Friday, 26 November 2021

Tips Naikkan Income USD Google Adsense Part 1



Hai korang. Untuk entry kali ini, aku nak share sikitlah macam mana nak naikkan Google Adsense. Walaupun hakikatnya Adsense aku sendiri pun ciput saja haha.Yalah, baru sahaja diterima, tak kan nak dapat 100 dolar sehari pulak kan, macam tak logik. Okay baiklah, mesti korang tertanya-tanya macam mana ek blogger boleh buat duit secara pasif hanya dengan letak Google Adsense di blog diorang saja? Nampak macam mustahil nak dapat. Tapi korang percayalah, kalau korang konsisten menulis blog, inshallah income korang akan naik. Berikut aku tunjuk income aku selama seminggu ni. Maaflah blog aku taklah selaju trafik macam blog korang. Sob..sob..sob


Ciput saja kan haha. Tak apa, semangat untuk aku menulis tak akan pudar tau.Biarlah orang kata nak tunggu dapat 100 usd tu ambik masa selama 2 tahun. Aku percaya pada rezeki. Jika sudah tertulis itu rezeki kita, adalah. Oh btw, jom lah join giveaway yang aku buat tu. Aku alu-alukan korang join ya. Bagi meriah sikit. Berikut akan aku kongsikan sedikit tips macam mana nak naikkan earning di Google Adsense. 

1. Pastikan blog korang kemas, tak berat dan responsive

Oh ya, yang ni tips yang paling utama sekali kalau korang nak ramai readers berkunjung ke blog korang. Readers seperti aku ni kalau jumpa blog yang serabut-serabut tu aku malas nak tunggu lama, terus tekan pangkah. Lagi satu, kalau nak letak lagu ke, bunga-bunga bertaburan ke kalau boleh elakkan lah sebab akan membuatkan blog korang berat. Yang ni aku mengaku, dulu masa aku mula-mula join, aku letak semua. Lagu ke bunga-bunga lah. Lepastu blog aku akan jadi berat dan lambat loading. So, kena kurangkan lah letak gadget merapu. Kalau boleh, nak loading tu kena kurangkan masa 3 saat, barulah blog kita senang readers nak baca. Korang dinasihatkan memilih templat yang responsive sebab kebanyakkan  readers lebih suka guna handphone berbanding laptop. Nak cari senang je, korang google ke contoh template responsive, ada yang free dan ada yang kena beli. Yang ni terpulang. 

2. Letakkan Ads di tempat yang betul

Korang kalau pertama kali dapat verified dari Google Adsense mesti korang excited kan nak letak iklan. Ada satu blog tu dia letak semua tempat ada iklan. Serabut jugaklah kena tekan pangkah banyak kali sebab terlampau banyak iklan. Last sekali aku pun terus left je lah. Sebab tak mampu nak tekan pangkah banyak kali haha. Korang letakkan iklan tu biarlah minima. Tak terlampau banyak. Cukup satu dua tempat sudah. Dekat Google Adsense dah listkan cara letakkan iklan yang mana korang nak iklan tu muncul. 

3. Auto Ads

Ha, yang ni tips yang paling senang korang nak buat. Mana yang tak tahu nak letak iklan dekat mana, korang setkan saja auto ads. Biarkan pihak Google Adsense letakkan iklan di tempat yang bersesuaian. Tips ni aku sedang apply untuk blog aku sekarang sebab aku pun mana reti nak setkan ads untuk bagi readers nampak. Haha, aku serahkan saja pada diorang. Bagi diorang putuskan macam mana nak munculkan iklan aku tu.

4.Post/ Entry yang menarik

Okay, yang ini paling utama dan penting sekali. Korang kena kenalpasti topik mana yang trending dan korang boleh tulis. Tak kisahlah lifestyle ke, beauty ke, shopping ke atau tips dan tutorial ke, terpulang. Yang penting, korang kena tahu apa kekuatan blog korang dari segi apa. Macam aku, aku suka tulis tentang life aku, tips-tips, review apa yang aku makan dan pergi, kiranya semua yang berkaitan tentang diri aku, aku tulis. Biarlah readers akan melekat lama dalam blog kita.

