Hai korang. Berdasarkan post aku kali ini, aku nak sharelah satu aplikasi PDP yang aku guna sepanjang PDPR hari tu. Oh ya, sekarang kan murid datang secara penggiliran, aku rasa tidak ada masalah kalau korang yang bergelar guru nak gunakan aplikasi ni untuk menarik minat murid belajar. Ibu bapa pun boleh jugak daftar akaun ni. Free je.
Namanya BLOOKET. Aku suka explore juga aplikasi yang mana lagi menarik minat murid selain Kahoot, Quizziz, Wordwall, Liveworksheet dan etc. Tapi itulah, anak murid aku lebih sukakan Blooket daripada aplikasi lain Ini aku tanya jujur ya pada diorang. Aku suruh diorang pilih antara aplikasi Quizwhizzer atau Blooket mana lebih seronok? Kebanyakan diorang jawab Blooket. Sebab apa? Sebab Blooket ini fungsi dia seperti main game, pada masa yang sama diorang belajar. Sebelum diorang boleh melangkah ke peringkat seterusnya, diorang kena jawab soalan yang diberikan. Sangat menarik sebab ada pelbagai mode game yang korang boleh pilih. Boleh nak host ke atau nak main solo, main sendiri-sendiri. Nak assign homework pun boleh.
Nak daftar akaun Blooket ni, search di Google. Lepas tu sign up lah. Lagi senang pakai emel sedia ada. Dah sign up, boleh dah korang pilih soalan mana-mana yang korang nak bagi murid buat. Mode game tu akan keluar macam ini.
Selepas tu, korang boleh bagi kod game pada murid. Dia akan jadi macam ni
Dah siap, korang boleh tekan start
Paparan game tu korang hanya boleh tengok progress murid main je tau. Kalau korang nak tengok macam mana paparan pada murid, korang kena join main sekali.
Ni contoh paparan game cafe. Sebelah kiri tu paparan kita sebagai host, sebelah kanan tu paparan murid. Murid yang main game.
Game racing
Selebihnya korang boleh explore sendiri. Memang best dan menyeronokkan. Murid pun akan tertunggu-tunggu masa kelas kita. Okeylah setakat ini sahaja. Bye!
anak ammi yg darjah 1 tu cukup suka kalau kelas ustazah yg ajar PI..sbb ustazah slalu buat games.
ReplyDeletetp pada yg internet loading mcm siput kesian jugaklah
btw..done follow awak juga. salam kenal dari ammi
oh ye ke kak? samalah dekat sini. diorang cukup suka kalau kita bagi games. sebab tu la penggiliran nurin bagi jugak link games blooket ni. Tak nak bagi diorang bosan.
Deletewahhh bestnya saambil main sambil belajar. Even avatar dia comel2, memang patut lah ramai budak2 suka
ReplyDeletehaah betul. kita pun boleh create sendiri avatar yang kita nak
DeleteNice applikasi
ReplyDeleteBagus jugak apps ni. Taklah bosan budak budak berPDPR tu kan.
ReplyDeleteSeronok juga ni boleh buat aktiviti dgn anak murid guna apps ni ..
ReplyDeleteMenarik juga semua apps ni
ReplyDelete