Friday 1 December 2023

Please jangan judge manusia dari luaran.

Assalamualaikum. Setelah sekian lama menyepi, aku akhirnya nak berkongsi pengalaman aku pergi ke Kuala Lumpur masa cuti Deepavali hari tu. Sebenarnya, aku pergi bukanlah pergi bercuti sangat pun. Tapi aku mendengar bengkel penulisan khat oleh penulis yang terkenal. 

Alang-alang pergi kan, boleh timba ilmu sekali. Perjalanan tak mudah ya, aku bertolak dari Kedah ke Kuala Perlis, sebab aku tempat flight dari Langkawi terus ke KLIA. Penat gila rasa. Rasa nak tercabut kaki. 

Aku duduk di sana ada dalam 4 hari. Sebab memandangkan ada pertandingan, nak tunggu result pun dah makan 1 hari. Jadi, nak tak nak, aku terpaksa duduk sana lama sikit. 



Nak dijadikan cerita, aku duduk di hotel berdekatan dengan NU Sentral. Sesak juga. Kan dah ambang musim perayaan. Pening lah sikit sebab nama hotel pun semua nak sama, lepas tu tempat nak check in dekat lain, hotel dekat lain. Aku dah macam orang gila dah cari kat mana nak check in. Pertama kali datang sendiri kan. Jadi, aku rasa kalau nak selesa, kena cari hotel yang mahal sikit. Aku rasa trauma jugak nak datang KL untuk next time. 

Dah berjaya check in, aku pun rehat dan tak boleh nak lelap mata jugak malam tu. Letih. Bunyi bunga api tak payah cakap lah. 3 pagi pun masih bunyi lagi. Aku redo kan saja. Dah datang musim perayaan memang kena hadap laa situasi macam ni haha. 

Cuma aku terkilan sikit, masa nak minta diorang bersihkan bilik, aku nak minta diorang sediakan bekas sampah yang baru, aku cakap memang dalam bahasa Melayu. Ya lah, kita duduk Malaysia kan, ada pelayan tu dia tak faham yang aku cakap. Dia kata English please. Nada dia kerek jugak. Nasib lah aku bukan jenis yang cepat marah atau apa. Aku pun cakap je lah dalam English. 

Aku tak boleh bayangkan kalau pelayan tadi ni dapat customer yang jauh lebih baran dari aku. Nah. Tak ke naya dibuatnya. Nasib aku masih sabar. Cuma aku rasa kecewa sikit lah, masih lagi manusia pandang rendah dekat kami yang berpakaian biasa-biasa ni. Mungkin diorang ingat kami ni tak ada duit kot. 

Aku sampai terdiam. Muka kerek diorang tu tak payah cakap lah. Siap tunjuk lagi depan aku. Nasib lah aku malas nak melayan. Kalau tak, nanti isu ni viral pulak. Diorang as staff kena pandai jaga nama baik hotel etc. Diorang tu bila-bila saja akan dibuang kalau customer complaint. 

Diorang berhenti tunjuk muka bila diorang terkejut aku mampu bayar hotel tu pakai kad sebab aku tak bawak cash. Mungkin diorang tengok kasut yang aku pakai kot. Kasut aku saja dah beratus. Tu tak termasuk baju. Baru lah nak layan elok-elok. Keadaan macam ni sama jugak bila aku masuk dalam mall. Please lah, jangan tengok orang tu pada luaran saja. 

Tengok pakaian dia, tengok kasut dia mahal sikit baru nak layan elok. Kalau pakai baju biasa-biasa saja, tak nak layan. Sedangkan semua tu customer tau. Diorang ni ada je duit. Cuma malas nak tunjuk yang diorang ni mampu ataupun tidak. So, aku harap isu ni tak akan berulang lagi. Mana-mana tempat pun, tolonglah layan customer elok-elok. Customer tu bawak rezeki tau. Okey, done bebel. 

Di sini, aku sertakan beberapa keping gambar masa aku berada di sana untuk bengkel. Terisi lah jugak ilmu.

 





Aku siap beli lagi cenderamata untuk dibawa pulang. Cashier tu asalnya nak percaya tak percaya je aku mampu bayar ke tak. Aku malas nak cakap banyak. Aku amik keychain, terus keluarkan kad. Baru dia layan okey. Nasiblah aku tak amik hati. Aku datang sini pun atas dasar bekerja. Jadi tak sempat nak tengok-tengok tempat lain. 



Hari last, singgah sini sebelum naik flight balik Langkawi. Aku sempat amik gambar dalam beberapa keping je. Sebab takut sampai airport lambat. Bila main dengan flight ni, kena cepat. Kalau lambat, memang jenuh lah. Tak pasal-pasal kena cari flight lain pulak.

 


Alhamdulillah, setelah 4 hari, aku pun selamat sampai Langkawi. Aku check in hotel HIG. Semuanya selesa. Dapatlah aku berehat sebelum aku naik feri pada esok harinya. Perjalanan kali ni sangat mencabar. Cuti Deepavali dihabiskan dekat KL saja. Inshallah, pada lain masa, aku akan kongsikan pengalaman aku di tempat yang lain pulak. 

Selamat membaca!

Sunday 15 October 2023

Harapan

Harapan itu kadang kala hilang,

Rasa kosong tiada tujuan. 


Entahlah..

Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. 

Masih berharap supaya harapan itu kembali.


Kita usaha dan merancang, begitu juga Dia,

Yakin dan sabar itu kuncinya, 

Hilang arah ditarik semula.


Doa masih di bibir,

Sebelum lena dibuai mimpi kuselitkan sekali,

Supaya harapan itu bersinar lagi, 

Anasir buruk segeralah pergi.


Pergi dan pergilah..

Tidak mahu menoleh ke sana, 

Pahit rasanya jika teringat kisah lalu,

Kerana pengalaman itu terjadinya satu harapan baru. 


Semoga harapan ini kekal abadi, 

Tiada ganti, 

Semoga harapan ini kekal abadi, 

Supaya terbit rasa cinta dan kasih,

Pada Sang Ilahi. 

Saturday 7 October 2023

Sirna

Tengah malam ini,

Aku lihat bintang-bintang, 

Cahaya terang menghiasi malam, 

Tenang dan tenang lagi,

Membuat aku dalam khayalan. 


Sudah sirna dari harapan,

Harapan untuk sembuh, 

Seandainya aku masih di situ,

Tempat sama,

Duka dan dusta yang ada,

Menagih janji yang sudah tidak lagi dituruti.


Aku melihat kembali bintang-bintang tadi,

Alangkah indahnya jika aku sepertinya,

Hidup tenang di awan,

Hidup gembira di langit, 

Membuatkan aku kembali tersenyum. 


Hakikatnya dengan melihat dirinya,

Aku kembali tenang, 

Sambil ku titipkan doa,

Agar kemelut ini kembali pulih,

Meskipun nanti aku tidak berada di sana,

Kerana biarlah aku mengundur diri,

Dari terus disakiti.


Wednesday 20 September 2023

Peristiwa 20 September 1187


Hari ini 836 tahun yang lalu, Salahuddin al-Ayyubi mula mengepung Baitulmaqdis.

