Friday, 22 April 2022

Food Review: Spicy Tomyam Seafood Onigiri & IF Coconut Sparkling Family Mart

Assalamualaikum dan selamat malam semuanya. Alhamdullilah, kita dah memasuki 10 malam terakhir untuk Bulan Ramadan yang mulia ini. Baiklah, kali ini aku nak buat food review mengenai makanan yang aku pilih untuk buat berbuka tadi. Maaf tau sebab menyepi tak update blog beberapa hari. Aku sangat busy sampaikan nak buat draf untuk blog pun memang tak sempat langsung.

Sebenarnya, aku nak beli dessert saja hajatnya bila singgah di Family Mart tadi. Tapi, bila tengok staf dekat situ dah mula agihkan barang dan makanan baru, aku pun terdetiklah nak tengok apa yang ada. Btw, Salted Egg Chicken Bento dah sold out tau dekat situ. Memang laku keras lah haha. 

Aku belek punya belek, aku terjumpalah onigiri tomyam seafood. Tapi dia spicy ye. Sebelum ini, aku dah pernah beli. Cuma taklah rasa pedas sangat pun. Kali ni, aku nak cuba beli lagi. Mana tahu pedas kan. Haha.

Untuk air pulak, aku grab IF Sparkling Coconut Water. Sebab yang membuatkan aku tertarik adalah, dia punya pure coconut water, no sugar added, gluten free dan vegan. Sesuailah untuk orang nak diet kan haha. Tapi diingatkan ya, air sparkling ni bukan air masak tau. Dia bergas sikit. Tak pasal-pasal berasap hidung.

Beginilah hasil pencarian aku di Family Mart. Nak beli corndog nanti cepat sejuk pulak sebab aku datang pun pukul 3 lebih. 



Maaflah gambar kurang cantik sebab ambik pun dalam keadaan kalut-kalut sikit sebab nak bergegas balik rumah. Jadi, ini sahajalah yang sempat tangkap. Baiklah, aku pun dah rasa makanan ni, ini adalah review aku. 


REVIEW:

Untuk spicy tomyam seafood onigiri tu, memang tak tipu dia punya pedas. Makan semulut pun pijar bibir aku weh haha. Rasa dia sedap. Kalau orang pernah makan Maggi Pedas Giler perisa Tomyam, ha lebih kurang gitulah rasa dia. Cukup rasa. Tak ada yang tawar ke masin sangat ke. Semua perfect. Cuma aku ingatkan, bagi yang tak makan pedas tu jangan gatal-gatal nak makan. Sakit perut nanti. 

Untuk air pulak, rasa dia memang macam air kelapa ya. Cuma air kelapa yang bergas. Tepat dengan tagline dia, no sugar added. Sedap dan tak manis. Aku suka. Kalau ada yang versi tak bergas pun aku sanggup beli. Rating aku bagi dua-dua makanan ni 7/10. Memang sedap bagi tekak aku. 

Korang kalau nak singgah Family Mart, korang boleh dapatkan ya makanan-makanan ni. Memang sedap. 

Sekian sahaja entry kali ini. 


12 comments:

  1. nampak sedap..kalau dah pijar mulut dah macam level ghost pepper pula hurm boleh tahan ye pedas dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pedas dia sama level dengan maggi pedas giler.

      Delete
  2. Aku suka juga air kelapa, selalu beli jenama Karta. Boleh la try yang IF ni nanti..

    ReplyDelete
  3. Bila lah Family Mart ni nak buka satu cawangan kat Perlis . Boleh laa nak shopping barang makanan .. Selalu singgah beli pudding & oden family Sg Dua

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. memang singgah sg dua je nak beli. huhu.

      Delete
  4. Kat Family Mart ni boleh kata semua makanannya sedap2..kalau beli memang tak rugi kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. selalu beli mac n cheese dia. sedap.

      Delete
  5. menarik...tapi kalau pedas sngt pun tak syok juga

    ReplyDelete

Popular Posts