Thursday, 25 November 2021

Buat Saving/Tabung Dengan Apps MAE oleh Maybank2u



Hai korang. Hari ini mesti korang check akaun bank korang kan? Betul tak? Yelah, dah masuk gaji semua kan, mesti korang pun dah plan betul-betul untuk korang punya perbelanjaan. Mana taknya, nanti korang akan terguna duit kecemasan tu, it is a big no okay! Tak bagus kalau korang sering terguna duit tu tau. Nanti lama-lama korang dah tak ada saving. Jangan selalu amalkan ya. Kalau dah guna, kena ganti balik duit tu. Jangan tak ganti. 

Okey, hari ni aku nak share satu apps yang sangat berguna kalau korang nak plan korang punya saving supaya tak terbabas. Aku selalunya bila dah masuk gaji memang akan plan betul-betul supaya aku tak terguna duit yang lain. Jadi, aku pun downloadlah satu apps ni, namanya MAE. MAE ni bawah Maybank2u. Kalau korang dah ada akaun Maybank2u, tak jadi masalah pun kalau korang nak download apps MAE ni. Korang boleh cari dan download di Playstore okey. Pastikan korang nampak logo ni baru korang download. MAE ni ada kad jugak tau. Macam kad bank. So korang boleh apply kalau korang nak. 


Logo MAE


Ni pulak kad MAE. Kad ni korang akan dapat bila korang apply je tau. Kalau tak nak apply pun boleh saja. 

Cara-cara nak buat tabung dengan apps MAE ni mudah saja. 

1. Download di Google Playstore atau Apple Store. Tunggu habis install dan open

2. Tunggu skrin warna kuning dan tekan next untuk paparan skrin seterusnya

3. Korang perlu menekan butang kuning tersebut yang menandakan bahawa korang bersetuju dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Maybank.

4. Selepas tu, korang akan dibawa ke skrin utama paparan aplikasi MAE dan korang perlu cari perkataan Set Up Wallet di bahagian kanan tak silap

5. Kalau dah ada akaun Maybank, klik je Existing User, bagi menandakan akaun MAE dan Maybank anda disambung. Kalau tak ada, korang set up akaun MAE e-wallet korang. 

6.Lepas tu,  apa yang perlu korang lakukan adalah memasukkan nama akaun pengguna perbankan atas talian korang (username korang tau). Username korang mestilah sama dengan akaun Maybank korang tu. Kalau tak sama, naya pak karimmmmm.

7. Korang kena check sama tak username, password,gambar keselamatan dengan akaun Maybank korang. 

8.Lepas tu korang kena create no pin tau. No pin ni akan digunakan kalau korang nak buat tabung ke, main game ke dalam apps ni. Diaorang akan minta. So, korang kena ingatlah no pin ni ok.

9. Lepas tu check no telefon korang kerana mesej verifikasi akan dihantar melalui no phone korang tu.

10. Lepas masukkan code, korang boleh create nama pengguna MAE. Yang ni suka hatilah korang nak letak apa. Nama Mak Jemah ke nama Ali bin Abu ke suka hati. 

11. Lepas tu korang akan diberi satu pilihan, nak akaun MAE ke atau Personal Saver. Kalau MAE, baki akan kosonglah sebab korang pun tak letak duit lagi dalam tu. Kalau Personal Saver tu adalah dari akaun Maybank. So korang boleh tahu jugak berapa korang spend walaupun korang tak bukak apps Maybank tu.

12. Done!


Macam mana nak buat tabung atau saving dalam apps MAE ni? Korang ikut je langkah-langkah di bawah.

1. Tekan perkataan Create Tabung

2. Lepastu korang pilih lah korang nak create tabung tu untuk apa? Aku tekan icon gambar hujan tu. 

3. Namakan tabung korang. Aku letakkan Insurans

4. Masukkan tarikh bila korang nak mula dan tarikh akhir korang nak simpan

5. Select akaun korang yang mana korang nak masukkan duit. Aku pakai Maybank je

6. Korang pilih nak simpan sendiri atau auto deduction. Aku pilih auto deduction. Senang tak payah pikir

7. Done.

Dah siap. Next entry aku akan kongsikan macam mana ek nak keluarkan duit dari tabung tu. Mesti korang tertanya-tanya macam mana nak keluarkan duit tu. Dahla susah payah kumpul kan? Stay tuned!

16 comments:

  1. Akak ada juga MAE ni. Cadang nak buat tabungan guna Apps ni. Tapi, akak kedekut sikit bila ada kena cas. So, akak menabung dekat WAHED jer sekarang ni. Duit pun beranak.

    Apa2 pun terpulang nak buat pilihan yang mana. Yang pasti MAE ni bagus!!Senang nak tengok kita buang duit dekat mana. He3

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke kak,wahed tak pernah pulak guna, setakat ni pakai tabung haji dengan asb je. inshallah nanti nak explore ok ke tak.

      Delete
  2. Tak pernah guna apps ni. boleh explore lah cenggini, kalau asyik TERguna je duit..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah guna. ni pun first time guna, kalau tak asyik terbabas je huhu

      Delete
  3. ok je MAE nie, senang nak menabung, xpayah main kutu dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. secara jujurnya kite main kutu sendiri-sendiri je. tak pernah main dengan orang lain

      Delete
    2. Betul tu!! Kalau main kutu takut ada yang mengelat.

      Delete
    3. mengelat tu satu hal, takut mengelat sampai sudah tak bayar.

      Delete
  4. Baru tahu jugak pasal MAE. Nanti nanti akan difikirkan. Terima kasih share :)

    ReplyDelete
  5. Hari tu ada terbaca orang kongsi pasal ni. Tapi ada yang kata duit pun boleh ghaib jugak dr tabungan. Wallahu alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke, setakat ni alhamdulillah tiada lagi. tak apa, kita cuba mana yang boleh.

      Delete
  6. Hi.. I dah buat tabung Mae ni..and this month already deducted from my account..tapi bila I check dekat tabung I duit tu tak ada..ke dia ambik untuk update dekat tabung I?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia ada tarikh untuk deducted secara automatik, dekat tabung ada dia tunjuk jumlah duit yang dah dia updae. mungkin awak punya dia tak update lagi

      Delete

Popular Posts