Kekalahan besar di Hattin pada 4 Julai menyebabkan kuasa Kristian ketandusan tentera untuk mempertahankan kota-kotanya sekitar Levant khususnya al-Quds. Ini dimanfaatkan Sultan Ayyubiyah, Salahuddin untuk menakluk satu persatu kota terbabit.

Dari Tibnin, angkatan Ayyubiyah menawan Ramla, Ibelin (Yibna), Darum (Dier al-Balah) & Ashkelon dengan mudah tanpa perlu bertempur. Kemudian, Salahuddin menumpukan seluruh kekuatannya untuk menakluk kembali kota suci Baitulmaqdis.

Beliau bertemu dengan perwakilan al-Quds di luar Ashkelon untuk berunding, namun mereka tetap enggan menyerah walau apa pun ditawarkan. Maka Salahuddin mempersiap angkatannya & mula mengepung al-Quds pada 20 September 1187.

Serangan selama beberapa hari gagal memecah masuk pertahanan kota, sehingga Salahuddin menyedari kesilapan taktikalnya: membariskan tentera pada kedudukan berdepan matahari terbit yang menyilaukan & mengganggu pandangan mereka.

Apabila posisi diubah ke timur pada 25 September, serangan Ayyubiyah lebih memberi impak & hampir berjaya memecah masuk benteng pertahanan kota sebelum Balian Ibelin, pemimpin pertahanan Kristian al-Quds, keluar untuk berunding.

Persetujuan dicapai, orang Kristian dijanjikan keselamatan untuk berhijrah ke Tyre (pangkalan Kristian yang masih tinggal di Levant) namun tentera Salib dijadikan tawanan sebagai hamba atau membayar tebusan untuk membebaskan diri.

Salahuddin memasuki kota al-Quds tanggal 2 Oktober yang jatuh pada 27 Rejab, tarikh ulangtahun peristiwa Isra’ Mikraj Nabi Muhammad SAW. Masjid al-Aqsa dibersihkan & salib-salib bersama artifak-artifak Kristian lain dialihkan.

Mimbar yang dibuat atas perintah Nur ad-Din (Emir Syria Empayar Zengid yang juga guru Salahuddin yang bercita-cita untuk menawan kota itu namun tak kesampaian) didirikan, permaidani dihampar & wangian dipercikkan ke segenap sudut masjid itu.

Selepas 88 tahun, azan berkumandang semula & solat Jumaat didirikan kembali di dalam al-Aqsa.

Sumber: World History Encyclopedia *gambar daripada sedutan filem 'Kingdom of Heaven' edaran 20th Century Fox

#PeristiwaHariIni

Pengertian Redha dalam Tasawuf

 😔😣😢😭


Penat fizikal, penat mental, penat emosi. Penat semua.


Siapa yang rasa hidup dia kelam kabut?


Siapa yang rasa hidup dia penat buat macam-macam?


Percayalah sebaik sahaja kita mati, kita akan minta sungguh-sungguh kepada ALLAH untuk kembali ke dunia. 


Apabila kita duduk dalam kubur kelak, kita boleh buat apa dalam kubur?


Dalam kubur tak boleh buat apa-apa dah.


Nak masak? 


Tak boleh.


Nak mengemas rumah, nak jemur kain, nak lipat kain?


Tak boleh.


Nak ke sana ke mari, nak buat itu nak buat ini?


Kita tak boleh buat apa-apa dalam kubur.


Agak-agak boring tak nak tunggu dibangkitkan di Mahsyar?


Berapa tahun kita nak duduk dalam kubur?


Berpuluh tahun, beribu tahun, beratus tahun mungkin.


Dalam kubur nanti kita boring tak?


Kalau kita berada di dalam Taman Syurga ALLAH, Insya-ALLAH kita tak boring.


Tapi kalau dalam keadaan di jurang api Neraka, hidup dalam keadaan terseksa maka sangat dahsyat. 


Ramai mana manusia selepas sesaat masuk kubur, lepas sesaat saja ditarik nafasnya, merayu-rayu meminta untuk dikembalikan ke dunia mahu menyibukkan diri dengan amal soleh dan beribadah. Merayu-rayu meminta-minta dengan ALLAH untuk kembali ke dunia.


"Ya ALLAH, aku nak sibukkan diriku menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak. Aku tak nak sibukkan diriku dengan perkara yang lagho melalui handphone."


"Ya ALLAH, kembalikan aku ke dunia. Aku nak sibukkan diriku untuk memperbaiki diriku menjadi isteri yang terbaik buat suamiku. Menjadi ibu yang terbaik. Menjadi ummat Nabi Muhammad SAW yang terbaik. Menjadi seorang anak yang terbaik buat ibu dan ayahku. Ya ALLAH, aku nak sibukkan diriku untuk buat sesuatu yang terbaik untuk agama-MU."


Allahu Akhbar.


Selepas sesaat kita ditarik nyawa, ketakutan kita dihantar ke tempat yang paling gelap, paling sempit dan paling sunyi. Di tempat yang benar-benar kita keseorangan. Kita nak ramai manusia di sekeliling kita.


Sekarang kita di kelilingi manusia yang ramai. Ada yang kita tak nak jumpa. Ada yang kita jumpa, kita rasa serabut. Ada suami. Ada isteri. Ada anak ramai. Ada adik beradik. Ramainya manusia yang kita nak kena urus. Tapi dalam kubur nanti kita akan bertempik untuk kembali kepada kehidupan bersama dengan manusia. Allahu Akhbar. 


Nanti dalam kubur dah tak sibuk. Dalam kubur semua sudah terhenti. 


Motivasi diri.


Tak apalah kita sibuk kat dunia ni. Tak apalah penat. Tak apalah kelam kabut. 


Tengok kita kelam kabut dengan perkara apa?


Urusan rumahtangga? 

Ok lah.


Kelam kabut dengan urusan kerja?

Ok lah.


Ok lah kita sibuk dan kelam kabut dengan perkara kebaikan.


Sebab ramai di luar sana yang kelam kabut dengan perkara maksiat. Ramai yang sibuk dengan handphone tak habis-habis nak buat video itu video ini tetapi video yang menjerumuskan maksiat. Ramai yang sibuk dengan handphone tak habis-habis bergosip, tak habis-habis menjatuhkan orang dan menghina.


Jadi sibuk, tak ada masalah. Kelam kabut, tak ada masalah. Penat, tak ada masalah.


Tapi kita tengok kelam kabut, sibuk dan penat kita tu sebenarnya sedang menuju ke arah mana?


