Showing posts with label Giveaway. Show all posts
Showing posts with label Giveaway. Show all posts

Sunday, 23 August 2026

Segmen: Mencari Bloglist 2026 oleh Ejulz

 



Assalamualaikum. Jemput join semua. 

Syarat-Syarat Penyertaan (Sangat Mudah!):


  1. Buat Entri Baharu: Tajuk entri wajib: Segmen: Mencari Bloglist 2026 oleh Ejulz
  1. Tampal Banner: Salin gambar banner di atas dan letakkan di dalam entri penyertaan anda.
  1. Follow & Tinggal Pautan: Follow blog ini dan tinggalkan pautan (link) entri penyertaan anda di ruangan komen di bawah.
  1. Tag Rakan Blogger: (Opsional) Tag 2 atau 3 orang rakan blogger lain untuk sama-sama meriahkan segmen ini.

Sunday, 29 December 2024

Segmen Follow For Follow by JMBLOG

 


Assalamualaikum. Jom kita join segmen ni. Syarat pun mudah saja. 

1. Follow blog JMBLOG

2. Copy banner dan post dekat entry korang

3. Follow media sosial yang ada. Kalau ada semua follow semua. Macam aku, aku follow blog saja sebab yang lain aku kurang aktif.

4. Tinggal url entry korang dekat komen.

5. Tarikh tamat: 31 Disember 2024.


**Kita tak boleh nak komen dekat post entry tu walaupun dah follow blog. Kenapa ek? Harap follower yang boleh komen dekat situ boleh tak bagitahu tuan blog tu.. kita amat hargai jasa baik korang. Tq ;)

Friday, 20 December 2024

Fairus buat Giveaway

 


Assalamualaikum.

Giveaway ini bermula pada 18 hingga 31 Disember 2024. Besarlah harapan aku agar rakan-rakan blogger memberi sokongan dengan menyertainya giveaway ini. 

Tiada syarat yang menyukarkan. Biasa-biasa saja. Tersangatlah mudah untuk menyertai giveaway ini di mana anda cuma perlu :

1. Membuat posting bertajuk FAIRUS Buat Giveaway dengan memuatnaik gambar poster di atas dan membuat pautan ke entri ini. 

2. Tuliskan juga kenapa anda suka mengunjungi blog ini (biar jujur agar aku dapat mengerti kekuatan blog ini. Andai tak suka pun boleh tulis juga agar aku dapat memperbaiki kelemahan);

3. Tinggalkan pautan entri anda mengenai giveaway ini di ruangan komen; dan

4. Follow blog ini.

**Maaflah ya kita copy syarat-syarat entri awak ni. Tak ubah ayat sikit. Sebab phone kita ada masalah sikit. Ni nasiblah dapat join huhu.


**Baiklah untuk menjawab soalan no 2 tu, blog ni boleh tambahkan lagi pengalaman travel ke tempat-tempat menarik, bukan sekadar info sejarah saja. Sebab kadang-kadang pembaca akan mencari juga blog yang ada niche macam ni. 

Okey setakat ini sahaja entri kali ini. Jemput join ya. 

Friday, 26 April 2024

2024 Giveaway by Asyiqin.com


Assalamualaikum. Hari godek punya godek jumpa satu Giveaway. Rasa tak rugi kalau nak join. Sempat lagi sebab masa yang diberi adalah 2 minggu. 



SYARAT YANG LAGI MUDAH DAN SENANG JE (:


1. Follow Blog ini

2. Buat entry '2024 Giveaway by asyiqin.com'

3. Copy dan paste banner dan backlink ke sini.

4. Komen dekat bawah ni dengan link entry penyertaan korang.


Tarikh Giveaway : 23 April 2024 sehingga 7 Mei 2024 (2 Minggu)

Selamat ber giveaway dan jemput join ya. 


P/S: Phone kita tak dapat nak komen link dekat blog dia..huhu. kalau ada sesiapa yang dapat tolong kita bagitahu owner giveaway, kita amat hargai. Thank you :)

Saturday, 5 August 2023

Giveaway 12 Years Blogging by Faezah Mdnor

 




Assalamualaikum, lama tak join Giveaway kan? Kali ni nak support blogger baru pulak. Harap adalah rezeki. Sambil-sambil tambah kenalan. Nah ini syaratnya:

1. Wajib follow blog ini.
2. Follow instagram @fzhmdnr @artotes.co @walldecormy
3. Post gambar poster di atas dan backlink kan pada entri ini.
4. Tuliskan satu sahaja quote/quran verse that always make your day & the reason for you to stay alive! 
5. Letak link entri penyertaan korang pada ruangan komen di bawah.