5. Elakkan post/entry yang sensitif

Okay, ini korang kena take note. Korang jangan sesekali menulis post atau entry yang melibatkan isu sensitif seperti agama, bangsa, negara, politik dan sebagainya. Hal ini kerana, post sebegini lah yang akan membuatkan negara dan masyarakat Malaysia semakin tegang. Cukuplah cerita tentang kepelbagaian budaya di Malaysia. Secara tidak langsung para pelancong dari luar negara akan tertarik untuk datang ke Malaysia.

6.Pastikan entry tidak berbaur unsur lucah

Yes! Inilah isu yang sangat diperkatakan. Aku tengok, kebanyakan post-post dan komen yang diberikan dekat media sosial amatlah menakutkan. Komen ada unsur lucah tu tak payah cakaplah. Macam diorang tak fikir ke masa depan anak-anak masa diorang bagi komen tu. Dan lagi satu, diorang tak takut ke akan dipersoalkan di akhirat kelak? Hish..takutnya. Janganlah sebab post kita, kita akan dipersoalkan dekat akhirat nanti.

7.Banyakkan blogwalking

Okay, yang ini korang kena rajin. Pergi blogwalking. Apa itu blogwalking? Korang kena pergi singgah dekat blog orang, bagi komen dekat chatbox. Barulah blogger lain akan sedar kewujudan blog korang. Jangan risau kalau korang rasa ambik masa terlalu lama sebab ye lah nak singgah blog orang kot. Mestilah lama kan? Korang buat slow-slow, inshallah, earning adsense korang akan meningkat kerana ramai yang datang ke blog korang. 

Okeylah, ni sahaja entry aku untuk kali ini. Next entry aku akan share lagi part 2. Aku harap korang sudi-sudikanlah tegur aku mana yang aku tak tahu dalam Google Adsense ni ya. Terima kasih semua sebab membaca entry aku yang tak seberapa ni. Bye!


Baca juga: Buat Saving/Tabung Mudah dengan MAE



15 comments:

  1. Ya auto ads adalah terbaik. Konsisten update tu kunci utama selain kunci kesabaran tinggi kena penting heheh

    ReplyDelete
  2. Betul Iklan banyak memang serabut. Akak punya GA akak set ke auto. Tapi, akak terpaksa cancel kan sebab semak sangat bila muncul banyak dekat homepage.

    Pelan2 kayuh. Insyaallah makin lama makin naik lah GA tu.. Akak punya GA pun baru nak up sikit2. Itu pun lambat nak sampai 10USD. Almaklumlah, baru berjinak2 dengan blog. Blog pulak macam sendu jer.Hi3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe haah. ni pun baru nak start balik. sendu je rasa. haha. dulu ramai jugak orang pakai blog, sekarang ni kurang. tiktok ramai.

      Delete
  3. Template dan tempat letak iklan tu penting sangat. Mudah guna auto ads je. Tahu tahu dia keluar di tempat yang sepatutnya :)

    ReplyDelete
  4. saya masih newbie dalam adsense dan ingin juga dapat ribu-ribu lemon.

    konsisten menulis termasuk SEO namun belum rezeki lagi...sabar jelah.

    tak de rugi apa-apa pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan betul. konsisten je menulis content yang bermanfaat

      Delete
  5. Ammi memang letak auto ads je sebab tak reti sangat nak setting. Haritu click je auto terus menari2 iklan sana sini ha... Lantak situ.

    Kalau blog ammi semak dgn iklan maaf lah ye

    ReplyDelete
  6. Masa awal2 lulus adsense kemain letak sana sini ads, terus serabut sendiri bila tengok. Last2 letak auto ads je senang

    ReplyDelete
  7. Sis pun buat auto ads...so biar adsense buat kerja...tips2 yang lain tu pun betul...kena rajin update dan rajin blogwalking...

    ReplyDelete
  8. Apa yang Salina Safea katakan ni semua betol pasal cara nak tingkatkan earning GA.

    Lagi 1 tips banyakkan tengok Google Search Console, kat situ lubuk earning GA.

    ReplyDelete

Popular Posts