Sunday 19 December 2021

Doa ketika hujan turun dengan lebat.



Apabila hujan turun dengan begitu lebat sehingga seminggu tidak nampak matahari, maka datang seorang lelaki dan meminta doa daripada Rasulullah SAW agar Allah SWT menghentikan hujan kerana berlaku kerosakan pada harta dan jalan. Maka Rasulullah SAW berdoa:

اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الآكَامِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

Maksudnya: “Ya Allah! (Kami bermohon agar hujan hanya) mengelilingi kami dan bukannya menimpa ke atas kami. Ya Allah! (Alihkan ia) ke atas tempat-tempat tinggi, gunung ganang dan bukit bukau, perut-perut lembah, dan tempat tumbuhnya pokok-pokok.”
Riwayat al-Bukhari (1014)

Maka berhentilah hujan dan keluarlah matahari. Sebahagian ulama menulis faedah doa ini bahawa secara adabnya kita berdoa agar Allah SWT mengalihkan hujan ini ke tempat-tempat lain kerana hujan itu membawa rahmat dan keberkatan. Sememangnya memperbanyakkan doa ketika musibah itu adalah amalan yang dituntut oleh Syarak. Daripada Ummul Mukminin, Umm Salamah R.Anha bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ عَبْدٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ، فَيَقُولُ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا، إِلَّا أَجَرَهُ اللهُ فِي مُصِيبَتِهِ، وَأَخْلَفَ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا

Maksudnya: “Tiada daripada kalangan hamba (Allah) yang ditimpa suatu musibah, kemudian mengucapkan: “Innā lillāhi wa innā ilaihi rājiʿun (Sesungguhnya kami milik Allah dan pastinya kami akan kembali kepada-Nya), Ya Allah! Aku mohon akan kurniakanlah ganjaran pada musibahku ini, dan berikanlah ganti yang lebih baik daripada musibah ini,” melainkan Allah akan memberikan pahala kepadanya kerana musibah itu dan menggantikan yang lebih baik.”
Riwayat Muslim (918)

Begitu juga, digalakkan bagi seorang Mukmin itu memperbanyakkan istighfar, meminta ampun dan maaf daripada Allah SWT daripada apa-apa dosa yang dia lakukan sama ada sedar atau tidak sedar. Ini kerana dosa akan mengundang bala dan musibah dalam kehidupan seorang Mukmin manakala istighfar akan menolaknya dan menggantikan dengan kebaikan yang tak disangka-sangka. Daripada Abdullah bin Abbas R.Ahuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang melazimi istighfar, maka Allah akan menjadikan baginya pada setiap kesempitan ada jalan keluar, dan pada setiap duka cita ada perlepasan, dan Allah merezekikannya daripada arah yang tak disangka-sangka."
Riwayat Abu Daud (1518) dan Ibn Majah (3819)



Sumber: Dr. Zulkifli Mohammad al-Bakri

Sunday 12 December 2021

Harga Repair Screen Laptop Pecah



Hai korang, maafkan aku lah sebab aku tak update entry blog ni. Aku pun dah tak tahu nak tulis entry apa lagi. Musim cuti ni memang aku nak rehat secukupnya. Malas nak keluar rumah tambah-tambah musim Covid ni kan. Better duduk rumah je lah layan TV. 

Aku terdetik nak ceritakan pengalaman aku bagaimana laptop screen aku pecah. Sebenarnya dia hanya notebook saja. Notebook kecik yang aku guna masa waktu belajar dulu. Aku guna dia selama 5 tahun. Masalah disk D aku hilang pun pernah. Sampai buat assignment kali kedua ha. Speaker pun penah nak rosak. Sebab storage dia kecik, so dia tak dapat nak support.

Nak dijadikan cerita, aku dah selesai upload semua bahan assignment, dokumen penting dalam tu. Masa aku nak letak dia, tiba-tiba notebook aku jatuh dan screen dia pecah. Kaca bertaburan dekat lantai. Aku panik tak tahu nak buat apa. Notebook Asus tu agak mahal. Ayah aku beli dalam RM1k lebih gitulah. 

Aku cuba kutip balik bekas kaca yang pecah tu. Memang berdarahlah tangan aku. Aku terdiam kejap. Pada masa yang sama, ayah aku masuk bilik. Memang agak marahlah dia. Tengok screen notebook aku pecah macam tu. Aku pun bukannya sengaja. Last-last ayah aku pun ajak lah aku pergi kedai untuk repair screen laptop yang pecah tu.

Kami pergi satu kedai laptop yang berdekatan dengan rumah. Sebenarnya nak kata dekat tu taklah. Kedai ni memang main dia. Kalau kedai kecik-kecik pun hantar dekat sini. Ayah aku pun cuba tanya dekat pekerja dekat situ boleh baiki ke tak sebab notebook ni touch screen tau. Agak sayang kalau tak baiki. 

Pekerja tu cakap, boleh baiki, tapi kena sedia dalam RM3k lebih gitulah  Aku pun dah boleh agak dah harga baiki memang akan mahal macam tu. Jadi ayah aku cakap, nanti bila rasa nak baiki baru pergi kedai ni balik sebab aku masih ada laptop lain untuk buat kerja. Lagipun screen dia pecah, masih boleh nampak, cuma tak boleh nak touch saja lah. 

Aku pun angguk je. Dalam hati sangat sedih dengan laptop tu. Sampai sekarang pun notebook tu tersadai tak guna. Cuma bukak bila nak main game Plant vs Zombie je. Aku harap aku ada rezeki lebih nanti nak baiki screen laptop yang pecah tu balik. Amenn...

Okey, setakat ini sahajalah entry kali ini. Bye!

Saturday 11 December 2021

Makanan apa yang sedap di Family Mart?


Hai korang. Hari ini aku terfikir nak update makanan yang aku selalu beli di Family Mart. Makanan apa yang sedap korang selalu beli di Family Mart? Aku nak katanya setiap minggu pergi sampai tak tahu nak beli apa dah, paling kurang singgah nak beli chocolate sofuto dia saja. Kadang-kadang beli makanan ni merupakan satu kepuasan jugak. Nak diet tu letak tepi dulu, bagilah reward dekat diri sendiri dulu ok.

Aku singgah di Caltex Sungai Dua, sebenarnya banyak ja Family Mart dekat Penang ni, tapi sebab aku balik ikut highway, jadi singgah mana yang dekat saja lah. Aku kongsikan sedikit sneak peak Family Mart di sini.


Makanan yang ada di sini. Aku nak cari lasagna dia, habis pulak.












Pelbagai snek yang ada dekat sini. Macam pergi dekat kedai serbaneka pulak.


Banyak pilihan mi segera dengan ramen jugak.




Akhirnya aku grab Creamy Macaroni & Cheese. Dah banyak kali repeat sebab sedap.