Jika dekat dengan ALLAH dan dekat dengan Syurga maka ok. Teruskan. 


~~~~~~~~~~~~~~


Pengertian redho dalam Tasawwuf ada 3. 


1. Redho dengan segala perintah ALLAH.


2. Redho dengan segala larangan ALLAH.


3. Redho dengan segala ketetapan ALLAH sama ada ketetapan yang baik ataupun ketetapan yang buruk. Redho dengan takdir ALLAH.


Apa maksud redho dengan perintah ALLAH?


Orang yang redho dengan perintah ALLAH maksudnya dia tak protes perintah ALLAH. Terbukti pada dirinya, dia mentaati perintah ALLAH. Itu maksud redho pada perintah ALLAH.


Kalaulah anak kita masuk sekolah , dia tak nak pakai baju sekolah. Dia pun pergi sekolah pakai baju biasa. Anak ini akan dipanggil oleh Guru Disiplin. 


"Kenapa kamu pakai baju biasa?"


"Saya....  Ermmm ... "


"Kamu suka tak masuk sekolah ni?"


"Saya suka tapi saya tak suka pakai baju sekolah. Saya tak setuju pakai baju sekolah."


"Kalau kamu tak setuju, kalau kamu tak nak pakai baju sekolah, maksudnya kamu tak boleh terima.  Seolahnya kamu tak redho dengan peraturan sekolah ni. Kamu keluar. Kamu keluar dari sekolah ni. Kamu pergi ke sekolah lain."


Sebab itu ada riwayat menyebutkan tentang satu hadis yang berbunyi,


"Barangsiapa yang tidak redho dengan ketetapan-KU maka carilah Tuhan selain daripada-KU."


Analoginya Guru Disiplin bercakap tadi kalau kamu tak redho dengan peraturan sekolah ni maka keluar dari sekolah ni. Cari sekolah lain yang boleh pakai baju bebas. 


Ramai mana manusia ni dia tak sebut direct,


"Saya tak redholah dengan peraturan pemakaian Islam ni."


Mulut tak cakap,  tetapi perbuatannya, apa yang dia pakai itu menunjukkan dia tak setuju dengan peraturan yang ALLAH telah tetapkan. 


Sebab itulah penting sangat kita jadi hamba ALLAH yang redho. Redho dengan perintah ALLAH. Redho dengan larangan ALLAH. 


Yang ALLAH larang, kita tak boleh buat walaupun kita suka. Kita kena redho. Kita tak boleh protes. Apapun hujah yang datang dengan sesuatu yang ALLAH larang maka kita kena tolak.


Ramai yang tak redho dengan takdir. 


Dah elok dah dapat suami. Suami tu dah baik dah pun. Bukan suami yang zalim. Bukan suami yang tidak bertanggungjawab. Cuma dia nak lebih. Jadi dia tak redho dengan nikmat yang ALLAH bagi. Sebab kurang syukur. Bukan sebab keburukan tetapi sebab kurang syukur. 


Order makanan contohnya. Bila sampai, tak kena dengan selera tekak. Dia bukan diuji tak ada makan tapi dia diuji dengan ada makanan. 


Sebab itu nak redho ni pun perlu ilmu. 


Ada orang dapat nikmat tapi tak redho dengan nikmat dan nikmat itu jadi azab. Dalam nikmat,  ramai mana ALLAH mengazab hamba-NYA kerana nikmat. ALLAH menghukum hamba-NYA kerana nikmat. 


لَىِٕنْ شَكَرْتُمْ لَاَزِيْدَنَّكُمْ وَلَىِٕنْ كَفَرْتُمْ اِنَّ عَذَابِيْ لَشَدِيْدٌ


"Barangsiapa yang bersyukur maka pasti Kami akan tambahkan nikmat ke atasnya. Dan barangsiapa yang kufur dengan nikmat-KU sesungguhnya azab-KU amat pedih."


ALLAH bukan sebut barangsiapa yang tidak ada nikmat. 


Ini adalah satu peringatan dan amaran kepada orang yang ALLAH beri nikmat.


Semua orang ada nikmat. 


Kalau tak ada nikmat suami, ada nikmat ibu dan ayah. Ada nikmat kawan-kawan. 


Yang berkahwin, ada nikmat pasangan. Ada nikmat anak-anak.


Ada nikmat rumah. Ada nikmat kenderaan. Ada nikmat makan. 


Peringatan kepada orang yang diberi nikmat, jika kufur dengan nikmat ALLAH, azab ALLAH amat pedih. Allahu Akhbar.


~~~~~~~~~~~~~~~


Kita menzalimi diri sendiri bukan dengan memukul diri sendiri sampai berdarah tetapi kita menzalimi diri kita dengan kita melakukan dosa, melakukan maksiat, menangguhkan taubat dan menangguhkan hijrah.


Apa kesannya?


Dosa, dosa dan dosa. 


Dan kesan paling dahsyat, kita sendiri yang mencampakkan diri sendiri ke dalam Neraka.


Sebab itu ayat Laa Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minaz Zholimiinn,


"Tiada Tuhan melainkan-MU Ya ALLAH. Aku melakukan kezaliman."


Adalah zalim bila kita buat sesuatu yang mendatangkan kemarahan ALLAH. Kemarahan ALLAH datang dengan pakej catatan dosa. Jika dahsyat himpunan dosa dan tak sempat bertaubat maka datang dengan pakej dosa dan Neraka. Tidak ada yang lebih zalim melainkan kita mencampakkan diri kita kepada kejahatan dan keburukan.


