Thursday, 17 March 2022

Tabung MAE Hilang? Macam Mana Nak Buat?

 


Selamat malam korang. Semoga korang sihat-sihat hendaknya. Aku saja-saja godek Google Search Console untuk blog aku. Aku nak tengok ada tak yang rajin search dekat blog aku ni ha. Kebanyakannya yang cari dekat blog aku cerita Thailand, Roy Leh Marnya. Famous agaknya cerita tu sampaikan banyak yang cari. Nanti aku update semula review dalam cerita tu okey. 

Baiklah, ramai yang search blog aku dengan keyword Tabung MAE Hilang. Setakat ini yang aku tahu, MAE tak pernah lagilah buat hal. Selama ini duit yang aku simpan (aku buat tabung untuk insurans kereta) RM1k jugaklah huhu. Kalau tak simpan, naya oi. Mana nak cekau duit sebanyak tu. Tambah-tambah hidup zaman Covid ni. Kalau tak ada duit nak menyimpan, memang nayalah. Nak hidup untuk satu hari pun tak dapat. 

Korang jangan risau, setakat ini duit yang aku simpan memang tak pernah hilang. Duit tu ada saja. Cuma kalau korang nak keluarkan duit, incase korang terdesak nak pakai, korang boleh buang (remove) tabung tu. Duit tu automatik akan dapat balik. Korang boleh baca entri aku macam mana nak keluarkan duit dengan guna Tabung MAE ini. 

Baca juga : Keluarkan Duit Dengan Mudah Melalui MAE oleh Maybank2u

Oh ya, bagi korang yang masih belum menabung lagi tu, tapi gian sangat nak pergi travel, apa kata korang cuba buat tabung dengan MAE ni? Free of charge je kot, janji ada apps dia. Tak tahu macam mana nak mula? Nah, aku kongsikan link dekat bawah ya.

Baca juga: Buat Saving Dengan Mudah Dengan Aplikasi MAE

Jadi kesimpulannya, jika korang ada mengalami masalah seperti ini, aku sarankan korang pergi ke cawangan Maybank terdekat. Kalau nak tunggu panggilan telefon aku rasa memang lambat. Nanti takut habis pulak duit korang kena sedut. Aku yakin, staff Maybank akan cuba bantu korang. Jadi, jangan cepat risau dan takut ya. Segala masalah korang akan dapat diselesai. Okeylah, setakat ini sahaja entri untuk kali ini. Selamat membaca!

6 comments:

  1. yuppp customer service maybank setakat ni memang terbaik

    ReplyDelete
  2. ada MAE tp gunakan tabung di sini sbb x de hibah. Abe Kie simpan di SSPN secara tetap. Bila kecemasan barulah keluarkan duit tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh patutlah. simpan dalam ASB pun okey jugak.

      Delete
  3. Baru2 ni apps mae maybank new version isn't compatible dgn device phone sy. So mcm mne sy nk check duit sy saving dlm tabung tu? Kt apps maybank2u yg biasa pon tak boleh check. Dah try godek2 website still tak jumpa juga. Mcm mne? (T_T)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, kalau jadi macam ni, better rujuk dekat maybank sendiri. mungkin staf boleh bantu.

      Delete

Popular Posts