Beginilah keadaan nya. Aku mintak pekerja dia panaskan supaya senang aku makan terus dalam kereta.

Sekian sahaja entry kali ini. Korang boleh kongsikanlah makanan dan minuman apa yang korang selalu beli hehe. Bye!

Friday 3 December 2021

Drive D tiba-tiba hilang lepas update Windows 10? Cuba langkah ini.


Selamat malam korang. Aku harap korang sihat dan sentiasa positif bila masuk bulan Disember ini. Walaupun kita diambang endemik yang tidak pasti bila..aku harap janganlah dilaksanakan sekatan rentas negeri dan daerah lagi. Aku sudah cukup terseksa bila tak dapat balik rumah. Sebab family duduk jauh, kalau duduk di belakang rumah senanglah cerita. 

Okey baiklah, aku nak ceritakan satu peristiwa dimana Drive D tiba-tiba hilang di laptop aku. Jadi aku panik, tak tahu nak buat apa. Sudahlah aku letak semua assignment aku dalam tu. Segala kerja, gambar semua aku letak situ. Memang rasa nak menangis. Antara faktor yang terjadi bila Drive D korang tiba-tiba hilang adalah:

1. Update kepada Windows 10. 
Ya, ini korang kena berhati-hati. Aku sebenarnya pelik lah kenapalah laptop aku ni suka sangat auto update. Sebenarnya kalau orang kata auto update ni bagus, sebenarnya tak ya tuan-tuan. Auto update ni akan memberatkan dan makan space laptop korang. Korang kena cuba buat dia stop auto update. Boleh pergi ke setting laptop untuk hentikan. (Control Panel).

2. Drive D diformat atau telah didelete.
Yang ini korang kena pastikan Drive D korang tidak diformat atau didelete. Kalau dah didelete, kemungkinan nak dapat balik memang agak sukarlah. Jadi, kalau korang tak pandai nak betulkan, jangan gatal tangan nak buat sendiri. Nanti semua data dalam Drive D tu hilang. Naya pak karim lerrr. Menangis air mata darah pun tak ada guna.

3.Drive D tak hilang, cuma drive letter nya sahaja yang hilang.
Yang ini korang boleh pergi ke Disk Management dan tick kepada listkan disk tu. Kemungkinan dalam Disk Management dia tak untick. Sebab tulah jadi macam tu. 

Solusinya yang lain kalau cara yang no 3 ni tak berkesan, korang boleh cuba cara di bawah: 

1. Pergi ke Disk Management, cari perkataan Action dan select Rescan Disks. Kita buat macam ni macam nak bagi sistem tu kenalpasti balik Drive D yang hilang tu.



Korang cuba dulu cara ini. Kalau tak berjaya, korang kena restore system dia semula. 

2. Taip system restore dekat bahagian Search. Tekan "Create a restore point".

2. Dia akan keluar pop up window, tekan System Restore untuk mula.

3. Korang ikut je langkah-langkah wizard tu suruh buat apa.  Dia akan amik masa dalam 10-30 minit macam tu lah. 

4.TIPS: Bila dah mula, System Restore tak boleh diganggu. Jangan tekan apa-apa, tunggu saja laptop kita tu akan restart balik. Pastikan segala program dekat laptop tu sudah ditutup. 

Kalau tidak berjaya, korang kena download salah satu software AOMEI Professional Tool.  Ini sahaja jalan yang terakhir. Huhu. Aku pun tak pernah buat pakai tool ni so aku tak boleh nak ajar dan buat tutorial. Aku harap tutorial dan tips ini membantu korang ya. 

Sumber gambar: Diskpart.com

Baca juga: Keluarkan Tabung melalui MAE 

Baca juga: Giveaway By Nazfea Solehah & Arra Sephia 

Thursday 2 December 2021

Keluarkan Duit Melalui Aplikasi MAE oleh Maybank2u



Keluarkan Duit Dengan Mudah Melalui MAE oleh Maybank2u I Selamat malam korang. Alhamdulillah. Aku harap korang sihat hendaknya. Menerusi entri sebelum ini, aku ada kongsikan kepada korang tentang bagaimana nak buat akaun MAE dan tabung untuk korang buat simpanan kan? Betul tak? Bagaimana dengan tips tu? Aku harap korang tidak tergunalah duit dalam tabung tu kecuali masa korang benar-benar terdesak nak pakai duit. Zaman Covid-19 ini ramailah yang hilang pekerjaan. Ada yang sampai setahun tak kerja, duit simpanan dah makin susut. Sebab itu pentingnya ada wang simpanan. Simpanlah hatta RM50 sekali pun setiap bulan. Biarkan jangan usik. Kalau tiada simpanan nanti bagaimana korang nak teruskan hidup, sedangkan harga barang semakin naik, kira-kira mencecah 200%. Aku harap tidak berlaku inflasilah. Cukup lah sekali pada zaman datuk nenek moyang kita dulu. Betapa peritnya hendak membeli barang, tetapi barangnya terhad. 

Baca juga: Buat Saving/Tabung Mudah Melalui Apps MAE oleh Maybank2U

Apa itu MAE? Mengapa pihak Maybank perkenalkan MAE? Best sangat ke apps ini sampaikan ramai yang bertukar daripada apps Maybank2u ke apps MAE? Sebenarnya, MAE ini lebih banyak kegunaannya berbanding apps Maybank2u yang biasa. Katanya nanti apps Maybank2u dah nak tamatkan perkhidmatannya. Semua nanti kena pakai MAE. Yang ini aku tak pastilah betul ke tak sebab ayah aku yang beria-ria suruh aku install apps MAE dekat dia. Katanya nanti apps Maybank2u tu dah tak guna dah. 
Logo MAE

Logo Maybank


MAE dan kegunaannya. 

Sumber: Google Images

Masa bila korang nak guna MAE ini? Bukan sama saja ke dengan Maybank2u? Sebenarnya tidak. Aplikasi MAE ini mempunyai banyak kelebihan dan mudah juga untuk digunakan. Berikut aku kongsikan petikan Berita Awani, 

Aplikasi ini mampu menguruskan hal kewangan harian, termasuk menabung, mengenal pasti perbelanjaan dan mempunyai kebolehan e-dompet. Ia membolehkan pelanggan membuat pembayaran secara QR dan dompet digital MAE, serta mempunyai penambahan ciri-ciri baharu yang membantu pelanggan menguruskan kewangan lebih baik. Menurut Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias, MAE by Maybank2u dikembangkan untuk menjadi lebih bermakna, bukan sekadar aplikasi perbankan sahaja.

"Kami mahu aplikasi ini menjadi suatu platform yang menyeluruh untuk membantu pelanggan kami menguruskan hal kewangan harian mereka.

"Bayangkan aplikasi ini sebagai bank digital yang mudah dibawa ke mana sahaja bersama anda tetapi dengan banyak ciri menarik untuk membantu anda mengawal urusan kewangan dengan lebih baik.