Sebab itu ALLAH berfirman ,


وَلَا تُلْقُوْا بِاَيْدِيْكُمْ اِلَى التَّهْلُكَةِ ۛ


"Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kecelakaan."


~~~~~~~~~~~~~~


( Antara ceramah dan tazkirah Ustazah Asma Harun  dalam Kuliah Kitab Riyadhus Solihin Siri 177 pagi tadi. Jazakillahu Khair Ustazah ❤️ )


Wallahua'lam.

Semoga bermanfaat.


سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ


لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

#yusnizayaziz 

#PAMM 

12 Muharram 1444H

10 Ogos 2022


Kredit: Ustazah Asma Harun.

Saturday 2 September 2023

" Saya diagnose awak ada anxiety disorder..."

Assalamualaikum. Berdasarkan post aku sebelum ini ramai yang suggest untuk aku bertukar tempat kerja kan? Inshallah, akan dipertimbangkan. Aku pun tengah apply secara offline. Apabila buka ja nanti permohonan online, aku nak masuk nanti butiran aku dekat sana. Moga ada rezeki lah. 

Baiklah..sebenarnya aku ambik masa yang lama untuk buka cerita dan upload entri ni. Aku perlu kumpul kekuatan dulu baru aku boleh cerita. 

Sampaikan sekarang ni pun, aku masih tak boleh nak buat kerja berat, apatah lagi berlari. Aku risau tahap kesihatan aku semakin membimbangkan. Memang aku ambik serius benda ni sebab aku tak nak risiko. 

Aku sendiri tak tahu yang aku ada simptom anxiety, sehinggalah aku jatuh sakit beberapa bulan yang lepas. Agak teruk jugak. Sebab aku tak pernah sakit yang teruk, selalunya batuk biasa dan selesema. Demam jauh sekali. Last yang aku ingat Januari 2020. 

Apabila aku sakit teruk hari tu, tambah pakej sakit tekak, demam sikit, batuk yang aku rasa macam nak hilang nyawa tu, aku gagahkan pergi klinik jugak. Sebab aku rasakan jantung aku sangatlah laju. Dan aku rasa sakit. Sampaikan aku rasa aku nak mati. 

Aku bersiap sedia lah dengar apa kata doktor. Doktor kata, kalau sakit memang jantung akan laju sikit. Tapi, dia akan tengok dulu kondisi aku macam mana, sebab nadi aku laju. 120++. Ada hari tu sampai 126. Jadi doktor set kan appointment untuk aku jumpa dia. Sebab dia risau jantung aku ada apa-apa. Tambah lagi bila ada tanda-tanda tiroid. Aku cuba untuk bertenang. 

Selang 2 minggu, jantung aku masih laju. Sedangkan aku dah sihat dan tak demam. Sampaikan aku rasa terlampau penat. Sedangkan aku duduk saja tau. Bayangkan jantung aku berdegup dengan sangat laju bila aku tidur. Aku rasa tak larat. Nak pergi kerja pun jalan pelan-pelan. Naik tangga macam nak putus nyawa. 

Next appointment, aku bertemu kembali seperti yang dijanjikan. Aku siap dapat kad lagi. Aku risau. Bertambah risau apa yang akan terjadi. Cuma aku berlagak tenang. Aku dah boleh terima dan reda. 

Doktor check balik nadi aku. Batuk aku dah berkurangan. Cuma dia masih risau jantung aku tersangatlah laju. Sebab dia kata aku memang tak normal boleh terbiasa dengan jantung laju macam tu. Jadi, dia decide untuk buat ECG. 

Corak jantung aku sangatlah cantik. Tak ada yang tak normal pun. Cuma dia sangat pelik kenapa jantung aku laju sangat. Jadi, dia bagi aku ubat untuk kawal nadi aku tu. 

Tak lama lepas tu, dia suggest aku untuk amik darah. Aku relakan saja. Aku pun risau kalau aku betul positif tiroid. Kena makan ubat lagi, appointment lagi. 

"Dah cukup seminggu, awak datang balik. Kita nak tengok sama ada awak ni ada tiroid ke tak."

Sambil-sambil tu dia ada bagi ubat dekat aku untuk turunkan sikit nadi aku. Dan dia tak bagitahu pun ubat tu sebenarnya khas untuk pesakit apa. Dia hanya bagi dos yang ringan. Dia pun kalau boleh tak nak aku bergantung dengan ubat tu untuk tempoh yang lama. 

Seminggu kemudian...

Result test darah aku keluar. Aku masih ingat hari tu. Hari Rabu petang. Aku berdebar-debar jugak. Ubat yang doktor bagi tu alhamdulillah ada kesan positif. Jantung aku tak sakit dan kurang sikit rasa laju. Cuma aku akan rasa berpeluh. 

Bila aku masuk saja dekat dalam, doktor dah bersedia untuk buat check up. Memang semua dia check. Tambah-tambah jantung aku. Sebab dia risau kalau masih dengar jantung aku tak normal. 

Test darah aku normal. Tiada langsung positif tiroid. Aku rasa lega. Memang lega sangat-sangat.

Bila dia check lagi sekali, jantung aku bertindak balas dengan baik dengan ubat yang dia bagi. 

"Saya diagnose awak ni ada anxiety disorder, sebab ubat yang saya bagi tu kebanyakannya memang untuk pesakit anxiety."

Dan dia buat kesimpulan rupanya, aku ada simptom anxiety. Sebab aku tak demam dan tak sakit. Jantung aku laju tanpa sebab. Dia banyak bertanya tentang suasana kerja, macam mana aku tidur setiap malam. Aku pernah cakap aku ada alami simptom tu sebelum ni, tapi aku tak tahu tu adalah anxiety. 

Antaranya aku rasa sesak nafas bila pergi tempat yang tertutup dan sempit. Tambah-tambah ramai orang. Aku rasa pening. Tu yang aku bagitau doktor tu. Dia nasihatkan aku supaya elakkan tempat yang tertutup. Kalau ramai orang, pastikan ruang tu terbukak dan luas. Supaya aku rasa lapang dan tak pening. 

Dia cuba menenangkan aku. Ubat yang dia bagi dekat aku sebelum ni adalah ubat untuk pesakit anxiety. Sengaja dia tak nak bagitau aku mula-mula. Takut aku lagi risau dan risau. Terdiam kejap aku. Aku tak tahu nak rasa apa. Yang pasti aku rasa sedih sebab aku orang pertama yang jadi dalam family. Tapi aku cuba kawal perasaan supaya tak makin teruk. 

Doktor tu siap pesan lagi, kalau rasa teruk, nanti dia akan buat surat untuk aku rujuk ke pakar, mungkin diorang ada ubat dan bimbingan yang lebih baik dari yang ini. Aku angguk saja. 

Jauh di sudut hati, aku rasa sedih mula-mula tapi aku perlu berjuang untuk sembuh. Ubat yang doktor bagi tu aku simpan incase aku jadi jantung laju waktu dalam kereta ke, bercuti ke kan? Aku selalu letak spare dalam beg. Sebab sebelum ni aku pernah jadi 3 kali dalam kereta. Mujur tak teruk. 

Aku harap aku akan cepat sembuh dan tak bergantung dengan ubat lagi. Aku jugak buat kajian dengan lebih mendalam dengan serangan anxiety ni supaya aku lebih faham macam mana nak atasi. 

Baiklah. Setakat ini sahaja luahan hati aku. Thanks sebab selalu singgah blog aku. Bye!

Thursday 24 August 2023

Lirik Lagu Rindu Dalam Hati- Arsy Widianto & Brisia Jodie

 Kadang hati

Berharap kuterbangun dari sebuah mimpiIni bukan kenyataanNamun adanya tak ada di siniKau meninggalkanku karena kesalahanku
Mungkin ingin bertemu masih adaIngin memeluk masih adaSayang kini tak bisaKau telah memilihnya oh
Mungkin saat hatiku masih sayangSalahku memutus cintaDan kini kumenyesalRindu hanya di dalam hati
