Thursday, 17 March 2022

Cara Mengelakkan Kucing Datang Membuang Najis Di Luar Rumah




Seperti yang kita sedia maklum, kucing adalah haiwan peliharaan yang sangat comel dan jinak jika mereka dibelai dan dijaga dengan sebaik mungkin. Namun, kebanyakan kucing kadang-kadang mereka tidak dilatih untuk membuang najis di dalam bekas yang disediakan. Mereka dilepaskan untuk bebas membuang najis di tempat yang dirasakan sesuai. Jika tempat tersebut mempunyai tanah, sesuai untuk menimbus najis mereka jadi kucing-kucing ini akan terus berada di situ untuk kesekian kalinya. 

Namun, tidak semua perumahan yang mempunyai pasir untuk kucing-kucing ini melepaskan hajat. Terdapat sesetengah perumahan hanya mempunyai jalan tar sahaja. Jadi, apabila kucing-kucing ini membuang najis, amatlah berbau sehingga mengganggu persekitaran jiran-jiran yang tinggal di situ. Oleh itu, setiap pemilik kucing perlulah mengambil berat akan persekitaran perumahan mereka supaya kucing-kucing ini tidak dibiarkan untuk membuang najis merata-rata tempat. 

Terkini, melalui satu perkongsian di Facebook Persatuan Penggunan Islam Malaysia (PPIM), tuan punya haiwan terlibat boleh didenda sebanyak RM1,000 sekiranya berbuat demikian.

Jelas perkongsian itu, kucing membuang najis merata-rata tempat itu boleh dianggap sebagai satu ‘kacau ganggu’.

“Dalam Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976, Seksyen 80 menyebut sekiranya pihak berkuasa tempatan (PBT) mendapati ada gangguan di kawasan awam atau kawasan persendirian, PBT boleh menghapuskan, menghentikan kacau ganggu ini dengan menghantar notis, mengambil tindakan undang-undang serta ganti rugi-Akhbar Kosmo!

Baiklah, untuk mengelakkan kucing daripada terus datang membuang najis merata-rata, ada beberapa langkah yang sesuai untuk dilakukan sekiranya tempat tinggal anda dimasuki kucing. 


1. Membersihkan najis kucing dengan air dan sabun 

Cara ini dikatakan paling mudah dan senang untuk dilakukan. Seperti rumah aku yang dimasuki kucing jiran, mereka datang untuk melepaskan hajat. Jadi, aku cuba membersihkan najis tersebut dengan air dan sabun. Tak kiralah sabun apa yang aku guna. Aku guna sabun basuh baju, sabun mandi dan semuanya lah. Namun mungkin cara ini berkesan bagi sesetengah orang, bagi aku tidak. Kucing masih lagi datang untuk kencing di balkoni rumah aku. 


2. Menggunakan serai wangi



Sebaik sahaja aku menggunakan air sabun gagal, aku cuba membersihkan dan guna sedikit serai wangi. Hidung kucing agak sensitif, jadi apabila kucing ini berbau sesuatu bau yang kurang enak, ia akan pergi dari situ dan tak akan pernah datang lagi. Cara kedua ini pun masih belum sesuai juga buat aku. Mereka masih datang dan datang sehingga aku buntu bagaimana mahu bersihkan najis mereka setiap kali. 


3. Menggunakan klorox (peluntur)



Aku cuba menggunakan peluntur yang baunya agak kuat untuk menghalau kucing-kucing tersebut daripada kencing tempat yang sama. Namun, cara ini bertahan hanya untuk beberapa hari sahaja. Kucing ini kebal betul hidungnya, haha. Sampaikan letak febreeze pun masih datang ya. Tak serik-serik. Sampaikan aku sendiri pun tak tahu macam mana nak halau mereka ni sebab adalah dalam 4 ekor. Banyak betul geng dia. Korang cubalah dengan cara ini, mana tahu berkesan. 


4. Memberitahu jiran dengan menangkap gambar sebagai bukti

Oh ya, sekiranya korang masih buntu untuk menyelesaikan masalah ini, korang boleh menangkap gambar sebagai bukti yang kucing jiran ini membuang najis merata-rata. Cara ini terbukti berkesan untuk aku kerana jiran aku amat memahami. Mereka mahu menolong aku dengan meletakkan kucing-kucing ini ke tempat yang lain. Jika tidak, kucing-kucing ini berpesta sakanlah membuang najis di balkoni rumah aku. Tegur dengan cara yang baik okey. Jangan pulak korang maki jiran tu. Tak pasal-pasal pulak nanti jiran tak nak bertegur sapa dengan kita. 


5. Gunakan Bio-D Pawpal Cat & Dog Repellent Spray


Aku baru sahaja guna dalam waktu seminggu yang lalu. Setakat ini, alhamdulillah tiada lagi kucing yang datang membuang najis dekat balkoni rumah aku. Aku memang rasakan spray ini sangat sesuai untuk korang yang sudah buntu tak tahu apa lagi yang nak buat dengan kucing-kucing ini. Bau dia tengik dan tidaklah busuk sangat, masih boleh diterima. Korang beli dekat shopee ya. Sangat murah dan berbaloi sebab botol spray dia agak besar. Banyak review yang cakap produk ini berkesan. Cubalah.

Bukan kucing saja tau, anjing pun boleh guna kalau dia datang. Akak aku dah cuba guna, berkesan.

Setakat ini sahaja entry kali ini. Semoga bermanfaat.

10 comments:

  1. Memang payah kalau dia dah mark tempat tu "tandas" dia.. sobs.. kalau repellant macam yg last tu mesti OK rasanya tu, since dia mmg specific untuk masalah tu..

    ReplyDelete
  2. thank you for the tips. Kucing jiran pun selalu jadikan our beranda is toilet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak. pening kepala kita macam mana nak hilangkan bau najis dia tu haha

      Delete
  3. Terima kasih, Naim ada bela kucing dan masa berumur 3 4 bulan sudah ajar di mana patut di buang najis atau kencing. Alhamduillah setakat ini kucing tu tak berak di kawasan rumah/ jiran. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. okeylah tu naim. ini memang tak boleh nak cakap apa dah. memang kucing berak merata

      Delete
  4. Dah cuba bermacam cara dah nak elak kucing berak depan rumah. tapi semuanya gagal. Nak cuba yang Bio-D tu lah, kotlah berkesan. Terima kasih share Nurin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah kak. memang berkesan. lega dah tak ada kucing lagi buang najis merata-rata

      Delete

Popular Posts