Hadiah menanti :

Pemenang pertama: Custom name bag ditaja oleh @artotes.co di website shop www.byfaezahmdnor.com (Boleh pilih nak produk apa, nak custom nama/quote apa)

Pemenang kedua : Wall Decor Art Jawi Foamboard ditaja oleh @walldecormy

Pemenang ketiga : Hadiah misteri mueheheh

#Notis : Pemenang di pilih oleh Wheel Of Names. 

Baiklah, antara quotes yang memberi inspirasi untuk kita teruskan hidup adalah... jeng jeng jeng..


Sebenarnya, pilih quote ni adalah disebabkan kadang-kadang kita pun confuse mana pilihan yang betul atau salah kan? Sampaikan entah la..mulut cakap lain, otak cakap lain, last-last kita pilih hati. Inshallah, Allah pegang hati kita, jadi kita buat kerana Dia. 

Setakat ini saja tau. Selamat bergiveaway.

Friday, 17 February 2023

Thrice the Charm Giveaway by Atiqah, Nabilah Samsudin dan NHHM




Syarat-syarat penyertaan:

1.Follow blog Atiqah, Nabilah Samsudin dan NHHM

2.Copy dan paste banner di atas dan buat satu entri di blog anda bertajuk "Thrice The Charm Giveaway by Atiqah, Nabilah Samsudin dan NHHM"

3.Backlink entri anda ke salah satu blog di atas

4.Tinggalkan link entri giveaway anda di ruangan komen salah satu blog di atas (nak komen dekat  tiga-tiga blog pun boleh, tapi tetap dikira satu penyertaan sahaja)


Tarikh penyertaan:

15 Februari 2023 - 15 Mac 2023


Hadiah giveaway:

(1) helai tudung (Waarna)

(2) balang chocojar (Mouthgasm)

(2) botol popcorn (Eng's popcorn)


Cara pemilihan pemenang:

Melalui random.org

Goodluck and all the best! 💛


Jemput join semua.

Wednesday, 25 January 2023

Giveaway 23 Anniversary CikNur dan Husband


Assalamualaikum. Kali ini aku nak sertai Giveaway Cik Nur. Kiranya Giveaway ni adalah yang pertama bagi tahun 2023. Alhamdulillah, baiklah aku nak sertakan sedikit ucapan untuk tuan penganjur ni. Kepada yang nak join, boleh saja. Ada masa lagi tau.

Tahniah Cik Nur dan husband sebab dah genap 23 tahun melayari bahtera perkahwinan. Lama tu..semoga terus dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dilimpahkan kasih sayang. Kita doakan semoga perkahwinan ini berkekalan sampai syurga. Amin..

Baiklah, setakat ini sahaja post aku pada kali ini. Bye!

 

Wednesday, 2 November 2022

Blog kedua menang Giveaway!

 



Assalamualaikum, maaf dah hampir sebulan tak update apa-apa di blog ni. Huhu. Sebenarnya aku agak sibuk dengan kerja hakiki, sampaikan nak cari topik untuk blog pun tak tahu nak tulis apa. Aku menulis hari ini nak umumkan bahawa blog aku menang giveaway yang dianjurkan oleh Cuya. Tapi tu blog kedualah. Korang boleh jenguk blog kedua aku di sini. 


Blog Kedua


Jangan malu-malu, jangan segan. Tinggalkanlah komen di situ, inshallah aku akan cuba balas tau. Aku terkejut jugak bila diumumkan blog aku menjadi pemenang pertama. Sebab aku rasa peserta lain semuanya hebat-hebat. Dan tak lupa jugak tahniah untuk para pemenang yang lain. Semoga beroleh lagi kejayaan pada masa hadapan. 


Inshallah, kalau dah siap gambarnya, aku akan cuba post di blog kedua aku, korang boleh tengok di sana ya. Terima kasih banyak-banyak pada penganjur sebab sudi buat giveaway. Kalau ada sesiapa yang nak anjurkan giveaway dan nak minta jadi sponsor, inshallah aku sudi untuk bantu :) Sekian.


Thursday, 6 October 2022

Giveaway Contengan Cuya

 


Assalamualaikum semua. Cuya ada buat giveaway tau. Jadi kalau korang nak join, korang boleh tekan banner ni ya. 