Andaikan akuTak tergesa memutuskanmuKarena egoku hati ini tak akan beginiSetiap ingat dirimu rasanya ingin kembali
Mungkin ingin bertemu masih adaIngin memeluk masih adaSayang kini tak bisaKau telah memilihnya oh
Mungkin saat hatiku masih sayangSalahku memutus cintaDan kini kumenyesalRindu hanya di dalam hati
Ingin memutar waktuIngin mengulang lagiAku tak bisa berpaling lagiBegitu juga akuJauh di relung hatiSungguh tak mampu tuk berpindah cintaHo
Mungkin ingin bertemu masih adaIngin memeluk masih adaSayang kini tak bisaKau telah memilihnya oh
Mungkin saat hatiku masih sayangSalahku memutus cintaDan kini kumenyesalRindu hanya di dalam hatiNana
Sayang kini tak bisaKau telah memilihnya ohMungkin saat hatiku masih sayangSalahku memutus cinta dan kini kumenyesalRindu hanya di dalam hati
Rindu hanya di dalam hatiDi hati kau tetap terindahSelalu di hati

Lirik Lagu Haruman Terindah- Lokman Naufal

Terlena sudah ketika dibuai cintaHilang tenggelam dimamah waktu yang mencengkamKasihku padamu takkan sedikit pun terpadamDilimpahi hujan dilanda mentari aku tetap ada
Redupnya jiwa memandang warkah mu oh cintaTerasa bagai ku mampu hidup selamanyaRinduku padamu akan ku sirami benihnyaAgar tetap tumbuh membunga mewangiHaruman terindah
Walau mungkin ditimpa tengkujuh cuba merosakkan tanahnyaWalau kemarau menimpa cuba mengeringkan daunnyaNamun percayalah kasih yang selain TuhanTak ada yang mampu merampasnya ho
Walau mungkin di suatu hari kan mulai merubah warnanyaCinta yang terus setia kan mencari cara mendebunga
Terlena sudah ketika dibuai cintaHilang tenggelam dimamah waktu yang mencengkamKasihku padamu takkan sedikit pun terpadamDilimpahi hujan dilanda mentari aku tetap ada
Redupnya jiwa memandang warkah mu oh cintaTerasa bagai ku mampu hidup selamanyaRinduku padamu akan ku sirami benihnyaAgar tetap tumbuh membunga mewangiHaruman terindah
Walau mungkin ditimpa tengkujuh cuba merosakkan tanahnyaWalau kemarau menimpa cuba mengeringkan daunnyaNamun percayalah kasih yang selain TuhanTak ada yang mampu merampasnya ho
Walau mungkin di suatu hari kan mulai merubah warnanyaCinta yang terus setia kan mencari cara mendebungaHingga ke akhirnya waktu kau genggam tangan kuMenuju kita ke syurga
Walau mungkin ditimpa tengkujuh cuba merosakkan tanahnyaWalau kemarau menimpa cuba mengeringkan daunnyaNamun percayalah kasih yang selain TuhanTak ada yang mampu merampasnya
Walau mungkin di suatu hari kan mulai berubah warnanyaCinta yang terus setia kan mencari cara mendebungaHingga ke akhirnya waktu kau genggam tangan kuMenuju kita ke syurga

Wednesday 9 August 2023

Shapellx.com-the best selling shapewears and dresses.

Assalamualaikum and hi! Actually, my friend asked me to help her find a beautiful dress. She wants to wear that dress for a dinner event. So, I fiddled around on the internet. 

During my search, I came across a website called Shapellx.com. Now, people have a discount of almost 15% and free shipping. Well worth it! Among the best selling clothes here are Shapewear and Dress.

The best shapewear is this one. There are various patterns and colors for you to choose from. So, for those who want to take care of their body shape, you can use this one. I see, the characteristics of the shapewear here are suitable for those in abstinence. Because this shapewear design takes care of the body shape, especially in the abdomen. There are many color options that you can choose from. There are dark colors too. As for me, I prefer dark colors to bright ones. If you like a little feminine, you can take pink. Sizes range from XS to 6XL.



Second, this backless shapewear is very suitable for all groups. It doesn't matter if you are skinny or big size. Because this backless shapewear can be worn as an inner inside. Many interesting patterns for you to choose and the sizes start from XS to 6XL. There are many colors for you to choose from. But, mostly brown and dark colors. This backless shapewear is equipped with a zipper. If you don't want a zip, you can choose the others. 



Finally, built-in shapewear dress and for me, this shirt is considered polite for non-Muslims to wear to dinner parties. There are various sizes starting from XS to 2XL. There are also many color options. But for me, I prefer black color because it looks more elegant and thin.




In conclusion, all the designs on Shapellx.com are very beautiful. There are not only these three types of clothes, but there are many more that you can choose from. That's all for this entry. Bye!

Saturday 5 August 2023

Giveaway 12 Years Blogging by Faezah Mdnor

 




Assalamualaikum, lama tak join Giveaway kan? Kali ni nak support blogger baru pulak. Harap adalah rezeki. Sambil-sambil tambah kenalan. Nah ini syaratnya:

1. Wajib follow blog ini.
2. Follow instagram @fzhmdnr @artotes.co @walldecormy
3. Post gambar poster di atas dan backlink kan pada entri ini.
4. Tuliskan satu sahaja quote/quran verse that always make your day & the reason for you to stay alive! 
5. Letak link entri penyertaan korang pada ruangan komen di bawah.


Hadiah menanti :

Pemenang pertama: Custom name bag ditaja oleh @artotes.co di website shop www.byfaezahmdnor.com (Boleh pilih nak produk apa, nak custom nama/quote apa)

Pemenang kedua : Wall Decor Art Jawi Foamboard ditaja oleh @walldecormy

Pemenang ketiga : Hadiah misteri mueheheh

#Notis : Pemenang di pilih oleh Wheel Of Names. 

Baiklah, antara quotes yang memberi inspirasi untuk kita teruskan hidup adalah... jeng jeng jeng..


Sebenarnya, pilih quote ni adalah disebabkan kadang-kadang kita pun confuse mana pilihan yang betul atau salah kan? Sampaikan entah la..mulut cakap lain, otak cakap lain, last-last kita pilih hati. Inshallah, Allah pegang hati kita, jadi kita buat kerana Dia. 

Setakat ini saja tau. Selamat bergiveaway.

Friday 4 August 2023

Pertama kali buat test.

Assalamualaikum. Kali ini aku nak ceritakan bagaimana aku terpaksa merelakan diri untuk tadah buat test. Haha. Sebenarnya, aku ni jarang sakit. Kalau sakit pun sekadar yang light-light saja. Tak pernah sakit yang seteruk covid tu lah. Alhamdulillah. 

Ada post aku sebelum ni, seminggu sebelum mengundi family aku kena covid. Tapi aku gagahkan diri jugaklah jauhkan diri jangan bagi jangkit sebab aku pun bekerja. Risau nanti kalau dah terkena, lambat pulak nak sembuh. Kita hanya boleh cegah dari awal sajalah. Tapi kalau dah ditakdirkan nak terkena jugak penyakit tu, nak kata macam mana kan.. hadap je lah. 

