Saturday 4 February 2023

Blog Performance January 2023

 



Assalamualaikum, maaf lambat nak update blog performance bagi bulan Januari. Rasanya ini kali pertama aku update performance blog aku dekat sini. Sebenarnya aku rasa malu sikit sebab ya lah, blog orang lain dah berjuta-juta impressions, tapi aku tak naklah rasa give up cepat sangat. Aku tahu, blog aku masih lagi dalam proses, so kena sabar sikit. 

Antara pencapaian bulan Januari ni aku berjaya tukar baju blog, yeah! Sebab baju blog ni memang dah masuk list azam tahun 2023. Supaya aku lebih bersemangat buat kerja gitu. Thanks Aisyhah tolong buatkan baju blog kita.

Setakat ni, ramai jugak yang klik blog aku dalam bulan Januari. Kebanyakkannya aku tengok cari template dam ular, makanan family mart dan tabung MAE. Sebelum ni, aku ada buat post tentang tabung MAE. Ramai yang cakap takut hilang. Jangan risau, sebelum ni aku dah menabung dekat situ dan alhamdulillah aku dapat balik duit aku. 



Total post bagi bulan Januari taklah banyak. Aku hanya mampu buat sebanyak 30 post sahaja. Itupun aku tak tahu nak letak post apa. Pageviews pun tak banyak. 2600++ sahaja. Itupun aku dah cukup bersyukur sebab blog sudah lama tak aktif, jadi nak aktif semula memang makan masa. 

Apa-apa pun, thanks semua dah membaca dan singgah di blog aku ni. Inshallah aku akan sentiasa upgrade blog ini untuk masa yang akan datang. Bye!

8 comments:

  1. Cuya pon baru dapat semangat blogging balik..sama2 la kita berusaha ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, rajin dah nampak cuya update blog skrg

      Delete
  2. Semoga terus sukses di dalam dunia blogging

    ReplyDelete
  3. Keep on writing!! Fighting!! 💪🏻💪🏻

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Semoga terus sukses ye..

    ReplyDelete
  5. betul blog kalau dh lama tak aktif memang mkn masa nk index balik dlm google. teruskan usaha. cantik aisyah edit blog.

    ReplyDelete

Popular Posts