Syarat-syaratnya:

1) Wajib Follow blog ni.
2)Copy banner, tajuk dan backlink ke blog ni.
3) Copy mana- mana gambar yang Cuya lukis korang rasa korang suka dan paste dekat entri korang.
4) Beritahu sebab kenapa nak menang giveaway ni?
5) Paste link korang di ruang komen entri ni

Hadiah Lukisan Digital  

Pemenang pertama 
Dapat dua lukisan ( Boleh pilih mana2 jenis lukisan yang diminati)

Pemenang kedua & ketiga
Dapat satu lukisan ( Boleh pilih mana2 jenis lukisan yang diminati)

Saguhati x 2
Dapat satu lukisan garisan

Hadiah di atas ni korang boleh bagi gambar korang untuk dilukis.
Lepastu korang boleh print sendiri dan framekan..


Pemenang akan ditentukan oleh cabutan parents Cuya.

Tarikh tamat giveaway :

5 OKTOBER HINGGA  19 OKTOBER 2022


Okeylah, aku suka gambar yang ini, 


Sebab apa aku suka gambar yang ni? Sebab aku rasa gambar ni banyak membawa makna dalam hidup kita. Aku rasa semua orang pernah mengalaminya kan? Sebab apa aku nak menang giveaway ni? Sebab aku nak jugak dapat merasa orang lukis potret aku dalam versi kartun, bolehlah aku letak sebagai wallpaper dalam phone haha. 


Hehe, okeylah setakat ini sahaja post aku. Jangan lupa join giveaway ya!




Friday, 30 September 2022

Giveaway Birthday October Aini

 


Assalamualaikum, hari ni nak bagitahu korang yang kak Aini sedang buat giveaway sempena birthday dua. Selamat hari lahir aku ucapkan, semoga sentiasa murah rezeki, bahagia di samping keluarga dan panjang umur. Wah, katanya dia dah memasuki usia 40 an. Jauh jugak jarak umur kita yang di pertengahan 20 an ni hehe. 

Masih sempat lagi korang nak join giveaway ini tau. Tarikh tutup 10 Oktober 2022. Syarat dia pun simple saja, tak susah pun. Hadiah katanya tak tetapkan lagi, so stay tuned! Jom bersama-sama memeriahkan giveawaynya. 

Sekian!


Friday, 23 September 2022

Giveaway Suka Suki Mamapipie


Assalamualaikum, maaf dah lama tak update post kan, sebab aku sekarang fokus dekat blog kedua, baru saja aku post tentang cerita yang aku dah tengok. Kalau korang free, korang jemputlah follow blog kedua aku ya. Korang boleh follow di SINI

Baiklah, kali ni aku nak join satu giveaway daripada Mamapipie setelah sekian lama menyepi. Antara post yang menarik minat aku adalah post berkaitan dengan Trip ke Legoland

Sebab aku tak pernah pergi ke Legoland, jadi aku harap dengan entri ni aku boleh jadikan panduan bila aku merancang ke Legoland nanti. Thanks Mamapipie buatkan entri pasal ni, sekurang-kurangnya aku boleh merancang apa yang patut aku bawak dan jugak boleh tengok bajet berapa yang diperlukan. 

Oh ya, kalau korang berkesempatan nak join giveaway ni, korang joinlah. Mana tahu boleh tambah kenalan lagi kan. 

Baiklah, sampai sini sahaja entri kali ini. 


Thursday, 28 July 2022

Giveaway BZ Satu 2022

 



SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

💝 FOLLOW blog ZARIDA
💝 Beralamat di MALAYSIA
💝 Buat satu posting dengan tajuk GIVEAWAY BZ SATU 2022 dan masukkan sekali banner di atas dalam entry tersebut dan back link ke entry giveaway ini
 💝 Sila tinggalkan link entry korang tu di ruangan komen entry giveaway ini.


TARIKH TUTUP:
13 OGOS 2022, jam 11.59 malam


SENARAI HADIAH:
👉 1x set Inai Republic (Pilihan Leopard Edition atau Chocolate Edition)
👉 1x Inai Mommy (Pilihan warna:  Red, Maroon, Pink, Brown, Black)
👉 2x Inai Baby (Pilihan warna:  Red, Maroon, Pink, Brown, Black)
👉 Saguhati Penyertaan - akan dimaklumkan kemudian.


Jemput join semua. Terima Kasih






Friday, 22 April 2022

Thanks Akak CCL Bagi Hadiah Giveaway

 


Assalamualaikum semua. Lama tak update blog ni kan? Bukan apa, sebab aku terlampau busy dan kadang-kadang tak sempat nak bukak blog pun. Huhu. Balik saja sekolah terus rehat. Kalau ada meeting, balik rumah dah sampai pukul berapa. Rasanya jadual memang pack sebelum raya ni. Budak-budak pun sekarang sibuk nak ulangkaji sebelum diorang exam minggu depan. Makin bertambah busy lah cikgu-cikgunya. 