Seingat aku lah, aku pernah demam teruk waktu 2020. Awal Januari. Lepas tu tak lama terus PKP. Kita pun duduk di rumah saja. Tak pergi mana. Jadi kesihatan pun terjaga. Memang aku akui, aku pun jarang sakit sepanjang tempoh PKP tu. Cuma tahun lepas saja aku banyak batuk dan sakit tekak. Tu pun berjangkit pada budak kecik. Virus budak kecik ni jangan dibuat main, sekali kena, lama tu nak baik balik. 

Nak dijadikan cerita, aku mula rasa tak sedap badan lah dalam 3 minggu lepas. Aku ni takut sebenarnya nak pergi klinik. Risau kena tahan wad. Seboleh-bolehnya aku tak mau langsung pergi. Hanya makan ubat di rumah saja. Tapi memandangkan aku ni batuk tak lega-lega, sampai rasa sesak nafas, aku pun gagahkan diri jugak pergi klinik. 

Aku sampai tak masuk kerja tau pagi tu. Dapat MC. Punyalah tak larat. Doktor pun siap bagi appointment untuk aku follow up nanti. Risau jadi apa-apa dekat aku kan. Siap kena buat influenza test. Aku tak pernah buat apa-apa test sebelum ni, cuak lah sikit. Sekali kena jolok hidung tu, nak menjerit lah jugak. Sampai berair mata aku. Rasa macam nak demam. Suhu badan aku waktu tu 37.1. Silap hari bulan demam balik tu. Tu yang doktor bagi ubat demam siap-siap. Keputusan test tu negatif. Sebelum ni, aku ada buat test covid dekat rumah. Nasib lah negatif. 

Sekarang ni, segala vitamin semua aku bedal. Nak cepat sihat. Sekarang ni, aku masih batuk. Nak bernafas pun rasa susah sikit. Mesti makan masa punya nak sembuh. Tak apalah. Sakit tu penghapus dosa. Aku harap, sakit ni cepatlah lega. Aku dapat teruskan buat kerja dengan selesa. Amin. 

Sekian saja untuk hari ni. Bye! 

Monday 17 July 2023

Menyepi..mental breakdown.

Assalamualaikum. Maaf sebenarnya aku tak sempat nak post segala aktiviti yang berlaku. Maklumlah, aku bukannya seorang blogger sepenuh masa. Aku hanya menulis segala aktiviti yang aku rasa aku nak kongsi, sebab itulah aku jarang nak menulis sangat. Aku memilih juga topik yang aku rasakan sesuai untuk aku letak di dalam blog ni. 

Mesti korang juga tertanya-tanya, kenapa hampir sebulan tak ada post dari aku kan? Aku sebenarnya baru nak pulih dari mental breakdown. Sejujurnya sebulan yang lepas mental aku tak okey. Aku rasa macam tak larat dah nak teruskan untuk bekerja. Aku dah sampai tak ada jiwa untuk datang bekerja. Hampir empat bulan sahaja, tak perlu tunggu setahun. 



Nasib baiklah ada kakak-kakak yang memahami, merekalah yang bantu aku untuk terus bekerja dengan tenang. Aku ni seorang yang rajin bekerja jugak, bukanlah malas sampai tak nak buat apa. Kerja pun boleh dikatakan tiptop. Sejak datang ke tempat baru, aku rasa down. Rasa tak selesa segalanya lah. Tapi, kerja masih aku buat. Cuma aku tak ada semangat, aku perlukan suasana baru. 

Sebab itu, lepas habis saja kerja, aku akan terus ke Family Mart ke, shopping mall ke, sebab aku nak reward diri aku, tak nak terlampau stres. Nanti emosi aku tak stabil, agak susah juga untuk datang kerja.Dan inilah jawapannya kenapa aku menyepi dari tulis blog. Bukan blog saja, media sosial pun aku menyepi jugak. Sebab aku nak berehat dari tengok media sosial. Kadang-kadang media sosial ini jugak boleh mendatangkan toksik dalam hidup kita. Jadi, berehatlah. Aku memilih untuk menyepi dari semua. 

Ada tak korang pernah rasa macam apa yang aku rasa? Dari segi luaran, jasad saja yang masih bernyawa. Hakikatnya, aku sudah lama 'mati'. Umpama mayat hidup. Nak dijadikan cerita, aku pernah menangis atas hal yang kecik saja, sedangkan aku bukanlah orang yang sebegitu sebelum ini.. 



Aku ada suarakan hasrat aku untuk bertukar tempat kerja, rakan-rakan aku menyokong hasrat aku. Aku letih juga berulang selama hampir sejam jika hadap jammed. Sehinggakan aku pernah kemalangan kecil semasa dalam perjalanan ke rumah. Aku trauma. Nak tengok jalan tempat aku kemalangan pun aku dah tak boleh. Sampai sekarang, aku tengok dari jauh saja. Nak lalu? Memang aku elakkan. Aku sanggup ambil jalan yang lebih jauh. Asalkan aku tak bertembung dengan tempat aku kemalangan dulu. 

Korang doakanlah supaya aku dapat bertukar ke tempat yang dekat sedikit dengan rumah. Dan juga persekitaran yang baik. Jika ada perubahan di tempat kerja aku sekarang ke arah yang positif, inshallah akan aku pertimbangkan soal perpindahan tu. Jika sebaliknya, aku rasa lebih baik aku berundur diri. Aku nak kerja lama lagi, tak kanlah aku nak seksa mental aku disebabkan perkara yang tak sepatutnya kan? 

Baiklah, setakat ini sahaja post aku. Terima kasih sebab sudi baca. Bye! Take care :)

Monday 29 May 2023

Pengalaman pergi LIMA 2023 Langkawi

Assalamualaikum. Hari ini aku nak kongsikan pengalaman aku pergi LIMA dekat Langkawi. Sejujurnya, mesti korang perasan kan, betapa tingginya vibes dekat Tiktok, rata-rata semua pergi Langkawi sebab nak tengok LIMA. Iyalah, 2 tahun sekali kan, bukan senang nak tengok jet-jet ni buat persembahan. 

Aku book tiket awal tau. Dalam 2 bulan awal macam tu. Masa tu, tiket masih banyak kosong. Tak banyak yang sold out lagi. Jadi aku grab pukul 1 petang. Lepas tu, aku grab pukul 10 pagi pulak. Jadi burn lah tiket yang pukul 1 petang tu. Sebab aku ingat diorang dah tak bukak yang pagi punya. 

Oh ya, aku book melalui apps Cuti-Cuti Langkawi. Senang. Korang nanti scan je macam nak masuk flight atau TBS qrcode tu. Aku amik dari Kuala Perlis sebab 1 jam saja. Kalau dari Kuala Kedah, 2 jam. Jadi aku takut letih. Jangan lupa sediakan IC tau. Nanti diorang nak tengok tally ke tak dengan tiket yang korang book tu.






Aku sampai dalam pukul 11.30 pagi sebab mula jalan dari Kuala Perlis pun dah lambat. Lepas tu kakak aku terus datang amik aku untuk ke Pemandangan Indah. Sebab dekat situ view dia cantik jugak. Kami tak pergi belakang airport sebab jammed. Takut nanti tak sempat. Aku sempat tengok pertunjukan sebelah petang saja. Itupun dah best weh! Sebab ini merupakan pengalaman pertama aku pergi sendiri Langkawi tanpa famili. 

Nah aku kongsikan sedikit gambar sepanjang aku berada di sana. Berkicap jugak tunggu, sebab dari pukul 12 dah terpacak dekat situ. Pertunjukan sebelah petang mula pukul 2.45 petang. Mula lewat sikit sebab hujan lebat. 










Cantik kan? Inshallah lepas ni tahun 2025 aku nak pergi lagi. Boleh masuk dalam tengok jet-jet. Kali ni tak sempat sebab pergi sehari saja. 

Ok. Setakat ini sahaja. Bye!

Sunday 14 May 2023

Food Review: Mcdonalds Seasalt Mc Flurry

