Saturday 19 March 2022

Performance Google Search Console

Assalamualaikum, hai korang. Aku bukan nak share tentang earning Google Adsense hari ni, tapi aku nak share tentang Performance Google Console pada minggu ini. 

Pihak Google telah menghantar satu notifikasi dekat emel aku yang mengatakan bahawa blog aku dapat 10 click dalam masa 28 hari. 



Perasaan aku? Rasa blur kejap, betul ke performance blog aku ni? Aku berterima kasih pada Sii Nurul sebab bertungkus lumus tolong blog aku setup kan Google Search Console ni. Btw, aku pernah baca yang Google Search Console ini membantu untuk kita tulis artikel dalam blog.

Setakat seminggu ini, banyak carian tentang cerita Roy Leh Marnya ataupun Deceitful Love. Memang cerita ni orang suka tengok. Aku pun tengok, cerita ni boleh tahan jugak haha. Kalau bergaduh tu, tak sah kalau tak tarik rambut. 

Aku jugak dapat tahu pembaca ada search berkenaan review Movie Makmum 2. Aku tak tengok Makmum 1 jadi aku tak dapat nak review movie tu. Inshallah soon okey. 

Pembaca jugak ada search pasal menu dekat Family Mart. Inshallah soon aku akan share lagi menu yang aku makan dekat Family Mart tapi aku akan share menu makanan yang aku suka makan dan berbaloi untuk korang beli. Sayang kalau aku share, tapi menu makanan tu kurang sedap dan tak berbaloi. 

Okeylah  setakat ini sahaja performance blog aku sepanjang pakai Google Search Console, so akan tunggu full performance nanti untuk bulan Mac. Aku harap ada peningkatan. Amin..

16 comments:

  1. Alhamdulillahhh.. Tahniahhh .. Best tuhhhh.. Ada improvement

    ReplyDelete
  2. wah best tu..tahniah.. nurin..

    ReplyDelete
  3. Membantu tahu apa pembaca blog cari.

    ReplyDelete
  4. Wahh, kadang follow up apa yang bawak orang ke blog kita memang membantu

    ReplyDelete
  5. kadang lakorn yg kita stress tengok diorang bergaduh ni lah yg paling ramai orang cari..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa sebab faktor pelakon sama kot. famous pelakon ni hah

      Delete
  6. Tahniah sis ! lepas nih boleh track dah apa yang pembaca cari dalam blog.

    ReplyDelete
  7. Semoga performance blog awak semakin baik. Aamiin...

    ReplyDelete
  8. ameeen. harap dapatlah merasa duit adsense nanti

    ReplyDelete

Popular Posts