Baiklah, aku nak bagitahu hadiah giveaway aku sampai minggu lepas. Sebenarnya mask tu aku tak bukak lagi pun tau. Sayang pulak nak bukak haha. Bukan mask biasa-biasa tau kak CCL kita ni bagi. Sekali mask Jovian tu. Tambah-tambah collab dengan Dato CT. Alahai, memang sayanglah nak bukak. Design mask dia pun cantik je tau. Ada dua jenis, satu earloop, satu lagi headloop yang aku tahu. Akak kita ni bagi headloop. Senang kan untuk kita yang pakai tudung ni. Tak perlu extender ke apa. 

Aku tengok kotak mask tu pun aku dah jatuh cinta. Sayang sungguh nak bukak. Sebab sangat eksklusif kan. Dah lah nak beli mask pun kita dah kena simpan duit lain. Mana nak beli test kit lagi. Virus covid yang makin mengganas ini buatkan aku akan simpan duit lebih semata-mata nak beli mask yang berkualiti dan jugak test kit. Kalau boleh, aku memang akan test seminggu sekali. Biar yakin nak ke sekolah kan. 

Baiklah, akhir kata thanks akak bagi hadiah mask ni. Gambar ni secara jujurnya aku amik dari Google tau sebab aku tak bukak pun lagi bungkusan mask yang ada dalam tu. Aku nak habiskan mask yang ada dulu. Kang rugi pulak bukak mask banyak-banyak, tapi nanti tak guna. 

Sekian sahaja entry untuk kali ini. 

Tuesday, 5 April 2022

Giveaway SR X Mitch Memoir Kampung Boy


 Syarat-syarat GIVE AWAY SR X MITCH MEMOIR KAMPUNG BOY adalah seperti berikut:


1. Buat satu post entri bertajuk : GIVE AWAY SR X MITCH MEMOIR KAMPUNG BOY

2. Follow Blog Syazni Rahim.

3. Letak banner giveaway di atas dan backlink kan ke entri giveaway ini. 

4. Copy blurb ini (wajib):

Blurb Memoir Kampung Boy - Ia mengisahkan tentang cerita kanak-kanak di zaman 1970 dan 1980-an di mana watak aku (Kenit) memaparkan aktiviti serta apa yang dialaminya ketika itu. Ketika zaman tiada gajet yang canggih, ‘aku’ dan rakan-rakannya bermain apa sahaja yang dapat menghiburkan hati mereka. Kisah ini bermula perpindahan dari Pekan, Pahang ke Johor Bahru (JB). Di JB, ‘aku’ mendapat sahabat karibnya bernama Rais dan Kajid yang memperkenalkan banyak permainan sewaktu zaman dulu, seperti main ‘gundu’, baling selipar, tarik upih pinang, permainan ‘cakar ayam’ dan sebagainya. Namun masa amat mencemburui persahabatan mereka.

4. Copy ayat beserta link pada dua kenyataan di bawah:

Kenali Mitch! 

Shopee Menara Seni

5. Letak link penyertaan di ruangan komen pada entri ini.

(Jika tak dapat copy direct, boleh copy link ini -  https://catatanseorangmitch.blogspot.com/ untuk 'Kenali Mitch' dan https://shopee.com.my/menaraseni untuk 'Shopee Menara Seni'.

Itu sahaja syaratnya!

Tuesday, 29 March 2022

Giveaway 2022: Happy 1st Anniversary CCL & Husband


 

Assalamualaikum korang, kali ini aku kongsikan syarat-syarat untuk join giveaway ini ya. Jemput join semua. 

Syarat penyertaan:

1.Perlu follow blog CCL dan juga,akaun instagram CCL 

➡ cikcappuccinolatte
➡ @ya_naaacr

2.Buatkan satu entri bertajuk "Giveaway 2022: Happy 1st Anniversary CCL & husband . Masukkan banner Giveaway di atas dan backlink banner tu ke entri ini .

3.Di dalam entri tersebut selitkan sedikit ucapan untuk CCL dan suami . 

4. Tinggalkan link penyertaan korang di kotak komen entri di bawah ini 

5. Giveaway ini akan berlangsung pada 10 Mac 2022 sehingga 4 April 2022

Mudahkan syarat-syarat penyertaan  ? CCL nak,cari 3 orang pemenang melalui Giveaway tersebut dan hadiah akan ditambah jika Giveaway tersebut mendapat sambutan tinggi .  