Assalamualaikum. Setelah sekian lama aku tak buat entry. Mesti korang dah rindu nak baca post aku kan? Sebenarnya aku memang nak sangat buat entry. Tapi memandangkan aku pun kena pilih masa yang sesuai untuk publish, jadi aku hold dulu lah entry yang lama. 

Lepas tu, bila dah lama sangat aku hold, aku terus tak publish. Tu yang blog aku berhabuk dua tiga bulan. Ada post setiap bulan tu kira okey dah. Earnings pun tak lah banyak. Cukup sekadar ada. Sebab aku ni taklah mengejar Adsense sangat. Kalau ada rezeki tu adalah. 

Baiklah, semalam aku dengan adik aku pergi ke cawangan Mcdonald. Aku dah lama teringin nak cuba Seasalt Mcflurry. Last masa PKP dulu, tahun 2020 diorang keluarkan menu ni. Jadi, aku harap Family Mart pun akan keluarkan balik menu seasalt. Sebab menu ni kan ikut season. Tak menentu. 

Aku pernah je mesej Mcdonald Malaysia dekat ig. Aku nak sangat menu ni buat comeback. Yeah, akhirnya aku dapat jugak merasa. Inilah kejadiannya. Rasa dia pun not bad. Lemak manis masin sikit hehe.


Cantik sangat warna dia. Oh ya, yang cecair warna biru tu rasa masin tau. Makan dengan seasalt dia, memang ngam. Dia combine dengan aiskrim vanila. Sedap sangat. Cuma kali ni aku rasa aiskrim tu macam manis sangat berbanding tahun 2020 dulu. So far, aku suka tahun 2020 punya. 

Baiklah, rating aku bagi 8/10. So, kalau korang nak try, korang kena beli satu ja dulu okey. Share dengan kawan, baru tak rugi. 

Okeylah, lepas ni aku akan cuba buat post banyak-banyak tentang makanan. Barulah best dan korang tak perlu lagi membazir duit korang kalau korang nak membeli makanan. 

Thursday 27 April 2023

Movie Review: Khanzab (2023)

 




Assalamualaikum. Tak terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga tahun ini lebaran lebih membawa makna. Amin. Baiklah, kali ini aku nak kongsikan cerita yang aku tunggu-tunggu dari sebelum puasa lagi. 


Sinopsis

Khanzab merupakan film horor Indonesia terbaru yang terinspirasi film pendek ikonis berjudul Makmum (2017). Film ini dibintangi Tika Bravani hingga Yasamin Jasem. Kisah film tersebut mengusung latar peristiwa pembantaian dukun santet di Banyuwangi pada 1988. Kala itu, Rahayu (Yasamin Jasem) yang masih kecil sudah harus menghadapi kenyataan sang ayah menjadi korban.

Ayah Rahayu dituduh sebagai dukun santet. Sehingga, ia dipenggal kepalanya. Sementara itu, Rahayu menjadi trauma berat karena situasi tersebut dan memutuskan pergi meninggalkan Banyuwangi bersama ibu tiri dan adiknya. Mereka pindah ke rumah masa kecil Rahayu di kawasan Jetis. Namun, keluarga Rahayu dipinggirkan karena isu kematian ayahnya menyebar dengan cepat. Dia dan adiknya dituduh anak dukun santet sehingga kerap membuatnya tak nyaman.

Rahayu akhirnya berusaha meringankan beban dalam hati dengan mulai rutin solat. Namun, trauma dan rasa takut masih menguasai dirinya sehingga ibadah Rahayu kerap terganggu.Ia sulit khusyuk saat salat hingga kerap lupa jumlah rakaat maupun bacaan salat. Hal tersebut juga semakin parah ketika Rahayu sadar bahwa ada jin yang mengganggu ibadahnya. Jin bernama Khanzab itu selalu mengganggu Rahayu ketika solat sehingga sulit berkonsentrasi. Ia juga mengalami serangkaian teror mengerikan yang tak lepas dari kejadian-kejadian di masa lalu.

Pelakon

Film ini dibintangi Yasamin Jasem, Tika Bravani, Arswendy Bening Swara, Munggaran, Vonny Anggraini, Rizky Hanggono, hingga Fuad Idris.


Review

Cerita ni aku baru tengok pagi tadi. Aku pergi dengan adik aku. Sebenarnya, aku lebih aim nak tengok cerita ni berbanding cerita Sewu Dino. Bagi aku, cerita dia tak lari jauh dengan konsep cerita Makmum. Cuma cerita ni ada sikit plot twist dan juga sound dia banyak yang jumpscare bagi aku. Untuk bab rukyah tu, aku lebih sarankan tengok cerita Qodrat, sebab dia lebih guna ayat Al-Quran. Yang ini bukan tak best, tapi dia tak guna sepenuhnya. Hanya guna ayat Kursi saja.  Aku cuma kesian dengan Rahayu dalam cerita ni sebab terpaksa kehilangan orang yang dia sayang. Dalam sekelip mata saja. 

Cerita ni dia tak banyak tau scene darah-darah semua. Jadi, kepada yang tak suka cerita yang ada unsur thriller, aku rasa sesuai. Dia cuma ada scene rukyah dan jugak flashback. 

Secara keseluruhannya, aku boleh bagi 7/10. Bagi aku best jugak untuk ditonton. 




Thursday 30 March 2023

Alhamdulillah, doa dikabulkan!

Assalamualaikum dan selamat berpuasa kepada yang menyambutnya. Sebenarnya aku nak jugak update blog hari-hari. Tetapi akibat kekangan masa, aku tak sempat nak karang post. Kadang-kadang tu ada jugak idea, tapi nak mengarang tu lah tak sempat. Akibatnya, berkubur jugaklah post tu haha.

Seperti mana yang korang tahu sebelum ni, aku ada mention kan dalam post dulu-duku yang aku betul-betul harap aku dapat pindah tempat kerja yang lebih dekat lagi. Aku jugak minta doa dari korang supaya urusan aku dipermudahkan. 

Akhirnya, setelah sekian lama aku simpan, aku nak beritahu korang yang aku berjaya dapat transfer. Sejujurnya, aku sendiri pun tak percaya. Terima kasih korang yang sentiasa mendoakan aku walaupun kita hanya dalam alam maya saja. Masa tu aku sibuk siapkan kerja. Jadi, aku tak amik port sangat pasal pertukaran ni. 

Rupa-rupanya bila aku check, nama aku ada. Dan aku dapat transfer tempat tu aku mintak. Lega banyak dah. Aku tak perlu lagi ulang alik naik highway. Sememangnya agak meletihkan. Aku balik mesti tidur awal punya bila hari yang aku drive lama. Sakit belakang tu tak payah cakaplah. Huhu. 

Sekarang ni, aku dah habis kemas barang, tutup bil api elektrik semua. Cuma kena kemaskan sikit barang-barang yang aku angkut dengan kereta King aku tu. Boleh tahan jugak banyak barang aku haha. 

Baiklah, setakat ini dulu. Nanti bila ada masa, aku share lagi ya. Mungkin aku akan share lebih banyak pasal makanan dan skincare. Aku harap korang tak jemu lah baca post di blog aku. 

Bye!

Friday 17 February 2023

Thrice the Charm Giveaway by Atiqah, Nabilah Samsudin dan NHHM




Syarat-syarat penyertaan:

1.Follow blog Atiqah, Nabilah Samsudin dan NHHM

2.Copy dan paste banner di atas dan buat satu entri di blog anda bertajuk "Thrice The Charm Giveaway by Atiqah, Nabilah Samsudin dan NHHM"

3.Backlink entri anda ke salah satu blog di atas

4.Tinggalkan link entri giveaway anda di ruangan komen salah satu blog di atas (nak komen dekat  tiga-tiga blog pun boleh, tapi tetap dikira satu penyertaan sahaja)


Tarikh penyertaan:

15 Februari 2023 - 15 Mac 2023


Hadiah giveaway:

(1) helai tudung (Waarna)

(2) balang chocojar (Mouthgasm)

