hari ini. Dah berapa bulan aku kumpul coin dan akhirnya aku dapat jugak redeem coin tersebut untuk ditukarkan kepada duit melalui akaun Paypal. 

Kalau korang nak tahu macam mana aku buat, korang boleh tengok di entri Tips Tambah Duit Melalui Aplikasi Cash Em All.

Aplikasi ini masih lagi legit membayar ya. Aku redeem dalam pukul 10 pagi. Selalunya proses payout akan amik masa dalam sehari. Tapi, tadi aku tengok dia tak sampai 24 jam, dah bagi notification cakap payout tengah diproses.



Bila dah bagi notification macam ni, jangan lupa check akaun Paypal korang. Hehe. Aku menjadikan aplikasi ini sebagai platform aku cari duit lebih. Bukannya jadi scammer sana sini, makan duit orang dengan cara tak betul. Selain jadi dropship, buat kolaborasi, jadi aku main game sahajalah pakai aplikasi ini untuk buat duit lebih. 

Bila dah cukup nanti, aku nak cashout. Semoga tercapai lah hasrat aku nanti. Ameen.



Wednesday, 5 January 2022

Cash Em All dah naik coins!


Hai korang. Aku harap korang sihat-sihat sahaja. Hari ini aku nak kongsikan coins aku dekat aplikasi Cash Em All. Kalau korang nak tahu, aplikasi ini boleh buat duit tau. Korang boleh pergi ke post sebelum ini ya.

Tips Nak Tambahkan Duit Melalui Aplikasi Cash Em All.

Kalau korang nak download, korang boleh pergi link ini ya, korang boleh dapat coins lebih. Selagi mana aku main game dalam aplikasi tu, selagi itulah korang dapat coins dan cepat redeem duit korang. Nak download tekan sini ya.

Download Aplikasi Cash Em All

Ini adalah hasil coins yang aku sudah kumpul. Aku tak nak redeem lagi sebab aku nak redeem duit banyak sikit masuk paypal.


Sebelum ni aku ada dalam 4000++ coins. Sekarang aku ada dalam 13000++ coins macam tu.



Ini hasilnya. Kepada yang masih belum download lagi aplikasi ini, korang boleh download pakai je link yang aku dah bagi. Rugi lah, kalau korang tak guna link tu sebab aku dah bagi coins percuma untuk korang tebus.

Okaylah, setakat ini sahaja post untuk kali ini. Kalau korang nak buat giveaway ke, cari sponsor ke, korang emel sahaja aku ya. Bye!

Popular Posts