Jemput join ya . 

P/s : senarai penyertaan akan diupdate dari semasa ke semasa.


Ucapan untuk CCL:

Assalamualaikum CCL, happy 1st Anniversary! Barakallahu lakuma :) Sudah tak terasa dah setahun kan? Selamat pengantin lama hehe. Nurin doakan CCL serta suami bersabar dalam melayari bahtera perkahwinan, hehe dan juga CCL dan suami menjadi suami dan isteri yang solehah. Bergaduh sikit-sikit itu biasalah. Diharapkan CCL dan suami dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta dapat bertemu kembali di syurga kelak. Amin...

Tuesday, 22 March 2022

Segmen 24 Jam Bloglist #43 Mialiana.com

 

Segmen 24 Jam Bloglist #43 MiaLiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2022 di MiaLiana.com bermula pada 9.30 petang 22/3/2022 sehingga 9.30 pagi 23/3/2022. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog MiaLiana.com / Like Fanpage MiaLiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #43 MiaLiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog MiaLiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada  31 Mac 2022.

** jom support Mia Liana....

Saturday, 12 March 2022

Birthday Giveaway by Eksplorasilea




Hai korang, jemput memeriahkan giveaway blogger kita ini ya. Kalau korang tag kawan korang pun lagi bagus. Syarat dia simple sahaja. Nah, aku kongsikan syarat-syaratnya. Aku ambil dari post penganjur. Boleh klik banner untuk join ya.

1- Follow blog (dimana saya adalah salah seorang penulisnya) : Airis Bucket 

2- Tinggalkan SATU komen di mana-mana artikel yang anda rasakan menarik di Airis Bucket

3- Pos satu artikel berserta banner Giveaway by Eksplorasilea dan linkkan ke pos ini.

4- Optional : Subscribe youtube channel ELBYLEA (terima kasih pada yang sudi...)

Hadiah Giveaway kali ini MISTERI (Buat suspen sikit...)

Tapi klunya ialah barang atau perkakasan dapur/rumah untuk TIGA (3) orang pemenang. 

Tarikh last pos : 31/03/2022
Harap rakan blogger semua sudilah sertai Giveaway dari Eksplorasilea untuk tahun ini. 

InshaAllah kalau sambutan menggalakkan bilangan pemenang akan ditambah. 

Monday, 7 March 2022

Alhamdulillah, menang giveaway!


Maaf sebab lama tak update blog. Menyepi kejap. Hari ni dapat komen dari penganjur Superhost Giveaway. Katanya kita dapat hadiah. 

Entahlah apa nak cakap. Macam terkedu kejap. Betul ke aku menang. Ha, macam tu lah perasaannya. Sebab sebelum ni pun join suka-suka sahaja. Tak ada pulak expect nak menang. Seriyes, rasa macam tak percaya. 

Inshallah, kita akan cuba join lagi giveaway pada masa akan datang. Lupa pulak nak cakap yang Hadiah Top Commentor dah sampai. Tq akak Shikin kasi hadiah pada kita. Baru nak bukak. Parcel pun masih baru lagi. Baru nak bukak. Kejap kita amik gambar dulu.


Maaf tau akak Shikin sebab kita lambat post entry ni. Hehe. Apa-apa hal semoga akak dimurahkan rezeki selalu. Thanks akak! Oh ya, kalau ada newbie yang nak cari sponsor giveaway, boleh emel aku ya. Tak pun korang komen je dekat mana-mana post aku. Inshallah aku cuba reply. Anyway, thanks sebab baca entry di blog aku.

Friday, 4 March 2022

Giveaway Syazni Rahim Blog Nak Masuk Tingkatan 1




Jemput join. Klik banner untuk join ya.

Thursday, 17 February 2022

Mini Giveaway SS 2022



SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

💚 FOLLOW blog SYEEDA SANIEY 
💚 Beralamat di MALAYSIA
💚 buat satu entry dengan tajuk "MINI GIVEAWAY SS 2022"
💚Jangan lupa tampal sekali banner di atas dalam entry tersebut dan back link ke entry giveaway ini
💚 Dan lepas dah siap buat entry, sila tinggalkan link entry korang tu di ruangan komen entry giveaway ini.

TARIKH TUTUP :
11 MAC 2022, jam 11.59 malam

SENARAI HADIAH :
👉 1x produk Shaklee
👉 2x Suprise Box 
👉 2x tudung bawal

Jemput join semua. Terima Kasih


Popular Posts