"Walaupun aplikasi ini mengandungi ciri-ciri sedia ada dalam Maybank2u untuk membantu mengurus keperluan harian anda seperti membayar bil dan pindahan wang, kami juga memperkenalkan pelbagai kemudahan baharu untuk membantu pelanggan memantau perbelanjaan sambil mendorong mereka untuk menabung,” tambahnya.

Bagi membantu pelanggan memahami tabiat berbelanja mereka dengan lebih baik, Abdul Farid berkata, Maybank mewujudkan satu ciri baharu “Expenses” yang memberikan pandangan menyeluruh mengenai semua perbelanjaan yang dibuat melalui akaun, kad dan transaksi QR Maybank. Perbelanjaan ini disusun mengikut kategori yang mudah difahami seperti Makanan, Utiliti dan Membeli-belah, memberi pelanggan gambaran lebih mendalam tentang perbelanjaan wang mereka. Bahkan, transaksi tunai yang biasanya tidak direkod oleh aplikasi ini boleh ditambah dengan beberapa langkah mudah.
-Sumber: Berita Awani

Apa yang akan jadi dengan masa depan Maybank2u? Masih relevan ke nak guna setelah aplikasi MAE ini dijalankan?

Ditanya berhubung masa hadapan Maybank2u, iaitu sistem perbankan atas talian Maybank, susulan pelancaran aplikasi baharu tersebut, Abdul Farid berkata: 

"MAE adalah produk baharu yang ditawarkan kepada pelanggan.

"Pengkhususan dan tumpuan warga Maybank kini adalah terhadap produk ini, bagi membolehkan pengguna menikmati perbankan digital yang lebih menyeluruh."

Tabung merupakan satu lagi ciri baharu yang diperkenalkan untuk membantu pelanggan Maybank menyimpan duit secara konsisten dan berkala, untuk mencapai matlamat mereka. Ini membolehkan amalan menabung menjadi lebih senang, progresif dan mudah dengan memadankan proses berjimat dengan gaya hidup mereka.

Bagi melengkapkan penggunaan dompet MAE untuk perbelanjaan seharian, Maybank memperkenalkan kad Debit MAE Visa baharu. Kad ini dilengkapi dengan pelbagai faedah termasuk kadar pertukaran asing yang kompetitif dan faedah eksklusif untuk dinikmati di dalam dan luar negara. Pelanggan boleh membuat permohonan kad debit melalui aplikasi MAE dengan mudah dan kad akan dihantar terus kepada mereka selepas mendapat kelulusan.

Apabila aktiviti perjalanan luar negara kembali selamat, jumlah dalam dompet MAE akan ditukar secara automatik ke matawang negara yang diziarahi, membolehkan pelanggan mengetahui dengan tepat jumlah dana perbelanjaan yang ada. Selain itu, MAE by Maybank2u juga mempunyai ciri baharu yang menyeronokkan iaitu roda Makan Mana yang membantu mengesyor pilihan tempat makan sambil membolehkan pelanggan Maybank menikmati promosi daripada ribuan rakan niaganya di seluruh negara.


Sumber: Berita Awani.


Baca juga: Buat Saving/Tabung Mudah Melalui Apps MAE oleh Maybank2U

Baiklah, berikut adalah serba sedikit kelebihan jika kita mendaftar dengan apps MAE. Baiklah,tanpa membuang masa, akan aku kongsikan bagaimana untuk mengeluarkan duit dari tabung korang. Dah penat-penat korang simpan, tak kan tak nak bawak keluar pulak. Mari sini aku kongsikan cara-caranya, 

1. Bukak apps MAE korang
2. Tekan perkataan Tabung tu. 
3. Masukkan no pin korang. Yang no pin ni pastikan korang betul-betul ingat.
4. Dia akan display tabung yang mana korang nak bawak keluar. Korang tekanlah yang mana satu okay.
5. Tekan tiga titik dekat atas sebelah kanan
6. Tekan perkataan Remove Tabung
7. Done! Settle. Korang tunggu sahaja duit korang akan masuk balik dalam akaun korang tu.



Sekian sahaja entri kali ini, semoga bermanfaat untuk korang. Sekiranya korang dah download apps ini, korang bagilah review tau. Aku masih belum capai lagi tabung tu, jadi tak dapatlah nak keluarkan haha..Bye!

Tips Naikkan Income USD Google Adsense Part 3 I Bagaimana 'Reduce Javascript Execution Time in Google Page Speed.'



Tips Naikkan Income USD Google Adsense Part 3: Bagaimana 'Reduce Javascript Execution Time in Google Page Speed' I Selamat pagi semuanya. Semoga hari ini lebih baik daripada hari sebelumnya. Baiklah, mesti korang sudah membaca tips bagaimana hendak menaikkan income Google Adsense part 1 dan 2 bukan? Adakah tips tersebut korang rasa berguna? Kalau korang rasa berguna, korang boleh berikan komen di bawah. 

Baca juga: Tips Naikkan Income USD Google Adsense Part 1

Baca juga: Tips Naikkan Income USD Google Adsense Part 2

Baiklah, aku akan kongsikan sejauhmana kelajuan loading blog korang memberi impak kepada peningkatan income Google Adsense. Sekarang ini penggunaan Javascript amatlah popular dalam kalangan blogger bukan? Bukan sahaja di blog malah penggunaan Javascript ini semakin mendapat tempat untuk diletakkan di laman web, memuatkan data dinamik serta memberikan special effect kepada sesebuah laman web. 

Namun begitu, penggunaan secara berlebihan menyebabkan blog dan laman web korang akan menjadi sangat lambat untuk loading, semestinya akan memberikan masalah kepada pengunjung blog korang pada masa itu untuk mencari maklumat. Seperti yang terjadi pada diri aku sendiri. Aku semestinya mahukan mahukan maklumat secara pantas untuk membuat sesuatu assignment. Namun blog atau laman web yang aku inginkan maklumat tersebut mempunyai masalah-ambil masa yang lama untuk loading. Ini bukan masalah internet ya. Ini masalah penggunaan Javascript yang terlalu besar saiznya. Bukan itu sahaja, masalah loading terlalu lama  akan menjejaskan SEO blog korang. Jadi, jangan ambil mudah ya.

Bagaimana untuk memeriksa tahap kelajuan blog korang? Korang boleh ke Google Pagespeed Insights ataupun GT Matrix. Aku guna Google Pagespeed Insights sahaja untuk check tahap kelajuan blog aku. Ini adalah resultnya.

