Thursday 17 March 2022

Cara Aktifkan Tag RFID




Untuk yang telah beli tag RFID macam aku ini, korang kenalah pastikan tag tersebut telah diaktifkan terlebih dahulu. Sebenarnya, ceritanya begini macam mana aku boleh terdetik nak beli jugak dekat tag RFID ni. Sekarang kan dah ada ura-ura smart tag akan dibuang sampailah tahun 2025 nanti. Aku ni agak sedihlah sebab selama ni aku memang guna smart tag pun kalau lalu highway. Sepanjang aku kerja, memang hujung minggu saja aku guna highway. So duit minyak dengan duit Touch n Go tu tak payah cakap lah, peruntukan hampir RM300 untuk sebulan bagi benda ni saja. 

Jadi, aku pun belilah tag RFID ini dekat apps Touch n Go ewallet. Korang pergi bukak apps itu dan carilah icon toll. Akan ada perkataan RFID. Bila dah tekan akan ada dua option, sama ada korang nak beli ke atau nak aktifkan. Macam aku, diorang tak update pun bila sampai tag ni dekat rumah. Tengok-tengok dah ada dekat dalam peti surat. Nasiblah aku tak buang parcel tu haha. Jadi, aku rasa setiap parcel yang sampai mestilah diorang akan call. Macam kita selalu beli barang online tu. Agak dalam seminggu jugak lah aku tunggu, rupanya sampai diorang tak call, tak bagitahu apa. Update pun tak. Ke sistem masih busy eh? Aku pun tak pasti.


Bila korang nak aktifkan itu, korang akan nampak no dekat belakang kad. Maksudnya sebelum korang bukak tag itu akan ada satu nombor. Nombor itulah yang korang kena simpan dan isikan dekat apps tu nanti. Jangan risau, ada cara tau macam mana nak aktifkan dan pasang. Jadi tak adalah korang menangis tak berlagu untuk pasang tag ini. 


Bila korang isi no kenderaan, no tag RFID itu status akan jadi macam ini ya. 


Dia akan naik notification bila tag tersebut dah aktif. Status pun akan bertukar hijau. Macam gambar ini.

Kalau dia dah naik hijau tu maksudnya korang dah boleh lekatkanlah tag RFID korang. Semoga berjaya. 

Aku pun dah guna RFID ni untuk bayar tol. Pada pendapat aku, tag ini agak lambat sikit detect berbanding Smartag. Dan aku rasa mungkin sebab sistem yang lambat detect tag ni kot. Sebab bila korang dah masuk palang tu, korang kena slowkan sedikit kereta berbanding Smartag yang kereta jarak jauh sikit pun dia dah detect. 

Bila nak top up, pastikan ewallet Touch n Go korang mencukupi ya. Kalau tak, berhuhulah. Dia tak akan detect kalau baki tak cukup. Tak payah pakai internet pun semasa nak lalu tol. Cukup sekadar top up. 

Jadi, aku harap Smartag tidak akan dibuang. Pada korang yang nak guna RFID, dipersilakan. Gunalah mana yang mudah.

Sumber gambar: Google Images 

11 comments:

  1. Replies
    1. memang dah disediakan panduan kak hehe. mudah. kalau tak, pening jugak lah macam mana nak aktifkan

      Delete
  2. tq for sharing, tak pasang pun lagi. so far masih ngan touch & go jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. asalnya nak guna touch n go to sebab malas nak beratur panjang itulah pasang jugak rfid ni

      Delete
  3. senang je rupanya patutlah T&G suruh buat sendiri je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah. tapi cara nak tampal tu kena hati2. kang tak detect

      Delete
  4. Thanks for the sharing! Sy tak pasang rfid lagi. Huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dah slow2 pasang huhu. harap sangat smart tag dia tak buang

      Delete
  5. Bagus perkongsian ni boleh dijadikan rujukan. Dah lama pasang awal awal keluar dulu cuma baru sekarang dapat guna.

    ReplyDelete

Popular Posts