Friday, 1 April 2022

Cara Mohon Kad MAE Maybank


Sumber gambar: Semakan Status.Com


Assalamualaikum. Selamat malam semua. Malam ini akan aku kongsikan mengenai cara nak apply kad MAE untuk tujuan korang keluarkan duit ya. Sebab aku tengok ramai yang cari keyword ini di blog aku. Jadi, aku share kan untuk semua. Semua boleh guna tau. Korang kena ikut langkah-langkah di bawah. Aku ambil tips ini dari blog Semakan Status.Com.

KELEBIHAN KAD DEBIT MAE

Kad MAE ini dilengkapi dengan pelbagai faedah termasuk kadar pertukaran asing yang kompetitif dan faedah eksklusif untuk dinikmati di dalam dan luar negara. Apabila anda membuat perjalanan luar negara, jumlah dalam dompet MAE akan ditukar secara automatik ke matawang negara yang diziarahi, membolehkan anda mengetahui dengan tepat jumlah dana perbelanjaan yang ada.


CARA MOHON KAD MAE

1.Login dahulu akaun MAE 

2.Log di LOGIN MAE MAYBANK

3.Pergi ke menu Maybank2u

4.Tekan pada bahagian akaun

5.Pada bahagian akaun tekan pada kotak kuning di bawah iaitu “ tap to apply”

6.Lihat pada bahagian request card. Permohonan kad akan dikenakan cas sebanyak 8 ringgit

7.Tekan butang Continue. Pop up akan keluar dan tekan butang proceed

Untuk tujuan keselamatan, anda dikehendaki swafoto dan ambil gambar kad pengenalan

8.Tekan butang Continue. Scan gambar kad pengenalan (pastikan bahagian depan dicondongkan sedikit agar nampak gambar bunga raya)

9.Masukkan alamat kediaman. Masukkan OTP kod yang di hantar ke telefon anda

10.Permohonan Berjaya

Kad akan dihantar dalam tempoh 7 hari bekerja

RM 8 ringgit akan ditolak dari akaun MAE anda.

Semoga entri ini bermanfaat ya.

5 comments:

Popular Posts