Dalam Google PageSpeed ​​Insights jika kelajuan blog korang adalah antara:

0 hingga 49 - Isyarat Merah, yang bermaksud bahawa blog korang loading dengan perlahan.
50 to 89 - Isyarat Oren, yang bermaksud bahawa blog korang loading dengan sederhana
90 to 100- Isyarat Hijau, yang bemaksud bahawa blog korang loading dengan laju
Sumber: Share Collections.com

Blog aku



Bila jadi macam ini, janganlah risau. Ada jalan penyelesaiannya. Tapi diingatkan bahawa korang kena preview dahulu sebelum guna dan tak semua template blog dapat support dengan cara ini ya. Jadi, hati-hati. Akan aku kongsikan langkah-langkahnya bagaimana nak 'Reduce Javascript Execution Time in Google Page Speed.'

1. Log in masuk ke Bogger. Pergi ke Theme
2. Edit HTML
3. Control+F dan search kod ini : ajax.googleapis.com
4. Korang akan dapat cari kod itu atau kod yang seangkatan dengannya. 
5. Delete seluruh kod jQuery script dan gantikan dengan kod di bawah. Contoh kod jquery script itu adalah seperti ini atau seangkatan dengannya:
 
Delete kod ini ya

Gantikan dengan kod ini:

 <script id='script-batch' type='text/javascript'>  

     (function(d){  

       var js = d.createElement(&#39;script&#39;); js.async = true; js.defer = true;  

       js.src = &quot;https://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.11.0/jquery.min.js&quot;;  

       d.getElementsByTagName(&#39;head&#39;)[0].appendChild(js);  

     }(document));  

  </script>  


6. Klik Save dan siap! Pastikan korang preview dahulu barulah tekan Save.  

*REVIEW: Aku sudah guna dan alhamdulillah, nak loading blog tu sangat laju. Tapi aku ingatkan, apabila kita sudah Reduce Javascript, kita akan berhadapan dengan masalah beberapa widget di blog tidak berfungsi. Dia berfungsi tapi tak keluar gambar icon begitulah. Jadi, korang please tolong preview dahulu sebelum save ya. 

Setakat ini sahaja entry untuk pagi ini. Semoga entry ini bermanfaat untuk korang. 

Wednesday 1 December 2021

Alhamdulillah, blog terpapar di halaman utama carian (SEO)!


Selamat pagi semua. Alhamdulillah, kita dapat bernafas lagi pada hari ini. Semalam aku ada kongsikan tips bagaimana mahu menulis dan menaikkan earning Google Adsense, hari ini aku cubalah godek-godek keyword biasa tanpa aku search blog aku di Google.

Alhamdulillah, blog aku terpapar juga di halaman utama carian (SEO)! Jadi korang jangan cepat putus asa dan teruskan menulis ya. Semoga suatu hari nanti blog korang juga akan terpapar di enjin carian Google. Amin. 

Berikut aku kongsikan sedikit gambar bukti blog aku dapat dicari oleh Google.

Contoh 1


Contoh 2


Contoh 3

Nak menulis mestilah mempunyai kesabaran yang tinggi. Bukan hari ini korang tulis, hari ini jugaklah dapat dicari SEO. Bukan ya. Aku pun ambil masa beberapa bulan dan minggu untuk bagi blog aku mudah untuk dicari SEO. Inshallah lain kali, aku kongsikan macam mana nak tulis post yang menarik sesuai dengan trend masa kini. 

Sekian sahaja entry kali ini. Semoga bermanfaat.




Tuesday 30 November 2021

Tips Naikkan Income USD Google Adsense Part 2



Tips Naikkan Income USD Google Adsense Part 2 I Selamat malam semuanya. Semoga hari ini korang akan lebih bersemangat. Sebelum itu, kita hendaklah mengucapkan rasa syukur kepada Allah kerana dengan izin dan kurnia-Nya, kita dapat menghirup udara yang segar pada hari ini. Alhamdulillah. 

Ramai yang sudah menjana pendapatan dengan menulis blog dengan percuma tidak perlu membayar yuran tambahan untuk menaikkan trafik di blog mereka. Menulis konten yang berkualiti memang amat memerlukan masa, bahkan ada yang sampai bertahun-tahun menulis barulah dapat mencapai trafik yang tinggi. Kuncinya adalah sabar dan konsisten menulis untuk menaikkan income USD di Google Adsense. 






Baca juga: Tips Naikkan  Income USD Google Adsense Part 1

1. Kenalpasti target/audiens di blog 
Inilah tips yang paling penting jika korang ingin menjana pendapatan yang tinggi di blog. Agak logik jika trafik di blog korang tinggi tidak mustahil pendapatan yang korang akan perolehi juga tinggi. Hal ini kerana, korang akan mudah untuk menaikkan income USD korang berdasarkan Cost Per Click (CPC) di blog. Namun begitu, usahlah korang sedih kalau trafik di blog korang tak tinggi. Blog aku sendiri trafik tidaklah tinggi, namun masih boleh mendapat sekurang-kurangnya 1 USD sehari jika aku rajin update post dan artikel yang menarik. Sebab itulah aku mesti kenalpasti siapa audiens yang membaca blog aku. Kebanyakkan daripada mereka suka membaca tips, lifestyle dan tutorial di blog aku. Jika korang punya pembaca blog suka membaca tentang kecantikan, korang tulislah pasal kecantikan sesuai dengan niche korang okey. Biar sedikit-sedikit belajar menulis, inshallah suatu saat nanti, korang mesti pro dalam menulis artikel SEO. Aku sendiri pun masih belum pandai nak menulis artikel SEO, tetapi aku cuba. 






Betapa ramai yang menulis artikel SEO tetapi sebenarnya tidak menepati syarat yang ditetapkan? Ini akan menyebabkan blog susah untuk muncul di carian Google, bahkan mereka sudah berhabis duit untuk mempromosikan blog mereka sedangkan masih terdapat cara yang mudah untuk dilakukan secara percuma. Untuk memiliki ciri post SEO-friendly ataupun mesra dipanggil mudah dicari oleh sistem enjin carian, penulis blog perlulah check post atau entry mereka memiliki kriteria berikut,

1. Memiliki Struktur Heading yang Sesuai
2. Dilengkapi dengan Internal Link
3. Memiliki Keyword yang Tepat
4.Mudah Dibaca Robot dan Manusia
5.Tidak Terlalu Panjang dan Tidak Terlalu Pendek

Sumber: Sasana Digital
 
2. Beri masa untuk Google indeks artikel anda
Income USD di Google Adsense agak sukar untuk naik sekiranya kalau korang tidak sabar dan cepat berputus asa. Sebenarnya, pihak Google perlukan masa sekurang-kurangnya dua hingga tiga bulan sehinggalah link blog korang itu akan muncul di paparan utama carian. Jadi, korang kena teruskan menulis konten yang berkualiti sesuai dengan niche korang. Untuk blogger yang beginner, korang boleh mulakan dengan menulis konten lifestyle korang. Ini sangat mudah dan kebanyakkannya para pembaca suka membaca konten sebegini kerana ianya berkait rapat dengan kehidupan harian. 