(2) botol popcorn (Eng's popcorn)


Cara pemilihan pemenang:

Melalui random.org

Goodluck and all the best! 💛


Jemput join semua.

Wednesday 8 February 2023

Skincare: Sunscreen yang best untuk oily skin



Assalamualaikum. Malam ini akan aku kongsikan beberapa sunscreen yang aku pakai agak bagus untuk kulit oily. Aku sebenarnya banyak try and error tambah-tambah lagi kalau kulit jenis oily, memang cepat rimas. Tak sampai tengah hari pun kulit dah berkilat. Seriously, aku akan rimas. Baiklah, untuk kulit oily, korang sepatutnya kena cari suncreen yang ada matte finishing, tak pun senang kata kena ada whitecast sikit. Sebab sunscreen yang tak ada whitecast ni selalunya jenis cream dan agak thick dekat kulit. Sunscreen macam tu sesuailah untuk kulit dry. 

Maaf tau aku tak dapat nak share sunscreen yang best untuk kulit dry dan combination sebab aku pun bukan kulit jenis tu. Jadi, korang kena banyak try and error sendirilah. Sejujurnya kulit aku dah banyak kali meragam sebab nak cari sunscreen yang sesuai. Tiny bumps akan naik banyak jugak dekat leher. Tak best lah kan. Jadi, kalau aku dah berjaya cari sunscreen yang sesuai, aku tak akan tukar dah. 

Sunscreen yang best yang aku suka guna adalah suncreen Biore dan suncreen Skintific yang spray tu. Kalau yang biasa punya rasa panas sikit. Tak selesa. 


1. Sunscreen Biore UV Perfect Milk Moisture




2. Sunscreen Biore Perfect Protect Milk Cool




3. Sunscreen Dermaction Plus Solar Barrier by Watsons



4. Skintific Barrier Protect Serum Suncreen




5. Skintific All Day Light Suncreen Mist Spray




6. Loreal UV Serum Protector Matte & Fresh



7. Skin Aqua Super Moisture Gel




Baiklah, setakat ini sahaja entri aku pada kali ini. Kepada yang kulit oily, aku cadangkan sunscreen yang macam ni tau. Kalau korang pakai sunscreen Wardah, aku rasa kurang sesuai sebab Wardah dia lebih tebal sikit. Lagi sekali aku tekankan, aku hanya share sunscreen yang aku pernah pakai sahaja. Selebihnya korang kena try and error sendiri tau. Sebab korang je tahu sunscreen mana yang sesuai untuk kulit korang. Bye!

Sumber gambar: Google Images

Tuesday 7 February 2023

Duit dalam Paypal pending?

 



Assalamualaikum, aku nak share satu cara macam mana aku buat apabila duit dalam Paypal kita on hold. Macam dia kira pending lah. Kan sebelum ni, aku ada share aku baru dapat duit selepas buat post collaboration. Dia ada hantar emel dan mengatakan payment on hold. Aku rasa pelik lah, kenapa tiba-tiba sahaja on hold. Sebab sebelum ni, aku main game Cash Em All pun dia masuk terus dalam akaun Paypal, tak adanya nak pending. 

Aku pun cuba check, kenapa status duit aku tu pending. Macam mana kalau duit tu aku tak dapat balik? Ah jem kepala haha. Aku ada jugak buat research, apakah punca akaun Paypal kita jadi macam tu. Rupanya ini adalah sebabnya. 


1. Akaun Paypal dah lama tak masuk duit. 

Ha, yang ini aku mengaku. Last aku guna Paypal ni pun penghujung 2021. Lepas tu, phone aku rosak dan aku beli baru. Jadi, memang berhabuklah akaun Paypal aku ni tak masuk-masuk duit. Aku dah lama tak redeem coins. Jadi, tak peliklah akaun aku pending. Aku baru nak start balik aktif main game dekat Appstation. Dan aku baru saja redeem duit dalam dua minggu lepas. Ini pun sebagai syarat untuk akaun aku kekal aktif. 


2. Sender tu pertama kali hantar duit.

Sebelum ni kan, aku guna apps game tu hanyalah sender yang sama sahaja. Tak ada sender nama lain pun. Jadi pihak Paypal akan kenal satu pihak saja. Tengok-tengok, sender kali ni orang yang berbeza. Jadi tak pelik pun kalau diorang nak on hold dulu payment tu. Risau nanti kita kena scam ke apa. Diorang mintak aku review dulu akaun sender tu betul ke tak. Baru aku boleh proceed. 


Jadi, untuk dapatkan duit tu balik, aku guna cara ini supaya lebih cepat. Sebenarnya, boleh saja kalau korang nak duit tu tanpa berbuat apa-apa. Tapi korang kena tunggu sampai 28 hari atau pun ikut tarikh yang dia bagi. Tapi akan jadi lama lah pulak. Tambah-tambah kalau kita nak pakai duit tu secara urgent. 




Aku bukak akaun Paypal aku balik, dia akan jadi macam dalam gambar ni. Jadi aku tekan Add tracking info dan masukkan nombor rujukan yang dia bagi seperti dalam emel. Status tulis cakap dah delivered. Courier pilih other. Kalau kena isi jugak nama courier tu, korang kosong kan no tracking. Lepas tu dah siap. 



Dan alhamdulillah, duit dah selamat masuk dalam akaun Paypal aku dalam masa 2 hari sahaja tanpa tunggu lama. Kalau korang ada pengalaman macam aku ni, korang cubalah buat macam aku punya. 

Baiklah, setakat ini sahaja perkongsian aku. Bye!

Sumber gambar: Google Images

Monday 6 February 2023

7 Aplikasi main game dapat duit di Paypal


Assalamualaikum. Hari ini akan aku kongsikan bagaimana aku main game dan dapat buat duit menggunakan Paypal. Selain aku amik paid review, collaboration dengan blog lain untuk dapatkan duit, aku jugak main game untuk kumpulkan point. Dengan point tersebutlah aku dapat redeem duit. Caranya mudah sahaja. Pertama sekali, korang mestilah ada akaun Paypal. Kalau tak ada akaun, agak susah sikit untuk buat. Kepada yang masih tak percaya, korang tengok post aku dekat sini macam mana aku redeem dan jugak bukti aku duit tu masuk dalam akaun Paypal aku. 

Tips tambah duit dengan aplikasi Cash Em All

Redeem duit Paypal dengan aplikasi Cash Em All

Berikut adalah aplikasi yang lebih kurang sama dengan Cash Em All. Aku akan compilekan semua sekali ya. Korang boleh pilih nak yang mana. Sekarang ni, aku dah tak boleh bukak aplikasi Cash Em All aku. Entahlah ada problem sikit. Agak sedih jugak sebab dah lah aku stay lama dengan aplikasi ni. Tup tup dah tak boleh bukak pulak. Jadi, aku terpaksa guna aplikasi yang lain. Search saja di Play Store. Untuk iOS aku tak pasti sebab aku pengguna android. Korang boleh cuba sesuai tak dengan phone korang okey! Cari logo sama dalam gambar ni tau. Sekarang ni, aku guna aplikasi Appstation. 


1. Cash Em All


2. Appstation



3. Coin Pop



4. Cashyy



5. Money well


6. Cash alarm



7. The Lucky Miner



Aku dah cuba semua aplikasi ni tau. Tapi, buat masa sekarang, aku setia dengan Appstation sahaja. Kalau nak install semua nanti tak cukup storage. Jangan risau, aplikasi ini masih legit dan membayar, Walaupun duitnya tak banyak, namun cukuplah untuk menampung kehidupan. Yang pasti, kita kena rajin, itu sahaja. 

Baiklah, setakat ini sahaja perkongsian aku pada hari ini, bye!

Popular Posts