Assalamualaikum. Hari ini aku nak kongsikan pengalaman aku pergi LIMA dekat Langkawi. Sejujurnya, mesti korang perasan kan, betapa tingginya vibes dekat Tiktok, rata-rata semua pergi Langkawi sebab nak tengok LIMA. Iyalah, 2 tahun sekali kan, bukan senang nak tengok jet-jet ni buat persembahan.
Aku book tiket awal tau. Dalam 2 bulan awal macam tu. Masa tu, tiket masih banyak kosong. Tak banyak yang sold out lagi. Jadi aku grab pukul 1 petang. Lepas tu, aku grab pukul 10 pagi pulak. Jadi burn lah tiket yang pukul 1 petang tu. Sebab aku ingat diorang dah tak bukak yang pagi punya.
Oh ya, aku book melalui apps Cuti-Cuti Langkawi. Senang. Korang nanti scan je macam nak masuk flight atau TBS qrcode tu. Aku amik dari Kuala Perlis sebab 1 jam saja. Kalau dari Kuala Kedah, 2 jam. Jadi aku takut letih. Jangan lupa sediakan IC tau. Nanti diorang nak tengok tally ke tak dengan tiket yang korang book tu.
Aku sampai dalam pukul 11.30 pagi sebab mula jalan dari Kuala Perlis pun dah lambat. Lepas tu kakak aku terus datang amik aku untuk ke Pemandangan Indah. Sebab dekat situ view dia cantik jugak. Kami tak pergi belakang airport sebab jammed. Takut nanti tak sempat. Aku sempat tengok pertunjukan sebelah petang saja. Itupun dah best weh! Sebab ini merupakan pengalaman pertama aku pergi sendiri Langkawi tanpa famili.
Nah aku kongsikan sedikit gambar sepanjang aku berada di sana. Berkicap jugak tunggu, sebab dari pukul 12 dah terpacak dekat situ. Pertunjukan sebelah petang mula pukul 2.45 petang. Mula lewat sikit sebab hujan lebat.
Cantik kan? Inshallah lepas ni tahun 2025 aku nak pergi lagi. Boleh masuk dalam tengok jet-jet. Kali ni tak sempat sebab pergi sehari saja.
Ok. Setakat ini sahaja. Bye!
Memang cantik airshow semua tu. Best sangat LIMA ni tapi tak pernah dapat pergi. Harapnya next LIMA lagi 2 tahun ada rezeki.m
ReplyDeletesebelum ni tak pernah tengok depan mata. ni kali pertama
DeleteJadi macam pelangi.
ReplyDeletebetul. cantik
Deletecantiknya
ReplyDeletedpt lihat dgn mata sendiri pengalaman menarik
betul
Deletebest jugak merasai pengalaman LIMA ni , bukan senang
ReplyDeletetunggu 2025 pulak
Deleteشركة رش مبيدات بالرياض
ReplyDeleteشركة رش مبيدات بالرياض
ReplyDeletewah seronoknya.. Cuya tak pernah tengok depan2
ReplyDeletedatanglah. tunggu 2025 pulak okey :)
DeleteBestnyaaaa.. nak pergi tapi masa tu kerja
ReplyDeletetunggu 2025 pulak
Delete