Apakah itu niche?
Sebelum ini aku ada terangkan secara ringkas apa itu niche. Kali ini aku terangkan secara lebih terperinci mengapa pemilihan niche itu amat penting. Niche ini adalah lebih kurang kepada apa tema blog korang secara overall, korang lebih dominan mahu tulis konten apa, macam blog aku aku suka tulis niche tips-tips, review, lifestyle,isu semasa,kesihatan dan sedikit hiburan. Jadi, bila korang sudah tetapkan korang sudah tahu nak tulis tema apa, senanglah korang ada idea untuk menulis konten yang berkualiti. Kenapa pentingnya niche ini sampaikan banyak tips-tips blogger yang lain amat tekankan penulisan niche ini? 

Kepentingan niche pada blog
a. Blog kita akan mudah dicari oleh enjin carian serta berada dalam ranking tertinggi. Sebab itulah korang kena kenalpasti niche tentang apa yang dicari oleh pembaca. Seperti masalah apa yang dicari oleh pembaca dan mereka mencari jalan penyelesaian di blog. 

b. Pemilihan keyword yang tepat iaitu korang kena pastikan tajuk dan post blog korang amat sesuai dan tepat. Jangan pula tajuk tulis makan ikan, tapi bila baca di blog tu korang tulis makan ayam. Ha, kan dah lari tu. Bukan lari sikit, dah lari jauh banyak tu. Naya pak karimmmm saja kalau tersalah tulis tajuk dan post menyebabkan keyword korang tak selari. 

c. Dengan penulisan niche inilah korang dapat menarik minat pembaca datang ke blog korang. Jadi setiap post korang tu, korang selitkanlah backlink post korang yang lama-lama itu, bukan apa, nak bagi mudah pembaca baca entry korang dan yang paling penting nak bagi pembaca terus melekat dengan blog korang tu lagi lama. Biar sampai dia tak nak balik haha..Secara tak langsung, trafik blog korang akan meningkat dan pihak Google akan indeks blog korang sebagai carian utama. 

3. Gunakan Google Search Console dan Google Analytics
Mengapakah Google Search Console dan Google Analytics ini amat penting untuk korang yang nak naikkan trafik blog? Aku baru sahaja sign up minggu lepas, aku baru tahu rupa-rupanya Google mempunyai features yang baru.  Menggunakan Google Analytics ini dapat membolehkan kita melihat sejauh mana trafik blog kita berkembang, jika ada penurunan kita boleh semak dengan segera. Ha, itu lah yang best mengenai Google Analytics. Bagaimana nak sign up? Aku kongsikan video di bawah nanti. Pastikan korang sudah ada akaun Google ya. 

Fungsi Google Search Console pula membolehkan kita membaiki error dan performance blog kita. Yang menariknya, kita boleh lihat keyword dan post mana yang pembaca kita suka. Ini dapat membantu korang menulis dan menetapkan niche yang sesuai untuk blog korang. Hebat bukan?






Baiklah, sekian sahaja untuk entry kali ini. Moga bermanfaat untuk korang yang mahu menulis artikel dan konten yang berkualiti ya. Segala cadangan dan penambahbaikan korang boleh sahaja komen ataupun menghantarkan emel kepada aku. Inshallah akan aku reply.Terima kasih kerana singgah membaca di blog ini. Bye!

Friday 26 November 2021

Tips Naikkan Income USD Google Adsense Part 1



Hai korang. Untuk entry kali ini, aku nak share sikitlah macam mana nak naikkan Google Adsense. Walaupun hakikatnya Adsense aku sendiri pun ciput saja haha.Yalah, baru sahaja diterima, tak kan nak dapat 100 dolar sehari pulak kan, macam tak logik. Okay baiklah, mesti korang tertanya-tanya macam mana ek blogger boleh buat duit secara pasif hanya dengan letak Google Adsense di blog diorang saja? Nampak macam mustahil nak dapat. Tapi korang percayalah, kalau korang konsisten menulis blog, inshallah income korang akan naik. Berikut aku tunjuk income aku selama seminggu ni. Maaflah blog aku taklah selaju trafik macam blog korang. Sob..sob..sob


Ciput saja kan haha. Tak apa, semangat untuk aku menulis tak akan pudar tau.Biarlah orang kata nak tunggu dapat 100 usd tu ambik masa selama 2 tahun. Aku percaya pada rezeki. Jika sudah tertulis itu rezeki kita, adalah. Oh btw, jom lah join giveaway yang aku buat tu. Aku alu-alukan korang join ya. Bagi meriah sikit. Berikut akan aku kongsikan sedikit tips macam mana nak naikkan earning di Google Adsense. 

1. Pastikan blog korang kemas, tak berat dan responsive

Oh ya, yang ni tips yang paling utama sekali kalau korang nak ramai readers berkunjung ke blog korang. Readers seperti aku ni kalau jumpa blog yang serabut-serabut tu aku malas nak tunggu lama, terus tekan pangkah. Lagi satu, kalau nak letak lagu ke, bunga-bunga bertaburan ke kalau boleh elakkan lah sebab akan membuatkan blog korang berat. Yang ni aku mengaku, dulu masa aku mula-mula join, aku letak semua. Lagu ke bunga-bunga lah. Lepastu blog aku akan jadi berat dan lambat loading. So, kena kurangkan lah letak gadget merapu. Kalau boleh, nak loading tu kena kurangkan masa 3 saat, barulah blog kita senang readers nak baca. Korang dinasihatkan memilih templat yang responsive sebab kebanyakkan  readers lebih suka guna handphone berbanding laptop. Nak cari senang je, korang google ke contoh template responsive, ada yang free dan ada yang kena beli. Yang ni terpulang. 

2. Letakkan Ads di tempat yang betul

Korang kalau pertama kali dapat verified dari Google Adsense mesti korang excited kan nak letak iklan. Ada satu blog tu dia letak semua tempat ada iklan. Serabut jugaklah kena tekan pangkah banyak kali sebab terlampau banyak iklan. Last sekali aku pun terus left je lah. Sebab tak mampu nak tekan pangkah banyak kali haha. Korang letakkan iklan tu biarlah minima. Tak terlampau banyak. Cukup satu dua tempat sudah. Dekat Google Adsense dah listkan cara letakkan iklan yang mana korang nak iklan tu muncul. 

3. Auto Ads

Ha, yang ni tips yang paling senang korang nak buat. Mana yang tak tahu nak letak iklan dekat mana, korang setkan saja auto ads. Biarkan pihak Google Adsense letakkan iklan di tempat yang bersesuaian. Tips ni aku sedang apply untuk blog aku sekarang sebab aku pun mana reti nak setkan ads untuk bagi readers nampak. Haha, aku serahkan saja pada diorang. Bagi diorang putuskan macam mana nak munculkan iklan aku tu.

