Assalamualaikum semua dan selamat malam. Sejak kebelakangan ini, aku cuba untuk mencari topik yang menarik untuk letak dalam blog ini, tapi itulah, kepala otak aku masih belum dapat cari topik tu. Selalunya aku akan berkongsi tentang apa yang terjadi dekat dalam hidup aku saja haha.
Baiklah, sebenarnya, aku saja buka dashboard Google Adsense hari ni. Nampak poyo je kan haha. Aku sebenarnya dah boleh mengagak tau earning setiap hari aku dapat berapa. Taraf sen-sen je. Nak dapat 1 USD pun kemain payah. Selalunya aku akan dapat 0.01 USD saja. Walaupun tak adalah setiap hari, tapi kira ok lah tu kan? Dari tak dapat apa langsung.
Tapi hari ni, hati aku sedikit gembira sebab aku tak menjangkakan aku akan dapat 0.05 USD. Ini salah satu pencapaian terbaik untuk blog aku tau. Biarlah orang nak cakap apa, eleh dia tu dapat 5 sen pun dah poyo, ingat dapat 10 USD, boleh lah nak riak.
Sebenarnya kan, aku ni benda sekecik-kecik alam biji sawi tu pun aku akan hargai tau. Ingat senang ke nak kumpul duit dari Google Adsense ni? Sudahlah nak apply dia pun kemain strict nak mati. Jadi, bagi aku, aku dah bersyukur akhirnya dapat juga merasai earning yang tinggi sikit untuk hari ni walaupun pageviews sikit.
Aku sangat berterima kasih pada yang selalu singgah baca dekat blog aku, tinggalkan komen. Aku baca tau komen korang, cuma ada waktu aku tak sempat nak balas. Aku jugak selalu singgah blog korang. Tapi itulah, kadang-kadang lupa nak balas. Jadi, jangan pulak kecik hati kalau aku tak bagi komen. Aku sebenarnya tak sempat nak letakkan komen.
Kadang-kadang tu boleh tertidur dengan phone terbukak data. Punya letih. Masuk penggal baru ni letih dia lain macam. Aku harap, aku dapat harunginya dengan tenang dan tabah.
P/S: Dah naik 1 sen. Jadi total 0.06 sen hari ini. Waaaa, wanna cry.
Sekian sahaja untuk kali ini.
Alhamdulillah, mula start ni memang slow sikit tapi dont give up ok insyallah nanti adsense akan naik bila pv pun makin naik :)
ReplyDeletehaah kan. hehe doakan kita ya
DeleteTakpe. Slow and steady.
ReplyDeleteSebenarnya penting untuk gembira pada perkara sedikit. Insya Allah nanti naik banyak.
kan hehe. yang tu lah boleh buat entry
DeleteTahniah!
ReplyDeletethanks awak hehe
DeleteLama2 nanti banyaklah
ReplyDeleteharap begitulah
DeleteSemoga terus sukses.
ReplyDeletethanks hehe
DeleteSemoga terus sukses. Blogger Sii Nurul ada bg tip2 nk adsense naik lg. ce try😊
ReplyDeleteitulah, selalu jenguk blog dia
DeleteAlhamdulillah Tahniah. KakYa dulu pon masa mula2 dapat 0.00 pon pernah huhuhu. Sekarang ni alhamdulillah ok la sikit dari takde langsung.
ReplyDeletehehe. nurin pun pernah. rasa macam nak give up. Sebab lama sangat amik masa nak naik. huhu
Deletesama la kita, dulu dapat sen sen pun dah happy dah. keep it up nurin, insya-allah hajat untuk cecah USD1 ke atas tu akan tercapai :)
ReplyDeletethankssss
DeleteAla, teringin nak ada google adsence tapi tak pandai nak setting...
ReplyDeletesecara jujurnya banyak tgk youtube je
Deletemakin banyak nanti, insyaallah!
ReplyDeleteAlhamdulillah . Tahniah . Sikit2 lama2 jadi bukit . Mcm blog ccl juga
ReplyDeletethanks.. doakan kita tau.
DeleteAlhamdulillah USD1 sen pun dh cukup bagus..
ReplyDeletelama-lama bertambahlah nnt.. (^_^)
betul tu . ada hari walaupun x ada, tapi tak apalah. bukan rezeki hehe
Deletetahniah.. kerapkan bloggiong. nanti mencanak naik
ReplyDeleteitulah. harap dapat 1 usd pulak.
DeleteAlhamdulillah. Tahniah tau. InsyaAllah, nanti akan naik nilainya tu. Aja aja fighting.
ReplyDeleteSelamat berpuasa buatmu juga sahabat yang nampak komen ni ya.
selamat puasa.
DeleteAlhamdulillah.. lama2 nanti banyaklah tu
ReplyDeleteitukah hehe
Deletepernah dapat 0.53 usd. Terkejut jugak la. sebab tak pernah dapat setinggi tu