4.Post/ Entry yang menarik

Okay, yang ini paling utama dan penting sekali. Korang kena kenalpasti topik mana yang trending dan korang boleh tulis. Tak kisahlah lifestyle ke, beauty ke, shopping ke atau tips dan tutorial ke, terpulang. Yang penting, korang kena tahu apa kekuatan blog korang dari segi apa. Macam aku, aku suka tulis tentang life aku, tips-tips, review apa yang aku makan dan pergi, kiranya semua yang berkaitan tentang diri aku, aku tulis. Biarlah readers akan melekat lama dalam blog kita.

5. Elakkan post/entry yang sensitif

Okay, ini korang kena take note. Korang jangan sesekali menulis post atau entry yang melibatkan isu sensitif seperti agama, bangsa, negara, politik dan sebagainya. Hal ini kerana, post sebegini lah yang akan membuatkan negara dan masyarakat Malaysia semakin tegang. Cukuplah cerita tentang kepelbagaian budaya di Malaysia. Secara tidak langsung para pelancong dari luar negara akan tertarik untuk datang ke Malaysia.

6.Pastikan entry tidak berbaur unsur lucah

Yes! Inilah isu yang sangat diperkatakan. Aku tengok, kebanyakan post-post dan komen yang diberikan dekat media sosial amatlah menakutkan. Komen ada unsur lucah tu tak payah cakaplah. Macam diorang tak fikir ke masa depan anak-anak masa diorang bagi komen tu. Dan lagi satu, diorang tak takut ke akan dipersoalkan di akhirat kelak? Hish..takutnya. Janganlah sebab post kita, kita akan dipersoalkan dekat akhirat nanti.

7.Banyakkan blogwalking

Okay, yang ini korang kena rajin. Pergi blogwalking. Apa itu blogwalking? Korang kena pergi singgah dekat blog orang, bagi komen dekat chatbox. Barulah blogger lain akan sedar kewujudan blog korang. Jangan risau kalau korang rasa ambik masa terlalu lama sebab ye lah nak singgah blog orang kot. Mestilah lama kan? Korang buat slow-slow, inshallah, earning adsense korang akan meningkat kerana ramai yang datang ke blog korang. 

Okeylah, ni sahaja entry aku untuk kali ini. Next entry aku akan share lagi part 2. Aku harap korang sudi-sudikanlah tegur aku mana yang aku tak tahu dalam Google Adsense ni ya. Terima kasih semua sebab membaca entry aku yang tak seberapa ni. Bye!


Baca juga: Buat Saving/Tabung Mudah dengan MAE



Thursday 25 November 2021

Jadual Pengambilan Vaksin Booster



Hai korang. Berikutan kes Covid-19 sudah meningkat, hari ni saja dah 6000 kes, jadi DG Hisham menasihatkan semua rakyat Malaysia supaya berhati-hati. Ini kerana hospital sudah tak mampu lagi menanggung kemasukan pesakit-pesakit yang dijangkiti. 

Kebanyakan pesakit-pesakit yang masuk ke hospital kategori 4&5 dan lengkap dua dos Sinovac. Memang vaksin tak mencegah terus dari dijangkiti, tapi vaksin dapat mengurangkan kesan jangkitan.

Ada orang tanya, dah lengkap dua dos pun kenapa kena jugak Covid? Kategori 4&5 pulak tu.. kena faham ya, kebanyakan yang kena kategori 4&5 tu datang daripada golongan berisiko, macam warga emas yang ada penyakit. Sebab tulah Covid ni menyerang dengan pantas sebab dia menyerang di saluran pernafasan. 

Kita ambil vaksin sebagai usaha, nak ambik makanan sunnah pun usaha, tak ada masalah. Kita usaha dari segi perubatan moden dan perubatan tradisional. Itulah gunanya manusia belajar perubatan iaitu fardu kifayah, sebab dia arif dari bahagian perubatan, kita ikutlah apa yang disyorkan. 

Memandangkan giliran vaksin booster dah sampai, golongan yang lengkap 2 dos Sinovac iaitu mesti 3 bulan matang dan Pfizer mesti 6 bulan matang boleh ambik vaksin booster ni ye. Kalau korang pergi walk in klinik swasta pun doktor akan tengok kad vaksin korang tu. Nak lagi jelas, korang tengok gambar di bawah,


Kepada yang layak menerima vaksin booster ni akan naik di Mysejahtera, kalau nak cepat, boleh walk in di klinik dan hospital swasta berdekatan.  Sekian entry untuk kali ini.

Buat Saving/Tabung Dengan Apps MAE oleh Maybank2u



Hai korang. Hari ini mesti korang check akaun bank korang kan? Betul tak? Yelah, dah masuk gaji semua kan, mesti korang pun dah plan betul-betul untuk korang punya perbelanjaan. Mana taknya, nanti korang akan terguna duit kecemasan tu, it is a big no okay! Tak bagus kalau korang sering terguna duit tu tau. Nanti lama-lama korang dah tak ada saving. Jangan selalu amalkan ya. Kalau dah guna, kena ganti balik duit tu. Jangan tak ganti. 

Okey, hari ni aku nak share satu apps yang sangat berguna kalau korang nak plan korang punya saving supaya tak terbabas. Aku selalunya bila dah masuk gaji memang akan plan betul-betul supaya aku tak terguna duit yang lain. Jadi, aku pun downloadlah satu apps ni, namanya MAE. MAE ni bawah Maybank2u. Kalau korang dah ada akaun Maybank2u, tak jadi masalah pun kalau korang nak download apps MAE ni. Korang boleh cari dan download di Playstore okey. Pastikan korang nampak logo ni baru korang download. MAE ni ada kad jugak tau. Macam kad bank. So korang boleh apply kalau korang nak. 


Logo MAE


Ni pulak kad MAE. Kad ni korang akan dapat bila korang apply je tau. Kalau tak nak apply pun boleh saja. 

Cara-cara nak buat tabung dengan apps MAE ni mudah saja. 

1. Download di Google Playstore atau Apple Store. Tunggu habis install dan open

2. Tunggu skrin warna kuning dan tekan next untuk paparan skrin seterusnya

3. Korang perlu menekan butang kuning tersebut yang menandakan bahawa korang bersetuju dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Maybank.

4. Selepas tu, korang akan dibawa ke skrin utama paparan aplikasi MAE dan korang perlu cari perkataan Set Up Wallet di bahagian kanan tak silap

5. Kalau dah ada akaun Maybank, klik je Existing User, bagi menandakan akaun MAE dan Maybank anda disambung. Kalau tak ada, korang set up akaun MAE e-wallet korang. 

6.Lepas tu,  apa yang perlu korang lakukan adalah memasukkan nama akaun pengguna perbankan atas talian korang (username korang tau). Username korang mestilah sama dengan akaun Maybank korang tu. Kalau tak sama, naya pak karimmmmm.

7. Korang kena check sama tak username, password,gambar keselamatan dengan akaun Maybank korang. 

8.Lepas tu korang kena create no pin tau. No pin ni akan digunakan kalau korang nak buat tabung ke, main game ke dalam apps ni. Diaorang akan minta. So, korang kena ingatlah no pin ni ok.

9. Lepas tu check no telefon korang kerana mesej verifikasi akan dihantar melalui no phone korang tu.

10. Lepas masukkan code, korang boleh create nama pengguna MAE. Yang ni suka hatilah korang nak letak apa. Nama Mak Jemah ke nama Ali bin Abu ke suka hati. 

11. Lepas tu korang akan diberi satu pilihan, nak akaun MAE ke atau Personal Saver. Kalau MAE, baki akan kosonglah sebab korang pun tak letak duit lagi dalam tu. Kalau Personal Saver tu adalah dari akaun Maybank. So korang boleh tahu jugak berapa korang spend walaupun korang tak bukak apps Maybank tu.

12. Done!


Macam mana nak buat tabung atau saving dalam apps MAE ni? Korang ikut je langkah-langkah di bawah.

1. Tekan perkataan Create Tabung

2. Lepastu korang pilih lah korang nak create tabung tu untuk apa? Aku tekan icon gambar hujan tu. 

3. Namakan tabung korang. Aku letakkan Insurans

4. Masukkan tarikh bila korang nak mula dan tarikh akhir korang nak simpan

5. Select akaun korang yang mana korang nak masukkan duit. Aku pakai Maybank je

6. Korang pilih nak simpan sendiri atau auto deduction. Aku pilih auto deduction. Senang tak payah pikir

7. Done.

Dah siap. Next entry aku akan kongsikan macam mana ek nak keluarkan duit dari tabung tu. Mesti korang tertanya-tanya macam mana nak keluarkan duit tu. Dahla susah payah kumpul kan? Stay tuned!

Wednesday 24 November 2021

Blooket-Aplikasi menarik digunakan sepanjang PDPR



Hai korang. Berdasarkan post aku kali ini, aku nak sharelah satu aplikasi PDP yang aku guna sepanjang PDPR hari tu. Oh ya, sekarang kan murid datang secara penggiliran, aku rasa tidak ada masalah kalau korang yang bergelar guru nak gunakan aplikasi ni untuk menarik minat murid belajar. Ibu bapa pun boleh jugak daftar akaun ni. Free je.
 
Namanya BLOOKET. Aku suka explore juga aplikasi yang mana lagi menarik minat murid selain Kahoot, Quizziz, Wordwall, Liveworksheet dan etc. Tapi itulah, anak murid aku lebih sukakan Blooket daripada aplikasi lain Ini aku tanya jujur ya pada diorang. Aku suruh diorang pilih antara aplikasi Quizwhizzer atau Blooket mana lebih seronok? Kebanyakan diorang jawab Blooket. Sebab apa? Sebab Blooket ini fungsi dia seperti main game, pada masa yang sama diorang belajar. Sebelum diorang boleh melangkah ke peringkat seterusnya, diorang kena jawab soalan yang diberikan. Sangat menarik sebab ada pelbagai mode game yang korang boleh pilih. Boleh nak host ke atau nak main solo, main sendiri-sendiri. Nak assign homework pun boleh.

Nak daftar akaun Blooket ni, search di Google. Lepas tu sign up lah. Lagi senang pakai emel sedia ada. Dah sign up, boleh dah korang pilih soalan mana-mana yang korang nak bagi murid buat. Mode game tu akan keluar macam ini.









Selepas tu, korang boleh bagi kod game pada murid. Dia akan jadi macam ni




Dah siap, korang boleh tekan start


Paparan game tu korang hanya boleh tengok progress murid main je tau. Kalau korang nak tengok macam mana paparan pada murid, korang kena join main sekali.






Ni contoh paparan game cafe. Sebelah kiri tu paparan kita sebagai host, sebelah kanan tu paparan murid. Murid yang main game.




Game racing

Selebihnya korang boleh explore sendiri. Memang best dan menyeronokkan. Murid pun akan tertunggu-tunggu masa kelas kita. Okeylah setakat ini sahaja. Bye!


Tuesday 23 November 2021

Blog diterima Google Adsense!


Alhamdulillah. Setelah sekian lama aku cuba mintak dan mintak lagi. Akhirnya diterima jugak oleh Google Adsense, seperti korang dapat lihat dekat blog aku dah mula ada iklan kan? Ha, itulah iklan Google Adsense aku. Selama ni aku pakai Nuffnang je, tu pun on dan off. Bila dah busy dah tak sempat nak update blog, beginilah jadinya, Nuffnang aku pun baru RM3 je. Haha. Biarlah orang kata eleh, ciputnyaa. Tapi itulah hasil titik peluh aku selama aku berblogging ni. 

Aku rasa sebak sikit dan terharu. Ye lah, aku mula dari kosong. Dari tak ada apa-apa. Baju blog ni pun dah banyak kali tukar. Journey aku dengan blogger tak akan aku lupa. Oh ya, aku mula berblogging sejak tingkatan 4 lagi. Tahun 2012. Sekarang dah tahun 2021. Aku pun dah umur 25 tahun. Lama kan? 

Akhirnya aku dapat jugak merasai wang dari usaha aku sendiri. Korang doakan lah aku menjadi blogger yang berjaya macam Hanis Zalikha, Fatin Liyana, Irine Nadia dengan Cik Epal okeh.


Ni mesej yang diorang hantar.


Sunday 21 November 2021

Review: Kedai Aat Char Koey Teow



Hari ini berkesempatan pulak nak review satu kedai makan yang terletak di Kuala Ketil, Kedah. Oh ya! Side mirror aku dah dibaiki dan cantik sudah. Macam kereta baru pulak haha. Jadi, aku pun teruslah cuci kereta sebab kereta dah nampak berdebu. Malulah rasa kalau orang nampak kereta aku ni kotor. Jadi, aku kalau rajin seminggu sekali cuci. Untuk cuci luar dalam pulak, selalunya aku tunggu minggu gaji baru aku buat. RM15 sekali cuci. Puas hati sebab bersih dan nampak berkilat. 

Okeylah, berbalik pada cerita aku pergi kedai makan ni bersama-sama dengan maksu, atok, makcik dan sepupu-sepupu kecik aku. Pantang ada masa, mesti makan dekat sini. Kedai ni bersebelahan dengan kedai jual sate. Jadi kalau korang tiba-tiba rasa nak makan sate, boleh saja order. Tak ada masalah. 


Kedai ni terletak dekat dengan Shell Kuala Ketil. Kiranya kalau korang nak isi minyak, boleh datang sini dan alang-alang tu makanlah sekali. Kedai ni tak silap aku diorang bukak waktu malam saja. Siang dah tak bukak. Dulu bukak, sekarang mungkin penangan PKP, jadi diorang bukak waktu malam. Ada 3 menu yang paling utama dekat sini iaitu: 

Char Koey Teow Biasa-RM5
Char Koey Teow Besar-RM6
Char Koey Teow Special-RM7

Aku order yang spesial. Kalau yang special diorang letak telur mata dekat situ. Beginilah kejadiannya. Koey teow dia pun banyak, puas hatilah. Udang dia bagi pun banyak. Sangat berbaloi tau kalau korang datang makan dekat sini. 


 


Jadi, kalau korang nak datang sini, pastikan korang bawaklah family korang. Tak rugi pun tau makan dekat sini. Kalau tak tahu kedai ni dekat mana, korang Waze je Aat Char Koey Teow Kuala Ketil. Confirm jumpa. Okaylah sampai sini saja. Kalau korang dah pergi sini, korang bagilah feedback macam mana rasa dia okey.

Aat Char Koey Teow
Alamat: Aat Char Koey Teow Jalan Kampung Kuala Temekah-Kampung Kuala Ketil, Kuala Ketil, 09300 Baling, Kedah
Servis: Dine-in, Takeaway 

Wednesday 17 November 2021

Not Romantic Sunday!



Hai korang. Aku dah lama simpan perkara ni, macam malas nak cerita, tapi tak ada benda nak share pulak dekat blog ni haa, aku pun ambik keputusan untuk share lah. Minggu lepas,  hari Ahad aku ambik keputusan untuk balik ke Perak lah sebab hari Isnin tu aku keja. Nak dijadikan cerita, aku sampai Perak dalam pukul 5 petang macam tu lah. Aku kalau bertolak dari Kedah memang kalau boleh aku tak nak berhenti di mana-mana RNR. Risau kan kes Covid-19 ni masih meningkat. Tambah-tambah pulak kawasan ni paling ramai orang. Sesak. Aku akan berhenti di stesen minyak kalau aku nak membuang air atau beli makanan. 

Aku sampai di rumah terus kemas-kemas, sapu sampah, mop lantai dan kemas dapur. Aku rehat sekejap sambil menunggu peluh kering. Letih jugak kemas rumah ni. Aku pada mulanya malas nak hantar toto pergi dobi, tapi memandangkan rumah aku ni agak berhabuk, jadi aku pun ambik keputusan untuk hantarlah pergi dobi. Barulah tak naik gatal-gatal. Kulit aku agak sensitif. Jadi tak boleh kena habuk sikit. 

Masa malam yang aku pergi tu hujan lebat dan agak tak nampak lah bila ada motor ke kereta ke lalu. Aku ni kalau bawak kereta memang akan berhati-hati sikit sebab lampu kereta orang lain agak terang. Boleh mengganggu pandangan mata aku. Nak dijadikan cerita, selesai saja aku dari dobi, aku pun bertolak balik ke rumah. Tiba-tiba aku terkejut sebab aku terdengar macam ada motor lalu dan side mirror aku terjatuh. Aku fikir, mungkin motor tu tak perasan ke apa sebab kereta aku agak jauh dari line putih. Mati-mati aku fikir side mirror motor tu yang jatuh.

Aku pun bagi signal lah untuk berhenti, tapi aku tengok motor tu tak berhenti pun. Aku pun bawak kereta slow-slow terus pulang ke rumah. Sesampainya di rumah aku checklah dekat kereta aku kalau ada kerosakan ke apa. Sudah seperti yang aku jangka, lapik belakang side mirror aku yang terkeluar. Aku pun buntu tak tahu nak buat apa, aku call ayah aku. Jadi malam tu aku cuba bertenang dan call Perodua pada esok hari. Dan sekarang aku kena pergi Perodua centre untuk baiki semula side mirror tu. 

Memang not a Romantic Sunday betul! Huhu..


Ni lah keadaan kereta aku pada malam tu. Sekarang ni aku masih alas pakai plastik takut wayar tu terkena air. Korang doakanlah yang terbaik buat aku okey.


 

Monday 15 November 2021

Dapat Booster Dose



Hai korang. Alhamdulillah hari ni aku nak cerita serba sedikit macam mana aku boleh dapat booster dose ni. Sebenarnya bila KKM umumkan dah boleh ambil booster dose, aku pun check dan minta dekat helpdesk Mysejahtera, adakah aku ni termasuk dalam kriteria-kriteria yang boleh ambik booster ni. 

Bila aku check, rupanya kategori aku ni tak termasuk lagi dalam Mysejahtera tu walaupun aku dah cukup 3 bulan ambik Sinovac. Kebanyakan pemohon booster dose ni diorang nak pergi belajar, travel di luar negara. Tak pun nak menunaikan umrah. Lagi ketat lah syarat nak mohon booster ni. Aku pun cuba mintak dekat helpdesk untuk kes aku ni, boleh ke tak mohon. 

Selang seminggu, Mysejahtera pun reply, mereka nak bagi keutamaan pada golongan yang berisiko dulu. Jadi aku pun diminta bersabar dan menunggu giliran. Aku pun cuba mesej dekat hospital-hospital yang menawarkan booster dose ni. Kebanyakan diorang minta aku tunggu kejap dan cuba check Mysejahtera. Aku pun sabarlah menunggu. 

Minggu lepas, ada klinik yang tawarkan booster dose kepada sesiapa yang nak ambik. Aku pun cuba walk in. Nak call untuk book appointment pun boleh. Tak ada masalah. Aku pun sampai di Klinik Setia Kasih dalam pukul 9 pagi macam tu. Aku scan Mysejahtera dan cuba tanya dekat kaunter masih ada ke booster dose tu. Mereka mintak suruh aku tunggu dekat tempat menunggu. Oh ya! Jangan lupa bawak kad vaksinasi korang tau. Nanti diorang akan check sama ada korang dah boleh amik booster ke tak.

Lepas dah check kad vaksinasi, isi borang dan aku pun dibawa ke bilik suntikan. Aku siap tanya lagi betul ke booster Pfizer, ye lah kan, takut salah. Lepas dah confirm, baru aku setuju untuk disuntik. Tak sampai seminit pun dah siap. Diorang akan bagi kad tau. Kad ni korang simpanlah okay. Senang utnuk dibawa kalau korang nak travel ke oversea ke kan. 


Ini kad aku. 



Inilah borang yang korang perlu isi. 


Okaylah setakat ini sahaja post aku untuk kali ini. Kepada yang belum lagi ambil vaksin, pergilah ambil, benda free tak perlu bayar. Memang tak akan hilang terus COVID-19, setidaknya kesan kalau korang kena tu akan kurang. Trust me. Lindungilah orang yang tersayang. 


Popular Posts